The elitist-wealth cycle (“EW cycle”)

29 02 2012

Petikan dari RAPERA

 

The EW Cycle Will Impoverish the Average Citizens Further !!!

 

  • The majority have to go on working and slogging away in the system that clearly supports the elite few and will go on enriching them if the system continues to work the way it does now.   Wish that it does not have to be this way.
  • I wish that no one will be deprived the right to life in the wholesome and true sense of the word.  But I know that this is a childish wish because the reality is that the rich and the powerful will not want their status to change at all. The rich and powerful can no longer be that rich and powerful if the available resources are more equitably distributed among the people.
  • So to maintain the richness and the power, they will ensure that the resources are not fairly distributed.  They will also have to consider that as their family expands, they will have to increase the base of their power and their wealth. In order for this to happen, they know that they have to have greater wealth to spend to ensure that their wealth increases further. At the same time, they know that they must also increase their power so that with this power they can influence the ability to further increase their wealth and the power.
  • Most people have heard about the poverty cycle but almost none have discussed what I call the elitist-wealth cycle (“EW cycle”). The EW cycle keeps on perpetuating itself incrementally.  In simple language, wealth and power is used to create more wealth and power.  The downside of this EW cycle on the majority of the populace is that it displaces resources which are rightfully theirs into the hands of the elitist.  Let me illustrate this with a simple example – education.
  • While the elitist rich and powerful will not have to worry at all about the education of their children (nor even their children’s financial future), the majority of the populace will find themselves enslaved further to the system that supports the elitist.  Today for example, a young graduate of 23 years old will find themselves burdened with a study loan of RM25,000 to RM30,000.
  •  Imagine, you are 23 and you are already starting off life with a loan even before you earn.  To this, you have not even included the cost of living for “startup” and the car loan that you will eventually take. And also the housing loan. So, today, you will find that the young person will most probably start working for the bank all his life!
  • I believe that the study loan problem will not have arisen if the big bulk of the resources have not been taken away by the elitist few in the form of “projects”, leakages, corruption, economic rent (“duit buta”) etc which actually takes away the resources from providing free education and so on.  This is just one example to show how the income and “power” gap between the elitist few and the average majority will get wider through time.  In the process, we will end up having modern day landlord and peasants relationship, albeit that modern day peasants rents houses, flats and apartments! This is not even considering the many more who never even dream of owning a decent home.
  • It is sad that as long as the system continues the way it works today and the mindset of the majority is still in the “hopeful state” it is in today, the condition of the majority will only get worse and worse. The majority is still being fooled by “clever sounding solutions’ that do not address the root of the problem – equitable and transparent distribution of resources. By the time they realize it, they may be too weak or too weary to even think of reforming the system.




Kesan Kerakusan Memperniagakan Institusi Pendidikan

24 02 2012

  • Visa, pas pelajar asing dihenti

  • Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
  • pengarang@utusan.com.my
  • JOHOR BAHRU 19 Feb. – Kementerian Pengajian Tinggi menghentikan pemberian visa ketibaan dan pas sosial kepada para penuntut asing ke negara ini bagi membendung penyalahgunaan pas itu.
  • Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pihaknya hanya mengeluarkan visa pelajar kepada penuntut asing selepas mereka menerima tawaran melanjutkan pengajian daripada institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) kelolaan kementerian.
  • Beliau berkata, perbincangan mengenai perkara berkenaan sudah dilakukan bersama Jabatan Imigresen dua bulan lalu dan pemberian pas dihentikan kecuali mereka menerima tawaran melanjutkan pelajaran ke Malaysia.
  • Mereka yang dikesan terbabit dengan kegiatan jenayah dan penyeludupan dadah kebanyakan pelajar yang mengikuti program sementara dan pengajian bahasa di IPT yang bukan di bawah kelolaan kementerian. Mengikut rekod polis, tidak banyak pelajar yang berada di bawah kelolaan kementerian terlibat dengan kegiatan tersebut.
  • “Pihak pengurusan IPTA dan IPTS juga perlu memaklumkan kepada kementerian jika ada penuntut asing yang mengabaikan pelajaran supaya kementerian dapat menyiasat sekiranya mereka terbabit dengan kegiatan negatif,” katanya selepas merasmikan Majlis Penutup Program Mesra Ilmu Siri Tiga anjuran Fakulti Kesihatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Taman Cendana, Pasir Gudang, dekat sini hari ini.
  • Mohamed Khaled mengulas saranan Pakar Kriminologi, Datuk Akhbar Satar yang menyarankan supaya kementerian itu mengkaji semula dasar terlalu terbuka pemberian visa dan pas lawatan pelajar bagi membendung negara ini menjadi hab dadah antarabangsa.
  • Sementara itu, Mohamed Khaled berkata, program anjuran UKM itu secara tidak langsung dapat membantu penduduk setempat khususnya pelajar meningkatkan pengetahuan.
  • Beliau memberitahu, seramai 104 mahasiswa menjalankan program khidmat komuniti selama tiga hari bermula 17 Februari lalu.
  • “Saya berharap UKM dapat meneruskan program ilmu ini bagi membantu penduduk dan pelajar setempat untuk lebih bermotivasi,” katanya.
  • Komen:  Sudah sampai masanya Malaysia mengikut syarat2 seperti Negara Jepun dan Eropah bila rakyat asing hendak ke Malaysia.  Kena ada reference (pelawaan dari IPTA/S).  Kenapalah baru sekarang terfikir nak buat benda macam ni.  Selepas macam2 perkara negatif dilakukan barulah nak buat syarat2 yang masuk akal.  Tahun lepas masih lagi menafikannya.  Nak tungguh parah baru nak bertindak.  Patutnya “mengelak sebelum dilanggar”. 





Tidak Faham Bahasa – Hasil didikan sekolah vernakular?

17 02 2012

Pekerja KFC Yang Kurang Ajar Atau Pelanggan Yang Mulakan Kurang Ajar ?

  • Kes pergaduhan yang melibatkan pekerja KFC dengan seorang pelanggan yang berbangsa cina yang sedang hangat di dunia cyber sekarang ini jika tidak ditangani dengan baik akan boleh menyebabkan berlakunya rusuhan kaum seperti 13.Mei.1969.
  • Kerajaan serta pihak berkuasa perlu memandang serius perkara ini dan jangan memandang remeh kepada kuasa internet. Sejarah telah membuktikan rusuhan yang terjadi di Mesir setahun yang lepas bermula dari internet.
  • Kes pergaduhan ini telah menjadi kes perkauman dan politik gara-gara campurtangan parti yang paling rasis dalam dunia iaitu DAP. Sepertimana yang kita semua tahu, semalam (khamis) Ahli Parlimen Segambut dari parti DAP telah mengadakan sidang media bersama dengan lelaki cina yang bergaduh dengan kakitangan KFC.
  • Ingat ! rusuhan kaum tahun 69 juga berpunca dari DAP.
  • Selanjutnya anda boleh baca kupasan dari blogger Dr.Novandri di sini dan juga di sini.
  • Pekerja-pekerja yang bekerja dengan restoran seperti KFC atau Mc Donald atau mana-mana restoran makanan segera yang mempunyai nama besar semuanya telah dilatih untuk berhadapan dengan pelanggan-pelanggan yang berbagai-bagai kerenah serta ragam. Bukan setakat dilatih berdepan dengan pelanggan, mereka juga dilatih berdepan dengan perompak jika outlet mereka dirompak.
  • Kalau setakat diperli, dimarah atau ditengking oleh pelanggan itu perkara biasa bagi mereka. Bohonglah sekiranya selama ini tidak ada pekerja KFC dimarah atau dimaki oleh pelanggan. Tetapi mereka sabar kerana mereka telah dilatih oleh majikan mereka.
  • Dalam kes yang terjadi di KFC i City Shah Alam saya berani katakan, jika tidak dimaki, dihina atau dicaci dengan teruk serta menggunakan bahasa-bahasa kesat tidak mungkin pekerja KFC berkenaan akan bertindak sedemikian rupa.
  • Jika setakat pelanggan marah-marah biasa atau menengking secara biasa adalah amat-amat mustahil untuk staf berkenaan naik angin sehingga bergaduh dengan pelanggan . Dia sendiri pun harus menjaga periuk nasinya.
  • Sudah pasti ada bahasa-bahasa yang kurang enak didengar atau yang melampaui batas yang digunakan oleh lelaki cina berkenaan kepada staf tersebut atau kepada rakan-rakannya yang boleh membuat beliau hilang sabar dan bertindak begitu.
  • Daripada pengalaman saya bergaul dengan orang-orang cina saya sering perhatikan kebanyakan cina-cina yang tidak tahu atau tidak mahir berbahasa kebangsaan selalunya bercakap kurang ajar dan tidak tahu adat. Ada kalanya mereka tak tahu apa maksud perkataan yang mereka gunakan. Sikap serta perangai mereka amat-amat berbeza dengan orang-orang cina yang fasih serta mahir berbahasa kebangsaan.
  • Jika anda tak percaya cuba anda perhatikan gerak-geri rakan atau kenalan anda yang berbangsa cina yang fasih berbahasa kebangsaan. Mereka lebih cerdik dan sopan.
  • Ahli Parlimen KepongContoh terbaik dalam parti DAP. Dalam ramai-ramai ahli parlimen DAP yang ada di Dewan Rakyat, orang yang paling fasih menggunakan bahasa kebangsaan adalah Ahli Parlimen Kepong, Tan Seng Giaw.  Lim Kit Siang, Tony Pua, Lim Lip Eng, Nga Kor Ming, Ngeh Koo Ham dan ramai lagi, semuanya hancur Bahasa Malaysia. 
  • Yang hancur guna Bahasa Malaysia semuanya kurang ajar dan rasis. Tetapi tidak kepada Dr Tan Seng Giaw. Beliau dilihat cerdik, bersopan , dan tahu adat. Sikapnya itu membuatkan pihak lawan juga menyenangi dan  menghormati beliau.
  • Lelaki cina yang bergaduh dengan pekerja KFC tersebut tidak tahu berbahasa kebangsaan. Hinggakan dalam sidang media anjuran DAP semalam dia terpaksa menggunakan jurubahasa yang disediakan oleh DAP. Jadi, anda faham-faham sendirilah kenapa dia dipukul.

YOU JUDGE IT FOR YOURSELF,

CLICK HERE





Agenda Perpaduan dan Pendidikan Perlu Disemarakkan

8 02 2012

 

Kukuhkan agenda penyatuan demi survival Melayu


Oleh MOHD. SAIFUL MOHD. SAHAK
saiful.sahak@utusan.com.my

AGENDA penyatuan dan pendidikan Melayu harus diperkukuhkan dan dipertahankan agar ia tidak mudah diperkotak-katikkan oleh mana-mana pihak yang cuba menganggu gugat keistimewaan Melayu seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Keupayaan penyatuan dan pendidikan Melayu amatlah penting dalam menghadapi cabaran globalisasi dan liberalisasi yang perlu diamati dan difahami oleh setiap individu Melayu di negara ini. Namun kini, orang Melayu seolah-olah lalai dalam mengumpulkan kekuatan tersebut apabila keistimewaan dan haknya dengan mudah dipersoalkan oleh pihak ketiga.

Ini kerana kelonggaran perpaduan dalam kalangan orang Melayu yang kini dilihat semakin berpecah akibat perbezaan ideologi politik, taksub kepada individu tertentu dan melebihkan kepentingan diri.

Kelonggaran perpaduan dan penyatuan ini, mengakibatkan hak-hak keistimewaan Melayu sewenang-wenangnya dipertikai dengan pelbagai analogi dan cemuhan, seolah-olah Melayu di negara ini amat kejam kepada bangsa lain. Sedangkan orang Melayu merupakan bangsa yang sentiasa memberi peluang kepada bangsa lain untuk menikmati dan berkongsi kekayaan di tanah airnya sendiri termasuk dari aspek pendidikan rendah sehingga ke universiti.

Justeru Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM). Prof. Datuk Sahol Hamid Abu Bakar menegaskan, agenda perpaduan dan pendidikan di negara ini perlu terus disemarakkan demi masa depan survival Melayu.

Menurut beliau, usaha-usaha penyatuan Melayu perlu dilaksanakan secara agresif agar maruah dan darjat bangsa Melayu diangkat ke tahap tertinggi dan terus kekal serta mampu menjadi antara penentu kepada kejayaan orang Melayu.

“Pihak-pihak yang mempunyai keupayaan seharusnya menyambut ia sebagai cabaran dan dijadikan realiti, jangan apabila isu kuota membuka UiTM kepada bukan bumiputera tidak ramai orang Melayu tampil mempertahankannya,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Sahol Hamid menegaskan, dalam mengekalkan entiti penyatuan Melayu sudah sewajarnya sekumpulan cendekiawan, intelektual mahasiswa Melayu bersama-sama kepimpinan negara menyusun strategi yang mampu merealisasikan hasrat berkenaan.

Katanya, sebagai permulaan mengapa tidak semua orang Melayu menggembleng idea, masa dan tenaga untuk mengurus dan menyelesai isu-isu sosial yang melanda negara ketika ini.

“Isu pendidikan Melayu seperti di UiTM perlu dipertahankan dan direalisasikan jika orang Melayu mampu mendahulukan keperluan rakan sebangsa,” katanya.

Mengimbau sejarah lampau, kata Sahol Hamid, bangsa Melayu begitu mantap jati diri dan bergerak bersungguh-sungguh ke arah memartabatkan maruah bangsa. Hasilnya, lahirlah negara berdaulat, dihormati dan dipandang tinggi oleh bangsa asing.

Beliau menambah, perpaduan yang melibatkan semua umat Melayu tanpa mengambil kira ideologi politik penting demi melahirkan bangsa Melayu yang jaguh dalam soal ekonomi, politik, pendidikan, sains dan sebagainya.

“Kita perlu merenung sejarah perjuangan silam. Semakin rumit halangan yang ditempuh, semakin mantap kesatuan bangsa Melayu. Bangsa Melayu sanggup menggadaikan nyawa demi kedaulatan raja, agama, bangsa dan negara. Resipi tersebut diperlukan untuk terus melestarikan kewujudan bangsa Melayu yang unggul,” jelasnya.

Dalam pada itu Sahol Hamid berkata, dalam usaha menyatukan orang Melayu, UiTM menyasarkan lebih ramai graduan berkualiti serta memenuhi pasaran tenaga kerja profesional di negara ini.

“Kita berusaha keras menyediakan peluang kepada bumiputera mengikuti pendidikan bertaraf profesional dalam bidang sains, industri, teknologi, perdagangan, seni dan kemasyarakatan melalui program pengajaran berkualiti dan inovatif serta memenuhi kehendak pasaran di samping mendokong dasar pembangunan negara.

“Kita bukan sahaja memberi ilmu kepada graduan Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak tetapi memastikan produk yang dikeluarkan bukan sahaja memenuhi pasaran guna tenaga manusia tempatan, malah bersedia berkhidmat di peringkat global,” katanya.

Beliau menambah, langkah kerajaan melalui Kementerian Pengajian Tinggi sangat baik dan relevan demi mengangkat martabat bangsa, negara dan kualiti rakyat menangani cabaran dekad akan datang yang diberi autonomi.

Katanya, perubahan nama jawatan pengarah kampus kepada rektor dan menaik taraf universiti kepada cawangan merupakan perubahan awal yang menunjukkan ada usaha peluasan kuasa kepada pentadbiran universiti.

Jelasnya, kemudahan infrastruktur dan bilik kuliah di kampus UiTM seluruh negara akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa di samping meningkatkan kualiti pensyarah dari segi kelulusan akademik, kepakaran dan penguasaan bahasa Inggeris.

Jelas beliau, fokus utama UiTM adalah melahirkan graduan berwibawa, berdaya saing serta berketerampilan bagi mewarnai sektor pekerjaan. Malah UiTM sendiri, telah mengadakan program Mengubah Destini Anak Bangsa bagi memberi peluang kepada mereka melanjutkan pengajian di universiti ini. Sejak 2010, seramai 8,000 pelajar berpeluang mengikuti pengajian di kampus UiTM melalui program itu di seluruh negara yang mana peruntukan merangkumi kos tertentu termasuk yuran pengajian disalurkan kepada mereka.

Katanya, program ini dibuat bagi merakyatkan UiTM sebagai universiti yang relevan, dirujuk dan dihormati untuk terus kekal sebagaimana misi dan visi kewujudannya.

”Universiti ini percaya bahawa anak-anak Melayu dan bumiputera di sebalik latar belakang kekurangan dan kemiskinannya, jika diberi peluang untuk belajar mampu untuk bersaing dengan mana-mana kaum, dan mampu mengubah nasib keluarga mereka serta bangsanya.

”Perlu diingat bahawa kewujudan UiTM adalah untuk memberikan pendidikan agar bangsa Melayu dan bumiputera berada pada kedudukan ekonomi yang seimbang dengan bangsa lain. Kerana itulah, UiTM seboleh mungkin menawarkan tempat kepada mereka untuk menimba ilmu,” katanya.

Tegas beliau, mundurnya Melayu adalah kerana bangsa itu tidak bersatu.

”Kita tidak mahu melihat ada bangsa Melayu sendiri yang tidak mahu melihat lebih ramai anak bangsanya berjaya bersama UiTM,” katanya.





Semailah Semangat Perpaduan dari bangku sekolah lagi

3 01 2012

 

Orang Minyak Kampong Laksamana Gombak menyatupadukan masyarakat?

Orang Minyak Kampong Laksamana Gombak secara tak langsong merapatkan jurang di-antara masyarakat sekampong!

Bilamana Kampong Laksamana di Gombak menjadi tempat dua orang minyak memburu anak2 dara penduduk kampong itu, maka secara tak langsong memaksa penduduk kampong, bersatu meronda bersama disebelah malam untuk melindungi anak2 gadis mereka dari dijadikan korban pengamal ilmu hitam tersebut!

Perbezaan politik, bangsa dan agama diletak ketepi dan seluruh penduduk kampong bersatu mengadakan rondaan2 kawalan keselamatan secara sukarela demi menyelamatkan anak anak gadis mereka dari dirogol orang minyak!

Begitu juga keadaannya bagi sesebuah negeri atau negara. Selagi tidak ditimpa bala bencana atau musibah angkara musuh bersama, maka selagi itu rakyat sesebuah negara itu akan bermusuh musuhan di antara satu sama lain.

Bila bala menimpa semua, maka ketika itu baru sedar langit tinggi rendah dan mahu melupakan segala permusuhan sesama mereka untuk terus hidup dan menghadapi musuh bersama.

Satu adegan filem klasik P.Ramlee Sumpah Orang Minyak
Berapa ramaikah di antara rakyat kita yang mahu mengambil iktibar dari kes serangan Orang Minyak ini untuk merapatkan saf dan menyatukan ummah menghadapi mana mana musuh kita yang nyata?

Melayu, India, Cina dan sekelian bangsa2 lain yang hidup di bumi bertuah tanahair kita semua ini sama sama mempunyai ahli ahli keluarga tercinta yang mahu kita lindungi dari serangan mana mana pihak musuh seperti orang minyak ini!

Namun disebabkan sikap ke-aku-aku’an kebanyakan pihak, maka perpaduan rakyat dikorbankan demi menuruti gejolak hawa nafsu dan kemaruk kuasa politik serta mencapai agenda masing masing.

Hanya kerana kedegilan dan kesombongan beberapa orang pemimpin politik yang mementingkan diri sendiri, kita semua menghadapi pelbagai macam perpecahan dikalangan warganegara ini sejak Merdeka lagi! 

Apakah negara ini perlu dijajah semula oleh mana mana kuasa asing sebelum kita semua bersatu didalam ertikata sebenarnya?

Kekadang bala bencana dan musibah itu menjadi penentu ‘turning point’ untuk sesuatu masyarakat itu, berubah kembali bersatu semula di atas kepentingan bersama dan melindungi diri serta kaum keluarga masing masing menghadapi musuh kita bersama!

Tak kiralah samada kita ini siapa sekalipun, sakit pening, lapar dahaga, suka duka yang kita rasa adalah sama sahaja!

Memang kubur kita masing masing dan destinasi terakhir di alam akhirat itu tertakluk kepada tahap dan kedudukan Iman dan amalan diri individu itu sendiri tetapi selagi kita masih bernyawa dan hidup di alam fana ini, tanggungjawab kita terhadap diri kita, keluarga tercinta dan bangsa, agama serta negara tetap terletak di pundak kepala kita!

Allah Subhanahu Wa Ta’ala mengurniakan kita @ manusia dengan akal fikiran serta pertimbangan demi mencapai kejayaan di dunia ini sementara menanti berubahnya kita masuk ke Alam Barzakh pula sebelum terhenti di Alam Akhirat nanti.

Kenapa masih kita terus membiarkan masadepan kita tergugat dengan menjadi mangsa percaturan ahli ahli politik semata mata?

Malang sekali bagi masyarakat negara ini terdesak kembali bersatu dan merapatkan saf hanya bila ‘Orang Minyak‘ datang mengganas!

Bersama samalah kita mencegah perpecahan dikalangan warga Malaysia!




PM Pernah berkata – “Jangan jadi Ingrate”

26 12 2011

Rakyat wajar fahami erti sebenar ketuanan Melayu — Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri

December 14, 2011

14 DIS — Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi sesebuah negara. Perlembagaan wujud untuk mengendalikan perjalanan dan pentadbiran sesebuah negara dengan licin dan saksama. Ia juga punca kepada segala perundangan lain yang wujud dalam sesebuah negara.

Secara amnya, perlembagaan mengandungi satu set hak, kuasa dan prosedur yang mengawal hubungan antara autoriti awam dalam sesebuah negara dan antara autoriti awam dengan rakyat.

Akhir-akhir ini isu yang berkaitan dengan ketuanan Melayu, yang mencorak perlembagaan negara kita, mula dinyatakan semula oleh pejuang kaum tertentu. Lihat saja pada Perhimpunan Agung Umno yang baru berakhir, rata-rata isu ini sering kali ditonjolkan.

Mungkin tujuan mereka kerana ingin meraih populariti murahan ataupun sekadar ingin melonjak nama. Ironinya mereka yang mengutarakan perkara ini mungkin secara alpa atau kerana kejahilan tidak mengetahui bahawa ketuanan Melayu itu bukanlah satu dokumen yang wujud secara nyata. Bahkan ia sekadar manifesto persetujuan secara bersama antara pimpinan kaum.

Untuk memahami fenomena ini kita hendaklah mengimbau kembali sejarah, terutama pada zaman di ambang prakemerdekaan. Jika dikaji dokumen yang membawa kepada kemerdekaan, antara prasyarat utama yang diletakkan British dalam membebaskan negara ini daripada cengkaman mereka ialah kesemua kaum yang ingin berbumbungkan negara tanah Melayu, sebagai tanah tumpah negara mereka hendaklah boleh duduk secara aman dan harmoni. Melahirkan suasana simbiosis penuh tolak ansur. Maka bertitik tolak daripada ingin mencapai matlamat memerdekakan negara satu kompromi antara kaum perlu dilaksanakan segera.

Atas usaha inilah Bapa Kemerdekaan Malaysia, Tunku Abdul Rahman Al-Haj memulakan satu inisiatif perbincangan dengan teraju MCA yang ketika itu diterima ramai sebagai satu institusi yang mewakili kepentingan kaum Cina serta MIC yang dianggap pertubuhan mewakili kaum India telah duduk semeja dan berbincang mencari jalan keluar terhadap permasalahan ini.

Antara topik yang diperbincangkan ialah mengenai dengan hak kerakyatan bagi penduduk Tanah Melayu. Disebabkan kaum Cina dan India adalah kaum yang dibawa masuk oleh British untuk memajukan negara ini, mereka bukanlah penduduk asal Tanah Melayu berbanding dengan orang Melayu. Mereka perlu memohon untuk mendapat kerakyatan.

Berdasarkan sifat orang Melayu yang tinggi toleransi memudahkan bagi kaum lain untuk menjadi warga Tanah Melayu. Atas sifat ingin bersama inilah menyebabkan hampir kesemua mereka yang ingin kekal di sini diberi kerakyatan.

Sebagai membalas jasa orang Melayu ini, kaum lain bersetuju untuk memberikan hak keistimewaan orang Melayu sebagai sesuatu yang termaktub dalam Perlembagaan. Kompromi inilah yang dikenali sebagai kontrak sosial, pakatan murni, kompromi merdeka, empat campur 1 (4+1) atau quid pro quo.

Empat (4) di sini merujuk kepada empat kelebihan yang diberikan oleh kaum lain kepada bangsa Melayu, iaitu Sistem Raja Perlembagaan, agama Islam sebagai agama rasmi, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan serta hak keistimewaan orang Melayu sebagai penduduk asal negara ini.

Manakala 1 merujuk kepada kelonggaran yang tidak mungkin dapat diberikan oleh mana-mana negara di dunia ini dalam memberikan kerakyatan kepada orang asing. Kompromi inilah yang telah membawa kepada Artikel 153 dalam perlembagaan Persekutuan.

Di samping itu empat perkara yang dinyatakan di atas, menjadi unsur tradisi yang dikekalkan secara sebulat suara dalam perlembagaan. Ia juga dianggap penting bagi melambangkan bahawa sistem dan nilai asal negara dikekalkan meskipun kemerdekaan bererti demokrasi dan kesamarataan antara kaum. Unsur-unsur ini penting kerana ia menjamin kestabilan politik dan sistem pemerintahan yang cekap lagi adil.

Orang Melayu menganggap unsur ini sebagai satu jalan yang penting untuk menjadikan mereka setanding dengan masyarakat lain dan untuk mendapat kembali kedudukan mereka yang telah hilang akibat penjajahan bangsa asing ke atas bumi mereka.

Hak mentadbir negara sendiri, serta hak menjadi pengurus dalam kediaman yang dibina, tanpa wujudnya prejudis serta sikap berat sebelah terhadap mana-mana kaum yang berkongsi langit yang sama. Oleh kerana itu juga tidak wujud sebarang frasa dalam perlembagaan Malaysia yang mengecilkan mana-mana kaum. Semua diberi hak yang setara di bumi bertuah ini.

Pengorbanan orang Melayu dalam memberikan kerakyatan berdasarkan jus soli dan bukannya jus sanguinis haruslah dihargai. Janganlah disebabkan nila setitik habis susu sebelanga dan janganlah disebabkan santan, pulut binasa, janganlah meruntuhkan tebing yang menghalang ombak pantai, kelak tenggelam semua yang telah kita bina bersama.

Sejarah sudah membuktikan Artikel 153 bukanlah sesuatu yang diletakkan secara sewenang-wenangnya oleh orang Melayu. Ia terhasil daripada persetujuan bersama dalam menghasilkan keadaan sama-sama menang kepada semua orang.

Sikap bertolak ansur pimpin dulu dalam menstabilkan negara janganlah diselewengkan faktanya oleh mereka yang jingoisme. Pengorbanan mereka yang terdahulu bukanlah untuk generasi mendatang mempertikaikannya, akan tetapi mereka harus terus mendukung resolusi ini agar keamanan negara dapat diteruskan.

Agar keharmonian yang kita layari kini terus berkekalan selama-lamanya. Kepada mereka yang masih lagi cuba bermain api perkauman, berhati-hatilah, jangan sampai nanti rumah yang kita diami terbakar. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa. — Berita Harian

* This is the personal opinion of the writer or publication. The Malaysian Insider does not endorse the view unless specified.

Artikel-artikel yang ada kaitan:-





PRIMES – Badan Bukan Kerajaan Golongan Belia

24 12 2011

 

 

Pertubuhan Berdaftar Bukan Kerajaan NGO PRIMES

 
PERTUBUHAN INTEGRITI MELAYU BERSATU  atau nama ringkasnya PRIMES adalah satu badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Kerajaan Malaysia. Pertubuhan ini diwakili oleh golongan belia yang meletakkan kepentingan negara Malaysia, khasnya agama Islam dan kaum Melayu sebagai objektif pertubuhan.

 

Perjuangan ahli pertubuhan merangkumi perkara-perkara berikut:
  • Mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan Malaysia;
  • Mendukung dan mempertahankan perlembagaan negara, perlembagaan negeri-negeri dan raja berpelembagaan;
  • Menegak, mempertahan dan mengembangkan agama Islam iaitu agama rasmi Malaysia serta menghormati prinsip kebebasan beragama;
  • Mempertahankan dan memperkasakan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Malaysia dan kebudayaan kebangsaan berteraskan kebudayaan Melayu;
  • Mempertahankan kerjasama antara kaum berdasarkan hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera tanpa mengabaikan hak-hak kaum lain.

Sebagai tanda pengiktirafan, PRIMES telah menjadi rakan rasmi Sahabat NGO dan Duta Keamanan Dunia(International Association of Educators for World Peace, United Nations)





Kejahilan Sejarah dan Kedegilan Untuk Menerima Perlembagaan

28 11 2011

October 19, 2011

19 OKT — Setiap negara di dunia ini mempunyai perlembagaan dan sistem perundangan yang sesuai dengan konteks kemasyarakatan dan kenegaraan masing-masing. Oleh itu terdapat perbezaan sistem dan perundangan sesebuah negara dengan negara yang lain.

Berdasarkan kepada perbezaan budaya, adat istiadat dan perlembagaan maka pepatah Melayu mengatakan “Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung”. Peribahasa ini sepatutnya difahami oleh keseluruhan masyarakat dalam negara ini sama ada beragama Islam atau bukan Islam.

Konteks dan suasana kemasyarakatan dan kenegaraan Malaysia tidak boleh disamakan dengan perlembagaan dan perundangan di negara Barat apabila masyarakat diberi kebebasan sepenuhnya untuk bersuara dan bertindak.

Kebebasan tanpa batasan boleh mengundang pelbagai reaksi negatif dalam negara yang dihuni oleh penduduk pelbagai bangsa dan agama. Berdasarkan kepada konteks masyarakat berbilang agama dan bangsa maka pakar undang-undang dalam negara ini menggariskan perlembagaan yang khusus berkaitan dengan sensitiviti keagamaan terutama berkaitan dengan agama Islam.

Masyarakat Islam dalam negara ini memberi kuasa kepada Sultan dalam hal ehwal keagamaan kerana Sultan dianggap sebagai simbol kepada kekuatan Islam.

Persepsi begini adalah berhubung kait dengan fakta sejarah yang menjelaskan bahawa penyebaran agama Islam di Nusantara terutamanya di Melaka adalah bermula dari istana.

Pada dalam tahun 1409 Parameswara, Raja Melaka memeluk agama Islam apabila baginda berkahwin dengan puteri raja dari Pasai. Nama baginda ditukar kepada Sultan Iskandar Shah. Pengislaman baginda diikuti oleh para pembesar, ahli-ahli keluarga dan rakyat jelata.

Apabila raja dan para pembesar memeluk agama Islam maka sistem kasta dihapuskan dan hubungan rakyat dengan istana adalah akrab kerana Islam menganjurkan konsep persaudaraan sesama Islam dan manusia mempunyai sama taraf kedudukan di sisi Allah.

Balai atau dewan istana dijadikan tempat untuk mengajar ilmu Islam dan al-Quran. Berdasarkan kepada fakta sejarah begini, maka masyarakat Islam di negara ini beranggapan bahawa Sultan mempunyai kuasa dan mandat dalam membicarakan hak dan kekuatan Islam. Perkara ini juga diperuntukkan dalam Perlembagaan negara.

Berdasarkan kepada sejarah dan peranan raja-raja Melayu yang begitu prihatin terhadap hal ehwal keagamaan dan adat istiadat, maka ketika negara ini dijajah oleh kuasa Barat, raja diberi kuasa atau mandat dalam hal ehwal agama Islam dan adat istiadat.

Kuasa Barat memahami sensitiviti masyarakat Islam berkaitan dengan keagamaan. Walaupun berada dalam penguasaan Barat, masyarakat Islam masih bertolak ansur dengan kuasa penjajah kerana perkara berkaitan dengan hal ehwal agama dan adat istiadat Melayu masih lagi diiktiraf oleh penjajah Barat.

Masyarakat Islam dan bukan Islam dalam negara ini masa kini sepatutnya memahami Perlembagaan Malaysia dan memahami sejarah pembentukan negara ini daripada sebuah kerajaan Melayu bertukar menjadi negara Malaysia yang dikongsi oleh pelbagai kaum dan agama, bukan menafikan hak-hak yang diperuntukkan oleh Perlembagaan kepada bangsa tertentu.

Kejahilan terhadap sejarah dan kedegilan untuk menerima Perlembagaan negara merupakan faktor utama menyebabkan golongan tertentu bertindak di luar batas Perlembagaan yang mana boleh menimbulkan perasaan prejudis kaum dan agama.

Kegiatan begini sepatutnya tidak berlaku dalam negara yang masih mengekalkan sistem Raja Berperlembagaan di mana raja diberi kuasa untuk mengukuhkan kekuatan akidah Islam.

Konteks dan suasana dalam negara ini tidak boleh disamakan dengan negara luar kerana budaya dan adat istiadat kaum pribumi Islam dalam negara ini masih lagi terikat dengan budaya Islam yang berorientasikan ajaran sufi atau tasawuf Islam yang mana setiap aspek berkaitan dengan akidah, syariah dan akhlak Islam dianggap sebagai suci dan tidak boleh dicerobohi.

Individu-individu yang diberi mandat dan kuasa dalam hal ehwal agama Islam sepatutnya bermuhasabah sejauh manakah sifat, keperibadian dan tingkah laku mereka bertepatan dengan bidang kuasa yang diberikan kepada mereka agar penampilan diri mereka boleh memberi keyakinan kepada umat Islam bahawa mereka adalah simbol kepada kekuatan Islam. masyarakat Islam di negara ini masa kini.

Bagi memperkukuhkan akidah dan Perlembagaan negara berkaitan dengan bidang kuasa dalam hal ehwal agama Islam, setiap individu Islam sama ada rakyat atau pemerintah perlu meletakkan keutamaan agama melebihi kepentingan politik.

Realiti yang wujud masa kini ialah perjuangan politik melebihi kepentingan agama sehingga sanggup mempertikaikan hak dan kepentingan agama demi kepentingan politik. Perjuangan politik yang tidak berlandaskan kepada prinsip dan objektif yang mantap sering berubah prinsip dan falsafah perjuangan.

Jika perkara begini berlaku di kalangan umat Islam maka kehancuran agama dan penghakisan akidah amat ketara dapat dipertontonkan kepada dunia.

Oleh itu umat Islam sepatutnya menggunakan akal yang rasional dan pengamatan yang luas supaya negara ini kekal sebagai negara Islam yang dihuni oleh pelbagai kaum dan agama agar makmur dan adil. — Utusan Malaysia

*Writer is an associate professor at the Usuluddin and Comparative Religion department, International Islamic University.

* This is the personal opinion of the writer or publication. The Malaysian Insider does not endorse the view unless specified.





Apabila Pendidikan Dijadikan Alat Untuk Mengaut Untung

26 11 2011

 

Kolej sarang penjenayah?


Oleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 17 Okt. – Betapa mudahnya pelajar warga asing khususnya dari benua Afrika untuk masuk ke negara ini, seterusnya menjalankan kegiatan berunsur jenayah dan seolah-olah dilindungi pula oleh kolej swasta tempat mereka belajar.

Modus operandinya, pelajar itu hanya perlu mendaftarkan diri di kolej terbabit tanpa diwajibkan menghadiri kelas. Mereka hanya perlu menduduki peperiksaan apabila tiba waktunya.

Jika gagal, mereka akan dibantu pihak kolej untuk memperbaharui visa kemasukan dan pas pelajar bagi menyambung pengajian sekali gus tinggal di negara ini.

Malah, terdapat pelajar asing yang cuba memperbaharui dokumen mereka lebih daripada sekali, meskipun tidak pernah hadir kelas dan disyaki terlibat dalam aktiviti jenayah seperti dadah, pelacuran dan penggubahan wang haram.

Kegiatan lima buah kolej swasta di ibu negara itu yang seolah-olah melindungi pelajar asing tersebut terbongkar apabila ia dikesan Jabatan Imigresen ketika membuat permohonan memperbaharui dokumen pelajar masing-masing.

Pihak Imigresen bagaimanapun menolak permohonan itu selepas mengesyaki pas beberapa pelajar tersebut disalah guna hasil siasatan terperinci ke atas rekod kehadiran ke kelas serta keputusan akhir peperiksaan.

Malah, ketika permohonan, pihak pengurusan kolej bersungguh-sungguh merayu supaya dokumen pelajar mereka diperbaharui, dipercayai kerana pelajar tersebut sudah membayar wang pengajian.

Pengarah Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Mohd. Zahari Hassan memberitahu, pihak pengurusan dan pentadbiran lima kolej berkenaan telah dipanggil dan diberi amaran lisan supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan selain memantau aktiviti pelajar mereka.

“Pihak kami dapati, segelintir pelajar asing kolej berkenaan mendaftar tetapi tidak memasuki kelas dan gagal dalam peperiksaan akhir.

“Berikutan itu, pihak kolej diminta mengemukakan keputusan peperiksaan serta rekod kehadiran ke kelas setiap pelajar warga asing sebelum pas mereka diperbaharui setiap tahun.

“Tindakan tegas boleh dikenakan termasuk menyenarai hitam kolej-kolej terlibat serta membatalkan serta-merta permit kelayakan pelajar asing,” katanya.

Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas merasmikan Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan yang mula beroperasi di Kompleks Kementerian Dalam Negeri, Jalan Duta di sini hari ini.

Mohd. Zahari berkata, pihaknya mendapati kolej terbabit tidak mengambil berat prestasi dan memantau aktiviti luar pelajar asing.

Beliau tidak menolak kemungkinan pelajar terbabit ‘mengisi masa lapang’ dan menyalahgunakan pas pelajar dengan terlibat dalam kegiatan tidak sihat termasuk pengedaran dadah, pelacuran dan penggubahan wang haram.

“Dalam serbuan yang dijalankan bersama agensi penguat kuasa lain, ada pelajar wanita warga asing yang dipercayai pelacur tidak mengaku mereka terlibat dalam jenayah itu. Sebaliknya, mereka memberi pelbagai alasan termasuk pasangan dibawa itu kekasih mereka,” katanya.

KOMEN : BIASALAH TU BILA BERLAKUNYA SIFAT LEPAS TANGAN AGENSI KERAJAAN YANG MEMBERIKAN LESEN KEPADA PIHAK SWASTA UNTUK MENUBUHKAN KOLEJ… DARI SEGI PEMANTAUAN AKTIVITI KOLEJ SELEPAS ITU ADALAH LEMAH… KALAU DITANYA KEPADA KPT MESTI JAWAPAN STANDARD MEREKA, BUKA SEMUA YANG BUAT TAK ELOK… BAK KATA PERPATAH “NILA SETITIK ROSAK SUSU SEBELANGA…”




Pendidikan Dahulu dan Sekarang

23 11 2011

Artikel dari PANEH MIANG

Thursday, August 11, 2011

Anak Melayu Jangan Leka

 

1. Dasar pendidikan penjajah Inggeris dikenali sebagai Penyata Thuraisingham bersempena nama Menteri Pelajaran pra pilihanraya 1955 iaitu EEC Thuraisingham, tersangatlah tidak prihatin dengan pendidikan aliran Melayu.

2. Penyata Thuraisingham hakikatnya telah menyekat ramai anak Melayu untuk melanjutkan pelajaran. Pelajar yang melebihi usia 12 tahun tidak dibenarkan mengambil peperiksaan penilaian. Tambahan pula ketika itu ramai pelajar darjah 6 berusia melebihi usia 12 tahun akibat ‘tertahan’ disebabkan sistem Thuraisingham.

3. Berdasarkan sistem ini, mereka yang tidak lulus peperiksaan hujung tahun akan ‘ditahan’ untuk naik darjah. Sekiranya murid tersebut dalam darjah 3, maka mereka akan kekal dalam darjah 3 untuk tahun berikutnya. Rentetan itulah ramai pelajar telahpun berusia 15 tahun ketika berada dalam darjah 6. Disebabkan usia mereka melebihi had kelayakan yang dibenarkan untuk memasuki sekolah menengah, maka peluang untuk meneruskan persekolahan terus tertutup.

4. Pendidikan Melayu sebelum itu hanya setakat darjah 5 sebelum perang yang kemudiannya dilanjutkan ke darjah 6 selepas perang tamat. Anak Melayu ketika itu yang mendapat pendidikan hingga darjah 7, hanya diberi peluang menjadi guru pelatih disamping mengikuti latihan ‘normal class’ di Seremban.

5. Bagi anak Melayu yang bernasib baik lulus darjah 7, akan dipilih untuk melanjutkan pelajaran ke MPSI Tanjung Malim sebagai guru terlatih. Manakala para pelajar menengah aliran Inggeris mendapat peluang yang lebih baik untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi di Universiti Malaya di Singapura.

6. Sememangnya apabila tidak wujud sekolah menengah aliran Melayu, maka peluang anak-anak Melayu untuk memasuki pengajian tinggi agak terbatas. Hanya ibu bapa yang mempunyai kesedaran pada zaman itu sahaja yang mengambil inisiatif untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah Inggeris melalui kelas peralihan (remove class).

7. Tambahan pula hanya wujud 4 sekolah menengah aliran Inggeris di Seremban, Negeri Sembilan iaitu Sekolah King George V (KGV), Sekolah St Paul Institution, Sekolah Convent dan Anglo Chinese School di Jalan Labu. Di daerah lain hanya wujud sekolah-sekolah rendah yang dikenali sebagai Government English School (GES).

8. Anak-anak Melayu yang lulus cemerlang peperiksaan bagi remove class kebiasaannya akan dihantar ke sekolah berasrama iaitu Sekolah KGV bagi lelaki dan Sekolah Convent bagi perempuan. Mereka yang tidak lulus pula hanya dibenarkan terus belajar di sekolah rendah Inggeris (GES) di daerah masing-masing.

9. Pembelajaran di sekolah menengah Inggeris hanya sehingga peperiksaan Malaya Certificate Education (MCE) dan bagi melanjutkan pelajaran hingga Higher School Certificate (HSC), mereka terpaksa pula menyambung pengajian selama 2 tahun di tingkatan 6 sama ada di Sekolah KGV, Sekolah Convent, ataupun Sekolah St Paul Institution. Disebabkan ramai anak Melayu ketika itu tinggal di kawasan luar bandar, maka peluang melanjutkan pelajaran di kawasan bandar amat terhad.

10. Namun, selaras dengan Penyata Razak yang menyarankan sistem pendidikan aliran Melayu perlu diteruskan ke peringkat tertinggi, maka Negeri Sembilan mula menggerakkan sekolah menengah Melayu pertama di negeri ini pada tahun 1959.

11. Perubahan yang dilakukan Tun Razak dalam sistem pendidikan Melayu berhadapan dengan pelbagai rintangan terutamanya berkaitan tenaga pengajar serta buku teks dalam bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang asalnya berpusat di Johor Bahru telah dipindahkan ke Kuala Lumpur pada tahun 1956, namun ianya masih belum mampu menyediakan buku teks serta buku terjemahan untuk sekolah menengah Melayu. Guru-guru terpaksa mengajar menggunakan buku teks bahasa Inggeris yang diterjemahkan sendiri ke bahasa Melayu.

12. Sekolah Menengah Melayu di Negeri Sembilan bermula dengan 80 orang murid sebagai pelopor bidang pendidikan menengah Melayu. Pasa masa itu hanya terdapat 3 orang guru sahaja sebagai tenaga pengajarnya iaitu Cikgu Shaharuddin bin Ishak dari Pantai, Cikgu Zaharah Haji Awang serta Cikgu Muhd Yusuff dari Kuala Pilah. Cikgu Shaharuddin dan Cikgu Muhd Yusuff adalah lepasan maktab, manakala Cikgu Zaharah berkelulusan Maktab Perguruan Kirkby, United Kingdom.

13. Ketika itu, bilik darjah sekolah menengah Melayu ini menumpang di bangunan Sekolah Channer Road (sekarang Sekolah Kebangsaan Sri Kelana Seremban) yang terletak bersebelahan maktab guru bagi Pusat Latihan Harian (Day Training Centre atau DTC).

14. Pada tahun 1960, seramai 80 pelajar lagi mendaftar di tingkatan 1 setelah 80 pelajar sebelumnya naik ke tingkatan 2. Rentetan itu, 3 orang guru lagi ditambah sebagai tenaga pengajar iaitu Cikgu Khatijah Awang, Cikgu Tifla Haji Zakaria dan Cikgu Ainon Tan Sri Dr. Mohd Said.

15. Berikutan pertambahan bilangan pelajar menengah Melayu, Sekolah Channer Road tidak lagi mampu menampung jumlah pelajar yang ramai, lagipun murid-murid Sekolah Channer Road sendiri kekurangan bilik darjah.

16. Akhirnya pada tahun 1961, sekolah menengah Melayu ini telah dipindahkan ke bangunan sekolah KGV di Jalan Hose. Guru juga bertambah lagi seramai 3 orang setelah sekolah menengah Melayu ini mempunyai 6 kelas iaitu 2 kelas bagi setiap tingkatan dengan jumlah keseluruhan pelajar seramai 240 orang.

17. Pada 1961 bermulalah peperiksaan pertama Sijil Rendah Pelajaran (SRP) yang status kelayakannya sama dengan LCE dalam aliran Inggeris. Cikgu Shaharuddin Ishak telah dilantik sebagai Pengetua pertama untuk sekolah menengah Melayu peringkat percubaan ini. Namun selepas peringkat pertama murid-murid menduduki peperiksaan SRP, Cikgu Shaharuddin telah melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya, sehinggalah pada 1974 beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Majlis Perbandaran Petaling Jaya.

18. Selepas mengharungi pelbagai pahit getir menubuhkan sekolah menengah aliran Melayu pertama di Seremban, akhirnya Sekolah Menengah Melayu diiktiraf dan dikurniakan bangunan sendiri di Jalan Sikamat yang hari ini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Tunku Ampuan Durah; yang serentak dengan penubuhan sekolah menengah Melayu di Kuala Pilah iaitu Sekolah Menengah Tuanku Muhammad.

19. Proses penyediaan pelajar menengah aliran Melayu ini adalah untuk memenuhi dasar pendidikan kebangsaan berdasarkan Penyata Razak dan Penyata Rahman Talib. Tujuannya adalah untuk mendaulatkan Bahasa Melayu dalam pendidikan kebangsaan; seterusnya memungkinkan kepada penubuhan institusi pengajian tinggi yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmunya iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada Mei 1970.

20. Cuma para pelajar Sekolah Menengah Melayu di Seremban yang mengambil SPM antara tahun 1963 hingga 1969 agak malang sedikit kerana ramai yang tidak berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat universiti disebabkan UKM hanya wujud selepas tahun 1970.


21. Begitulah sedikit coretan bagaimana peritnya generasi terdahulu, terutamanya anak-anak Melayu yang terpaksa bersusah payah semata-mata untuk menimba ilmu serta mencapai taraf pendidikan tinggi.

22. Generasi muda hari ini sangat beruntung kerana segala-galanya sudah tersedia, cuma rajin atau tidak saja untuk menimba ilmu pengetahuan.

23. Kepada adik-adik pelajar di luar sana, janganlah mensia-siakan harapan ibu bapa, guru, masyarakat dan kerajaan apabila telah diberi peluang yang seluas-luasnya untuk menguasai ilmu.

24. Dunia ini dahulunya dikuasai oleh umat Islam sehingga berupaya menggerunkan pihak Yahudi dan Nasrani, disebabkan kehebatan ilmuan Islam dalam menguasai segala aspek ilmu, sama ada dalam bidang sains, teknologi, perniagaan, ketenteraan, sastera etc. Malah puak macam GMDU di PJ pun pastinya tidak akan sesekali berani bagi alasan bodoh atau buat provokasi bangang terhadap umat Islam sebelum tahun 1492.

25. Tetapi hari ini tiada lagi negara Islam yang benar-benar kuat sehingga mampu menggerunkan pihak musuh. Maka besarlah harapan kami agar suatu hari nanti kegemilangan dan ketamadunan Islam akan dapat dikembalikan menerusi generasi muda Islam Malaysia, yang mungkin bakal menjadi peneraju baru revolusi dunia dalam ilmu sains dan teknologi.

26. Janganlah mudah terpedaya dengan dakyah sesat komplot pembangkang yang cuba untuk memecah-belahkan sesama Melayu dengan cara mengeliru serta meracuni pemikiran generasi muda agar membenci segala dasar kerajaan yang baik selama ini.

27. Tanggungjawab kita selaku bangsa Melayu sangat berat dan tidak mustahil untuk bangsa Melayu yang sedikit ini, mampu untuk menguasai dunia pada suatu masa nanti.

28. Yahudi hanya ada 7.7 juta orang sahaja di muka bumi ini, tetapi mereka telah berjaya menguasai segala aspek kehidupan manusia di seluruh dunia. Umat Islam ada seramai 1.2 billion di seluruh dunia, tetapi mereka lemah kerana tidak bersatu.

29. Ingatlah bahawa saiz dan jumlah sesuatu bangsa itu bukanlah halangan untuk menguasai dunia ini.

30. We are born unarmed. Our mind is our only weapon. Use it wisely.





Jadi kenapa disalahkan sekolah vernakular? – Helen Ang

11 11 2011

Sebab Cina dan India menolak sekolah kebangsaan

 

 

Sewaktu saya membesar, daging tidak pernah dihidangkan di rumah sebab emak seorang penganut Buddha.

Penjelasan beliau kepada saya (semasa usia kanak-kanak) lebih kurang mirip kepada ajaran Hindu – agama Buddha pun dilahirkan di benua kecil India juga – iaitu lembu itu binatang ‘suci’ yang banyak berjasa kepada kita.

 

Gambar Utusan (diambil dari http://manjongmari.blogspot.com)

 

Berbalik kepada isu penyembelihan lembu di perkarangan sekolah bersempena dengan Aidil Adha.

Menteri Pelajaran Muhyiddin Yassin dalam sidang akhbar pada Nov 9 dipetik sebagai berkata: “Saya fikir pandangan itu [yakni bantahan MCCBCHST] tidak sepatutnya dikemukakan kerana mungkin boleh timbul salah faham.”

Muhyiddin juga mempersoalkan “kenapa hal sebegini dibangkit, perkara yang bukan masalah mahu dijadikan masalah”.

Sidang akhbar tersebut turut dihadiri Ketua Pengarah Pelajaran Abd Ghafar Mahmud.

Sungguhpun MCCBCHST ialah sebuah pertubuhan peringkat kebangsaan yang berpengaruh, kenyataannya itu tidak juga lepas dikecam hebat oleh pelbagai pihak.

 

Sekolah kebangsaan berciri Islam

Bayangkan kalau ianya seorang ibubapa India atau Cina yang membangkitkan perkara ini. Pasti akan dituduh sebagai mencabar Islam, ‘Islamophobe’, membuat hal, dsb.

Kontroversi yang disebutkan di atas beserta upacara-upacara bersangkut-paut agama Islam – yang mana umum dikehendaki hadir walaupun tidak mengambil bahagian, contohnya ketika bacaan doa – adalah antara sebab-sebab yang memberi kesan kepada keputusan ibubapa Cina dan India (yang rata-rata semuanya) memasukkan anak ke sekolah vernakular.

Saya bukan mengatakan hanya kerana alasan ini sahaja ataupun ianya merupakan sebab utama yang mendorong mereka membuat pilihan tersebut. Akan tetapi tidak harus dinafikan budayanya yang bercirikan Islam, diiringi dengan faktor bukan-Muslim kurang berupaya untuk melahirkan ketidakserasian kami, memang menjadi satu sebab kami menjauhi sekolah kebangsaan.

Jika hendak mendudukkan murid berbilang kaum sebangku sebagaimana disyorkan kempen Satu Sekolah Untuk Semua (SSUS), maka apa-apa kemusykilan yang mungkin timbul hendaklah dirungkai terlebih dahulu.

 

1Sekolah 1Budaya?

Scan surat diambil dari http://theunspinners.blogspot.com (klik)

.
Kumpulan penggiat siber SSUS berhasrat memansuhkan sekolah vernakular atas kritikan “suasana terpencil” di sekolah jenis kebangsaan Cina atau SRJK (C) kononnya tidak memberi peluang kepada para pelajar untuk bergaul dengan kaum-kaum lain.

SSUS mahu supaya kanak-kanak di alam persekolahan diasuh supaya kelak dapat “menyesuaikan diri dalam masyarakat majmuk negara ini”. SSUS juga berkata kegiatan-kegiatan ko-kurikulum perlu digalakkan yang mampu mendedahkan pelajar kepada kepelbagaian budaya.

Sekiranya sistem pendidikan aliran bahasa ibunda didakwa “menyerapkan nilai-nilai satu kaum sahaja”, adakah sekolah kebangsaan pula menyerapkan nilai-nilai kaum lain?

Akankah Thaipusam dan sambutan ‘Hantu Lapar’ boleh diadakan di sekolah supaya murid Melayu boleh memahami adat resam masyarakat majmuk? Ataupun diluluskan upacara-upacara Kristian yang melibatkan nyanyian, lakonan Nativity (kelahiran Yesu), Santa Claus, dsb?

Sebuah sekolah Cina di Kelantan, SJKC Kai Chih, dibawa ke mahkamah kerana mengadakan pesta tanglung di kawasan sekolah tanpa permit.

Dilaporkan bahawa Pejabat Tanah Dan Jajahan Pasir Puteh (di mana letaknya sekolah Cina itu) telah mengeluarkan notis pada 18 Sept.

 

Desakan untuk buka sekolah Inggeris

Matlamat SSUS ialah supaya anak-anak kita akan berbahasa kebangsaan sebagai bahasa utama nanti. Kempen tersebut membantah bahasa-bahasa asing dipromosikan secara meluas.

Akan tetapi melihat kepada polemik yang dicetuskan PPSMI, nampaknya bahasa Inggeris bukan sahaja dijulang tetapi diletakkan pada takuk paling atas sekali.

English – the national language of Bangsar

Malah selepas berjayanya PAGE baru-baru ini, mereka mula mendesak supaya tempoh pelaksanaan PPSMI dilanjutkan dan skopnya diperkembangkan untuk merangkumi murid Darjah Satu yang baru bersekolah.

Ada juga desakan-desakan baru untuk diadakan sekolah bahasa ibunda Inggeris meskipun BI bukan bahasa asli mana-mana suku kaum yang tinggal di Malaysia.

(Baca juga, ‘Methodists to open private schools as public standards fall‘.)

Kalau hendak kata orang Serani berbahasa ibunda BI pun tidak betul; kaum Serani mewarisi bukannya Inggeris tetapi sisa-sisa bahasa Portugis iaitu Kristang (bahasa creole).

BI mungkin hanya bahasa asli satu-satunya di Bangsar.

 

Bukan Cina bukit yang menghasut

Walaupun sekolah vernakular ialah suatu isu pendidikan namun ia tidak dapat dipisahkan daripada politik perkauman negara.

SSUS dalam memo mereka telah memberi saranan:

“Pengkajian semula sistem pelajaran negara ini haruslah dilakukan memandangkan fenomena perpecahan kaum yang semakin meruncing di masa kini. Gejala ini amatlah jelas sekali di alam siber dimana segelintir masyarakat kini mempamerkan sikap anti-negara yang semakin berleluasa. Jelas sekali, anasir-anasir ini tidak menghormati asas dan prinsip Perlembagaan negara, tiada rasa cinta kepada Tanah Air dan juga menonjolkan penulisan hasutan yang mencetuskan sentimen perkauman yang begitu ketara sekali.”

Gejala di alam siber yang diperkatakan SSUS sebenarnya menyerlah khususnya selepas pilihanraya umum Mac 2008. Sekolah Cina telah beroperasi lebih 40 tahun*, iaitu sejak Mei 13, 1969 sampai sekarang tetapi suasana kita bertegang urat hanya meruncing sejak kebelakangan ini.

Jadi kenapa disalahkan sekolah vernakular?

SSUS melemparkan tuduhan terhadap “anasir-anasir ini tidak menghormati asas dan prinsip Perlembagaan negara” sebagai bertanggungjawab atas perpecahan kaum.

Cuba fikir: Yang dipersalahkan SSUS bertekak leher di alam siber merupakan ‘anasir-anasir’ yang mendokong bahasa Inggeris ataupun bahasa Cina?

* Sekolah mubaligh mulai ditukar kepada sekolah kebangsaan ekoran pelaksanaan DEB pada 1970 sementara sekolah Cina dan Tamil tidak diusik walaupun tidak juga dibenarkan berkembang, yakni ditambah jumlah mereka.





Kempen Secara “Lembut” Belum Nampak Berkesan

10 11 2011

 

Bahasa Kebangsaan TIDAK PENTING Untuk Rakyat

Semalam saya sentuh sedikit kenyataan Presiden Mic Palanivel ( KLIK ) yang dilihat sebagai menyokong tuntutan PAGE yang mahu PPSMI dikaji semula pelaksanaannya, kali ni bila Presiden MCA ahLek juga dilihat menyokong PPSMI dan usaha memartabatkan Bahasa Inggeris disekolah melalui saranannya yang mahu mewajibkan Sastera Inggeris ( KLIK ) ….. saya bertambah yakin dengan kenyataan saya sebelum ini – Isu Perpaduan Negara Melalui Satu Bahasa Kebangsaan Tidak Menjadi Keutamaan Pemimpin Berbanding Isu Excellence dan Quality.

TIDAK PERNAH lagi saya membaca dimana-mana adanya pemimpin bukan Melayu yang menggesa kerajaan kearah memperbaiki kefahaman Bahasa Kebangsaan dikalangan murid-murid, apatah lagi dikalangan rakyat !

Walaupun tahun lepas Pesuruhjaya Banci pernah merungut terdapat sebilangan rakyat bukan Melayu yang langsung tidak faham Bahasa Kebangsaan Negara sendiri semasa pegawainya membuat bancian, DAN juga hasil kajian NUTP yang mendapati satu pertiga murid sekolah cina lemah sementara satu pertiga lagi langsung tidak faham Bahasa Kebangsaan …… apakah ada reaksi pemimpin bukan Melayu supaya masalah ini ditangani segera ? Hampeh …..

Sementara penguasaan Bahasa Inggeris yang belum pun dilakukan kajian tahap penguasaan murid-murid, pemimpin bukan Melayu sudah pun menuntut tumpuan lebih diberikan. Hinanya Bahasa Kebangsaan Malaysia diperlakukan oleh rakyat Malaysia sendiri ……

Orang cina sendiri dengan sombong dan bongkak menyatakan bahawa TIDAK ADA KEPERLUAN untuk mereka belajar memahami Bahasa Kebangsaan. Jadi disitu kita sudah nampak jawapannya – Kerajaan Harus Wujudkan Keperluan itu !

Dari Utusan – Wajib belajar bahasa Melayu

Kerajaan sedang mengkaji untuk mewajibkan pembantu rumah warga asing yang ingin bekerja di negara ini terlebih dahulu menjalani kursus bahasa Melayu dalam tempoh masa enam bulan. KEPERLUANNYA -

“Jika tidak, akan wujud masalah baru disebabkan kegagalan untuk berkomunikasi dengan majikan,” 

Nah…  Nak dengan Tak Nak jer …. Hendak seribu daya.

Kalau pekerja asing kita boleh paksa mereka belajar berkomunikasi dalam Bahasa Kebangsaan kita, kenapa kita tidak boleh paksa rakyat kita sendiri yang tidak faham Bahasa Kebangsaan Negara supaya belajar ? !

Wujudkan Keperluan itu ! Hanya dengan cara itu saja rakyat dengan sendiri akan memahirkan diri untuk fasih dalam Bahasa Kebangsaan. Sudah terbukti berkesan. Lihatlah betapa fasihnya pekerja asing dari Bangladesh, Myanmar, Kemboja bertutur dalam Bahasa Kebangsaan tidak sampai beberapa bulan mereka tiba disini …. dan bandingkan rakyat sendiri yang berpuluh tahun membesar disini masih juga lemah penguasaan bahasa Kebangsaan mereka.

Segala kempen cara ‘ berlembut ‘ seperti Kempen Bulan Bahasa Kebangsaan TIDAK AKAN KEMANAnya ! Yang ditumpukan adalah mereka yang sememangnya sudah mahir BUKANNYA mereka yang lemah dalam Bahasa Kebangsaan.

Seharusnya kerajaan memandang serius perkara ini. Dalam menggalakkan rakyat mempelajari bahasa kedua atau ketiga, penekanan seharusnya diberikan kepada kemahiran dalam Bahasa Kebangsaan TERLEBIH DAHULU.

PS – Oya, sebut tentang PPSMI nampak gayanya kerajaan sedang berdepan dengan satu lagi masalah yang semakin membesar. Yang kita duk dengar sekarang ini adalah suara mereka yang mahukan PPSMI diadakan semula …… tapi dimana suara mereka yang melalak menentang PPSMI dulu ?

Tulah, lain kali kerajaan kalau nak buat sesuatu itu biarlah kerana prinsip, BUKAN kerana tunduk kepada desakan. Suara mereka yang kuat terhadap sesuatu isu belum tentu mewakili majoriti kerana suara yang diam lebih ramai.

Nah, sekarang kerajaan berdepan masalah dengan PPSMI. Mereka yang melalak menentang PPSMI dulu tetap juga menentang kerajaan dengan isu-isu lain ( kerana motif mereka dulu lebih kepada politik ) sementara kerajaan berdepan kehilangan sokongan rakyat yang pro PPSMI.

SAMA jer dengan kes pemansuhan ISA !





Selagi Kita Tidak SATU BANGSA, SATU NEGARA, SATU BAHASA…

26 10 2011

From JUST MY THOUGHTS :-

In defence of the NEP a letter from the NST

In defence of the NEP, a letter written by DR GAIRUZAZMI M. GHANI which I would like to share with readers:

ECONOMY: Don’t blame the NEP

I REFER to the letter from Tan Sri Ramon Navaratnam, “Economy: Back your case with research” (NST, Aug 11), 11/8/2011), in which he argues that the New Economic Policy (NEP) and its remains are one of the main reasons for the decline in foreign and domestic investment in Malaysia.

He did not, however, furnish data.

Let us then look at compare the figures for of total investment, foreign direct investment (FDI) and economic performance during the NEP period, and compare them balance it with our neighbouring countries to see whether his argument is factually accurate. or not.

The data shows that Malaysia’s economic growth and investment intensity were on  par if not better than its neighbours in the 1970s, 1980s and 1990s.

Malaysia’s gross domestic products (GDP) grew at an average rate of about 7.5 per cent % for the 1970 to 1990 period, similar to its neighbouring countries.

Average investment ratio per GDP was about 26 per cent % for the 1970 to 1990 period, also similar to its neighbours, except Singapore which had an average of 38 per cent. %.

These rates were better than other regions in the world, suggesting that the NEP at worst, had done no harm to the economy, if not improved the economy.

Admittedly, the investment intensity after the Asian financial crisis did drop, but can this be blamed on the NEP?

Investment intensity for all East Asian countries also dropped after the crisis.

Malaysia’s total investment dropped from as high as 43 per cent of the GDP in 1997 to about 20 per cent of the GDP after the crisis.

The same occurred into other countries. The investment level in Singapore, Thailand, South Korea and the Philippines also dropped from as high as 41 per cent to about 20 per cent of the GDP.

These countries did not have the NEP; they had have the luxury of homogeneity. So, how can the NEP be blamed?

In fact, it could be because of the NEP that Malaysia was able to enjoy economic prosperity.

The policy, to a large extent, has brought stability to the country, which is a pre-requisite for inflows of investment and economic growth, which then would improve society’s socio-economic well-being.
Compared to other multi-ethnic countries, Malaysia is in fact performing better than most countries in the region. Navaratnam Ramon has failed to recognise that the high tolerances which have been practised by Malaysians due to the policy had have indirectly led us to perform well in the Human Development Index (HDI), where Malaysia has been categorised as a high development country, much higher than countries that have similar characteristics.

Studies have shown that East Asian countries over-invested during the middle of the 1990s, creating overcapacity in the market; the high levels of investment were not sustainable.

This echoes Paul Krugman’s questioning of the East Asia Miracle. He argued that East Asia’s rapid economic growth in the 1990s was due to too much investment, not increases in productivity.

The inability of East Asian countries, including Malaysia, to return to the mid-1990s levels of investment might be due partly, if not entirely, to over-investment in the region.

The current rate level of investment is at a normal level. Indeed, the world average total investment as a ratio of the GDP was about 24 per cent in 2008, lower than Malaysia’s investment ratio during the NEP period. However, what is important is not how much is invested, but rather, the quality of the investment.

The drastic drop in Malaysia’s FDI relative to other East Asian countries in 2009 has been hyped, but it is an anomaly. The FDI sank to a low US$1.4 billion (RM4.2 billion) due to the global financial crisis and other related factors. It has since recovered.

In fact, the FDI inflows in 2010 last year were the highest ever recorded, surpassing the pre-crisis level of US$D8.6 billion recorded in 2007.

Although the World Bank Malaysian Economic Monitor April 2011 (Figure 1.57, p. 44) report shows that Malaysia is the only country in the region with a decrease of FDI to gross fixed capital formation ratio, it is sensitive to the time period selected.

For instance, the ratio is 18.9 per cent for the 2006 to 2008 period and 12.4 per cent ( for the 1994 to 1996)period.

The phenomenon of brain drain has also been suggested by NavaratnamRamon as a reason for the decline in total investment.

However, the decline in investment is not due to brain drain.

The World Bank suggests that brain drain may be costly to Malaysia’s economy but it also states that “even though brain drain has caused a reduction in the overall labour force…, the skilled labour force remains almost constant and the share of highly-skilled remains virtually the same…

On the positive side, this evidence suggests that the brain drain has not had a significant detrimental effect in reducing the stock of the educated workforce”.

However, it does not mean that the brain drain is good for the economy.

Malaysia needs to retain and attract talent in order to improve the country.

Yes, the NEP has been abused and has its weaknesses, but to blame the NEP for the brain drain or drop in investment is empirically incorrect.

DR GAIRUZAZMI M. GHANI
Islamic Economics and Policy Research Unit
International Islamic University

Read in full here.





Sekolah Methodist

24 10 2011

Dari Laman THE UNSPINNERS yang memetik artikel laman MIM

Bukan kali pertama Gereja Methodist Ngeh-Nga buat onar


MiM terkejut dengan pendedahan di dalam artikel di bawah.

Apakah pihak gereja Methodist memperlekeh-lekehkan sistem pelajaran negara? Siapakah mereka yang begitu lantang sekali?

Di antara artikel tersebut :-

Terkini, sempena sambutan ulang tahun ke-120 Sekolah Methodist Lelaki Pulau Pinang, pihak gereja Methodist mahu membina lebih sekolah swasta, sebagai altenatif kepada penurunan standard akademik di sekolah-sekolah kebangsaan.

Menurut biskop Dr Hwa Yung, misi Gereja Methodist ialah membina rangkaian sekolah swasta agar golongan muda Malaysia akan menikmati pendidikan terbaik. Kenyataan ini jelas-jelas menghina sistem pendidikan kebangsaan.

Jika pendidikan kebangsaan tidak ada standard, kenapa saban tahun pelajar-pelajar kita diterima belajar di luar negara? Kenapa ultra kiasu begitu lantang mahukan biasiswa JPA diberikan kepada mereka? Tidakkah semua mereka produk daripada sekolah kebangsaan?

Alasan simplisitik gereja Methodist dengan merujuk kejayaan dengan kerjasama mazhab Kristian yang lain terlibat dalam bidang pendidikan sejak 1800-an apabila British datang ke negara ini.

Gereja Methodist mempunyai 26 sekolah menengah dan 42 sekolah rendah yang mendapat bantuan kerajaan, enam sekolah swasta dan sebuah kolej persendirian. Gereja Methodist kesal kerana kebanyakan sekolah mubaligh kini berada di bawah kawalan kerajaan dan beroperasi atas dasar-dasar yang tidak “simpati” kepada sekolah-sekolah jenis itu.

Kini, gereja Methodist bergerak aktif dengan memulakan sekolah bagi penduduk di kawasan luar bandar yang tiada akses kepada sekolah-sekolah kerajaan. Selepas itu, menurut Gereja Methodist, mereka mahukan Methodist College ditubuhkan bagi mencapai taraf kolej universiti pada masa akan datang.

Saya yakin mereka akan menggunakan peluang-peluang ini sepenuhnya di negeri-negeri yang ditadbir oleh ultra kiasu, terutama Pulau Pinang.

Kerajaan perlu sedar akan strategik ini. Matlamat mereka hanya satu, untuk menyebarkan ajaran Kristian di negara ini. Saya amat mengharapkan kerajaan tidak akan tunduk atau melulus sekolah dan kolej missionari ini.

Mereka mempunyai perancangan yang licik untuk merealisasikan cita-cita mereka, menjadi rantau Melayu ini sebagai sasaran Kristian setelah mereka gagal di Barat.

Saya cadangkan pihak gereja bawa idea sekolah ini untuk dibina di negara China. Adakah kerajan China akan terima? Janganlah terlalu mengutuk negara sendiri, untuk memenuhi tuntutan dan strategi Kristianisasi.

Kita semua tahu perancangan licik dan jahat pihak gereja. Umat Islam tidak banyak bercakap atas menghormati kebebasan beragama. Tetapi jangan terlalu berani mencabar. Sistem sebegini tidak pernah wujud di negara lain. Saya amat pelik, kenapa kita sanggup korbankan kepentingan nasional semata-mata untuk meraikan orang lain? Bertindaklah sebelum terlambat

Baca sepenuhnya sini

MIM





DI MANA BUMI DIPIJAK, DI STU LANGIT DIJUNJUNG

7 10 2011

Siapa yang memberi label “PENDATANG” kepada anda?

koolmokcikZ telah memuatkan sebuah komen yang menarik perhatian DI SINI. Ianya dipetik dari SINI.

I look out the window” memerhatikan gelagat bangsa Malaysia di Semenanjung, dari tiga keturunan, Melayu, India dan Cina.
Dalam soal prinsip, kepercayaan, perjuangan, ia bukannya boleh dinilaikan sebagai “productive” ataupun “unproductive” dari segi nilaian wang ringgit ataupun harta benda semata-mata. Apa lagi bila ia melibatkan soal jati diri, semangat dan patriotisma.
Anak bangsa bertumpah darah demi mempertahankan kedaulatan tanahair tanpa mengira “untung-rugi” wang ringgit/hartabenda.  Apabila ada anasir-anasir yang mencabar Rukun serta Perlembagaan Negara kita, maka wajiblah anak bangsa membuka pintu untuk turun bersama-sama dengan pihak berwajib mempertahankan jalan-jalan kita dari dicemari oleh  anasir-anasir yang merusuh, mencabar kedaulatan negara ini. Bukannya menutup tingkap dan terus bermain mahjong kerana menganggap akvititi-aktiviti mempertahankan negara dari perusuh itu sebagai “unproductive“, bukan hal kita. Kalaulah ini sikap kita, bukankah kita patut bertanya diri kita sendiri. Siapakah kita di bumi ini? Pendatang kah?
Sebilangan orang cina dan india begitu cepat mengeluh, “Kami lahir di sini, tetapi kenapa kami tidak dianggap sebagai warganegara ini?“. Kemudian sebilangan orang-orang ini terus menyalak ke sana dan ke sini, “Ketuanan Melayu! Ketuanan Melayu!“, kononnya membantah kerajaan yang memerintah. Tetapi pada hakikatnya mereka-mereka ini sebenarnya menyerang bangsa Malaysia, khususnya dari keturunan Melayu.
Mereka sepatutnya bertanyakan diri sendiri dahulu sebelum mengeluh begitu rupa.  “Adakah aku ini benar-benar orang Malaysia? Adakah aku berbangsa Malaysia? MALAYsia?“. Tidak perlu berhujah panjang kerana sudah terlalu banyak tulisan-tulisan yang membincangkan isu ini.
Sebelum anda memberikan alasan-alasan seperti “Aku lahir di sini“, “Aku juga bayar cukai” dan lain-lainnya itu, tanya dulu diri anda, “Adakah aku ini MALAYsian?” . Lupakan barang seketika RACUN “Ketuanan Melayu” yang menjangkiti minda anda dan baca, siapa dia MALAYSIAN itu dan bagaimana kita yang pelbagai keturunan ini boleh menjadi SATU BANGSA.
Kemana saja anda pergi sekiranya anda tidak mengubati diri anda dari RACUN “Ketuanan”, sebuah konsep ketuanan yang diputarbelit dan yang diperhinakan oleh anjing-anjing cauvinis perkauman, anda akan tetap dihantui oleh racun berbisa ini. Anda akan dihantui oleh “Ketuanan Inggeris” di United Kingdom, “Ketuanan Jerman” di German, “Ketuanan Arab” di tanah Arab, di mana sahaja bahkan di negara China sekalipun!
Kerana apa? Kerana konsep “Ketuanan” yang ada dalam minda anda sudah diracuni oleh anjing-anjing cauvinis perkauman yang mencucuk jarum seolah-olah ianya suatu konsep yang melibatkan hubungan “Tuan dan kuli batak” sedangkan maksud sebenarnya adalah lain. (TOLONG KLIK link ini untuk mengubati racun di minda anda itu).
Paling senang untuk memahami kenapa anda masih lagi dianggap “PENDATANG”. Ini perkara yang asas yang masih anda belum penuhi walaupun “lahir” di sini. Cuba perhatikan imej kartun di bawah. Yang mana satu lebih layak digelar “PENDATANG”?. Yang sebelah kiri atau yang sebelah kanan?

Adakah anda SATU BAHASA untuk bersama-sama dengan warga negara yang lain? Adakah anda bersemangat SATU NEGARA apabila anda lebih memperingati Dr Sun Yat Sen di Pulau Pinang instead of Rosli Dhobi? Adakah anda SATU BANGSA dengan warga negara ini apabila anda pada hakikatnya menolak serbi serbi berkaitan dengan “MALAY” yang menjadi teras/tunjang kepada “MALAYsia”? Jangan sepantas itu mengeluh “Aku lahir di sini, tapi mereka masih menggelar aku sebagai PENDATANG”. Tanyalah diri anda sendiri dahulu kerana tindak-tannduk anda sendiri yang melabelkan diri anda sebagai “PENDATANG”, bukannya orang lain!

Sebenarnya anda telah melakukan suatu ketidak-adilan yang amat besar terhadap bangsa Malaysia berketurunan cina (dan india) yang lain dengan jiwa raga kecinaan/keindiaan anda ini walaupun batang tubuh anda lahir di bumi Malaysia. Sebenarnya, bangsa Malaysia berketurunan cina/india bersama-sama dengan keturunan Melayu telah lama menunggu untuk memeluk anda sebagai SATU BANGSA, SATU NEGARA, SATU BAHASA. Mereka sanggup memberi 10 tahun untuk anda mendakap BAHASA KEBANGSAAN. Itu telahpun lama berlalu dan hari ini anda masih lagi MENOLAK bahasa Kebangsaan ini. Anda berpatah arang dengan sekolah cina dan sekolah india anda.
Jadi, orang lainkah yang menggelar anda sebagai “PENDATANG” atau anda sendiri yang tidak mahu mendakap MALAYsia, lalu bersikap sebagai seorang “PENDATANG”?
Selepas merdeka kelonggaran selama 10 tahun telah diberi untuk tidak perlu menggunakan Bahasa Kebangsaan di mahkamah untuk memberi ruang kepada penguasaan bahasa Kebangsaan ini dengan sepenuhnya. Itu sudah lama berlalu, apa hari ini anda masih perlukan 5 tahun kelonggaran lagi? MALAYsia lebih lembut dari Thailand ataupun Indonesia kerana tidak memerlukan nama anda ditukar kepada Thaksin Shinawatra/Yinluck Shinawatra ataupun Rudy Hartono, Alan Budi Kusuma dan Susi Susanti. Lihat sajalah Thaksin dan adiknya, hanya ORANG THAI sahaja dipilih menjadi Perdana Menteri THAILAND bukannya ORANG CINA! Masih tidak faham lagikah anda? Masih kekal mahu beridentitikan PENDATANG?
Kesimpulannya, hayatilah “DI MANA BUMI DIPIJAK, DI STU LANGIT DIJUNJUNG”







Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 38 other followers