Mengiktiraf Yang “Low Ranking”? – Apa kesan pandangan dunia terhadap pendidikan di Malaysia?

16 03 2012

 

KEMASKINI – RANKING DUNIA – IPT CHINA – Kerajaan BODEK Cina BIG TIME ? ? 146 IPT China Di Iktiraf !

KEMASKINI 10:30 PM –

Ini sebagai sambungan kepada artikel sebelum ini, belum reda lagi berbulu ni ….

Ada teman baru emel ke saya senarai ranking top Universiti dunia. Hanya 3 biji di top 200 , dan hanya 10 saja di top 400. Jadi yang baki 136 IPT China tu, agak2 ranking ke berapa ?

http://www.timeshighereducation.co.uk/world-university-rankings/2011-2012/top-400.html

Amacam PERKASA , no komen ? JATI ? 3 Line, 4 line ?

Artikel lama -

Sekali lagi saya nak tulis tentang satu isu yang tidak popular baik dipihak BN maupun PR sebab ternyata kedua-dua nya kalau dalam soal nak bodek cina, masing-masing BEREBUT nak tunjuk dia yang lebih hebat !

Cuba baca dulu laporan Utusan dibawah -

146 universiti China kumpulan pertama diiktiraf MQA

KUALA LUMPUR 13 Mac – Sebanyak 146 institusi pengajian tinggi (IPT) di China menjadi kumpulan pertama yang diiktiraf Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dari negara itu, dan senarainya diserahkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi hari ini.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berkata, pengiktirafan itu adalah susulan Perjanjian Pengiktirafan Seiring (MRA) yang ditandatangani Malaysia dan China pada 28 April tahun lepas.

Pelaksanaan MRA antara Malaysia dan China melalui bidang pengajian tinggi akan memberi banyak manfaat terutama dalam mempertingkatkan kerjasama di peringkat institut pengajian tinggi, katanya pada sidang media, di sini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MQA, Datuk Syed Ahmad Hussein yang turut hadir, berkata, senarai tersebut akan dikemas kini daripada semasa ke semasa.

Antara universiti China yang diiktiraf ialah Universiti Anhui, Universiti Beihang, Universiti Fudan dan Universiti Donghua. – BERNAMA

146 IPT sekali harung ! ? ?  Itu baru KUMPULAN PERTAMA  ….. kumpulan kedua , ketiga  … ? Semuanya ada berapa IPT di China ?  Universiti ? Kolej ? Semua main borong je ? Berapa ribu lagi IPT dari China yang nak diberi pengiktirafan ? IPT2 itu semua termasuk dalam ranking IPT dunia ke ?

Sijil yang merangkumi semua kursus yang ditawarkan oleh IPT2 tersebut atau hanya kursus2 tertentu saja ? DiMalaysia sendiri masih banyak kursus tertentu dari IPT tertentu yang belum diiktiraf …….

Ingat hujung bulan November saya ada komen tentang hasrat Saifudin Abdullah yang menggesa kerajaan mengiktiraf sijil UEC ( KLiK ) …… ?  INI LAGI TERUK !

Apakah pengiktirafan itu bermakna sijil2 dari IPT China adalah SETARAF dengan sijil2 IPT Malaysia ? SAMA STANDARD ?

Kalau begitu, tak perlu susah payah nak iktiraf UEC lagi dah …. sebab mereka yang masuk IPT China semua pakai UEC, entah2 UEC pun tak tengok. Apa bezanya kerajaan iktiraf UEC atau tidak ?

Sekarang pelajar yang TIDAK FAHAM langsung Bahasa Kebangsaan, malah yang GAGAL Bahasa Kebangsaan dan mungkin juga English, sudah boleh diiktiraf sijil mereka kalau mereka lulus IPT China.

Saya harap pihak MQA dapat memberi penjelasan yang lebih terperinci tentang ‘pengiktirafan’ yang dimaksudkan. Ikutkan hati, memang banyak lagi saya nak luahkan ….

Jangan sebab nak BODEK punya pasal, habis semua agenda perpaduan nasional dikorbankan ! Mungkin adalah lebih baik kalau kerajaan wujudkan hanya satu sekolah saja – SEKOLAH CINA, supaya tidak wujud masalah komunikasi, masalah integrasi, masalah kuota atau apa sajalah…. dan TUKAR SEKALI BAHASA KEBANGSAAN MALAYSIA KEPADA BAHASA CINA !

 

 

Komen Admin

Hanya Peking Universiti (#49) dan Tsinghua Universiti (#71) yang termasuk dalam ranking dunia dalam senarai pengiktirafan Malaysia sebanyak 146 buah institusi tersebut.  Malaysia bakal dilihat sebagai sebuah negara yang mengiktirafkan institusi-institusi  pendidikan yang tidak berkualiti, maka dengan tidak secara langsung kualiti pendidikan di Malaysia akan diragui. 
About these ads

Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 37 other followers

%d bloggers like this: