Memperkasakan Bahasa Kebangsaan

6 06 2011

Dari lama PRIBUMI PERKASA NEGARA – Suara Perkasa (klik pautan artikel)

Tan Sri Muhyiddin Perkuat bahasa Kebangsaan.

Kuala Lumpur 11Mei2011: Perkasa mengucapkan tahniah kepada YB.Tim.Perdana Menteri yang baru baru ini menyarankan bahawa semua Majlis Rasmi akan dijalankan dalam Bahasa Melayu termasuk majlis Antarabangsa yang dianjurkan di dalam negara pada masa hadapan.

Ini berikutan dengan kenyataan YB Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyarankan agar Malaysia menganjurkan majlis acara global mengunakan bahasa kebangsaan, dengan mengambil contoh negara Indonisia yang mana Presidennya berbahasa Indonisia walaupun tuntuk siaran media antarabangsa.

“Sebagai contoh jelas beliau, Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono baru-baru ini menyampaikan ucapan dasar dalam bahasa Indonesia dan ia disiarkan oleh pihak media ke seluruh negara.” memetik kata Tim.Perdana Menteri.

Tan Sri Muhyiddin juga berkata beliau tidak nampak pelaksanaannya akan mendatangkan masalah besar jika segala kemudahan dan logistik yang diperlukan seperti menyediakan penterjemah dapat dilakukan bagi mengelakkan sebarang masalah.

Perkasa mengalu ngalukan saranan beliau walaupun boleh dikatakan telah lewat tapi belum terlambat untuk dimulakan. Perkasa sentiasa mahukan bahasa melayu diperkasakan kerana ianya Bahasa Kebangsaan, bahasa negara.

“Mengapa kita perlu gunakan bahasa asing dalam acara rasmi. Di Perancis, Cina atau Jepun mengutamakan bahasanya dahulu kemudian baru bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di dalam majlis majlis atau acara acara antarabangsa yang mereka anjurkan.” kata Setiausaha Agung Perkasa Sdr.Syed Hassan Syed Ali.

Syed Hassan seterusnya berkata,”Memperkasakan Bahasa Melayu adalah pejuangan Perkasa yang diletakkan di tempat ke dua dalam perjuangan dan matlamat penubuhan Perkasa dalam Perlembagaan Perkasa”.

“Perkasa bersyukur akhirnya ada juga seorang pemimpin Melayu mengeluarkan kenyataan begini. Perkasa juga berharap selepas ini dikuatkuasakan pula penggunaan bahasa Melayu semua majlis kerajaan dan swasta di tempat awam atau terbuka.” Kata Syed Hassan mengakhir kenyataan medianya sebentar tadi.

dan dari THE MALAYSIAN INSIDER (klik pautan artikel)

May 11, 2011

Muhyiddin berkata beliau tidak nampak pelaksanaannya akan mendatangkan masalah besar jika segala kemudahan dan logistik yang diperlukan seperti menyediakan penterjemah dapat dilakukan bagi mengelakkan sebarang masalah.

Sebagai contoh jelas beliau, Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono baru-baru ini menyampaikan ucapan dasar dalam bahasa Indonesia dan ia disiarkan oleh pihak media ke seluruh negara.

‘‘Ia boleh dilakukan kerana di rantau Asean saja mungkin lebih separuh penduduk dapat memahami bahasa Indonesia dan bahasa Melayu.

‘‘Begitupun jika ia hendak dilakukan, mesti ada persediaan seperti dari segi penterjemah dan sebagainya, itupun saya tidak fikir akan menjadi satu masalah besar,” katanya dipetik Utusan Malaysia.

Mengenai cadangan supaya Malaysia membantu menghantar tenaga pengajar untuk mengajar bahasa Melayu bagi anak-anak warga Malaysia yang berada di luar negara, Muhyiddin (gambar) berkata, beliau akan meminta Ketua Pengarah Pelajaran dan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk memikirkan pendekatan terbaik bagi melaksanakannya.

‘‘Mungkin kita boleh memberikan kursus kepada bakal tenaga pengajar yang ada di sini sebagai contoh dengan membawa mereka ke Malaysia atau kita menghantar tenaga pengajar Malaysia di kalangan guru mahir berbahasa Melayu ke sini,” katanya.

Menurut Muhyiddin, beliau memahami kebimbangan warga Malaysia di luar negara terhadap anak-anak mereka yang mungkin tidak dapat menguasai bahasa Melayu dengan baik apabila pulang ke tanah air kerana tidak berpeluang untuk mempelajari bahasa kebangsaan itu.

Sehubungan itu, jelas beliau, perkara tersebut akan dikaji terlebih dahulu bagi menentukan pendekatan yang paling sesuai untuk melaksanakannya dengan mengambil kira pelbagai aspek.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 36 other followers

%d bloggers like this: