Pelajaran Seks

5 05 2010

Mari kita rehat sakejap dari bincang serius tak habis habis. Ini perkara serius juga. Tapi boleh lah bincang dengan tidak asyik muram dan kadang kadang baran sahaja. Gelak ketawalah sikit, tapi jangan mempersendakan penulis atau yang mengeluarkan pendapat, yang termasuk Tun Dr Mahathir sendiri. Mereka mengeluarkan pendapat yang serius.

Subjek itu serius tapi tak selalu dibincangkan. Dimasyarakt Melayu dahulu pantang bercakap fasal seks. Sampai sekarang pun masih ramai lagi Melayu yang tersipu-sipu bila anaknya tanya fasal seks. Bila sampai masa anaknya mula-mula dapat haidz (betul ke eja ni, Tuan?), suruh si emak ajar anaknya apa nak buat. Silap silap ada yang kata, “Emak engkau, beri tahulah Limah itu macam mana nak buat”. Kot ada juga yang kata, “Darling, you lah yang explainkan pada Adriana apa yang you buat masa you mula dapat haidz dulu”. Jangan kata moden, liberal konon, tapi masih kolot lagi fasal ajar anak fasal seks, fasal perlu ajar anak jangan seks rambang, fasal akibat keluar sampai pagi, jadi kutu embun, hingga nanti berkesedudukan (betul lagi eja ni, Tuan? – aku ni silap silap hilang kerja nih) dan mengandung.

Betul tak, pembaca-pembaca sekelian? Sehari dua yang lalu banyak komplen anak anak muda berteraburan hingga Subuh dikedai makan 24 jam diKuala Lumpur, ditempat main futsal, dikelab bola kenen (aku orang lama, orang sekarang panggil snooker ke hape benda ke).

Aku tahu nak marah pengaruh TV dan sebagainya sahaja. Tapi rakan-rakan seperjuangan aku disini kata kalau gitu, aku kena duduk digualah, jangan campur orang. Boleh tonton TV dan sebagainya. Kena cari jalan macam mana nak kurangkan masalah saperti ini. Tapi kawan kawan aku kata Ok lah aku boleh tulis cara ini. Tak cara rambang kan macam ni, Tuan? Terima kasihlah benarkan aku tulis cara ringan sikit nih. Tapi aku tak minum todi atau take beer jadi tak ringan sampai melayang.

Omputih ceritakan kapada anak diaorang fasal “the birds and the bees”. Kalau ada yang dengar macam mana orang lain beri tahu anak mereka fasal seks dan jaga jangan seks rambang dengan berkesan, silalah kongsi disini.

Kita kena coba kurangkan gejala boncit perut sana, boncit perut sini, beribu anak tak bernama. Tak menyenangkan hati kita. Kita patut fokus kapada persepaduan negara.

Tengok muka diaorang belasan tahun yang digambar dan diinterbiew dilewat malam dan dilapurkan diakhbar, berbagai bangsa ada. Ada pulak yang kata banyak bayi buangan ialah kelakuan pekerja asing atu pendatang haram. Betul ke? Diaorang tu memang easy picks bila ada saja yang tak betul berlaku. Kadang kadang kesian juga yang datang nak cari makan dinegara ini.

Salam kapada semua.

********************************************

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Guruperlukreatifdidikpelajarisuseksual/Article

Guru perlu kreatif didik pelajar isu seksual

2010/04/24

SEBAGAI seorang ahli masyarakat, saya juga agak sedih dengan isu buang bayi dan zina sebelum berkahwin. Saya tertarik untuk membincangkan cadangan Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil untuk memperkenalkan pendidikan Sains dan Reproduktif sebagai satu mata pelajaran di sekolah.

Saya sebagai seorang guru merasakan bahawa mata pelajaran biologi, sains menengah rendah dan pendidikan jasmani serta kesihatan sebenarnya mampu memberikan pendidikan seks dan reproduktif kepada remaja kita.

Dalam sukatan mata pelajaran itu, terkandung hal-hal mengenai organ pembiakan, masalah pembiakan, proses kehamilan dan cara mencegah kehamilan. Jika guru yang mengajar dapat mengolah strategi, kaedah dan teknik pengajaran contohnya pengajaran secara konstekstual, pelajar dapat menghubungkait fakta yang dipelajari di sekolah dengan kehidupan sebenar dan diri mereka sendiri. Yang lebih penting ialah pelajar perlu mengetahui kesan tindakan mereka. Alangkah malangnya bagi seorang pelajar yang sudah mengalami haid, belajar mengenai kitaran haid dalam tingkatan tiga tetapi tidak tahu bahawa jika mereka melakukan hubungan seks, mereka boleh mengandung.

Ini adalah akibat daripada proses pengajaran dan pembelajaran untuk mengejar kecemerlangan akademik saja menyebabkan guru lupa untuk menerapkan nilai murni. Kita mungkin sudah lupa Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mempunyai matlamat untuk menghasilkan insan yang seimbang dan harmonis dalam semua aspek jasmani, rohani, intelek, emosi dan sosial.

Saya dapati seolah-olah tidak ada rasa gerun di kalangan mereka. Setakat ini saya belum baca atau banyak dengar pesalah ini dipertanggungjawabkan atas tindakan mereka. Semua salah orang lain.

IBU GURU, Kuala Lumpur.

******************

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0420&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_24.htm

ARKIB : 20/04/2010
Pendidikan seks di sekolah tidak perlu – Dr. Mahathir

20/04/2010 4:31pm

KUALA LUMPUR 20 April – Pendidikan seks tidak perlu dijadikan sebagai subjek khas di sekolah-sekolah kerana ia sudah terdapat dalam pengajaran agama Islam, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, subjek khas mengenai seks tidak perlu tetapi memadai dengan menjelaskannya dengan baik mengenainya supaya anak-anak faham dan tidak mudah terpengaruh dengan nafsu.

Menurut beliau, dalam subjek agama Islam boleh dimasukkan perkara-perkara yang mengajar anak-anak berdisiplin dan mengawal nafsu kerana ia sebahagian daripada ajaran Islam.

“Akibat tidak mengawal nafsu bayi dibuang dalam tong sampah dan kerana itu dalam pembelajaran agama Islam perlu ditekankan tentang pentingnya pengawalan nafsu,” katanya pada sidang akhbar di sini. – Utusan

**********************

About these ads

Actions

Information

10 responses

5 05 2010
Kenn

Dear Sir,

Maybe a refresher class for PM and his cabinet members on Rukun and Perlembagaan Negara Malaysia is undeniably appropriate and long overdue? At least, it will remind them that this country indeeed does have Rukun Negara and Perlembagaan Negara (the legitimate “bin” for illegitimate child and Bahasa Kebangsaan were on my minds when I wrote this comment)

7 05 2010
SSS Admin

Kenn,

Perlembagaan negara is the ultimate and the supreme law of the land. All other laws stem from it. It has to be respected and abided especially by the Government in power.

The matter of vernacular schools, for example, is where the Government has to do something. They are simply against Article 152 of the Constitution on Bahasa Mallaysia. The fact that those in power since Merdeka have swept the problem under the carpet and let them exist is no reason to leave them as they are. They should use Bahasa Malaysia as the medium of instruction.

More than that, they must not be encouraged in more ways than one, including RM3 million to build a new Chinese school in Rasa. Continuous attempts must be made to improve the national schools, upgrade teaching standards and facilities. At the same time the Ministries concerned must try to disabuse opposition propaganda. Including the nonsense about the so-called “Islamisation” in national schools. Just because the school morning assembly may be asked to do a simple prayer for the good of the school, the pupils, the staff and the country. No such thing as making non-Muslim children do more than just standing up for 2-3 minutes in the same school assembly with the Muslim children. Not even asking the non-Muslim children to raise their hands like the Muslim children do.

Things have gotten so bad in this country since the previous administration. The authorities must take action to get the people on the right track to lessen immoral actitivies, teenagers becoming “kutu embun” and rampant sex acts. Restricting the opening hours of restaurants, snooker clubs, night clubs are simple actions that can be done in this respect. Let’s keep on urging them to do it.

5 05 2010
Dal

Ada orang kata mengawal nafsu ialah salah satu jalan menuju kenal pada Tuhan. Itu orang dulu-dulu.

Ada pula orang menceritan puncak nafsu sex rasa macam dalam syurga. Itu cerita orang yang sudah merasai syurga gamaknya.

Tapi kalau sekedar nak tahu sahaja … atau nak pengesahan … tanya orang yang biasa masuk syurga tu … dia ada pass masuk pintu depan pintu belakang lagi.

5 05 2010
Sayong

Pass pintu belakang tu kena jaga sikit, mike me. Takut bau busuk. Lepeh masuk pulak, nanti sampai ke neraka Mahkamah No. 2.

Aku ni kena pulas telinga dek Opah nanti kang gamaknya.

7 05 2010
SSS Admin

Dal,

Pendirian akhlak dan agama merosot dikalangan rakyat. Nilai-nilai sosial sudah bertukar akibat “penduniaan” atau globalisasi. Bukan tidak boleh membuka negara kapada kegiatan luar negara melalui TV satelit, Internet dan sebagainya. Tetapi pemerintah dan ibu bapa perlu menjaga kesan buruk kapada rakyat, terutamanya anak-anak belasan tahun.

Sekarang banyak anak-anak “menjawab” arahan dan nasihat ibu bapa. Secara “kurang ajar”. Membantah dan melawan. Keadaan dilebih burukkan oleh kelakuan ibu bapa yang bercerai berai. Ibu bapa melulu mengejarkan kebendaan didunia moden. Mahukan “brand items” dan sebagainya. Mahukan rumah besar, kereta besar, perut besar, bontot besar (boleh kelakar sikit disini, kan?). Kuranglah masa untuk anak-anak. Jadi syaitanlah mereka.

Tambah pulak gejala pintu belakang. Penganutnya melemahkan moral hidup maanusia biasa. Lebih lagi, dia berpendirian politik yang melemahkan bangsa dan negara.
Marilah kita kutuk sedaya upaya. Moga-moga masuk kekepalanya. Dan bertukar caralah dia.

9 05 2010
Cimande

Saya lebih suka mengklasifikasikan pendidikan seks – kalau sesuai, kalau ada – dibangku sekolah-sekolah ini di bawah ketegori pendidikan akhlak, moral atau adab-adab perhubungan manusia dengan manusia.

Saya katakan begitu kerana pelajaran demikian mengandungi unsur-unsur, nilai-nilai dan kekuatan dalaman bagi menghargai, mempertahankan dan mensyukuri nikmat pemberian suci murni oleh Allah s.w.t.

Pemberian ini dianugerahkan tuhan kepada manusia beserta dengan benteng akal, berlawanan dengan bagaimana benda serupa diberikan kepada binatang.

Seks tanpa akal jadi nafsu … hanya sesuai untuk haiwan.

Keinginan seks yang dikawal oleh akal, pendidikan akhlak, moral dan adab-adab perhubungan manusia dengan manusia, lebih mudah dikawal. Bakal pelaku kecurangan merasa seolah-olah tidak terlepas dari pandangan sesuatu atau seseorang sehingga menimbulkan rasa malu yang boleh menjadi kuasa pencegahan yang amat berkesan.

Nafsu tanpa akal (seperti yang ada pada binatang) menguasai seluruh tubuh, sehingga pelaku merasa tiada malu, tiada sedar, tiada ingat, tidak peduli, tidak kisah, ….. hanya inginkan satu kesudahan.

Kenapa kita mesti dedahkan anak-anak kita kepada “kuasa nafsu” begini rupa kalau pendidikan seks secara melulu disekolah oleh kakitangan yang tidak arif tentang akal dan nafsu, akan hanya merangsang keinginan ingin-tahu mereka, menjadikan mereka “adventurus” ingin mencuba.

Pendidikan seks ala-autonomy-jasad tidak sesuai bagi kanak-kanak membesar.

Diakui. Baiknya ada, Tetapi tidak baiknya jauh lebih banyak.

9 05 2010
SSS Admin

Cimande,

Itu adalah satu cadangan yang baik. Mengurangkan kemungkinan budak-budak sekolah berleluasa dengan kegiatan seks apabila sudah tahu sepenuhnya selok belok dan akibat seks dan cara-cara mengelakkan kehamilan.

Pengaruh TV satelit amat besar padahnya. Bermacam-macam jenayah boleh dipuncakan kapada TV satelit. Lihat sahaja gejala Mat Rempit, lumba motosikal, lumba kereta dijalan raya. Yang sedihnya pihak berkuasa nampaknya mengambil jalan yang senang mengawalnya – letakkan bendul dijalan raya. Tidak pernah ternampak dimerata dunia begitu banyak bendul diatas jalan dimerata negara. Sehingga ada kaum expatriat luar negara disini menanya sama ada Jabatan Kerja Raya membuat pelan dan spesifikasi binaan jalan diseluruh negara yang mengandungi bendul disana sini melainkan dilebuhraya bertol. Lucu. Sedih. Malu kita.

Masakan pihak berkuasa perlu mengambil tindakan yang tegas. Basmikan rasuah atau kawal seketat-ketatnya supaya mereka takut diheret kemahkamah sebab tidak boleh rasuah Polis trafik. Sekatkan masa pembukaan restoran, kelab malam, kelab snooker dan sebagainya, jangan benarkan buka 24 jam, supaya menghilangkan kutu embun yang kadangkala lesap disana sini melakukan seks rambang dan sebagainya. Atas alasan pergi makan roti canai dan helah sapertinya.

Inilah masalahnya dengan Pemerintah mahukan liberalisasi bermacam jenis. Sejak dipemerintahan “flip flopping, auto-piloting” lagi sudah dibiarkan tempat-tempat buka 24 jam merecup tumbuh. Akibatnya akhlak yang longgar diantara anak-anak muda. Coba fikirkan, kanak-kanak lima belasan tahun diberitakan diakhbar berkerumun direstoran diBangsar, Kuala Lumpur, pada pukul 2-3 pagi, menunggang motosikal (lesen dikeluarkan kapada yang berumur 17 tahun keatas) atau memandu kereta (lesen hanya untuk 18 tahun keatas). Sehingga yang lari dikejar Polis dan mati ditembak pun berumur hanya 15 tahun. Sudah teruk keadaan dinegara kita. Bukan sahaja ibu bapa perlu mengawal tigkah laku anak-anak. Kerajaan perlu bertindak tegas menghilangkan punca pengkerumunan kanak-kanak ketempat-tempat yang buka 24 jam itu.

9 05 2010
Semerah Padi

Salam,

Saya bersetuju matapelajaran seks tidak perlu diwujudkan sebagai satu matapelajaran khas. Ianya boleh disampaikan dan boleh disessuaikan dalam matapelajaran-matapelajaran yang sedia ada.

Bukan saja pendidikan seks dilihat penting dewasa kini, malah banyak lagi subjek-subjek yang lain yang tak kurang juga penting seperti pendidikan keselamatan jalanraya, pendidikan kewarganegaraan yang kini nampaknya kian pudar, dsb. Kalau nak jadikan satu persatu sebagai sebuah matapelajaran tersendiri, nanti terlalu banyak pula matapelajaran mata pelajaran yang perlu diajar. Ini akan membebankan kedua-dua pihak pelajar & guru.

Bagi saya, alam persekolah dari dari darjah satu hingga ke tingkatan enam, hanya mata pelajaran mata pelajaran dasar saja perlu diajar. Itupun bilangan sudah agak banyak, Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Biologi, Fizik, Kimia, Matematik, Sejarah, Geografi, Agama & Sivik, Kesusasteraan, Perdagangan, Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Semuanya ini diajarkan diperingkat dasar/pengenalan dan pengkhususan sesuatu subjek itu hanya diteruskan diperingkat selepas persekolahan.

Sebagai contoh, pendidikan seks secara terperinci (sebagai sebuah satu matapelajaran tersendiri) boleh diambil diperingkat selepas persekolahan. Pendidikan seks wajar diajar secara pengenalan melibatkan topik-topik penting sahaja dengan diterapkan kedalam Sains Paduan (peringkat sekolah rendah) dan Biologi (peringkat sekolah menengah).

“Majulah Negara”

10 05 2010
SSS Admin

Semerah Padi,

Dari segi mengurangkan hamil diluar nikah dan anak-anak yang tidak didaftarkan nama bapanya, perlu kajian dibuat diatas latar belakang mereka yang melahirkan anak dihospital Kerajaan dan swasta saperti itu. Hospital dan setaf yang mengisi borang pendaftaran kelahiran anak perlu disyaratkan meminta maalumat tambahan dan mengisinya diborang berlainan bagi membolehkan kajian dibuat tentang keadaan dimana kehamilan itu berlaku. Data itu boleh menentukan sama ada pelajaran seks perlu dilakukan disekolah dan sejauh mana perlu dilakukan.

Ada kemungkinan pembuangan bayi dilakukan oleh mereka yang sudah berpengalaman melahirkan anak terdahulu dari bayi yang dilahirkan. Mereka boleh melahirkan bayi itu sendirian atau dibantu seorang lain saperti dibuat dikampong suatu masa dahulu. Tidak kemungkinan ini dilakukan budak-budak belasan tahun tetapi oleh dewasa saperti pekerja asing yang disyaratkan tidak boleh kahwin, apatah lagi beranak, masa diMalaysia.

Sudah diberitakan diakhbar akhbar bahawa budak-budak sekolah belasan tahun banyak keluar malam hingga kepagi sekarang ini. Termasuk budak-budak perempuan berbagai bangsa. Bukan sahaja diKuala Lumpur tetapi juga dibandar besar lain dinegara ini. Berbagai tempat perjumpaan dibenarkan buka 24 jam, termasuk restoran dan sebagainya. Budak-budak itu membuat macam-macam helah dan menipu daya ibu bapanya untuk keluar malam. Cerai berai juga banyak berlaku dizaman moden ini menyebabkan gejala “single parenting” timbul. Maka cara yang mudah dan lebih berkesan bagi mengurangkan seks rambang ialah menghadkan masa pembukaan tempat tempat yang jadi tumpuan budak-budak tersebut. Restoran, kelab snooker dan sebagainya perlu disyaratkan tutup jam 12 malam.

21 12 2010
sahayunie

pendidikan seks itu baik.. tp d salah ertikan oleh golongan masa sekarang.. yang mereka tau pendidikan & pengetahuan dalam melakukan seks itu tetapi tdk pernh brfikir panjg AKIBAT daripada seks itu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 36 other followers

%d bloggers like this: