Toleransi Gagasan1Malaysia Yang Bakal Membawa Padah

8 11 2012

 

 

Cari punca diskriminasi perkauman

 

  • Artikel sebenar bukanlah artikel ini tetapi komentar saya mengenai pembangunan di Bt Caves, tetapi pihak akhbar tidak berani untuk menyiarkannya dan saya ganti dengan artikel ini. Saya cuba ‘lembut’ kan artikel tersebut minggu depan, InsyaAllah. 
  • Sinar Harian 5 Nov 2012
  • Terbaharu, kajian pensyarah kanan Universiti Malaya (UM), Dr Lee Hwok Aun dan Dr Muhammed Abdul Khalid Universiti Kebangsaan Malayasia (UKM), mendapati bahawa ramai graduan baru Cina lebih mudah dipanggil untuk temuduga dan mendapat pekerjaan, berbanding dengan orang Melayu, amat menarik perhatian saya.
  • Isu ini sudah lama saya perkatakan. Saya amat yakin yang mempraktikkan polisi ini adalah syarikat-syarikat ultra kiasu, menunjukkan diskriminasi kaum semakin ketara dalam proses pengambilan pasaran buruh sektor swasta. Syarikat Melayu sendiripun ada yang mempraktikkan perkara sebegini, sebab tidak yakin dengan kemampuan bangsa sendiri.
  • Bertunjangkan kepada gagasan 1Malaysia, kerajaan hari ini semakin bersifat terbuka. Ramai kalangan bukan Islam telah dilantik memegang jawatan tinggi dalam Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) Petronas, CIMB, Telekom Malaysia dan sebagainya. IPTA juga tidak terlepas, Timbalan Naib Canselor sudah ada di kalangan bukan Islam. Jangan haraplah IPTS bukan Melayu akan melakukannya, kecuali jika ada keuntungan.
  • Maka tidak hairan jika kita lihat ramai orang Melayu, pegawai kerajaan pencen, bergelar Tan Sri dan Dato, diperalatkan untuk kepentingan bisnes mereka. Perlantikan mereka sekadar untuk mendapat tender dan kontrak. Lebih malang lagi, mereka yang digula-gulakan dengan elaun dan kerusi empuk, langsung tidak berperanan.
  • Kita ambil satu contoh berdasarkan maklumat rakan-rakan yang bekerja di GLC petroleum terbesar negara. Ultra kiasu yang dilantik sebagai salah seorang pengarah GLC ini begitu bermaharajalela. Kebanyakan kontrak syarikat minyak ini diberikan kepada syarikat bukan Melayu. Manakala, pekerja-pekerjanya diambil kalangan bukan Melayu. Saya tidak kata, tidak boleh. Tetapi biar berpada-pada. Jangan sampai orang Melayu terasa telah diketepikan seperti yang berlaku.
  • Yang peliknya, orang Melayu berjawatan tinggi di sana, hanya melihat sahaja. Tidak berani melawan menegur atau melawan bos, kerana ultra kiasu ini ‘kamcing’ dengan bos nombor satu. Bos nombor satu ini masih dengan cara hidup nafsi-nafsi. Minuman keras masih menjadi amalan. Amalkanlah sifat sebegini, suatu hari ini, kita akan tahu nasib Melayu di bumi Melayu seperti yang selalu saya peringatkan.
  • Ultra kiasu, walaupun bilangan sedikit, tetapi mereka amat aktif bekerja siang malam tanpa jemu. Ultra kiasu akan memastikan mereka sentiasa menang di mana sahaja berada. Lebih malang lagi ada kalangan kita yang bersekongkol dengan mereka. Sama juga di tempat saya bekerja. Orang Islam sendiri telah berpakat dengan ultra kiasu untuk menjahanamkan orang Islam sendiri.
  • Memang agak pelik, bila saya menulis sebegini, seorang Cina yang tidak ada apa-apa kepentingan selalu mengingatkan Melayu sehingga saban hari saya dikutuk. Tetapi apakan daya, semangat keIslaman mengatasi segala-galanya. Tidak mengapalah dikecam dan dihina. Apa yang penting, untuk memastikan umat Islam selamat. Itupun jika mereka mahu sedar.  
  • Bayangkan di kala kerajaan dan anak-anak syarikat terus bersifat terbuka, manakala syarikat ultra kiasu terus mengutamakan kaumnya, bagaimanakah nasib Melayu Islam ini. Perkara ini perlu difikir secara serius oleh kita hari ini. Saya yakin, keadaan yang hampir sama berlaku pada syarikat GLC yang lain seperti Maybank, CIMB, Telekom dan lain-lain.
  • Kadangkala naik muak melihat syarikat GLC ini, berlagak tidak tentu pasal. Kita yang menyukarkan keadaan sehingga anak bangsa sendiri merempat. Isu penguasaan bahasa asing diperbesar-besarkan, sehinggakan orang Melayu yang rajin, tetapi tidak menguasai pelbagai bahasa dipinggirkan.
  • Maka dilantiklah orang-orang yang kononnya menguasai pelbagai bahasa. Secara tidak sedar, mereka inilah yang khianat, menjual rahsia kerajaan. Ada yang sanggup menjual rahsia kepada CIA, mengutuk negara sendiri apabila berucap atau membentang kertas kerja ketika berada di negara luar dan sebagainya.
  • Maka tidak hairanlah hari anak bangsa tidak mendapat tempat dan bahasa Melayu terus merempat. Jika tidak percaya, masuklah ke kedai TM Point, bacalah apa yang tertera  di dinding-dinding dan banner mereka. Boleh dikatakan, tidak ada bahasa Melayu digunakan. Semuanya bahasa Inggeris. Ini baharu satu contoh. Pergilah ke GLC yang majoritinya dipimpin oleh orang Melayu. Kenapa ada dalam pemikiran bos-bos yang dilantik memimpin syarikat kerajaan ini, langsung tidak ada sedikitpun dalam kepala mereka untuk mengangkat agenda kebangsaan?
  • Bandingkan dengan syarikat ultra kiasu yang lain. Masuklah ke bank-bank atau syarikat kepunyaan mereka. Bahasa Melayu hanya ada pada tanda pintu keluar dan masuk. Selebihnya menggunakan bahasa Mandarin dan bahasa Inggeris. Bahasa Melayu langsung tidak mendapat tempat, sebab tidak penting, tidak komersial. Apa ada dengan bahasa Melayu?
  • Ini dibuktikan lagi, hasil kajian  mereka juga mendapati, walaupun kedua-dua graduan Melayu dan Cina menyenaraikan penguasaan bahasa Cina dan menyatakan mereka lulus dari universiti tertentu mungkin meningkatkan peluang mereka untuk dipanggil temuduga. Namun, syarikat Cina atau dikendalikan orang asing, lebih ketara cenderung memilih pemohon Cina.
  • Semua bukti ini menunjukkan, diskriminasi kaum begitu ketara dalam sektor swasta, terutamanya dalam industri kejuruteraan. Orang Melayu hampir pasti ditolak oleh syarikat kawalan asing, diikuti oleh syarikat dikuasai Melayu dan akhir sekali firma dikawal Cina.
  • Jika beginilah keadaannya, sekolah aliran kebangsaan sudah tidak relevan lagi. Jika isu  bahasa mandarin terus diambil kira, bermakna, orang Melayu perlu menghantar anak mereka ke sekolah Cina dan sekolah antarabangsa bagi mendapatkan kerja di syarikat Cina. Ini menampakkan seolah-olah ada permuafakatan antara sekolah ultra kiasu dengan syarikat ultra kiasu, supaya kepentingan budaya dan syarikat mereka terjaga.
  • Nasihat saya, kerajaan perlu mengkaji semula sifat ‘keterbukaan’ yang dilakukan selama ini. Tidak mengapalah kalaupun berlaku ‘brain drain’, jika yang keluar itu adalah ultra kiasu tegar yang tidak boleh dipercayai. Itu lebih baik daripada menyimpan mereka, yang menjadi musuh dalam selimut.
About these ads

Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 37 other followers

%d bloggers like this: