Kempen SSS diterima baik masyarakat Malaysia/ SSS campaign well accepted by the Malaysian public

31 10 2009

*[English version is at the end of this article]

Kempen SSS diterima baik masyarakat Malaysia

sss_final12

Idea mewujudkan satu sistem persekolahan dengan memperkenalkan konsep Satu Sekolah Untuk Semua (SSS) semakin mendapat tempat dan dibincang secara meluas oleh segenap lapisan rakyat. Kami di Portal Kempen SSS melihat beberapa siri perbincangan yang berlaku pada masa ini sebagai sesuatu yang positif. Idea satu sistem persekolahan yang dicetuskan kembali oleh YB Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir di Parlimen ini pada mulanya pernah dikritik hebat. Malah, beliau diserang oleh pelbagai pihak sehinggakan ada yang menggesa agar beliau dikenakan tindakan atas tuduhan menghasut.

Cetusan Mukhriz ini disambut oleh citrawan KijangMas dari laman citra Demi Negara — dengan terbitnya sebuah artikel bertajuk “At last, someone with the testicular fortitude” pada 5 Disember 2008. Laman citra Demi Negara sebelum itu telah menerbitkan sebuah artikel berkaitan topik polarisasi kaum dan keperluan pembentukan Bangsa Malaysia yang bersatu padu melalui sebuah karya hebat yang kami di Kempen SSS anggap terbaik iaitu “Racial Polarisation and the Forging of Bangsa Malaysia” bertarikh 6 November 2008. Artikel ini berjaya menarik perbincangan yang positif dan sangat memberangsangkan dari segenap lapisan masyarakat.

Pada 12 Mei 2009, KijangMas bagi pihak Komuniti Citra Demi Negara telah memulakan inisiatif dengan pelancaran Kempen Satu Sekolah Untuk Semua (SSS). Kempen ini dilancar dengan disertakan bersama sebuah memorandum kepada YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Menteri Pelajaran Malaysia yang mana memorandum menggesa agar sistem pendidikan negara dikaji semula.

Sebuah petisyen atas-talian turut sama dilancar untuk mendapatkan penglibatan dan sokongan segenap lapisan masyarakat.  Kempen ini juga telah mencetuskan kemarahan sesetengah pihak, termasuklah Ketua Pemuda MCA yang mengancam mahu membuat laporan polis terhadap citrawan-citrawan yang menganjurkan kempen ini.

Kempen ini dilaksanakan dengan komited dan secara berterusan dengan munculnya Portal Kempen SSS ini pada 31 Ogos 2009 dengan artikel sulungnya bertajuk “The SSS Initiative Usaha Murni SSS“. Portal ini dibangunkan sebagai tapak kempen dan untuk menyediakan perincian dan juga sebarang penjelasan lanjut kepada para pengunjung berkenaan cadangan SSS. Portal Kempen SSS turut sama mengalu-alukan sebarang pertanyaan dan cadangan yang berkaitan.

Gesaan tokoh akademik seperti Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim dan Portal Kempen SSS terhadap keperluan mewujudkan sistem satu aliran ini membuka ruang kepada masyarakat untuk bersuara dalam menentukan hala tuju sistem pendidikan tanahair tercinta. Usaha secara bersama oleh segenap masyarakat ini nampaknya semakin membuahkan hasil yang sangat positif.

Laporan BERNAMA pada 29 Oktober 2009 di bawah jelas menunjukkan bahawa usaha kita semua selama ini semakin diterima masyarakat dan perlu terus dibincang dan dilihat secara positif.

Muhyiddin Harap Isu Sekolah Satu Aliran Terus Dibincang

KOTA TINGGI, 29 Okt (Bernama) — Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata perbincangan mengenai cadangan agar sekolah satu aliran dilaksanakan perlu diteruskan bagi mendapatkan gambaran yang lebih menyeluruh daripada semua pihak.

Timbalan Perdana Menteri berkata walaupun secara peribadi beliau bersetuju dengan sekolah satu sistem itu tetapi pada masa yang sama beliau faham bahawa daripada segi sejarah, sistem persekolahan negara ini mempunyai pelbagai aliran.

“Jika diikutkan fakta dalam Laporan Razak, itulah antara matlamatnya supaya kita ada satu sistem tetapi disebabkan keadaan dan sejarah, kita mempunyai sekolah pelbagai aliran.

“Soal ini adalah soal yang besar, jadi elok kita teruskan polemik perbincangan, biar kita mendapat gambaran yang jelas di peringkat pemimpin politik dan masyarakat,” katanya kepada pemberita pada majlis penyampaian Anugerah Ilham Desa Peringkat Kebangsaan 2009 di Kampung Mawai Baru Khamis.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata demikian sebagai mengulas cadangan tersebut yang dikemukakan oleh tokoh akademik dan sejarawan negara Tan Sri Prof Khoo Kay Kim yang disokong oleh pemimpin politik termasuk daripada pembangkang.

Muhyiddin berkata beliau tidak menghalang jika terdapat badan-badan bukan kerajaan ingin mengadakan perbincangan mengenai sekolah satu sistem untuk mendapatkan gambaran yang menyeluruh.

“Biar kita mendapatkan gambaran yang menyeluruh dan bukan daripada satu pihak sahaja, sama ada Tionghua, India dan Melayu,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata sekolah satu sistem itu adalah selaras dengan gagasan 1Malaysia.

*[English version]

SSS Campaign well accepted by the Malaysian public

unityThe idea of having a single stream system with the introduction of the Satu Sekolah Untuk Semua (SSS) or One School for All’s concept has been recognized and widely debated by the public, from all walks of life.  It was something that we, at the SSS Portal considered as a positive development. The idea which was re-suggested by YB Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir was once heavily criticized and also labeled as seditious by many. Worse, the Government had been urged by certain quarters to take a stern action against him.

Later, the One School System idea was taken up by the blogger, KijangMas from the blog, Demi Negara (DN). Hence, the article “At last, someone with the testicular fortitude” was born on the 5th December 2008. Before that, the blog Demi Negara had published an article about racial polarization and the need to build a Bangsa Malaysia that is united. This article which we, in SSS Portal considered as the best article is entitled “Racial Polarisation and the Forging of Bangsa Malaysia” was published on the 6th November 2008. This article had successfully brought in comments and lively discussions from Malaysians from all walks of life.

On the 12thMay 2009, on behalf of the DN Community, KijangMas had initiated the SSS Campaign – Satu Sekolah Untuk Semua. This campaign was launched with an enclosed memorandum for the YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin who is also the Minister of Education. The memorandum states clearly that the country’s education system should be reviewed.

An online petition was also launched to spearhead this campaign and to get the support of Malaysians from all walks of life. This triggered off a threat by the MCA Youth leader who wanted to make a police report against the SSS initiators and bloggers.

The launching of the SSS Portal on the 31st August 2009 with its first article entitled “The SSS Initiative –  Usaha Murni SSS” has proven that this is a committed campaign and on-going. This Portal was created as a launching ground for the campaign where further information pertaining to the SSS can be found. The Portal also accepts comments, questions and suggestions from the public with regards to SSS.

The timely call by a well known academician, Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim and the SSS Portal Campaign towards the necessity in having a One School System gives some kind of a ‘voice’ to the public in deciding the direction of the education system in our beloved country. The efforts by the entities seem to bear its fruits in a very positive way.

The BERNAMA article below, which is dated 29th October 2009, states clearly that the Malaysian public are warming up more and more towards this idea of having a One School System.