Salam Aidil Fitri

19 09 2009
Kami di Satu Sekolah Untuk Semua, ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan kepada umat Islam dan juga seluruh rakyat Malaysia ucapan “Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Maaf Zahir dan Batin dari kami semua”.
We, at the Satu Sekolah Untuk Semua, wish the Muslims and all Malaysians “Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Maaf Zahir dan Batin dari kami semua
In the spirit of the festivities during these Hari Raya holiday, we visit relatives and friends, traditionally ask for forgiveness and forgive others for acts and omissions, deliberate or unintended, foster the spirit of goodwill and understanding among Muslims, and extend them to non-Muslims as fellow citizens in this Country.

 

During our free time in between, or after completing all those, we may reflect and ponder on the status of our well being as a nation, the state of the relationship among us as members of various communities in this Country, and, in friendly and amiable conversations among us,  try to inject values that will help bring about greater understanding among one another and a resolve to be together in peace and prosperity for a long, long time to come.

To help us in reflecting and pondering, we, on behalf of the authors, welcome you to visit several articles concerning national unity (which we are going to post in the near future, after the Hari Raya’s celebration), including those that have inspired the SSS Campaign and the setting up of this blog. Some of the views and method of presentation may appear provocative but they were designed not to offend but rather to jolt the minds and the consciousness of readers, Malaysians in general, to the problems at hand. Look at them from the positive angle, the cups or glasses that may be half full, rather than half empty!

SELAMAT HARI RAYA !

 

Dengan semangat perayaan semasa cuti Hari Raya ini, kita menziarahi sanak saudara dan rakan taulan, secara tradisi kita saling bermaafan atas kesilapan yang dibuat secara sengaja atau tidak. Tradisi ini dapat menyemai sikap bertimbang rasa dan saling memahami di antara masyarakat sesama Islam dan juga bukan Islam di Negara ini.

 

Di kesibukan meraikan Hari Raya, elok kiranya kita meluangkan sedikit masa mengimbas kembali dengan merenung kesejahteraan dan keharmonian Negara kita, tahap perhubungan antara kita dalam komuniti yang pelbagai, dan cara kita berinteraksi antara satu sama lain. Kita bersama memupuk nilai yang dapat meningkatkan persefahaman antara kita agar dapat bersama dengan aman dan makmur, semoga ianya berkekalan selamanya.

Untuk membantu kita mengimbas serta merenung perkara ini, kami bagi pihak pengarang, menjemput anda membaca beberapa artikel mengenai perpaduan nasional (bakal dimuatkan selepas sambutan Hari Raya). Ini termasuklah artikel-artikel yang telah memberi ilham kepada Kempen SSS sehingga lahirnya laman citra SSS. Mungkin sebahagian pandangan serta persembahan artikel-artikel nampak provokatif, tetapi ianya dilontar untuk menjolok minda serta membawa kesedaran, bukannya bertujuan menyinggung perasaan para pembaca berhubung permasalahan yang timbul di Negara kita secara amnya. Kita perlu melihat permasalahan ini dari sudut positif, air yang terisi dalam sebuah cawan atau gelas perlu dilihat separuh penuh, berbanding separuh kosong!


Actions

Information

13 responses

19 09 2009
ajijasin

SALAM AIDIL FITRI MAAF ZAHIR BATIN

Datuk Senara anak bangsawan,
Tanah Jasin dbuka belah;
Syawal dtg penganti Ramadhan,
Maaf dpohon silap dan salah…

Datuk Senara mmbuka tanah;
Tanah brtuah dinama Jasin,
Buat sahabat dan seluruh ummah,
Salam aidilfitri maaf zahir batin…***

24 09 2009
SSS Admin

ajijasin,

Maaf kami lama tidak membalas pantun indah yang Sdr kemukakan. Yang mahir berpantun di antara kami nampak nya terikat dengan persediaan dan kegiatan Hari Raya, termasuk urusan balik kampong.

Terima kasih di atas pantun dan ucapan Selamat Hari Raya itu. Moga moga tahun berikut akan di berkati Allah dengan kemakmuran dan kemajuan, termasuk bagi Cadangan SSS ini.

20 09 2009
Dal

Salam Alaykum;

Saya pun nak berpantun macam Ajijasin.

Tanah bertuah pusaka Datin,
Tanah Maluku Banjarmasin,
Salam aidilfitri maaf zahir batin…***
Disambut salam dari Ajijasin.

Tanah Maluku Banjarmasin,
Cenderawasih berkunjung tiba,
Disambut salam dari Ajijasin,
Tuan bulan jatuh di riba.

Cenderawasih berkunjung tiba,
Pelangi tersentak kapur umbi,
Tuan bulan jatuh di riba.
Menerangi teratak dapur ka serambi.

Pelangi tersentak kapur umbi,
Bersila Budi dihujung perigi.
Menerangi teratak dapur ka serambi.
Sila sudi berkunjung lagi.

Heh heh kalau ini pantun dondang sayang joget lambak, tuan Ajijasin kena jawab.

24 09 2009
SSS Admin

Dal,

Terima kasih juga kapada Sdr di atas ungkapan ungkapan pantun yang di karangkan untuk tatapan di blog SSS ini. Ia boleh menjadi balasan kapada pantun ajijasin di atas. Moga moga akan berterusan saudara saudara sekelian berpantun dari masa ke masa di laman web ini.

Pantun menyerikan laman yang kebiasaan nya serius dengan fakta fakta, pendapat pendapat dan hujah hujah berkenaan arah kemajuan negara. Kami yaakin, dalam unsur unsur kebudayaan Bangsa Malaysia yang kita tujukan itu, pantun akan mendapat tempat yang sewajar nya.

22 09 2009
wah-al-subangi

Ini pun kira pantun juga..

Pejam celik pejam celik,
Dah habis Puasa,
Pejam celik pejam celik,
Eh! dah nak Raya,
Jadi sebelum pejam tak clik celik
Saya ucapkan Selamat Hari Raya..,

Kepada Admin SSS dan semua penyokong SSS, semoga hasrat murni berjaya!

24 09 2009
SSS Admin

wah-al-subangi,

Ucapan Selamat Hari Raya Sdr yang berbentuk pantun itu juga kami hargai. Terima kasih di atas nya dan kerana singgah di laman ini serta memberi komen dan ucapan. Sdr di persilakan bila bila masa.

Sokongan Sdr kapada SSS di sanjung tinggi. Di hari baik bulan baik ini, mari lah kita menyeru dan berdo’a moga moga akan lebih ramai lagi rakyat akan menyatakan sokongan dengan menanda tangan Pungutan Suara (Petition) itu dan dengan membuat komen serta berbincang atau bertanya apa apa pun berkaitan SSS dan penimbulan suatu Bangsa Mmalaysia yang bersatu padu.

Kami yaakin majoriti rakyat setuju dengan senyap (silent majority) di atas konsep SSS dan penimbulan Bangsa Malaysia. Sebab sebab tidak menyuarakan pendirian mereka itu banyak; di antara nya ia lah kekurangan kemudahan Internet di kalangan rakyat Melayu. Apa apa usaha yang boleh di lakukan untuk membolehkan mereka, terutama nya penuntut penutut dan pemuda pemudi lain, menanda tangani Petition tersebut, serta membuat komen di sini, di ucapkan banyak terima kasih.

Kami ucapkan Selamat Hari Raya kapada Sdr juga.

22 09 2009
OnDaStreet

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat SSS Admin dan pengunjung blog ini,
Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin. Semoga Ramadhan yang lalu dan Syawal yang sudah tiba dapat menjadikan diri kita lebih baik.

Salam Aidilfitri, minal wafaizin..
~ OnDaStreet

24 09 2009
SSS Admin

OnDaStreet,

Terima kasih kerana mengunjung ke laman SSS ini. Ucapan Selamat Hari Raya kembali dan Maaf Zahir Batin kapada Sdr.

Sememang nya kita sentiasa mengaharapkan ummat Islam menjadi lebih baik salepas menerusi satu bulan puasa, ber’amal ibadat siang dan malam. Menjauhi dari makanan dan segala yang di larang Allah Subhanallahi wa Ta’ala di siang
hari dan berterawikh serta berzikir di malam hari.

Berdo’a lah kita juga moga moga Allah akan cucuri Rahmat dan kesempurnaan hidup ke atas mereka yang kurang mampu, kurang upaya, di tindih dan di dera saperti di Palestin dan sebagai nya.

25 09 2009
NJ

Selamat merayakan bulan Syawal yang mulia ini.

Dalam suasana perayaan, kita kembali kepada asal kita. Apabila kita berjaya kembali kepada fitrah kita, maka kita merayakan hari kemenangan itu.

Usaha-usaha murni yang dilakukan oleh Tuan-Tuan semua, bisa berjaya untuk mengembalikan Malaysia kepada asalnya. Satu negara yang berbahasa satu, Bahasa Kebangsaan dan satu bangsa, yakni Bangsa Malaysia. Suatu hari nanti, kita semua akan merayakan hari Melayu Raya yakni Malaysia.

Untuk mencapai impian ini, anak-anak kecil perlulah diterapkan dengan identiti Malaysia dengan menghayati Rukun Negara, menghormati Perlembagaan serta mengetahui sejarah asal-usul negara. Saya percaya, inilah di antara perkara-perkara yang diperjuangkan oleh Tuan-Tuan sekelian melalui Kempen Satu Sekolah Untuk Semua ini.

Asal negara berteraskan Tanah Melayu, Sabah & Sarawak. Ciri-ciri Malaysia berteraskan Melayu dan Bumiputera. Jangan ada yang memutarbelitkan fakta, sehingga jauh menyimpang ke negara China ataupun Tamil Naidu.

“SATU BANGSA, SATU NEGARA, SATU BAHASA”

NJ

26 09 2009
SSS Admin

NJ,

Terima kasih di atas ucapan dan komen Sdr.

Memang, Malaysia asal nya ia lah satu bahasa dan satu bangsa. Tepat lah harapan Sdr itu agar satu masa nanti kita berbalik kapada keadaan itu – Bahasa Kebangsaan dan Bangsa Malaysia.

Rakyat Malaysia tidak boleh lari dari hakikat bahawa Bahasa Kebangsaan mesti dan akan di gunakan dengan lebih luas lagi dari sekarang. Ha nya so’al masa – lebih awal lebih baik, untuk mengawal polarisasi kaum yang meningkat di negara ini.

Bahasa Kebangsaan/ Bahasa Resmi termaktub di dalam Perlembagaan dan ada lah di ketahui umum bahawa bahasa menyatu padukan rakyat. Ini terbukti di banyak negara termasuk di negeri China yang menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa kebangsaan nya untuk menyatukan rakyat nya yang menggunakan berbagai bahasa ibunda untuk bertutur di rumah dan sebagai nya.

Kita tidak memperso’alkan penggunaan bahasa ibunda di dalam urusan urusan persendirian di negara ini tetapi Mandarin dan Tamil tidak boleh di gunakan sebagai bahasa penghantar di sekolah kerana sekolah ada lah urusan resmi dan bahasa penghantar nya mesti lah Bahasa Kebangsaan. Mandarin dan Tamil boleh di pelajari di sekolah sebagai “elective subjects” atau di luar masa sekolah.

Kempen SSS bertujuan mendapatkan Kerajaan menubuhkan suatu Pasukan Pengkaji yang bebas untuk meneliti secara mendalam sistem pelajaran yang ada sekarang ini (tiga sistem – SK, SJK(C) dan SJK(T) bagi mengetahui baik buruk nya dan mengeluarkan syor syor membaik pulih atau merombak nya, dalam rangka menimbulkan suatu Bangsa Malaysia yang bersatu padu. Mari lah kita menggesa pihak berkenaan supaya mengambil langkah berkenaan dengan nya.

28 09 2009
Kembara Politik

Salam SSS Admin & semua pengunjung, saya pun nak ucap Selamat Hari Raya walaupun dah terlewat. Maaf zahir batin.

29 09 2009
antukacau

raya tahun ni tak de org bikin kecoh kat rumah terbuka org besar nampaknya. Bagus la tu! dah ada rasa respect sket kat tuan rumah. harap-harap jangan ada lagi perkara yang tanpa sopan tanpa kesusilaan, barulah kena dgn Rukun Negara.

29 09 2009
SSS Admin

antukacau,
Harap-harap semua rakyat dapat saling hormat-menghormati dalam setiap perayaan yang disambut oleh semua dengan setiap rumah terbuka yang dihadiri oleh semua kaum. Semangat keakraban dan bersatupadu ini perlu diteruskan sampai bila-bila. Ya benar, Rukun Negara perlu dihayati.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: