Demi Negara ! For The Nation !

30 09 2009
Melentur buluh biarlah dari rebungnya”, says a Malay proverb. Where else to start to build a strong nation if it is not the schools where the young minds are being moulded?KijangMas Perkasa, the Demi Negara blog owner, is one of the patriots who wrote blog articles, many on socio-politics subjects. The theme revolves around nation building.

Now, have a thermal flask of hot coffee or tea, with some tidbits. Pour a cup, sit back and relax. Take your time to read his masterpiece here, “Racial Polarisation and the Forging of Bangsa Malaysia”. You will need a good 20-minute reading.

Done?

Your coffee is cold already and you have not even touched your tidbits!

KijangMas Perkasa’s masterpiece above and this article about vernacular schools here, have inspired the Demi Negara Community to conceive and finally gave birth to this very own “Satu Sekolah Untuk Semua (SSS)” website you are now reading. Read how it started here. Read also how Wee Ka Siong, the Deputy Minister of Education himself, in the capacity of Pemuda MCA, threatened to lodge a police report against the promoters of SSS. He did not even know the word “gejala” that he objected to has more than one meaning. Well, he met his match, here.

KijangMas Perkasa wrote this about SSS:-

Satu Sekolah Untuk Semua is the catalyst of this journey towards meaningful, cohesive nationhood, a key component of the blueprint of a raceless Malaysia that has been vigorously expounded in Demi Negara.”

Pour another cup and go on to read more of his blog articles. Come back another day to finish them and don’t forget your hot coffee or tea and your favorite tidbits. In the interest of nation building, and how some “Malaysians” live their lives which may jeopardize the efforts in building this nation, you may want to read these further:-

–          The National Language is being undermined, here and here. And what happened after much instigations?

–          Utterly Anti-National!

–          Aidil Fitri’s Open House is still ongoing. Thank God! So far, so good! Hope there is no more of these freaking manners!

–          Who is RPK ?

–          Malaysian Insider’s propaganda

–          A plain conversation in our daily life of “kau tim” culture which may eventually destroy a nation.

–          Religion and politics have not been spared too!

–          So you like politics, huh? With an episode of maid abused?

–          1-Malaysia?

Let us ponder now on KijangMas Perkasa’s latest posting. It will just take a minute or two of your time, but it will leave you pondering long enough to realize what makes you a true Malaysian.

You really a MALAYSIAN ka ?

Read this, understand this and recite this over and over. May we all be true Warga Negara Malaysia:-

Di mana kaki berpijak di situ langit dijunjung

Bak kata pepatah Melayu, “Melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Di mana lagi kita hendak mulakan usaha-usaha membina sebuah Negara yang kukuh lagi bersatupadu jika tidak sejak dari bangku sekolah lagi, iaitu di mana pemikiran anak-anak kita mula dibentuk?KijangMas Perkasa, citrawan laman citra Demi Negara, adalah salah seorang Wira Negara yang menulis banyak artikel-artikel  mengenai sosio-politik. Tema penulisan beliau berkisar ke arah usaha-usaha membina Negara.

Sekarang mari kita sediakan sebuah bekas untuk mengisi kopi ataupun teh panas, serta sedikit makanan ringan. Tuangkan secawan, mari kita duduk dan bersantai. Kita luangkan sedikit masa untuk membaca sebuah tulisan ulung beliau ini, “Polarisasi Kaum dan Pembentukan Bangsa Malaysia”. Anda memerlukan sekurang-kurangnya 20 minit untuk membacanya.

Habis membacanya?

Kopi anda telah sejuk dan anda belum pun lagi menyentuh makanan ringan anda!

Tulisan ulung KijangMas Perkasa di atas dan juga artikel berkenaan sekolah-sekolah vernakular ini, telah mengilhamkan komuniti Demi Negara untuk mencerna dan akhirnya melahirkan laman citra “Satu Sekolah Untuk Semua (SSS)” yang sedang anda baca sekarang ini. Bagaimana SSS bermula. Bacalah juga bagaimana Wee Ka Siong, Timbalan Menteri Pelajaran sendiri, di atas kedudukannya sebagai Ketua Pemuda MCA, telah mengancam untuk membuat laporan polis terhadap penganjur SSS. Beliau tidak pun tahu akan makna dan penggunaan perkataan “gejala” yang disangkalnya. Akhirnya, beliau telah menemui lawannya di sini.

Mengenai SSS, KijangMas Perkasa menulis (dialih bahasa):-

“Satu Sekolah Untuk Semua merupakan satu pencetus dalam perjuangan untuk membentuk sebuah Negara bersatupadu yang penuh bermakna. Ianya merupakan suatu komponen asas kepada “blueprint” bagi menyediakan sebuah masyarakat Malaysia tanpa perasaan perkauman, yang sentiasa diperjuangkan dengan gigih di laman citra Demi Negara”

“Minta lagi kopi sêcewãn!” dan mari kita terus membaca artikel-artikel beliau di laman citra tersebut. Kita luangkan lagi hari-hari selepas ini untuk menyudah membaca, tetapi jangan lupa secangkir kopi/teh panas beserta makanan ringan kegemaran anda.

Demi semangat membina Negara, dan juga untuk menyelami bagaimana sebahagian dari yang dikatakan “rakyat Malaysia” telah menjalani kehidupan seharian mereka, anda mungkin berminat untuk selanjutnya membaca seperti yang berikut:-

–          Bahasa kebangsaan telah diperkotak-katikkan. Baca di sini and di sini. Dan apa yang berlaku selepas perlakuan yang mencetuskan perasaan tidak senang hati itu?

–          Sememangnya Anti-Nasional!

–          Rumah Terbuka Aidil Fitri masih berlangsung. Syukur kerana setakat ini belum berlaku perkara-perkara yang tidak beradap ini.

–          Siapa dia RPK ?

–          Propaganda Malaysian Insider

–          Perbualan biasa kita seharian mengenai budaya “kau tim”  yang sebenarnya boleh menghancurkan sebuah Negara sekiranya tidak dibendung dan diambil perhatian.

–          Agama and politik juga tidak terlepas dari dipergunakan!

–          Jadi anda suka kepada politik? Dengan sebuah episod  penganiayaan pembantu rumah ?

–          1-Malaysia?

Mari kita renungi muatan terkini dari KijangMas Perkasa di laman citra Demi Negara beliau. Ia hanya mengambil masa barang seminit dua untuk membacanya tetapi anda mungkin akan mengambil masa yang agak lama untuk menjawab persoalan tentang apakah yang membuatkan seseorang itu dikenali sebagai seorang warga negara Malaysia yang tulen.

Betulkah anda seorang warga Malaysia?

Baca pepatah ini, fahaminya dan lakukan berulang-ulang kali untuk menghayatinya. Semoga kita menjadi Warga Negara Malaysia yang sejati:-

Di mana kaki berpijak di situ langit dijunjung





Salam Aidil Fitri

19 09 2009
Kami di Satu Sekolah Untuk Semua, ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan kepada umat Islam dan juga seluruh rakyat Malaysia ucapan “Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Maaf Zahir dan Batin dari kami semua”.
We, at the Satu Sekolah Untuk Semua, wish the Muslims and all Malaysians “Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Maaf Zahir dan Batin dari kami semua
In the spirit of the festivities during these Hari Raya holiday, we visit relatives and friends, traditionally ask for forgiveness and forgive others for acts and omissions, deliberate or unintended, foster the spirit of goodwill and understanding among Muslims, and extend them to non-Muslims as fellow citizens in this Country.

 

During our free time in between, or after completing all those, we may reflect and ponder on the status of our well being as a nation, the state of the relationship among us as members of various communities in this Country, and, in friendly and amiable conversations among us,  try to inject values that will help bring about greater understanding among one another and a resolve to be together in peace and prosperity for a long, long time to come.

To help us in reflecting and pondering, we, on behalf of the authors, welcome you to visit several articles concerning national unity (which we are going to post in the near future, after the Hari Raya’s celebration), including those that have inspired the SSS Campaign and the setting up of this blog. Some of the views and method of presentation may appear provocative but they were designed not to offend but rather to jolt the minds and the consciousness of readers, Malaysians in general, to the problems at hand. Look at them from the positive angle, the cups or glasses that may be half full, rather than half empty!

SELAMAT HARI RAYA !

 

Dengan semangat perayaan semasa cuti Hari Raya ini, kita menziarahi sanak saudara dan rakan taulan, secara tradisi kita saling bermaafan atas kesilapan yang dibuat secara sengaja atau tidak. Tradisi ini dapat menyemai sikap bertimbang rasa dan saling memahami di antara masyarakat sesama Islam dan juga bukan Islam di Negara ini.

 

Di kesibukan meraikan Hari Raya, elok kiranya kita meluangkan sedikit masa mengimbas kembali dengan merenung kesejahteraan dan keharmonian Negara kita, tahap perhubungan antara kita dalam komuniti yang pelbagai, dan cara kita berinteraksi antara satu sama lain. Kita bersama memupuk nilai yang dapat meningkatkan persefahaman antara kita agar dapat bersama dengan aman dan makmur, semoga ianya berkekalan selamanya.

Untuk membantu kita mengimbas serta merenung perkara ini, kami bagi pihak pengarang, menjemput anda membaca beberapa artikel mengenai perpaduan nasional (bakal dimuatkan selepas sambutan Hari Raya). Ini termasuklah artikel-artikel yang telah memberi ilham kepada Kempen SSS sehingga lahirnya laman citra SSS. Mungkin sebahagian pandangan serta persembahan artikel-artikel nampak provokatif, tetapi ianya dilontar untuk menjolok minda serta membawa kesedaran, bukannya bertujuan menyinggung perasaan para pembaca berhubung permasalahan yang timbul di Negara kita secara amnya. Kita perlu melihat permasalahan ini dari sudut positif, air yang terisi dalam sebuah cawan atau gelas perlu dilihat separuh penuh, berbanding separuh kosong!





Hot Potato / Kentang Panas

11 09 2009
The One School For All (Satu Sekolah Untuk Semua, SSS) Proposal came out of the realization that there is a strong need to unite all Malaysians, especially in the light of increasing racial polarization in the country. Many news items and comments in the mass media portray the widening gap of understanding among the various communities. The attitude and the mentality of the people have become increasingly opposed to one another as a result of the actions of one group that bring about dissatisfaction to another in recent times.

 

The aim of Prime Minister Dato’ Seri Najib’s 1Malaysia is clearly towards the unifying of Malaysians and the reduction in the disparity gap among various communities. But the methods of achieving that aim are not that clear yet. In fact, he himself has welcomed Malaysian citizens to give opinions and suggestions for his consideration by writing to his blog.

This SSS Proposal is one that was conceived and discussed publicly in the Demi Negara blog. Although this Proposal is still at the discussion stage, it has received media coverage since the time of its pronouncement in May 2009.  Various statements have been made by several quarters, including the mass media, activists in the field of education, politicians, government leaders including the Deputy Prime Minister cum Minister of Education himself.

We realize that the current political situation may be a stumbling block to our leaders to take positive action and pay serious attention on the SSS Proposal. It is suspected that the present Government leadership places more importance on votes from certain communities which are opposed to the SSS Proposal. Nevertheless, we are confident that there is a “silent majority” that wants the suggestions made in the SSS Proposal be acted upon by the leaders accordingly.

The question is:

Has our political leaders, specifically the Minister of Education, the ‘political will’ to take the initiative in a firm and positive manner, in the interest of Bangsa Malaysia and the Nation, to achieve the dream of a strong and cohesive society that is reflected by the slogan ‘Satu Bahasa, Satu Bangsa, Satu Negara.

Kempen Satu Sekolah Untuk Semua (SSS) ini lahir dari kesedaran betapa perlunya diadakan usaha-usaha untuk kembali menyatu padukan rakyat lebih-lebih lagi dalam keadaan polarisasi kaum di negara ini yang dikhuatiri kini semakin meningkat. Banyak berita dan komen di media massa yang membayangkan keadaan yang semakin meluasnya jurang persefahaman antara kaum. Pemikiran dan pendirian rakyat semakin bercanggah berikutan dengan tindakan-tindakan kumpulan tertentu yang membangkitkan perasaan tidak senang hati kepada kumpulan yang lain sejak kebelakangan ini.

 

Matlamat 1Malaysia Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib, nyata berhaluan kepada penyatuan rakyat dan bertujuan untuk mengurangkan jurang perbezaan kaum. Tetapi cara-cara untuk mencapai matlamat itu masih belum begitu jelas lagi. Sememangnya beliau sendiri telah pun mempelawa rakyat untuk memberikan pendapat dan syor-syor untuk dipertimbang dan diteliti oleh beliau sendiri dengan menulis di blog 1Malaysia.

Kempen SSS ini merupakan satu syor yang diilhamkan dan dibincang secara umum di laman citra Demi Negara. Walau pun cadangan SSS ini masih di peringkat perbincangan, namun ia telah mendapat liputan sejak dicetuskan pada Mei 2009. Terdapat beberapa kenyataan mengenainya telah pun dibuat oleh pelbagai pihak termasuk media massa, mereka-mereka yang bergiat di dalam bidang pendidikan, ahli-ahli politik, pemimpin-pemimpin kerajaan termasuk Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran sendiri.

Kita sedar bahawa keadaan politik sekarang nampaknya agak menghalang para pemimpin untuk mengambil tindakan yang positif serta prihatin ke atas syor SSS ini. Adalah diprasangkakan bahawa pemimpin kerajaan sekarang ini lebih mementingkan undi dari kaum-kaum tertentu yang menentang syor SSS. Walau pun begitu, kami yakin terdapat golongan majoriti senyap yang mahukan saranan-saranan di dalam Kempen SSS ini diambil tindakan yang sewajarnya oleh pemimpin.

Persoalannya:

Adakah pemimpin-pemimpin politik, khasnya Menteri Pelajaran, mempunyai keazaman politik untuk mengambil inisiatif yang positif serta tegas , demi bangsa Malaysia dan Negara, untuk mencapai impian sebuah negara yang teguh lagi bersatu padu yang dilambangkan oleh ungkapan “Satu Bahasa, Satu Bangsa, Satu Negara”.

hot potato
Instilling goodwill and a spirit of togetherness should fittingly be done among children beginning from their days in school. The Malay proverb “Melentur buluh biarlah dari rebungnya” (literally: bending the bamboo should start from the shoot) reflects this. It is important to nourish the mind and guide the thinking of the children towards a sense of togetherness and genuine social cohesion in the interest of the Nation. For this the Government needs to appreciate the suggestions contained in the SSS Proposal and take steps to implement them. The leading suggestion in this Proposal is the carrying out of an in-depth study and recommendations on the existing education system, with the aim not just to produce intelligent and well informed pupils, but also to inculcate a sense of unity for the development of a cohesive and harmonious nation.

 

Towards that end, let us all contribute whatever within our means towards the efforts of building up our country. The least we could do is to give moral support to this Campaign by signing the SSS Petition. Additionally, we can ask family members and friends to do so. And we can help disseminate information on this Campaign as widely as possible.

Menyemai silaturrahim dan semangat bersatu padu sewajarnya dilakukan di kalangan kanak-kanak sejak di bangku sekolah rendah lagi bak kata pepatah, “Melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Oleh kerana amat pentingnya untuk memupuk dan membimbing pemikiran serta pendirian kanak-kanak untuk mencapai persepaduan yang jitu di kalangan rakyat demi kemajuan negara, maka Kerajaan perlulah sedar betapa pentingnya syor-syor Kempen SSS ini diambil perhatian serius serta mengambil langkah-langkah proaktif untuk melaksanakannya. Syor utama Kempen SSS ini adalah supaya dilaksanakan suatu kajian mendalam terhadap sistem pendidikan negara dengan sasaran bukan hanya untuk melahirkan pelajar-pelajar pintar dan berpengetahuan, tetapi juga menyemai semangat kekitaan dalam membina negara yang bersatu padu serta harmoni.

 

Oleh itu, marilah sama-sama memberikan sumbangan termampu untuk sama-sama membina Negara. Sekurang-kurangnya setiap kita dapat menzahirkan sokongan terhadap Kempen ini dengan menandatangani petisyen SSS. Sebagai tambahan, kita boleh mempelawa keluarga dan rakan untuk turut sama memberi sokongan. Kita sebarkan maklumat Kempen ini seluas yang mungkin