Kempen SSS diterima baik masyarakat Malaysia/ SSS campaign well accepted by the Malaysian public

31 10 2009

*[English version is at the end of this article]

Kempen SSS diterima baik masyarakat Malaysia

sss_final12

Idea mewujudkan satu sistem persekolahan dengan memperkenalkan konsep Satu Sekolah Untuk Semua (SSS) semakin mendapat tempat dan dibincang secara meluas oleh segenap lapisan rakyat. Kami di Portal Kempen SSS melihat beberapa siri perbincangan yang berlaku pada masa ini sebagai sesuatu yang positif. Idea satu sistem persekolahan yang dicetuskan kembali oleh YB Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir di Parlimen ini pada mulanya pernah dikritik hebat. Malah, beliau diserang oleh pelbagai pihak sehinggakan ada yang menggesa agar beliau dikenakan tindakan atas tuduhan menghasut.

Cetusan Mukhriz ini disambut oleh citrawan KijangMas dari laman citra Demi Negara — dengan terbitnya sebuah artikel bertajuk “At last, someone with the testicular fortitude” pada 5 Disember 2008. Laman citra Demi Negara sebelum itu telah menerbitkan sebuah artikel berkaitan topik polarisasi kaum dan keperluan pembentukan Bangsa Malaysia yang bersatu padu melalui sebuah karya hebat yang kami di Kempen SSS anggap terbaik iaitu “Racial Polarisation and the Forging of Bangsa Malaysia” bertarikh 6 November 2008. Artikel ini berjaya menarik perbincangan yang positif dan sangat memberangsangkan dari segenap lapisan masyarakat.

Pada 12 Mei 2009, KijangMas bagi pihak Komuniti Citra Demi Negara telah memulakan inisiatif dengan pelancaran Kempen Satu Sekolah Untuk Semua (SSS). Kempen ini dilancar dengan disertakan bersama sebuah memorandum kepada YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Menteri Pelajaran Malaysia yang mana memorandum menggesa agar sistem pendidikan negara dikaji semula.

Sebuah petisyen atas-talian turut sama dilancar untuk mendapatkan penglibatan dan sokongan segenap lapisan masyarakat.  Kempen ini juga telah mencetuskan kemarahan sesetengah pihak, termasuklah Ketua Pemuda MCA yang mengancam mahu membuat laporan polis terhadap citrawan-citrawan yang menganjurkan kempen ini.

Kempen ini dilaksanakan dengan komited dan secara berterusan dengan munculnya Portal Kempen SSS ini pada 31 Ogos 2009 dengan artikel sulungnya bertajuk “The SSS Initiative Usaha Murni SSS“. Portal ini dibangunkan sebagai tapak kempen dan untuk menyediakan perincian dan juga sebarang penjelasan lanjut kepada para pengunjung berkenaan cadangan SSS. Portal Kempen SSS turut sama mengalu-alukan sebarang pertanyaan dan cadangan yang berkaitan.

Gesaan tokoh akademik seperti Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim dan Portal Kempen SSS terhadap keperluan mewujudkan sistem satu aliran ini membuka ruang kepada masyarakat untuk bersuara dalam menentukan hala tuju sistem pendidikan tanahair tercinta. Usaha secara bersama oleh segenap masyarakat ini nampaknya semakin membuahkan hasil yang sangat positif.

Laporan BERNAMA pada 29 Oktober 2009 di bawah jelas menunjukkan bahawa usaha kita semua selama ini semakin diterima masyarakat dan perlu terus dibincang dan dilihat secara positif.

Muhyiddin Harap Isu Sekolah Satu Aliran Terus Dibincang

KOTA TINGGI, 29 Okt (Bernama) — Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata perbincangan mengenai cadangan agar sekolah satu aliran dilaksanakan perlu diteruskan bagi mendapatkan gambaran yang lebih menyeluruh daripada semua pihak.

Timbalan Perdana Menteri berkata walaupun secara peribadi beliau bersetuju dengan sekolah satu sistem itu tetapi pada masa yang sama beliau faham bahawa daripada segi sejarah, sistem persekolahan negara ini mempunyai pelbagai aliran.

“Jika diikutkan fakta dalam Laporan Razak, itulah antara matlamatnya supaya kita ada satu sistem tetapi disebabkan keadaan dan sejarah, kita mempunyai sekolah pelbagai aliran.

“Soal ini adalah soal yang besar, jadi elok kita teruskan polemik perbincangan, biar kita mendapat gambaran yang jelas di peringkat pemimpin politik dan masyarakat,” katanya kepada pemberita pada majlis penyampaian Anugerah Ilham Desa Peringkat Kebangsaan 2009 di Kampung Mawai Baru Khamis.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata demikian sebagai mengulas cadangan tersebut yang dikemukakan oleh tokoh akademik dan sejarawan negara Tan Sri Prof Khoo Kay Kim yang disokong oleh pemimpin politik termasuk daripada pembangkang.

Muhyiddin berkata beliau tidak menghalang jika terdapat badan-badan bukan kerajaan ingin mengadakan perbincangan mengenai sekolah satu sistem untuk mendapatkan gambaran yang menyeluruh.

“Biar kita mendapatkan gambaran yang menyeluruh dan bukan daripada satu pihak sahaja, sama ada Tionghua, India dan Melayu,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata sekolah satu sistem itu adalah selaras dengan gagasan 1Malaysia.

 

*[English version]

SSS Campaign well accepted by the Malaysian public

unityThe idea of having a single stream system with the introduction of the Satu Sekolah Untuk Semua (SSS) or One School for All’s concept has been recognized and widely debated by the public, from all walks of life.  It was something that we, at the SSS Portal considered as a positive development. The idea which was re-suggested by YB Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir was once heavily criticized and also labeled as seditious by many. Worse, the Government had been urged by certain quarters to take a stern action against him.

Later, the One School System idea was taken up by the blogger, KijangMas from the blog, Demi Negara (DN). Hence, the article “At last, someone with the testicular fortitude” was born on the 5th December 2008. Before that, the blog Demi Negara had published an article about racial polarization and the need to build a Bangsa Malaysia that is united. This article which we, in SSS Portal considered as the best article is entitled “Racial Polarisation and the Forging of Bangsa Malaysia” was published on the 6th November 2008. This article had successfully brought in comments and lively discussions from Malaysians from all walks of life.

On the 12thMay 2009, on behalf of the DN Community, KijangMas had initiated the SSS Campaign – Satu Sekolah Untuk Semua. This campaign was launched with an enclosed memorandum for the YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin who is also the Minister of Education. The memorandum states clearly that the country’s education system should be reviewed.

An online petition was also launched to spearhead this campaign and to get the support of Malaysians from all walks of life. This triggered off a threat by the MCA Youth leader who wanted to make a police report against the SSS initiators and bloggers.

The launching of the SSS Portal on the 31st August 2009 with its first article entitled “The SSS Initiative –  Usaha Murni SSS” has proven that this is a committed campaign and on-going. This Portal was created as a launching ground for the campaign where further information pertaining to the SSS can be found. The Portal also accepts comments, questions and suggestions from the public with regards to SSS.

The timely call by a well known academician, Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim and the SSS Portal Campaign towards the necessity in having a One School System gives some kind of a ‘voice’ to the public in deciding the direction of the education system in our beloved country. The efforts by the entities seem to bear its fruits in a very positive way.

The BERNAMA article below, which is dated 29th October 2009, states clearly that the Malaysian public are warming up more and more towards this idea of having a One School System.

Muhyiddin Harap Isu Sekolah Satu Aliran Terus Dibincang

 KOTA TINGGI, 29 Okt (Bernama) — Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata perbincangan mengenai cadangan agar sekolah satu aliran dilaksanakan perlu diteruskan bagi mendapatkan gambaran yang lebih menyeluruh daripada semua pihak.

 Timbalan Perdana Menteri berkata walaupun secara peribadi beliau bersetuju dengan sekolah satu sistem itu tetapi pada masa yang sama beliau faham bahawa daripada segi sejarah, sistem persekolahan negara ini mempunyai pelbagai aliran.

 “Jika diikutkan fakta dalam Laporan Razak, itulah antara matlamatnya supaya kita ada satu sistem tetapi disebabkan keadaan dan sejarah, kita mempunyai sekolah pelbagai aliran.

 “Soal ini adalah soal yang besar, jadi elok kita teruskan polemik perbincangan, biar kita mendapat gambaran yang jelas di peringkat pemimpin politik dan masyarakat,” katanya kepada pemberita pada majlis penyampaian Anugerah Ilham Desa Peringkat Kebangsaan 2009 di Kampung Mawai Baru Khamis.

 Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata demikian sebagai mengulas cadangan tersebut yang dikemukakan oleh tokoh akademik dan sejarawan negara Tan Sri Prof Khoo Kay Kim yang disokong oleh pemimpin politik termasuk daripada pembangkang.

 Muhyiddin berkata beliau tidak menghalang jika terdapat badan-badan bukan kerajaan ingin mengadakan perbincangan mengenai sekolah satu sistem untuk mendapatkan gambaran yang menyeluruh.

 “Biar kita mendapatkan gambaran yang menyeluruh dan bukan daripada satu pihak sahaja, sama ada Tionghua, India dan Melayu,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata sekolah satu sistem itu adalah selaras dengan gagasan 1Malaysia.


Actions

Information

23 responses

1 11 2009
OnDaStreet

It will be interesting indeed to see how this idea will be discussed and accepted at large, especially when being announced by important figures in Malaysia.

With permission:

http://ondastreet.wordpress.com/2009/10/30/sekolah-satu-aliran-satu-sekolah-untuk-semua/

~ OnDaStreet

4 11 2009
SSS Admin

OnDaStreet,

To you and others after you, please excuse the late replies due to SSS Admin staff being occupied elsewhere the last few days.

The associations of teachers of vernacular schools may be protesting partly out of fear of losing their jobs when SSS is implememted. So, we must state again that our Proposal and recommendation is that the vernacular schools be absorbed into the national schools system. As such, there will be no issue of teachers losing their jobs.

When the time comes, the Government would surely re-organise and re-orientate vernacular school teachers, carry out any additional training or re-orientation as may be necessary, and use their services like ordinary teachers in the national schools.

1 11 2009
Kembara Politik

Salam Admin SSS,

Nampaknya idea mewujudkan sekolah satu aliran dengan menyerap Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil ke aliran kebangsaan semakin diperkatakan rakyat. (Terima kasih kepada TS Muhyidin sebab bagi ruang untuk perbincangan!)

Tahniahlah pada Admin SSS dan semua e-patriot atas usaha yang dicetus di alam siber ni! Memang saya salute dengan usaha korang semua.

Rakan-rakan saya di tempat kerja memang hangat berbincang pasal satu sekolah ni. Rata-ratanya menyokong. Cuma agak kabur dengan konsep. Mujur saya ada rujuk blog ini. Boleh juga terangkan sikit-sikit. Dan mereka faham dan bersemangat!🙂

Ini menaikkan lagi semangat saya untuk terus berjuang ke arah Satu Sekolah Untuk Semua! Admin SSS dan semua. Kita teruskan perjuangan!

4 11 2009
SSS Admin

Salam Kembara Politik,

Terima kasih juga kapada Sdr yang memberi komen sokongan di dalam portal ini dan juga mengeluarkan rencana kuat menyokong SSS di blog Sdr sendiri.

Kami merasa bangga dengan sokongan Sdr dan rakan-rakan sekerja itu. Mari lah kita bersama sama membanggakan usaha bersama kita ke arah melahirkan suatu Bangsa Malaysia yang kukuh dan bersatu padu.

Semangat kita sememang nya meningkat sekarang dengan ada nya satu aliran persekolahan di perkatakan di Parlimen dan Perdana Menteri juga memperlawa rakyat memberi pendapat dan cadangan di blog 1Malaysia nya.

Selain dari itu, ada pendapat-pendapat orang ramai di blog Demi Negara (tempat lahir nya Kempen SSS ini) yang kuat menyokong, termasuk yang menggesa Kerajaan mengadakan pungutan suara secara “referendum” bagi menentukan kehendak rakyat berkenaan SSS ini. KijangMas, pemunya blog DN dan perintis konsep SSS, telah lama menyarankan cara referendum itu dan kami di Kempen SSS turut menyokong dan menggesa Kerajaan melakukan nya.

1 11 2009
Kembara Politik

OnDaStreet, Memang sangat mengujakan bila benda ini dibincang dengan meluas. Nak atau tidak itu bagi saya perkara kedua. Yang penting rakyat kena bagi pandangan dan dari situ baru tahu setakat mana penerimaan rakyat. Kalau kerajaan nak dilihat lagi bagus dan mengamalkan prinsip “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” elok buat satu pungutan suara rakyat. Biar rakyat tentukan samada nak atau tak sekolah 1 aliran. Barulah nampak Rakyat Didahulukan. Hasil dari pungutan suara tu akan menunjukkan “Pencapaian Diutamakan”. Hehe. Maaf OnDaStreet, saya melalut sikit sebab excited! 🙂

Dengan izin Admin SSS:

http://kembarapolitik.blogspot.com/search/label/Kempen%20Satu%20Sekolah%20Untuk%20Semua

Nak juga promosi blog saya memandangkan benda ni dah semakin dibicara ramai. Jangan marah ye Admin SSS.🙂

1 11 2009
Ismail N

Jika perbincangan dibuat – tentulah ada tentangan dari pihak-pihak tertentu yang berfikiran sempit atau mempunyai kepentingan politik. Wajar saranan Prof Khoo diikuti iaitu pihak Kerajaan jalankan sahaja Sistem ini agar satu generasi yang lebih perihatin dan bersepadu dapat dibentuk di masa akan datang.
Dgn izin: http://malaysiannewsblog.com/?p=109

4 11 2009
SSS Admin

Ismail N,

Terima kasih meninggalkan komen di sini.

Sudah tentu lah pihak-pihak yang mempunyai kepentingan tertentu akan menyuarakan bantahan mereka. Itu lah sebab nya kita semua perlu menyuarakan sokongan kita – terus ke blog 1Malaysia saperti yang telah di pelawa PM sekali lagi, kali ini khas masa membuat respon kapada perkara sekolah satu aliran yang di perkatakan di Parlimen tempoh hari.

Kami menjangka berbagai kumpulan akan menghantar berbagai bentuk tidak persetujuan mereka – email, surat biasa, memo, kertas kajian, surat sumpah dan sebagai nya. Walhal, Timbalan Menteri Pelajaran yang juga Ketua Pemuda MCA dahulu pernah mengugut membuat lapuran Polis berkaitan penggunaan perkataan “gejala” di Memo SSS yang di derap untuk di kemukakan kapada Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran. Timbalan Menteri Pelajaran itu tidak tahu bahawa perkataan gejala ada maana lain dari yang mungkin di baca nya di kamus biasa, bukan Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Kita juga perlu menghantar berbagai bentuk penggesaan pelaksanaan SSS, termasuk kenyataan yang di buat Timbalan Menteri Pelajaran/ Wakil MCA juga di tahun 2008 bahawa kajian yang di buat mereka bersama dengan Kementerian Pelajaran di tahun 2002 menunjukkan bahawa 25% dari pelajar-pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina telah meninggalkan sekolah (drop out) sabelom sampai masa. Mereka tidak sedar atau tidak mahu menerima bahawa SSS boleh membantu mengurangkan masaelah drop out itu.

Mari lah kita menghantar sebanyak mana yang boleh email, surat, memo dan lain-lain bentuk gesaan pelaksanaan SSS kapada PM DS Najib di blog 1Malaysia nya mulai sekarang juga. Tidak perlu kita khuatir mengulang kerja yang mungkin lain orang sudah atau akan buat dan jangan tunggu pihak lain buat dahulu. Tidak perlu khuatir mutu email, surat atau memo gesaan itu. Kami fikir bahawa pada peringkat ini, lagi “overwhelming” gesaan nya, lagi baik.

3 11 2009
dinturtle

Salam Tuan Admin,

Yes, this is the kind of thrust that we want. Sayang no mention of this blog in the papers. Bukanlah penting siapa yang dapat kredit tapi this blog would be very informative to all concerned, menjawab banyak persoalan awal yang mungkin bermain difikiran rakyat.

Just curious, Prof Khoo ada sign petition ? Atau drop by here at any time ? Kalau tak, maybe tuan patut kunjungi beliau…

4 11 2009
SSS Admin

Salam Sdr dinturtle,

Thank you for the comment and the suggestion.

We try the best we can to reach those who matter in decision making, those who have influence in the decision making, as well as those who have an ordinary interest in the matter of SSS. True, it matters not whether we get mention by way of credit but any mention that would lead to a wider readership and a better understanding of the problems that brought about the SSS Proposal would have been beneficial to the cause. We will, however, continue to do the best we can within the resources at our disposal.

3 11 2009
redza

salam.. memang bagus since TPM pon dah approve untuk dibincangkan. tapi PM plak buat hal cakap tak perlu selagi tak ready. sampai bile nak ready kalau takde usaha ke arah itu? tapi concern saya ialah dengan sambutan terhadap kempen ini. setakat hari ni, baru 2219 orang sahaja yang dah sign petisyen. ni kira satu progress yang sangan lambat. harap e patriot semua boleh lebih mempromosikan petisyen ini untuk secepat mungkin mencapai 100,000 orang. i’ll do my bit. keep up the good job

4 11 2009
Kembara Politik

Salam redza. Pada pendapat saya, Najib bukannya mengatakan dia wajib untuk tidak akan melaksanakan SSS. Dia menerangkan dari segi situasi sekarang. Najib masih mahu melihat penerimaan rakyat dalam hal ini. Ini dapat difahami dengan apa yang dikatakannya. Najib kata “Kerajaan sedia melaksanakan dasar sekolah satu aliran sekiranya itu kehendak rakyat negara ini.” Jadi rakyat sebenarnya kena tunjukkan sokongan. Jika majoriti tunjuk sokongan tak berbelah bahagi, Kerajaan akan buat la kot. Tapi lebih cantik kalau Kerajaan buat pungutan suara (referendum) untuk tahu suara sebenar rakyat. Suara-suara seperti Dong Zong tidak mewakili suara sebenar rakyat majoriti. Saya berani jamin sokongan terhadap SSS ialah 80% hendak vs 20% tak nak. Dah jadi macam Dr Porntip plak dah🙂

9 11 2009
SSS Admin

redza,

Terima kasih meninggalkan komen dan dukacita terlepas dari pandangan kami di Admin SSS, mengakibatkan lambat menjawab nya.

Perkara kelambatan menandatangan Pungutan Suara atau Petition itu di sebabkan beberapa perkara, termasuk masyarakt Melayu belum “berbudaya komputer” dan kekurangan daya kewangan mendapatkan akses internet. Namun demikian, kami tetap dengan kepercayaan bahawa ada majoriti senyap atau “silent majority” di dalam negara yang bersetuju dan mahukan SSS.

Satu cara yang paling baik bagi menentukan benar tidak nya kepercayaan ini ada lah melalui referendum atau pungutan suara secara besar-besaran yang di lakukan oleh Kerajaan di peringkat nasional. Referendum hampir sama process nya dengan pilihan raya walau pun mandat yang di dapati dari nya ada lah khas bagi tujuan referendum itu sahaja, saperti berkenaan cadangan SSS ini.

Rencana kami yang bahru akan memberi penerangan lanjut berkenaan perlu nya di adakan referendum itu.

4 11 2009
Isa

Saya fikir jumlah menanda-tangani Pungutan Suara secara Petisyen tidak penting menandang kapada ada nya gejala “majoriti senyap” di banyak negara membangun, perkara sekolah satu aliran sudah di perkatakan di Parlimen, DS Najib sudah membuat respon secara mengajak rakyat memperkatakan nya di blog 1Malaysia nya.

Tambahan pula, ada yang mencadangkan Pungutan Suara secara “REFERENDUM” di buat oleh Kerajaan. Referendum memang cara yang paling sesuai, lebih kelihatan di mata masyarakat bagi menentukan apa yang di mahukan rakyat majoriti.

Saya harap Kerajaan akan lakukan referendum. Kesan nya hampir sama dengan pilihan raya, ia itu dari segi memberi mandat kapada Kerajaan membuat dan melaksanakan dasar. SSS perlu di jadikan dasar Kerajaan. Negara sudah lama memerlukan persatu paduan rakyat.

Saya juga akan “do my bit” dan tahniah kapada penaja SSS. Mari lah kita beramai ramai memperkatakan sokongan di blog 1Malaysia PM kita, secara persendirian dan/ atau kumpulan.

9 11 2009
SSS Admin

Isa,

Kami bersetuju dengan pendapat Sdr.

Pendirian kami berkenaan jumlah menandatangi Pungutan Suara atau Petition itu sama dengan dalam jawapan kami untuk komen Sdr redza di atas.

Demikian juga dengan pendirian kami berkenaan Pungutan Suara melalui Referendum.

Referendum memang cara yang paling baik dan selamat bagi menyelesaikan masaelah berbagai sistem pelajaran yang ada sekarang ini. Sila ikuti hujah-hujah yang kami keluarkan di rencana SSS bahru yang akan di keluarkan sekejap lagi.

4 11 2009
nono

What regrets are these Dong Zong people talking about?

Sun2Surf reported the following:

“KUALA LUMPUR (Nov 2, 2009) : Dong Zong (United Chinese School Committees Association) says it is against a single stream school system and will submit a memorandum to the prime minister to express regrets over recent remarks made by academics, MPs and the education minister on the subject.”

Don’t they have any sense that this is now a national issue? That this is a rekindling of an unsolved problem over 50 years old? That these are all attempts to solve that old problem? Don’t they know that MPs have the privilege that they can say anything in Parliament except those contravening Parliamentary Standing Orders? Are they not aware that MPs are representatives of the people and have the right to speak on what they think suit their constituents? That all Ministers, including the Education Minister and the Prime Minister are there to solve problems of the country? I don’t understand these people.

They don’t seem to have a clue as to what nation building is all about. They don’t appear to care about the need for national unity. They don’t seem to bother about the attempt to forge a united and cohesive Bangsa Malaysia. They talk about a “multi-national state” when what we should have is a united and cohesive Bangsa Malaysia. What are they talking about?

Next they will talk about the NEP being the impediment to national unity, not the vernacular schools. They completely forget, or refuse to acknowledge, that the NEP stems from the Special Position of the Malays which was the quid pro quo for the citizenship right of the non-Malays. They were stateless all those years under the British colonial rule, yet many of these people even dislike being called “pendatang”. Is this not being unreasonable?

As Tun Dr Mahathir said, nowhere in the world can you find three different systems of education in one single country. Are they not being unreasonable for demanding schools with Mandarin and Tamil as media of instruction, making two additional systems of education? That what had existed for 50 years does not necessarily mean it’s right?

The arguments for the Satu Sekolah Untuk Semua (SSS) have been put out time and again. The SSS idea was widely publicised in the local papers, TV network and blogosphere the moment it was promulgated in May 2009. Over 100 blogs carry the SSS logo in support of the SSS Proposal. There is a silent majority out there supporting it. Now the idea has reached Parliament, officially caught the attention of the Minister of Education and even responded to by the Prime Minister.

The vernacular school teachers don’t have to worry about losing their jobs. The SSS people never proposed doing away with them; they instead proposed that the vernacular schools be merged with the national schools. As such, the schools would continue to function, albeit in a different form, the services of the teachers will continue to be used and their salaries paid for. They should, in fact, be supporting the SSS Proposal in the interest of national unity and the creation of a cohesive Bangsa Malaysia.

4 11 2009
Lipan Bara

Sir;

“….. They talk about a “multi-national state” when what we should have is a united and cohesive Bangsa Malaysia. ….”

I thing they are sincere .. that they are mimicking the deepest heart of their heart, where is hidden the meaning of “multi-national state” … and it reads … “a state (later to become sovereign) within a state”. Suberversive. An alien agenda detrimental to our nation.

In this light, SSS is not only a national issue but also a patriotic and humane struggle.

4 11 2009
Kembara Politik

nono, Dong Zong ni memang celaka. Tahap ke’Cina’annya memang dah sampai ULTRA KIASU. Memang rasis habis. Mereke-mereka yang dari jenis ini memang terkenal dengan sikap ultra kiasunya. Mereka ini bermulut dan berhati busuk dengan segala jenis tekanan yang diberikan agar Kerajaan melepaskan segala dasar Kerajaan yang mereka label ‘perkauman’. Mereka hendak kaut semua benda nampak gayanya. Tetapi dalam hal untuk seluruh rakyat bersatu di bawah sekolah satu aliran bahasa Melayu pun mereka bangkang. Mereke ini begitu tebal perkauman ke’Cina’annya. Apa-apa yang berkenaan dengan ke’Cina’an tidak boleh diusik disentuh oleh mana-mana pihak. Padahal cadangan Satu Aliran ada juga menyelitkan pembelajaran bahasa ibunda di dalamnya. Tapi kita sudah lihat bahawa apa-apa yang ada kaitan dengan ke’Melayu’an semuanya dipertikai. Semuanya disuruh samarata. Baru adil dakwa mereka ini. Ini bukannya samarata dan adil namanya. Ini namanya ULTRA KIASU!

5 11 2009
CK Anti Jekyll and Hyde

Kenyataan Dong Zong berbaur subversif dan menunjukkan bibit-bibit pengkhianatan..langsung tiada kesetiaan kepada Agong dan negara, penting diri sendiri dan sombong.

Makin jelas semuanya berpunca daripada SJK, kerajaan perlu mengambil tindakan dengan memulakan kajian secara menyeluruh dan mendalam terhadap sistem pendidikan negara dan segara melaksanakan SSS untuk mengelak berkembangnya bibit anti-negara.

9 11 2009
sepadu

nono,

Some people have said that the Dong Zong people fear that the SRJKC teachers and staff might lose their jobs. Others said that they do not want to lose the school buildings and facilities that they have provided “through blood, sweat and tears”.

But the SSS Proposal calls for the absorption of the SRJKs into the national education system. This means that the teachers and staff will be taken into the Teaching (and support staff) Service of the country under the Education Ministry. They won’t lose their jobs.

The buildings and the facilities can be donated to the country. It’ll be for a good cause – for the education of children.

After all, the Malays have donated to the country by way of service in the Security Services and the Armed Forces of the country, fighting the communists, the secret societies, thugs and gangsters, and the Indonesians during Sukarno’s Confrontation or undeclared war against Malaysia. They did those in more ways than one, literally “through blood, sweat and tears” – much more than their meager salaries as Policemen or Soldiers can compensate. In fields that very few non-Malays want to go into.

5 11 2009
satD

SSS awat lame sangat takde post…..

lets smoke em out…..out of the vernacular rabbit hole…….

I love it when politicians start talking about this subject….minggu depan kalu ada byelection gua guarantee 50Million allocation coming from BN for Vernacular Schools…….

So many people have pointed out the obvious….the numerous education reports……all pointing towards an education system that promotes Unity utilising a Single national stream conducted in National Language of the Federation…….

How many teachers does Dong Key Kong represent? Are they more concerned about their perut nasi or the future of the Malaysian Children….

What is the current percentage of school going children of Chinese decent going to Vernacular School………is it on the rise? The Govt must share with us this data……as this is a clear indicator of the level of plurality in our society…

6 11 2009
What Did Lee Kuan Yew and Nik Aziz Talked About? « On Da Street

[…] further, with one stream school ideas being widely discussed, what will be PAS stand on the matter? Will they support SSS or not? Will they be just status quo, […]

7 11 2009
ishak hasimi

yalah kan,sepatut nya benda nie kita dah ada lama….,sekarang bar nak laksana….tapi saya sokong 100%

11 11 2009
SSS Admin

ishak hasimi,

Terima kasih kerana mengunjung dan meninggalkan komen.

Memang perkara ini sudah 52 tahun lama nya, sehingga menjadi masaelah perpaduan negara sekarang. Pemimpin negara di masa Merdeka dahulu membenarkan perkara ini tergantung. Artikel 152 Perlembagaan membenarkan bahasa ibunda di pelajari tetapi Artikel itu juga mengatakan bahawa Bahasa Malaysia ada lah Bahasa Kebangsaan kita dan sekolah-sekolah mesti lah menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa penghantar kerana sekolah ada lah urusan resmi negara. Bahasa ibunda boleh di pelajari sebagai matapelajaran pilihan di sekolah-sekolah.

Kita mesti coba selesaikan masaelah ini demi perpaduan dan kemajuan negara di masa akan datang. Penyelesaian masaelah ini akan makan masa lama dan mesti di mulakan sekarang. Terima kasih di atas sokongan Sdr. Marilah kita besama-sama mengajak kawan-kawan dan kenalan-kenalan lain menyokong serta menyuarakan sokongan kapada SSS ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: