Letakkan Pra-syarat WAJIB Fasih Berbahasa Malaysia Untuk menjadi Warganegara
Kedaulatan Bahasa mesti dipertahankan, dimana A Samad Said yang dahulu begitu lantang dalam soal bahasa, saya mahu anda A Samad Said mengemukakan satu draft kertas kerja kepada kerajaan untuk meletakkan syarat ketat ini kepada semua warganegara sebagaimana anda sendi katakan mendaulatkan Bahasa telah dicemari oleh kerajaan dalam pelbagai isu.
Bahasa Kebangsaan iaitu Bahasa Malaysia atau melayu merupakan syarat terpenting untuk menjadi warganegara Malaysia, tetapi hal ini berlaku sebaliknya apa bila warganegara Malaysia sendiri terutama dikalangan orang Cina yang tidak faham dan fasih berbahasa Malaysia.
Tidak lama dahulu mereka telah meletakkan syarat fasih berbahasa Mandarin untuk sesiapa sahaja berkerja di syarikat syarikat milik mereka, dengan demikian agak janggal didalam sebuah negara yang mempunyai bahasa ibunda sendiri telah dibelakangkan dalam sudut bahasanya.
Apakah tidak mencukupi segala yang diberikan oleh Kerajaan untuk mereka. Sikap Extreme ini akan menjurus kepada satu keadaan yang tidak seimbang didalam negara yang mana telah termaktub didalam perlembagaan terutama pengunaan bahawa tersebut.
Dengan demikian saya mencadangkan bahawasanya Setiap warganegara Malaysia terutama dikalangan bakal pemimpin parti WAJIB FASIH berbahasa Malaysia sebagai Pra syarat untuk menjadi pemimpin. Ini juga boleh di kuat kuasakan disemua warganegara agar mereka mempunyai nilai nilai menghormati bahasa ibunda dan menghargai apa yang termaktub didalam negara ini.
Jika kita lihat di Indonesia , pada satu tahap sehingga kan nama diri pun digunakan didalam bahasa Indonesia, Tetapi di Malaysia memadai hanya fasih bertutur dalam bahasa, jangan kita lihat seperti Ahli Parlimen DAP Bakri yang berbahasa seperti ayam mencari padi di padang. Sepatah pun payah nak dengar.



Latest Comments