Toleransi Gagasan1Malaysia Yang Bakal Membawa Padah

8 11 2012

 

 

Cari punca diskriminasi perkauman

 

  • Artikel sebenar bukanlah artikel ini tetapi komentar saya mengenai pembangunan di Bt Caves, tetapi pihak akhbar tidak berani untuk menyiarkannya dan saya ganti dengan artikel ini. Saya cuba ‘lembut’ kan artikel tersebut minggu depan, InsyaAllah. 
  • Sinar Harian 5 Nov 2012
  • Terbaharu, kajian pensyarah kanan Universiti Malaya (UM), Dr Lee Hwok Aun dan Dr Muhammed Abdul Khalid Universiti Kebangsaan Malayasia (UKM), mendapati bahawa ramai graduan baru Cina lebih mudah dipanggil untuk temuduga dan mendapat pekerjaan, berbanding dengan orang Melayu, amat menarik perhatian saya.
  • Isu ini sudah lama saya perkatakan. Saya amat yakin yang mempraktikkan polisi ini adalah syarikat-syarikat ultra kiasu, menunjukkan diskriminasi kaum semakin ketara dalam proses pengambilan pasaran buruh sektor swasta. Syarikat Melayu sendiripun ada yang mempraktikkan perkara sebegini, sebab tidak yakin dengan kemampuan bangsa sendiri.
  • Bertunjangkan kepada gagasan 1Malaysia, kerajaan hari ini semakin bersifat terbuka. Ramai kalangan bukan Islam telah dilantik memegang jawatan tinggi dalam Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) Petronas, CIMB, Telekom Malaysia dan sebagainya. IPTA juga tidak terlepas, Timbalan Naib Canselor sudah ada di kalangan bukan Islam. Jangan haraplah IPTS bukan Melayu akan melakukannya, kecuali jika ada keuntungan.
  • Maka tidak hairan jika kita lihat ramai orang Melayu, pegawai kerajaan pencen, bergelar Tan Sri dan Dato, diperalatkan untuk kepentingan bisnes mereka. Perlantikan mereka sekadar untuk mendapat tender dan kontrak. Lebih malang lagi, mereka yang digula-gulakan dengan elaun dan kerusi empuk, langsung tidak berperanan.
  • Kita ambil satu contoh berdasarkan maklumat rakan-rakan yang bekerja di GLC petroleum terbesar negara. Ultra kiasu yang dilantik sebagai salah seorang pengarah GLC ini begitu bermaharajalela. Kebanyakan kontrak syarikat minyak ini diberikan kepada syarikat bukan Melayu. Manakala, pekerja-pekerjanya diambil kalangan bukan Melayu. Saya tidak kata, tidak boleh. Tetapi biar berpada-pada. Jangan sampai orang Melayu terasa telah diketepikan seperti yang berlaku.
  • Yang peliknya, orang Melayu berjawatan tinggi di sana, hanya melihat sahaja. Tidak berani melawan menegur atau melawan bos, kerana ultra kiasu ini ‘kamcing’ dengan bos nombor satu. Bos nombor satu ini masih dengan cara hidup nafsi-nafsi. Minuman keras masih menjadi amalan. Amalkanlah sifat sebegini, suatu hari ini, kita akan tahu nasib Melayu di bumi Melayu seperti yang selalu saya peringatkan.
  • Ultra kiasu, walaupun bilangan sedikit, tetapi mereka amat aktif bekerja siang malam tanpa jemu. Ultra kiasu akan memastikan mereka sentiasa menang di mana sahaja berada. Lebih malang lagi ada kalangan kita yang bersekongkol dengan mereka. Sama juga di tempat saya bekerja. Orang Islam sendiri telah berpakat dengan ultra kiasu untuk menjahanamkan orang Islam sendiri.
  • Memang agak pelik, bila saya menulis sebegini, seorang Cina yang tidak ada apa-apa kepentingan selalu mengingatkan Melayu sehingga saban hari saya dikutuk. Tetapi apakan daya, semangat keIslaman mengatasi segala-galanya. Tidak mengapalah dikecam dan dihina. Apa yang penting, untuk memastikan umat Islam selamat. Itupun jika mereka mahu sedar.  
  • Bayangkan di kala kerajaan dan anak-anak syarikat terus bersifat terbuka, manakala syarikat ultra kiasu terus mengutamakan kaumnya, bagaimanakah nasib Melayu Islam ini. Perkara ini perlu difikir secara serius oleh kita hari ini. Saya yakin, keadaan yang hampir sama berlaku pada syarikat GLC yang lain seperti Maybank, CIMB, Telekom dan lain-lain.
  • Kadangkala naik muak melihat syarikat GLC ini, berlagak tidak tentu pasal. Kita yang menyukarkan keadaan sehingga anak bangsa sendiri merempat. Isu penguasaan bahasa asing diperbesar-besarkan, sehinggakan orang Melayu yang rajin, tetapi tidak menguasai pelbagai bahasa dipinggirkan.
  • Maka dilantiklah orang-orang yang kononnya menguasai pelbagai bahasa. Secara tidak sedar, mereka inilah yang khianat, menjual rahsia kerajaan. Ada yang sanggup menjual rahsia kepada CIA, mengutuk negara sendiri apabila berucap atau membentang kertas kerja ketika berada di negara luar dan sebagainya.
  • Maka tidak hairanlah hari anak bangsa tidak mendapat tempat dan bahasa Melayu terus merempat. Jika tidak percaya, masuklah ke kedai TM Point, bacalah apa yang tertera  di dinding-dinding dan banner mereka. Boleh dikatakan, tidak ada bahasa Melayu digunakan. Semuanya bahasa Inggeris. Ini baharu satu contoh. Pergilah ke GLC yang majoritinya dipimpin oleh orang Melayu. Kenapa ada dalam pemikiran bos-bos yang dilantik memimpin syarikat kerajaan ini, langsung tidak ada sedikitpun dalam kepala mereka untuk mengangkat agenda kebangsaan?
  • Bandingkan dengan syarikat ultra kiasu yang lain. Masuklah ke bank-bank atau syarikat kepunyaan mereka. Bahasa Melayu hanya ada pada tanda pintu keluar dan masuk. Selebihnya menggunakan bahasa Mandarin dan bahasa Inggeris. Bahasa Melayu langsung tidak mendapat tempat, sebab tidak penting, tidak komersial. Apa ada dengan bahasa Melayu?
  • Ini dibuktikan lagi, hasil kajian  mereka juga mendapati, walaupun kedua-dua graduan Melayu dan Cina menyenaraikan penguasaan bahasa Cina dan menyatakan mereka lulus dari universiti tertentu mungkin meningkatkan peluang mereka untuk dipanggil temuduga. Namun, syarikat Cina atau dikendalikan orang asing, lebih ketara cenderung memilih pemohon Cina.
  • Semua bukti ini menunjukkan, diskriminasi kaum begitu ketara dalam sektor swasta, terutamanya dalam industri kejuruteraan. Orang Melayu hampir pasti ditolak oleh syarikat kawalan asing, diikuti oleh syarikat dikuasai Melayu dan akhir sekali firma dikawal Cina.
  • Jika beginilah keadaannya, sekolah aliran kebangsaan sudah tidak relevan lagi. Jika isu  bahasa mandarin terus diambil kira, bermakna, orang Melayu perlu menghantar anak mereka ke sekolah Cina dan sekolah antarabangsa bagi mendapatkan kerja di syarikat Cina. Ini menampakkan seolah-olah ada permuafakatan antara sekolah ultra kiasu dengan syarikat ultra kiasu, supaya kepentingan budaya dan syarikat mereka terjaga.
  • Nasihat saya, kerajaan perlu mengkaji semula sifat ‘keterbukaan’ yang dilakukan selama ini. Tidak mengapalah kalaupun berlaku ‘brain drain’, jika yang keluar itu adalah ultra kiasu tegar yang tidak boleh dipercayai. Itu lebih baik daripada menyimpan mereka, yang menjadi musuh dalam selimut.




Layak digelar sebagai PENDATANG TEGAR

7 11 2012

 

 

 

Jangan Paksa Sekolah Cina Ajar Bahasa Melayu

Pisau kongsikan apa yang Dong Zhong mahu, seolah dasar pendidikan kebangsaan yang baru menindas sekolah vernakular. Tidak ada negara lain didunia memberi bantuan kepada sekolah jenis kebangsaan melainkan kerajaan BN Malaysia. Lihat di Singapura,Australia mahu pun di UK langsung tak ada bantuan.

Berbillion ringgit ditabur oleh kerajaan BN kepada sekolah sekolah ini sedangkan ia menyalahi perlembagaan negara. Kesalahan BN cukup nyata apabila memberi muka hinggakan pusat menternak hibrid ultrakiasu DAP memandang enteng akan peri pentingnya semangat nasionalisme.

Berapa peratus mereka mereka ini fasih berbahasa Malaysia? Berapa peratus mereka ini mampu menulis dengan baik dalam bahasa Malaysia?

Tak kurang atau terhakis sedikit pun warisan bangsa anda jika belajar bahasa kebangsaan.

Duit kerajaan Malaysia mereka nak tapi bahasa Malaysia mereka taknak..  Malaysian First Chinese Second atau Chinese First Malaysian Second.. ?!

PELAN Pendidikan Kebangsaan atau Malaysian Educational Blueprint yang dilancarkan kerajaan baru-baru ini pada pandangan penulis lebih baik ditukar nama kepada yang lebih sesuai iaitu, “Pelan Kerajaan BN Suruh Semua Orang Cakap Melayu”.

Mana tidaknya, pelan pendidikan ini jelas hanya memperkasakan bahasa Melayu dan meminggirkan bahasa ibunda yang lain dalam sistem pendidikkan kita, terutama sekali bahasa Cina dan India.

Inilah juga alasannya kenapa pertubuhan-pertubuhan pendidikan Cina di negara ini seperti pertubuhan Dong Zhong, menolak sepenuhnya perlaksanaan pelan pendidikan tersebut, malah akan mengadakan demonstrasi besar-besaran pada 25hb November depan bagi menunjukkan bantahan mereka.

Antara lain yang disebut dalam pelan pendidikkan ini ialah, menjadikan Bahasa Melayu sebagai satu-satunya medium pengajaran di seluruh sekolah kerajaan, menambah tempoh pembelajaran bahasa Melayu dari 180 minit ke 570 minit dan penghapusanremove classsyang sebelum ini dikhususkan untuk pelajar menengah dari sekolah rendah jenis kebangsaan (SJKC).

Kalau semua ini bukan dibaca untuk memperkasakan bahasa Melayu, penulis tidak tahu nak menggelarkannya sebagai apa.

Memang ini negara Malaysia, bukan negara China atau India, tapi dalam masa yang sama kerajaan perlu memperakukan bahawa bahasa ibunda masing-masing juga perlu dipertahankan, selari dengan gesaan UNESCO.

Walaupun ada berpendapat gesaan UNESCO itu tidak meliputi sistem pendidikan kebangsaan, tapi itu bukan masalah untuk perkara tersebut dilaksanakan disini, apatah lagi bila perlembagaan Malaysia juga menetapkan supaya setiap rakyat diberi kebebasan mengamalkan bahasa ibunda masing-masing.

Penulis rasa elok dikekalkan sistem sekarang bila bahasa Melayu diajar secara minima di sekolah-sekolah jenis kebangsaan dengan penumpuan lebih diberikan kepada bahasa ibunda masing-masing.  Menambah tempoh pembelajaran dalam bahasa Melayu bermaksud mengurangkan masa untuk pembelajaran dalam bahasa ibunda di sekolah jenis kebangsaan.

Walaupun penulis akui sistem pengajaran bahasa Melayu di sekolah jenis kebangsaan cina sedia ada tidak banyak membantu meningkatkan komunikasi antara orang Cina dan orang Melayu, tapi keadaan itu boleh di atasi kalau kerajaan bersifat adil kepada semua kaum di negara ini seperti yang pernah dicadangkan Pakatan Rakyat.

Nampak macam tak berkaitan (antara berkomunikasi dan bersikap adil) tapi ia sebenarnya ada kaitan tidak langsung yang banyak.  Sukar rasanya penulis nak jelaskan disini kerana perkara ini terlalu ‘berat’ untuk orang yang tidak berpedidikan tinggi faham, yang penting, ada kaitanlah.
Lagipun dengan negara China semakin pantas menghampiri negara-negara barat dari segi penguasaan ekonomi, permintaan untuk tenaga mahir yang mampu bertutur dalam bahasa Mandarin dijangka akan menjadi lebih tinggi, mengatasi mereka yang mahir menguasai bahasa Inggeris apatah lagi bahasa Melayu yang tidak laku di peringkat antarabangsa ini.-Mkini

Pisau kata dah lebih 50 tahun merdeka,ada yang tak fasih cakap Bahasa Malaysia…ada yang tak tau menyanyi lagu Kebangsaan… nak sama rata?





Orang Cina yang bertebaran di bumi Malaysia

29 10 2012

Sin Chew – Ayuh Bersatu ! Semua Samaratakan TAPI Sekolah Cina Jangan Kacau Ok !

Artikel terjemahan SinChew Daily News dari Rocky Little Chinese Bru betul-betul menyingkap sikap HIPOKRIT penulis dan editornya. Mungkin kah pandangan yang sama turut dikongsi oleh kaum cina ? Saya copy sepenuhnya dengan sedikit peng-highlight -an.

Sinchew Daily News
Ruangan: Opinion Corner m/s 38
Tarikh: 26 Okt 2012 (Jumaat)

Hilangkan syak wasangka, bina sikap saling mempercayai
Oleh Lim Sue Guan
Timbalan Pengarang Sinchew Daily News

Projek perubahan Najib sudah berjalan selama 3 tahun, tetapi tidak membawa kepada perubahan dalam pemikiran serta pengetahuan am dalam erti mengenal perubahan dalam fikiran masyarakat.

”Kongres Ekonomi Melayu 2012” baru-baru ini telah berlangsung, ia sama juga seperti tahun-tahun sudah, perhimpunan kali ini tetap tidak berubah masih berkisar membincangkan pemegangan saham bumiputera, mahu pihak kerajaan dan syarikat-syarikat GLC membantu usahawan bumiputera; sampai bila baru cukup dan memadai untuk bekerjasama dengan syarikat-syarikat pelbagai kaum pula, supaya dapat wujudkan satu kongres yang boleh melibatkan ekonomi untuk semua rakyat?

Masa dahulu masih lagi kedengaran suara pemimpin-pemimpin membangkitkan usahawan bumiputera, usahawan Cina dan usahawan India perlu bekerjasama, untuk memperluaskan konsep kek-kek ekonomi; tetapi kekurangan dari segi kepercayaan di antara satu sama lain, terhalang dengan saling tidak mempercayai dan syak wasangka, win-win situation antara kaum ini telah pun dilupai.

Sebuah kongres ekonomi dari sudut kaum sahaja, pandangan mereka sudah tentu agak sempit, contohnya dulu, menteri dari kalangan UMNO Tan Sri Sanusi Junid pada kongres tersebut dengan lantang berkata, pada masa itu Mahathir gunakan cara sistem polisi Jerman menentang orang-orang Yahudi, tidak keluarkan lesen bank kepada orang-orang bukan bumiputera, tetapi pada ketika itu Menteri Kewangan Anwar Ibrahim pecahkan ruyung langgar halangan itu, keluarkan lesen kepada Hong Leong Bank dan Allianz Bank.

Pada ketika itu niat Sanusi Junid ialah cuba menghentam Anwar Ibrahim, mengatakan Anwar Ibrahim merosakkan agenda Melayu, tetapi pada ketika itu menyebabkan orang-orang bukan Melayu rasa tersinggung; orang-orang bukan Melayu membayangkan bahawa orang-orang Cina adalah seperti orang-orang Yahudi, kepada orang-orang Cina yang setia pada negara ini bukankah sudah tercalar?

Jika pada Abad yang lepas mahu dengki mendengki, saling berhati-hati dan waspada, menyekat pihak lain untuk berkembang, sepatutnya pada waktu ini semua fahaman itu perlu dikikis, terutama sekali kepada ahli-ahli politik; jika mereka masih timbulkan isu-isu lama, ia melambangkan pemikiran mereka sendiri sangat mundur.

Politik perkauman itu satu penyakit barah menyebabkan polisi perubahan tidak dapat dilaksanakan dengan baik, kerana mereka masih rasa syak wasangka, ia menjadi punca kepada saling tidak mempercayai antara satu sama lain. Politik perkauman itu perlu dipecah dan ditadbir, hanya dengan cara begitu pemimpin yang berkuasa baru dapat mentadbirnya; tetapi ini sebenarnya satu permainan kosong-kosong dan sama rata. Hari ini pada keseluruhannya yang sepatutnya kita tekankan ialah persaingan antara negara-negara, bukan lagi berlegar pada nilai saham antara kaum. Jika ekonomi negara meleset, pasti nilai saham antara kaum juga akan turut mengecil.

Dalam laporan Bank Dunia, Malaysia melonjak ke tempat ke-12 dalam Laporan Menjalankan Perniagaan 2013 oleh Bank Dunia, ia memang menggembirakan kita, tetapi yang paling penting ialah ranking persaingan negara dan kekuatan sebenar ekonomi kita.

Pertikaian dalam bab ekonomi kaum, sebaliknya kenapa kita tidak cuba rapatkan jurang perbezaan ekonomi antara kaya dan miskin, dan hapuskan tidak puas hati dalam masyarakat. Kita sepatutnya tangani kemiskinan, pendidikan dan persaingan dalam perniagaan melalui prestasi, sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan perlu dibantu, kesannya pasti akan lebih baik daripada apa yang ada sekarang ini, ia juga boleh terhindar daripada gejala rasuah dan sikap tamak.

Kekuragan sikap saling mempercayai antara satu sama lain kita hanya membazirkan masa bertelingkah ke atas perkara-perkara yang tidak berfaedah, hanya asyik meragui antara satu sama lain. Contohnya Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu UKM, Prof Dr Teo Kok Seong sebaliknya mengkritik orang-orang Cina kerana orang-orang Cina tidak mahu menerima blue print pendidikan saranan pihak kerajaan, untuk memperkukuhkan bahasa Melayu di SJKC supaya menggunakan sylibus sekolah kebangsaan, beliau anggap orang-orang Cina terlalu pertahankan bahasa Cina.

Walaupun Dr Teo Kok Seong seorang berketurunan Cina, beliau tidak memahami masyarakat Cina, masyarakat Cina membantah kerana disebabkan masyarakat Cina khuatir kualiti di SJKC akan berubah, tindakan masyarakat Cina itu sebenarnya mahu pertahankan pendidikan bahasa Ibunda mereka, kegusaran dalam jiwa seperti ini dalam masyarakat Cina ada kaitannya dengan politik dan sejarah.

Sebab itu ia perlu melalui kaum hindarkan politik, laksanakan polisi yang terbuka yang bukan dari sudut perkauman, barulah ia dapat ketepikan syak wasangka di antara satu sama lain, supaya semua orang boleh rasa lapang dada, dan mampu bina saling mempercayai di antara satu sama lain.

Orang-orang Malaysia memang bijak, selama 50 tahun terpusing-pusing dengan agenda politik, menyebabkan berlaku pecah dan tadbir, pembaziran dalaman yang ketara, menyebabkan kekayaan negara serta orang-orang cerdik pandai mengalir keluar. Seterusnya kita meronta-ronta dan bertelagah di antara satu sama lain di tempat dan di ruang yang sempit ini, bermakna alam kita ini semakin lama semakin mengecil.

**********************************

Ada sesiapa nak beri pandangan ?

PS – saya nak komen satu jer – Apakah tindakan dipihak pemimpin2 kita kearah menyedarkan kaum bukan Melayu kenapa negara kita PERLU dasar2 Affirmatif, kearah KEADILAN dalam perkongsian ? Bahawa Samarata itu tidak bermakna ADIL ?





Yang Kemaruk & Taksub serta Anti Nasional

24 08 2012

 

 

 

August 11, 2012

11 OGOS — Rangsangan jurulatih China kepada Lin Dan ketika permainan penentuan dalam Sukan Olimpik London tempoh hari, yang dapat didengari, iaitu Datuk Lee Chong Wei sebagai lawannya adalah separuh Cina saja, boleh dianggap rasis. Namun ia menarik sekali untuk direnungi oleh Cina Malaysia.

Kepada Cina Malaysia yang rata-ratanya kemaruk dan taksub terhadap bahasa dan budaya Cina, sehingga bukan saja ingin mencontohi, tetapi berkehendakkan pendidikan aliran Cina di negara ini wujud seperti yang terdapat di China, tanpa mempedulikan keperluan pepatah di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung, persepsi jurulatih itu perlu direnungi sedalam-dalamnya kerana ia mempunyai banyak kebenaran.

Rangsangan itu memperlihat bangsa Cina yang bukan saja bangga dengan tamadun mereka yang berusia 5,000 tahun. Tetapi tetap angkuh sejak dulu kala sehingga ke zaman moden ini, sebagai bangsa yang maju dari segi peradaban dalam sejarah manusia.

Sehubungan ini, sebilangan besar Cina Malaysia bukan saja terikut-ikut dengan keangkuhan ini, tetapi berikhtiar sedaya upaya untuk mempamer selain mendukung jati diri etnik Cina tulen, dengan menolak unsur Melayu yang merupakan kelompok dominan di negara ini.

Cina Malaysia adalah hanya separuh Cina dan bukan Cina tulen seperti yang di China, merupakan hakikat yang perlu diterima dengan penuh keinsafan. Dalam hal ini, hubungan Cina Malaysia dengan China perlu hanya bersifat budaya nostalgia dan sentimental.

Oleh itu, mereka perlu menyedari, lebih-lebih lagi menginsafi nasionalisme etnik Cina mereka tidak boleh sekali-kali bersifat totok Cina, melainkan dibaurkan dengan perimbangan yang munasabah kadarnya, dengan nasionalisme Malaysia, yang harus mendukung simbol dan proses sosiobudaya Melayu. Ini adalah persetujuan bersama menjelang kemerdekaan.

Kelulusan pembinaan sekolah persendirian Cina yang ke-61 di Kuantan bukan saja disambut dengan baik, malah dianggap sebagai langkah betul yang diambil oleh kerajaan. Ini antaranya kerana kerajaan didapati memahami aspirasi mereka yang memberi keutamaan kepada pendidikan aliran Cina.

Untuk mewajarkan penubuhan sekolah ini, mereka selalu menganggapnya sebagai keuntungan kepada pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negara, lebih-lebih lagi dalam perdagangan Malaysia-China.

Kebaikan pendidikan aliran Cina dalam beberapa aspek tidak dapat dinafikan. Antaranya adalah ia bersifat sistem yang dibantu oleh komuniti sendiri sejak kemerdekaan dan penjajahan British lagi, selain cara pengurusannya yang cekap, baik dari segi kualiti pendidikan mahupun penglibatan komuniti.

Namun demikian, pendidikan aliran Cina, baik di Sekolah Jenis Kebangsaan atau Sekolah Persendirian, sering dipersepsikan sebagai antinasional atau menimbulkan isu perkauman pada sudut yang kurang ekstrem.

Hal demikian disebabkan oleh perjuangan dan tuntutan yang dapat dilihat sebagai melampau dan tidak berpijak di bumi nyata dalam sebuah negara majmuk. Antaranya adalah keperluan guru yang memiliki kelulusan bahasa Mandarin pada tahap Sijil Pelajaran Malaysia sebagai syarat penempatan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina.

Salah satu persepsi negatif tentang pendidikan aliran Cina ialah ketidaksediaannya untuk memupuk perpaduan, khususnya yang ingin dicapai melalui penggunaan bahasa Melayu selaku bahasa negara, sebagai penanda jati diri nasional.

Usaha sebegini didapati amat kurang jika diteliti daripada beberapa hal. Pertama, cadangan pendidikan ketatanegaraan dalam bentuk mata pelajaran baru, Malaysia Negaraku, dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang bermula pada 2011, dalam bahasa Melayu. Ia yang ingin menggunakan 30 minit daripada jumlah 1,380 minit seminggu itu, ditolak atas pelbagai alasan, yang memperlihat keengganan sektor bukan Melayu menggunakan simbol Melayu itu.

Kedua, keengganan menggunakan sukatan pelajaran KSSR yang sama, untuk mata pelajaran bahasa Melayu dan juga bahasa Inggeris, dengan Sekolah Kebangsaan, agar penguasaan bahasa Melayu di sekolah vernakular berada pada tahap yang lebih tinggi. — Berita Harian

* This is the personal opinion of the writer or publication and does not necessarily represent the views of The Malaysian Insider.





Simply Trouble Makers

23 08 2012

The trouble makers separatist behaviour

  • They want Mandarin in their schools when Mandarin is not even their mother tongue but instead, the official language of the People’s Republic of Communist China.
  • Often they say “sekolah kebangsaan sucks” when they try to justify their vernacular schools. Well.. it is something like we all live in one house called MALAYSIA and the house undeniably has some leaks. Instead of working together hand in hand to repair the leaks, they conveniently choose to separate themselves at one corner of the house where there is no leak and build walls around, for themselves, at that corner. They even demand everything from the gomen to further enhance their separate corner which, sadly to say, the gomen more often than not, bow to the pressures.
  • Can you call these kind of people as the true, patriotic and loyal house dwellers? No, they are “separatist”, disloyal, self-centred, unpatriotic, anti-national and even racist; who choose to separate themselves in one corner of the house.

???

  • They can’t even properly speak or even understand bahasa Kebangsaan ………. house dwellers huh?!




Hipokrasi Cina Pendatang Amat Memualkan

14 08 2012

 

Omegay: Hua Zong – Longgar Syarat Kemasukan Hina Sektor Awam

  • Laporan Sin Chew Daily mengenai kenyataan Presiden Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zong), Tan Sri Pheng Yin Huah yang menyarankan agar pengambilan kakitangan awam bukan Melayu dilonggarkan, menyebabkan ramai yang tersenyum sinis. Apatah lagi bila mendengar alasan beliau iaitu: “Saya amat risau jika keadaan ini tidak dapat diubah, kerana akan berlaku jurang yang amat ketara dan akan semakin memburuk sehingga lama-kelamaan akan berlaku kesan sampingan lain.”
  • Apakah layak Yin Huah bercakap mengenai ‘jurang antara kaum’ apabila beliau adalah antara juara yang berdegil ingin memastikan jurang tersebut terus wujud dan semakin besar bermula dari bangku sekolah lagi?  Beliau dan juga Dong Zong sama-sama tegar memperjuangkan agar jurang ini diteruskan sehingga sekolah menengah malah hingga peringkat universiti dengan menuntut agar sijil dari Universiti-universiti tertentu yang bertunjangkan bahasa Cina diiktiraf.  
  • Justeru, apakah Yin Huah begitu bodoh kerana tidak tahu bahawa jurang antara kaum tidak akan wujud jika semua anak-anak Malaysia bersekolah bersama-sama? Atau lebih tepat, jurang antara kaum mungkin telah lama terhapus jika Hua Zong, Dong Zong dan NGO-NGO yang seangkatan dengan mereka tidak wujud sama sekali di Malaysia.  
  • Meloyakan sekali apabila kini Yin Huah tiba-tiba ‘merasa risau’ pula jika jurang tersebut menjadi lebih besar di alam pekerjaan.
  • Cadangan Yin Huah agar kemasukan ke sektor awam dilonggarkan menyerlahkan sikapnya yang dwistandard.  Kelayakan untuk masuk ke sektor awam mewajibkan seseorang itu fasih berbahasa Melayu dengan keputusan kredit di dalam peperiksaan.  Ini adalah sesuatu yang ‘semulajadi’ memandangkan Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi negara.  Pastinya, Yin Huah sedar bahawa penyebab kurangnya kaumnya diterima masuk ke sektor awam adalah kerana ‘kredit Bahasa Melayu’ ini dan kerana itulah beliau menyarankan agar syarat ini dilonggarkan.
  • Kita telah sedia maklum bahawa selama ini, kaum Cina juga yang begitu beria-ia memperjuangkan sistem merit, maka kenapa pula mereka merungut apabila sistem merit itu tidak menepati ‘citarasa’ mereka?
  • Adalah tidak wajar jika kita meminta agar kelonggaran diberikan iaitu menurunkan taraf kelayakan Bahasa Melayu hanya untuk memastikan lebih ramai kaum lain dapat bekerja di sektor awam kerana ia juga bermakna menurunkan ‘standard’ atau kualiti kakitangan awam.
  • Sedangkan kita marah apabila taraf kelayakan di universiti diturunkan bagi memastikan lebih ramai mereka dari latarbelakang yang susah berpeluang melanjutkan pelajaran.  Maka, kenapa kita perlu menerima saranan penyelesaian yang sama iaitu menurunkan taraf kelayakan semata-mata untuk meramaikan kaum lain (baca: Cina) di dalam sektor awam?
  • Yin Huah tidak perlu berlakon seolah-olah beliau prihatin dengan semangat perpaduan antara kaum di Malaysia kerana kita tahu bahawa itu tidak benar.  Kita faham apa yang Yin Huah risaukan di sini ialah mengenai meningkatkan penguasaan kaumnya di dalam sektor awam.  Dalam ertikata lain, Yin Huah hanya risaukan mengenai nasib kaumnya semata-mata.
  • Dan ini terbukti dalam penjelasan panjang lebarnya bahawa dengan penambahan kaumnya di dalam sektor awam maka ia akan dapat memastikan perkhidmatan yang lebih baik bagi kaum Cina di satu-satu kawasan itu.  Kenyataan Yin Huah ini seolah-olah menunjukkan yang kaum Cina tidak mendapat perkhidmatan terbaik dari kerajaan.
  • Memandangkan masih ramai kaum Cina warga Malaysia tidak fasih berbahasa kebangsaan, maka mereka seringkali menghadapi masalah apabila berurusan dengan sektor awam.   Dan inilah sebenarnya yang merisaukan Yin Huah, bukannya soal perpaduan.
  • Bagaimanapun, penyelesaian yang disarankan oleh Yin Huah iaitu menambah bilangan kaum Cina di sektor awam adalah satu cadangan yang chauvinis, tidak praktikal, pentingkan diri dan menggambarkan sikap perkauman yang amat kronik.
  • Sedangkan sepatutnya Yin Huah menyeru agar kaum Cina memperkasakan dan mencintai bahasa kebangsaan sebagai seorang warganegara yang setia bagi mengatasi masalah berurusan dengan sektor awam.  Malah, lebih baik lagi jika Yin Huah menyeru agar kaum Cina menghantar anak mereka ke sekolah kebangsaan bagi memantapkan bukan sahaja bahasa kebangsaan, tetapi juga perpaduan serta semangat patriotisme terhadap negara ini. 
  • Seharusnya, Yin Huah menuntut kaum Cina agar belajar menyesuaikan diri untuk ‘survival’ dan bukannya menuntut supaya seluruh sistem, undang-undang, perlembagaan, prosedur dan seluruh struktur sosial di Malaysia disesuaikan dengan kehendak dan keperluan kaum Cina!
  • Apakah signifikannya ‘kaum Cina’ berbanding kaum lain di Malaysia?
  • Sesungguhnya, hipokrasi Yin Huah dan Hua Zong amatlah memualkan.  Sampai bila agaknya mereka ini akan berpijak di bumi nyata, menerima hakikat bahawa mereka bukan lagi berada di negara China tetapi telah menjadi warga Malaysia, iaitu negara berbilang kaum dengan penduduk asalnya adalah Melayu yang beragama Islam serta menggunakan Bahasa Melayu?
  • Kita cabar Hua Zong agar membuang sifat hipokrit dan berdiri atas nama ektremisme Cina yang sebenar tanpa perlu berselindung lagi.  Tidak perlu pura-pura mengeluh risaukan jurang antara kaum, atau menuntut orang lain agar mendahulukan Malaysia sebelum bangsa, kerana bukan semua orang lain itu bodoh sehingga tidak dapat membaca agenda anda. – Beruang Biru




Pendatang China di Malaysia

8 08 2012

 

Hua Zong’s ‘Chinese First, Malaysia Later’

Pheng Yin Huah, President of Hua Zong Association recently commented with regard to the One School System. He said it is against the Federal Constitution and mocked Khairy Jamaluddin’s statement which questions vernacular schools.

Yin Huah statement clearly shows that they want ‘Chinese First, Malaysia Later’.

It seems that Hua Zong, just like Dong Zong, are racist extremists who hold on to their Chinese roots without even considering the reality and the effects towards the country.

When we talk about the education system, it is not only about education but also touch of racial unity. Only hypocrites would not accept the fact that segregated education system is one of the main reason for the racial tension nowadays.

Pheng Yin Huah’s action in referring to the Constitution to justify his argument is just sad.

According to Malaysian Constitution, ‘no one should be stopped from using or teaching other languages.” This means that all races are free to use and learn by using their own mother tongue.

But, the national language, Bahasa Malaysia should be learned by all and it is the official language. Language and education is important in forming unity within the country. That is why we can see that no government in the world allow different schools for different races, other than Malaysia.

And it is clear that things the practise in Malaysia is not good and Hua Zong and Dong Zong are the proof.

If rakyat are taught in a single roof (One system school), extremists such as Hua Zong, Dong Zong or even Perkasa will never exist.

But, too bad.

It is from these Chinese extremists that Perkasa was then established to counter their demands and rudeness, thus triggering clashes that could threaten the country’s stability.

If Hua Zong’s issue is that they are scared that Mandarin might be extinct, vernacular school is not the only answer because they could still do it after school like how Malay children learn in sekolah agama.

From the economic angle, separated schools do not bring any profit, it even bring losses. We do not need to look far.

The cost of Tamil school are high just to cover a few students and teachers. In Subang Jaya, there is a Tamil school which is situated right beside a sekolah kebangsaan, but the Tamil school only has a few students.

Obviously, the utility cost, teachers’ salary, staff and others had to be covered by the government. If Tamil school do not exist and they learn Tamil in sekolah kebangsaan, all of those costs could be reduced.

In short vernacular schools would not just bring failure towards unity, it has financial costs.

However, the writer feels that it is of no use to bring out anymore statistics because Hua Zong, Dong Zong or Dong Jiao Zong would just ignore all of the facts given.

They would not back up even a bit. They seemed to have been taught to be chauvinists from their vernacular schools.

That is why Chinese extremists organizations which ‘fights for education’ should be given serious attention. If the government really want to have the spirit of 1Malaysia, they should not be handled with diplomacy or professionally because it is obvious that they are not taught that way.

Their way would be the gangster way. It is the way where one deals with threat nd blackmail until their demands are fulfilled.

This article from Malaysia News Network here.








Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 36 other followers