Tiada Alasan Munasabah Bagi Tidak Melaksanakan SSS / No Valid Reason For Not Implementing SSS

9 11 2009

[English language version appears below the BM version]

Tiada Alasan Munasabah Bagi Tidak Melaksanakan SSS

sss_final12Perbincangan mengenai sekolah satu aliran di Parlimen baru-baru ini, galakan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran supaya perbincangan-perbincangan tersebut diteruskan di lain-lain tempat, dan jemputan Perdana Menteri kepada rakyat untuk memberi pandangan dan cadangan di laman citranya, 1Malaysia – semua ini memberi harapan positif kepada cadangan Satu Sekolah Untuk Semua (SSS).

Sebenarnya, tidak ada sebab yang munasabah bagi tidak melaksanakan SSS. Hujah-hujah yang biasa dikemukakan adalah:

1. Perlembagaan jelas menyatakan bahawa Bahasa Malaysia adalah Bahasa Kebangsaan negara ini, oleh itu semua sekolah-sekolah patut menggunakannya sebagai bahasa pengantar.

2. Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) menggunakan Bahasa Mandarin sebagai bahasa pengantar; Mandarin adalah bahasa rasmi Republik Rakyat China dan bukan pula bahasa ibunda kaum Cina di Malaysia. Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SRJKT) menggunakan bahasa Tamil, bahasa rasmi negeri Tamil Nadu di India.

3. Pendaftaran di sekolah-sekolah vernakular jarang sekali menggambarkan kepelbagaian kaum, oleh itu suasana di sekolah-sekolah seperti ini tidak mendorong menyemai semangat hidup bersama dan perasaan bersatu padu di kalangan murid-murid di lingkungan umur yang membentuk minda dan pendirian.

4. Pada tahun 2008, Timbalan Menteri Pelajaran telah mengumumkan hasil kajian yang dilakukan MCA dengan kerjasama Kementerian Pelajaran yang menunjukkan 25 % pelajar SJKC berhenti sekolah atau keciciran (drop out) sebelum peringkat SPM. Ini membayangkan kecacatan sistem SJKC. Manakala, hampir tiada keciciran atau drop out di sekolah kebangsaan.

Pihak-pihak yang tidak setuju dengan SSS telah cuba memberi hujah-hujah yang tidak relevan dengan perkara yang dicadangkan, yang tidak patut dikaitkan dengan Kempen SSS, seperti:

1. Sekolah Kebangsaan juga dikatakan ada kecacatan dan kelemahan. Ini sudah tentu adalah hanya suatu alasan untuk meneruskan kewujudan sekolah vernakular, mengalih perhatian daripada isu sebenar bahawa sekolah seperti itu tidak mengeluarkan kanak-kanak yang dilatih di dalam suasana kepelbagaian kaum supaya mereka boleh secara semulajadi, senang dan cekap bercampur dengan kaum lain di masa berikutnya.

2. Polarisasi kaum yang semakin meningkat kononnya berpunca daripada dasar-dasar Kerajaan seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB). Pihak-pihak ini, yang kebanyakannya, jika tidak hampir kesemuanya, kaum bukan Melayu, sama ada tidak mengetahui atau menutup mata terhadap fakta bahawa DEB dilaksanakan berdasarkan kepada Kedudukan Istimewa Melayu. Kedudukan Istimewa ini adalah balasan kepada hak kerakyatan kaum bukan Melayu yang tidak mempunyai kerakyatan sejak lebih 100 tahun lalu, termasuk semasa pemerintahan penjajah British di Malaya. Kedudukan Istimewa Melayu dan kerakyatan bukan Melayu menjadi apa yang dikenali sebagai Kontrak Sosial di antara pemimpin di zaman kemerdekaan, dan telah termaktub di dalam Perlembagaan Negara. DEB juga memberi faedah kepada kaum Bumiputera lain selain dari Melayu.

3. Golongan pengkritik ini juga menimbulkan isu sekolah-sekolah dan institusi pelajaran Melayu seperti MRSM dan UiTM. Sekali lagi mereka menutup mata, dan mesti diingatkan dari masa ke masa, bahawa itu semua adalah sebahagian daripada DEB yang timbul dari Kedudukan Istimewa Melayu yang tertulis di dalam Perlembagaan. Mereka juga perlu diberi tahu berulang kali bahawa, akibat permerintahan penjajah British, kaum Melayu ketinggalan jauh di belakang bukan sahaja dalam bidang ekonomi tetapi juga dalam bidang pendidikan.

4. Mereka juga bercakap berkenaan konsep kononnya “Malaysian Malaysia” yang dikarang oleh si chauvinis Lee Kuan Yew dan Parti Tindakan Rakyat (PAP) semasa mereka berada dalam Malaysia 1963-65, kemudian dipungut oleh Parti Tindakan Demokratik  (DAP), serpihan PAP selepas Lee Kuan Yew dan Singapura ditendang keluar dari Malaysia dalam tahun 1965. Golongan seperti ini mesti diperingatkan sepanjang masa apa yang dikatakan Tun Dr. Mahathir, bahawa tidak mungkin ada kesamarataan apabila ada Artikel 153 di dalam Perlembagaan yang memperuntukkan Kedudukan Istimewa Melayu. Golongan ini perlu diberitahu berulang kali bahawa Kedudukan Istimewa Melayu adalah galang ganti atau sebagai balasan kepada kaum Melayu menyetujui perkara hak kerakyatan mereka.

Sekarang, bercakap berkenaan aspek politiknya, Dato’ Sri Najib harus mendekati perkara ini dengan berhati-hati. Beliau walau bagaimanapun telah mengatakan isu ini terserah kepada orang ramai, atau rakyat. Apa yang kita risaukan sekarang adalah bagaimana beliau akan menentukan apa yang rakyat mahukan.

Sudah tentu berbagai jenis memorandum, laporan-laporan, syor-syor, bantahan-bantahan dan sebagainya yang panjang berjela-jela akan dikemukakan kepada Perdana Menteri. Apa kriteria akan digunakannya, apa ukuran atau sukatan bagi sokongan atau bantahan kepada persekolahan satu aliran atau cadangan SSS yang boleh dikatakan sah baginya menggunakannya?

Sudah tentulah sukar untuk menentukannya. Tidak dapat dibayangkan kemungkinan mengikut jumlah laporan-laporan atau memorandum yang diterima sahaja. Begitu juga jika mengikut jumlah orang yang laporan-laporan dan memorandum itu wakili. Sungutan dan ketidakpuasan hati akan tercetus jika cara-cara tersebut digunakan. Justeru, masalah sistem pendidikan negara selama 52 tahun itu akan berterusan tidak diselesaikan. Beliau tidak boleh membiarkan keadaan sebegini. Beliau ada peluang untuk mendapat markah tinggi sekarang. Dato’ Sri Najib boleh meninggalkan warisan atau legasi yang amat besar jika beliau selesaikan dan mengambil tindakan terakhir di atas masalah lama ini buat selama-lamanya. Namanya akan dinukil dalam sejarah berlainan dari yang lain. Namanya akan dikaitkan dengan pembawaan keamanan dan keharmonian selama-lamanya di dalam negara ini melalui SSS.

Perdana Menteri telah berkata ini bergantung kepada rakyat. Sekarang tinggal hanya soal bagaimana cara menentukannya. Dato’ Sri Najib mesti menggunakan kaedah yang jelas dan telus bagi menafsir kemahuan rakyat. Kaedah biasa adalah melalui pilihanraya. Tetapi soal ini tidak memerlukan mandat sebegitu rupa. Beliau boleh memperoleh mandat yang cukup melalui kaedah referandum. Selamat baginya dari segi politik dan selamat dari segi keselamatan negara jika diaturkan di peringkat kebangsaan, dilaksanakan hampir seperti pilihanraya, dengan
persediaan keselamatan dan pengawalan undang-undang dan arahan yang secukupnya.

Kerajaan boleh menyediakan minda rakyat berkenaan penggunaan referendum sebagai satu cara bagi menyelesaikan kontroversi-kontroversi di atas isu yang amat mustahak ini dengan menggunakan sumber-sumber Kementerian Penerangan dan Multimedia yang amat luas.

Referandum telah digunakkan di negara-negara maju di merata dunia bagi menentukan pemilihan rakyat di atas isu-isu kontroversi tetapi amat penting. Referandum akan menyelesaikan kontroversi-kontroversi seperti itu. Ianya memberikan Kerajaan mandat untuk mengambil tindakan khas ke atas perkara-perkara yang referendum itu dilakukan. Tiada parti politik atau kumpulan-kumpulan berkepentingan boleh mengkritik secara berjustifikasi dasar Kerajaan yang dilaksanakan berdasarkan referendum. Ringkasnya, referandum adalah kaedah paling demokratik untuk mengawal kritikan terhadap isu kontroversi dan menghalang kritikan yang baharu di atas tindakan-tindakan dasar yang timbul darinya.

Marilah kita menggesa Perdana Menteri Dato’ Sri Najib supaya mempertimbangkan dengan sepenuhnya perkara mengadakan referendum ke atas cadangan SSS ini. Mustahaknya persepaduan negara dan keamanan yang berpanjangan, yang boleh dicapai melalui SSS jauh melebihi kos melakukan referendum. Tiada alasan yang munasabah untuk tidak melaksanakan SSS, dan sebaliknya ada sebab-sebab yang munasabah untuk menentukan kehendak rakyat terhadap perkara itu secara referandum.

*************

[English language version is as follows]

No Valid Reason For Not Implementing SSS

referandumThe recent discussion on the single-stream schooling system in Parliament, the encouragement by the Deputy Prime Minister cum Minister of Education to continue such discussions elsewhere, the invitation by the Prime Minister to the public to give their views and suggestions to his 1Malaysia blog – all these provide cautious optimism for the prospect of the Satu Sekolah Untuk Semua (SSS) proposal.

There really is no valid reason for the SSS proposal not being implemented. The standard arguments have been:

1. The Constitution states that Bahasa Malaysia is the national language of the country and therefore all schools should have it as the medium of instruction

2. Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) uses Mandarin as the medium of instruction; Mandarin is the official language of the People’s Republic of China and is not even the mother tongue of the Chinese. Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SRJKT) uses Tamil which is the official language of Tamil Nadu in India.

3. Enrolment at these vernacular schools is hardly multi-racial and therefore the atmosphere in such schools is not conducive to fostering a spirit of togetherness and a sense of unity among children at their formative age. Whereas there has been practically no drop out from national schools.

4. The Deputy Minister of Education announced in 2008 that a study done by the MCA, with the co-operation of the Ministry of Education, shows that 25 % of those who had attended SRJKC dropped out of school before reaching the Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) level. That suggests defects in the SJKC system.

The detractors of SSS have tried to put out arguments that are not relevant to the subject being proposed, that should not be linked to the SSS, such as:

1. The Sekolah Kebangsaan also has its defects and weaknesses. This, of course, is a mere attempt at justifying the vernacular schools’ existence, trying to divert attention from the real problem at hand, that such schools generally do not produce children trained in a multi-racial atmosphere so that they can be naturally at ease and adept at mixing with others at a later age.

2. The increasing racial polarisation has allegedly been due to bad Government policies such as the New Economic Policy (NEP). These detractors, who are mostly if not entirely non-Malays, are either ignorant of or choose to forget that the NEP was derived from the Special Position of the Malays. That Special Position was in exchange for the Malays agreeing to citizenship for the non-Malays who were stateless for over 100 years, including during British colonial rule, in Malaya. That Special Position of the Malays and the citizenship right of the non-Malays constitute what have been known as the Social Contract among the leaders at Merdeka, and are embodied in the Constitution of the country. The NEP also benefits Bumiputeras other than Malays.

3. The detractors also raise the issue of the special schools and educational institutions for the Malays, including MRSM, UiTM. Again, they choose to forget, and must be told time and again, that these schools are a part of the New Economic Policy which emanated from the Special Position of the Malays written in the Constitution. It needs to be pointed out to them repeatedly that, as a result of British colonial rule, the Malays were left far behind not only in the economic but also in the educational fields.

4. They also talk about equality and the so-called “Malaysian Malaysia” concept thought out by the chauvinistic Lee Kuan Yew and the People’s Action Party (PAP) when in Malaysia 1963-65, later picked up by the splinter party, Democratic Action Party (DAP) after Lee Kuan Yew and Singapore were kicked out of Malaysia in 1965. As for these
people, they need to be told endlessly what Tun Dr Mahathir has said, that there can never be equality when there is Article 153 of the Constitution which provides for the Special Position of the Malays. Likewise, they need to be told repeatedly that that was the quid pro quo, or in exchange for the Malays agreeing to their citizenship right.

Now, politically speaking, Dato’ Sri Najib has to approach the subject cautiously. He has, however, said that it is up to the people, the rakyat. What we are now concerned about is how he determines the will of the rakyat.

No doubt there will be multifarious and voluminous memoranda, reports, recommendations, objections and so on submitted to the Prime Minister. What criteria he will use, what yardstick or measure of the support for and the objection to the single-stream schooling or the SSS proposal that can said to be valid for him to use.

Naturally it will be difficult to determine. It’s inconceivable to go by the number of reports or memoranda received. Even by the number of people those reports or memoranda represent. Grumblings and dissatisfaction will abound if such methods are used. Then the 52 year-old problem with the country’s education system will continue to remain unsolved. That he must not allow. He has the opportunity to score big now. He can leave behind a huge legacy if he solves and settles this old problem once and for all. His name will go down in history like no other has. His will be about bringing lasting peace and harmony in this country through the SSS.

He has already said it’s up to the people. It’s now a only matter of how. Dato’ Sri Najib must use a transparent and discernible method of determining the will of the people. The usual method is through general elections. But this does not need such kind of a mandate. But he can get sufficient mandate by using the referendum method. It is safe for
him politically and safe for the country security-wise if organised on a national level, conducted almost like general elections, with adequate preparations for security and control of law and order.

The Government can prepare the minds of the people on the use of the referendum as a means to resolve controversies on this very important issue by the use of the vast resources of the Information and Multimedia Ministry.

Referenda has been used in democratic countries the world over to determine the people’s choice on controversial but very important issues. Referenda will put to rest such controversies. They give the Government the mandate to act specifically on the subjects the referenda are conducted. No party or group of people can justifiably criticise a Government policy that is implemented on the basis of a referendum. In short, a referendum is the most democratic way to rein in criticisms on a controversial issue and prevent new ones on policy actions arising from it.

Let us urge Prime Minister Dato’ Sri Najib to seriously consider holding a national referendum on the SSS proposal. The importance of national unity and lasting peace that can be achieved through the SSS far outweighs the cost of holding a referendum.There are no valid reasons not to implement the SSS and, conversely, there are valid reasons for determining the will of the people on that subject by the referendum way.


Actions

Information

20 responses

11 11 2009
Wan

DS Najib berkata di laman web nya 1Malaysia, “I have heard many of you call for a switch to a single-stream system as a way to promote greater unity and integration among Malaysians. However, many do not constitute most.” Belum ada kepastian di atas kenyataan itu, Dato Seri. Saya setuju dengan pendapat rencana ini bahawa referendum ada lah cara yang paling baik untuk mempastikan sama ada gesaan untuk mengimplementasikan SSS itu “constitute ‘many’ or ‘most’”. Saya yaakin ada majority senyap atau “silent majority” dalam perkara ini.

Referendum boleh memberi kepastian secara muktamad. Memang, sebagaimana di tulis di rencana ini, referendum juga nampak nya ada lah cara yang selamat. Langkah-langkah mengadakan referendum boleh di atur secara berperingkat, bermula dengan menyediakan minda rakyat melalui jentera Kementerian Penerangan dan Media Massa. Biar lama 5-6 bulan kempen referendum di jalankan sabelom di laksanakan. Lebih, jika perlu, asalkan usaha-usaha di teruskan selagi ada banyak diantara rakyat yang nyata belom faham tujuan referendum dan system sekolah satu aliran.

Pihak keselamatan boleh mengaturkan kawalan rapi di beberapa “hot spots” di mana ada “potential trouble makers”. Polis kita tahu di mana mereka – system intipan dan kawalan yang di tnggalkan British dan di majukan anggota Polis kita sendiri salepas Merdeka ada lah bagus. Polis boleh menyediakan pelan mengawal saperti di lakukan di pilihan raya.

Malahan, referendum ada lah hampir serupa pilihan raya. Yang paling baik menjalankannya adalah Suruhanjaya Pilihan Raya sebab ia nya mempunyai jentera yang telah di uji berbelas kali sejak Merdeka.

13 11 2009
SSS Admin

Wan,

Termia kasih kerana meniggalkan komen di sini.

Salepas komen Sdr yang panjang lebar dan apa yang kami tuliskan di rencana ini, tidak ada banyak yang kami boleh tambahkan sebagai jawapan kapada komen Sdr.

Kami juga bersetuju bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya ada lah badan yang paling baik mengendalikan Referendum yang di syorkan itu. Supaya berkesan dan betul betul bermakna, Referendum itu perlu di lakukan di peringkat nasional. Siluk biluk menjalankan nya amat rumit dan memerlukan banyak tenaga dan kemudahan. SPR mempunyai tenaga dan kemudahan itu.

11 11 2009
Kembara Politik

SSS Admin,

(Mohon disiarkan komen ini).

Saya sangat bersetuju dan menyokong sebarang usaha ke arah melaksanakan Pungutan Suara rakyat demi menentukan halatuju pendidikan di negara kita. Sememangnya itulah kaedah yang paling demokratik. Tapi DAP (Democratic Action Party) yang ada perkataan demokratik itu pun pasti akan tentang. Inikah namanya demokratik? My foot!

Kalau nak dengar suara Dong Zong itu namanya suara majoriti ke? Suara rakyat keseluruhannya ke? Tak kena gaya hanya 1 % sahaja suara yang diwakilinya. Kalau ada pungutan suara, saya yakin rakyat yang menyokong adalah 80%. Manakala hanya 20% sahaja si totok bukit yang berhempas pulas mempertahankan sistem lapok zaman penjajah Inggeris ini.

Kita cabar DAP menyokong kaedah pungutan suara jika benar-benar berpegang pada teras ‘demokratik’ yang jelas ada dalam nama parti itu! Jika tidak, elok dicampak sahaja perkataan ‘Democratic’ yang ada dalam nama parti itu ke dalam jamban! Tukar perkataan demokratik itu kepada perkataan lain yang lebih sesuai. Saya cadangkan perkataan ULTRA KIASU!

Jelas sekali kita semua akan lihat agenda tersembunyi mereka ini. Kalau hak Melayu & Bumiputra cepat sahaja digesa dikaji, dimansuh, dihapus. Ini memang perangai ULTRA KIASU. Diberi beris idamkan peha! Kita sahaja yang bertolak ansur, tapi mereke secara terang-terangan menolak kita beransur-ansur.

http://kembarapolitik.blogspot.com/2009/11/belajar-belajarlah-memberi-bukannya.html

Terima kasih (jika disiarkan komen saya).

13 11 2009
SSS Admin

Kembara Politik,

Dengan sukacita nya kami menyiarkan komen Sdr. Disinilah tempat kita bertukar fikiran, tegur menegur mana yang baik, mana yang buruk, mana yang mendatangkan persepaduan dan sebagainya.

Aneh nya didunia ini, pihak komunis pun mengatakan cara-cara mereka demokratik. Di People’s Republic of China, sa buah negara komunis sejak berpuluh tahun lalu, mereka mendakwa ada pemilihan pemimpin-pemimpin, ada “People’s Consultative Assembly” yang kononnya merupakan Dewan Undangan Rakyat atau Parlimen. Tetapi cara pemilihan wakil-wakil mereka berlain sekali dari cara di negara demokratik barat. Wakil-wakil membincangkan ha nya usul-usul yang telah di luluskan oleh parti. Biasa nya pemimpin parti sahaja yang boleh meluluskan ususl usul. Terutamanya dizaman Mao Tse Dong yang di ketahui dalam sejarah sebagai diktator. Ahli-ahli parti, malahan rakyat, mesti ikut kata-katanya. Begitu juga dalam DAP. Banyak keputusan di buat oleh pemimpin nya, Lim Kit Siang. Sama ada dia diktator atau tidak, rakyat boleh menilai nya sendiri.

Mereka mengatakan bahawa mereka berpegang kapada Perlembagaan membenarkan rakyat mempelajari bahasa ibunda. Tapi Mandarin nyata bukan bahasa ibunda. Mandarin ada lah Bahasa Resmi People’s Republic of China. Malaysia ada Bahasa Resmi nya sendiri – Bahasa Melayu atau Bahasa Kebangsaan. Ini nyata di sebut dalam Perlembagaan. Bahasa Resmi mesti di gunakan dalam segala urusan resmi. Sekolah ada lah urusan resmi negara. Oleh itu, nyata lah Bahasa Melayu atau Bahasa Kebangsaan kita mesti di gunakan sebagai bahasa penghantar di sekolah-sekolah. Sistem satu aliran membenarkan rakyat mempelajari Mandarin sebagai mata pelajaran pilihan.

Sepatut nya tidak ada kontroversi dalam perkara ini. Tetapi oleh kerana pemimpin-pemimpin sejak Merdeka telah membenarkan sekolah vernakular, mungkin dengan harapan perkara sekolah satu aliran boleh di selesaikan kemudian, perkara ini sudah berlarutan. Sekarang perpisahan kaum dan jurang sefahaman semankin bertambah. Perlu kita adakan sistem sekolah satu aliran. Maka, untuk menyelesaikan masaelah menentukan sama ada sistem satu aliran atau cadangan SSS di sokong ramai atau tidak, cara yang paling baik dan selamat ada lah pungutan suara secara Referendum.

11 11 2009
NJ

Salam sejahtera Admin SSS,

Semalam dalam rancangan Hujah TV9, Prof. Teo Kok Seong, seorang lagi ahli akademik telah menyatakan bahawa Sekolah Satu Aliran ini adalah teramat penting, untuk kerangka yang lebih besar, iaitu “Perpaduan”.

Beliau ada menyebut, Malaysia adalah di antara sebilangan negara.. (kemudian beliau menyambung).. satu-satunya negara yang mengamalkan sistem pelbagai aliran.

Selari dengan SSS, beliau juga menyatakan bahawa Sekolah Satu Aliran tidak akan menghapuskan bahasa ibunda, seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak dalam alasan mereka untuk menidakkan Sekolah Satu aliran ini.

Beliau berulang kali menyebut bahawa Sekolah Satu Aliran ini amatlah perlu untuk membentuk atau melahirkan “Jati Nasional” yang sama dikalangan rakyat di mana “Jati Nasional” ini tentunya tidak dapat dipupuk oleh sekolah-sekolah vernakular yang nampaknya lebih kepada untuk mempertahankan benteng etnik kaum-kaum tertentu.

Di penghujung rancangan, Prof. Teo menggesa supaya diterima pakai dahulu Sekolah Satu Aliran ini, kemudian perhalusi ia. Jangan ianya terus ditolak begitu sahaja.

“SATU BANGSA, SATU NEGARA, SATU BAHASA”

NJ

14 11 2009
SSS Admin

NJ,

Terima kasih berkongsikan maalumat berkenaan hujah-hujah Prof. Teo Kok Seong itu. Kami berpendapat ada ramai lagi kaum Cina yang sedar penting nya Sekolah Satu Aliran untuk perpaduan negara. Kami didalam portal ini menggunakan istilah Satu Sekolah Untuk Semua (SSS); tujuan nya sama, ia-itu perpaduan negara. Kaum Cina yang menyokong tapi tidak menyatakan pendirian mereka di khalayak ramai termasuk didalam gulungan “silent majority”.

Tun Dr Mahathir sudah menyatakan bahawa tiada negara di dunia ini sekarang yang mengamalkan berbagai sistem pelajaran. Tiga sistem pelajaran diMalaysia memang tidak masuk akal. Walhal Artikel 152 Perlembagaan sudah nyata. Semua sekolah sepatutnya menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa penghantar.

Bahasa Mandarin dan Tamil boleh di pelajari di Sekolah Satu Aliran sebagai mata pelajaran pilihan. Sekolah-sekolah vernakular yang ada sekarang boleh diserapkan kedalam sistem pelajaran Kebangsaan. Ini bermakna bahawa guru-guru dan kakitangannya boleh juga di serapkan kedalam Perkidmatan Guru Kebangsaan dan sebagainya. Tidak siapa akan kehilangan hak jika di pandang dari segi Perlembagaan. Semua rakyat Malaysia dan juga pemimpin-pemimpin mestilah berpegang teguh kapada Perlembagaan. Perlembagaan itu asas bagi kekukuhan dan kemajuan negara. Tidak lain, tidak bukan.

Memang tidak menasabah bagi tidak melaksanakan Satu Aliran atau SSS. Jalan yang selamat dari segi politik dan lain-lainnya ada lah mengadakan pungutan suara secara Referendum saperti yang telah disyorkan.

12 11 2009
malaysian boy

Alangkah baiknya kalau saya seorang bumiputera, kerana boleh dapat perlindungan daripada hak keistimewaan.

saya sebagai seorang cina tidak pernah sangkal hak istimewa yang dimiliki oleh bumiputera. tatapi mana pula hak kami untuk mengekalkan sistem pendidikan yang berteraskan confucianism yang telah diwarisi lebih daripada 2000 tahun?

tidakkah rakyat Malaysia bangga dengan sistem vernakular yang begitu unik dan berjaya?

adakah rakyat telah tidak tertahan dengan sistem pendidikan yang tidak membawa kemajuan negara ataupun dasar-dasar pendidikan yang bertukar-tukar setiap kali menteri pendidikan bertukar?

13 11 2009
SSS Admin

malaysian boy,

Terima kasih kerana mengunjung dan meninggalkan komen.

Kita perlu terima hakikat bahawa ada yang kita boleh, ada yang tidak boleh dapat, sebagai maanusia dimana mana pun didalam dunia ini.

Kaum Cina telah mendapat kekayaan dibawah pemerintahan kolonial British diMalaya dan, salepas lebihkurang 100 tahun tidak berkerakyatan, telah dapat menjadi rakyat salepas Merdeka, serta terus mendapat hak kerakyatan bagi turun temurunnya untuk selama lamanya.

Kaum Melayu yang telah mendudukki Tanah Melayu sejak lebih seribu tahun dan sebagai majoriti dinegara ini mempunyai hanya 19% kekayaan korporat (tidak termasuk kekayaan dalam lain-lain bidang ekonomi) dan ketinggalan jauh dalam bidang pelajaran.

Hak kerakyatan bukan Melayu itu adalah balasan kapada Kedudukan Istimewa Melayu yang telah di persetujui pemimpin-pemimpin Melayu dan bukan Melayu dimasa Merdeka.

Jika Sdr mahukan hak yang lebih, orang Melayu pun mahukan hak yang lebih. Kita sebagai rakyat Malaysia perlu berpuas hati dengan mana mana hak yang ada pada kita, yang sudah di persetujukan dan termaktub diPerlembagaan negara.

Sistem vernakular tidak “unik dan berjaya”. Malahan, Timbalan Menteri Pelajaran sendiri mengumumkan di dalam tahun 2008 bahawa 25% murid-murid SRJKC telah berhenti sekolah sabelom sampai ke peringkat SPM. Pendaftarannya tidak merupakan pelbagai kaum dan ini tidak mendorong kapada rasa hidup bersama dan semangat bersatu padu.

Kata-kata “sistem pendidikan yang tidak membawa kemajuan negara” itu adalah pendapat Sdr sendiri, tidak semestinya dikongsi rakyat jelata. Hal berkenaan “dasar-dasar pendidikan bertukar-tukar” itu adalah perkara lain. SSS adalah perkara menyelesaikan masaelah yang telah 52 tahun lamanya dan bertujuan menyatu padukan rakyat.

13 11 2009
antuskool

malaysian boy,

di mana pula hak kami untuk mengekalkan sistem pendidikan yang berteraskan sanskrit (india kuno) yang telah diwarisi lebih daripada 5000 tahun? kata seorang india di malaysia ini.

haiya..!!! susah lah ini macam. Negara Malaysia berteraskan confucianism ka ?

14 11 2009
Kembara Politik

malaysian boy,

Susah juga kalau hati masih lagi teringat-ingatkan teras selain Perlembagaan yang menyebabkan anda confused. Teras Malaysia adalah Perlembagaan Malaysia. Pokok pangkalnya semua rakyat kena pegang pada Perlembagaan.

Tak perlulah berselindung dengan ayat “saya sebagai seorang cina tidak pernah sangkal hak istimewa yang dimiliki oleh bumiputera.”. Ayat pertama anda yang berbunyi “Alangkah baiknya kalau saya seorang bumiputera, kerana boleh dapat perlindungan daripada hak keistimewaan” itu pun sudah kita ketahui tujuannya. Tidak perlulah nak berselindung. Buka sahaja topeng ULTRA KIASU itu.

Sejak bila pula Perlembagaan Malaysia ada menjamin “hak kami untuk mengekalkan sistem pendidikan yang berteraskan confucianism yang telah diwarisi lebih daripada 2000 tahun?”. Bukankah sistem pendidikan di Malaysia sewajibnya berteraskan Malaysia? Buat apa pula pendidikan Malaysia mesti nak berteraskan confucianism yang diwarisi lebih daripada 2000 tahun dahulu?

Terima kasih.

14 11 2009
JC

3. The detractors also raise the issue of the special schools and educational institutions for the Malays, including MRSM, UiTM. Again, they choose to forget, and must be told time and again, that these schools are a part of the New Economic Policy which emanated from the Special Position of the Malays written in the Constitution. It needs to be pointed out to them repeatedly that, as a result of British colonial rule, the Malays were left far behind not only in the economic but also in the educational fields.

====

I for one see the above reasoning as flawed. The spirit of the “special positon of the Malays” were we made at a time when the Malays were at a great disadvantage due to conditions at that period of time when they were lagging behind especially in the realm of education.

Today they can be said to be no longer so. Look around and we can see the huge pools of Malay professionals . The majority of the Unis also have predominant Malay student population.

One has to remember that education is not something that remains in the genes, so being educated does not automatically pass on to the next generation. The children of the educated of yesteryears will not be educated if they do not study hard in the present.

Every child no matter of what race is born “equal” meaning they have to learn from scratch through going to school.

Now, with the same opportunities to study available to all in the country, so the claim that the Malays are backward and disadvantaged does not apply today.

Everyone knows that MRSM and UiTM gets extra funding other unis do not get, hence denying other Malaysians opportunity to study in these institution of learning is unfair.

Now the Malays are claiming that it is their special position to enjoy such priviledge, before the claim was that they are more backward. This to me , based on the condition prevailing today in Malaysia, is just plain discrimination.

Moreover, today a significant portion of the students studying at MRSM or UiTM are from fairly well to do families, not from disadvantaged families.

I believe that it would have been better for all Malaysians, if MRSM and UiTM be opened to all Malaysians as still, the majority of the student population will be Malays.

One the one hand, the call is to promote SSS but on the other, discrimination and ostracization is being practiced. Crazy isn’t it ?.

14 11 2009
Jitu

I disagree.

1. “Looking around” is not good enough, is it? When I look around, I see all sorts of advantages the Chinese have because they have a lot of money and control the economy.

2. No real studies have been made on the number of Malay professionals and their ratio compared to the population ratio. The SSS people asked that an in-depth study on the education system be done, which may incorporate such a study, and you people should support it.

3. Even if a reliable study shows the number is already proportionate to the population ratio, why can’t the Malays continue having those institutions forever? The non-Malays have their right to citizenship forever. It was the quid pro quo, one was in exchange for the other. There is no time limit for non-Malay Citizenship and Malay Special Position stated in the Constitution.

4. Who said it is unfair? You want more, more and more – is that fair? Do you know that Tun Tan Siew Sin had said even in 1969 that the Malays have been “generous enough” not only in agreeing to non-Malay citizenship at Merdeka but also relaxing citizenship rules after Merdeka? Will you ever be satisfied?

5. Have you not read that Tun Dr Mahathir has said that there is no equality when there is the Special Position of the Malays under Article 153 of the Constitution. Are you willing to let the Malays have economic wealth (not just corporate but all other aspects of the economy, too) proportionate to the population size? Including control of the economy?

6. What discrimination and craziness are you talking about? Don’t you accept the Social Contract agreed to by your leaders and my leaders at Merdeka giving you Citizenship and me the Special Position? You must realize that it was and is a huge benefit for non-Malays getting citizenship in this country – they were stateless for nearly 100 years, including during British colonial rule. Not enough? Still not satisfied?

7. Don’t you respect and abide by the Constitution which has embodied the Social Contract – your rights, my rights and all other citizens’ rights? All loyal citizens must live by the Constitution of the country. It is the highest set of laws in the land. It is the foundation and the backbone of the country.

14 11 2009
Jitu

Post Script:

If there is any “ostracization”, it is the adherents of the vernacular schools who have ostracized themselves.

The National Schools system are ever willing to accept them. When, hopefully, they are absorbed into the National Schools system, the Government does not even have to build additional school buildings to cater for them. Their existing school buildings can be used and transfer of ownership of the buildings and facilities may be done on the basis of contribution to the country, perhaps even on compensation.

14 11 2009
antuantichinky

JC wrote, “I for one see the above reasoning as flawed. The spirit of the “special positon of the Malays” were we made at a time when the Malays were at a great disadvantage due to conditions at that period of time when they were lagging behind especially in the realm of education…

How about the Malays as the Tuan Tanah are still at a great disadvantage until now?

Why?

They shared their land with the Chinese & Indians back then, giving “free” citizenships to the then “stateless” Chinese & Indians, who were not accepted by the neighbouring countries (Read HERE) thinking that their generosity will be appreciated so that they can live together harmoniously thereafter. This sharing already been given away! Done deal!

But today, Chinese like you want to remain adamantly Chinese. DongZiong wants to have mini China within Malaysia, read here, HOW UNGRATEFUL !!!! How subversive these Chinese people!!!

How about laying your citizenship on the table and start talking again about the equality, MRSM, UITM and what nots? Mind you, the SSS is talking about primary schools to start with and you jump to UITM, MRSM. Why not surrender your myKAD first and talk? Let’s if you are Malaysian enough to earn back the myKAD or you still remain Chinese totok? If the case is the later, why not find your way back to the Republic of China?

15 11 2009
SSS Admin

JC,

Thank you for dropping by and leaving a comment.

Indeed, you are welcomed to state your views in here although we may not agree with them. We can discuss issues pertaining to the SSS and national unity in here.

We are promoting SSS but we don’t see “discrimination and ostracization” being practised or any craziness connected with it. As the others have explained, one should not see it as discrimination if one accepts the Special Position of the Malays as written in the Constitution of the country. This was in exchange for the citizenship of the non-Malays. It is referred to as the Social Contract. We agree with the opinion that, if the citizenship right of the non-Malays is forever, the Special Position of the Malays must also be forever. Policies based on the Special Position should therefore be accepted.

Whether there are students from well-off families in MRSM, UiTM etc is not the issue. The fact remains that these institutions are for the Malays who have been left far behind economically and educationally as a result of British colonial rule. Now that our Malay and non-Malay leaders at Merdeka have agreed on the Special Position of the Malays and the Government had embarked on the New Economic Policy, non-Malays should accept those just as Malays accept non-Malays and their descendants getting citizenship.

We as promoters of SSS are interested in the Social Contract and in aspects of the Constitution that concern national unity because national unity is the ultimate objective of the SSS.

16 11 2009
First Born

That Malaysian Boy said’ “adakah rakyat telah tidak tertahan dengan sistem pendidikan yang tidak membawa kemajuan negara …”

Well said Malaysian Boy. True.

Kita sudah tidak tertahan dengan sistem pendidikan yang terdiri dari tiga atau lebih aliran. Yang paling kita tidak tertahan ialah adanya aliran vernacular yang memperjuangkan bahasa dan aliran pendidikan asing untuk didaulatkan sejajar dengan Pendidikan dan Bahara Kebangsaan kita.

Sistem pendidikan sebigini mesti diganti dengan satu sistem yang terbaik sekarang, iaitu SSS, dimana kepelbagaian sistem dan aliran ini disatukan aliran mainstream tersebuy yang menjamin keutuhan bahasa dan budaya ibunda Rakyat Malaysia.

Kita berterima kasih apabila saudara Malaysian Boy menyuarakan demikian.

Attaboy Malaysian Boy. Heh heh heh.

17 11 2009
CK Anti Jekyll and Hyde

saya pun tak tahan lagi malaysian boy, pembaziran yang jelas, langsung tidak membawa kemajuan kepada negara, sekolah dengan aliran-aliran yang mengalir entah kemana.

kan bagus sekolah sama-sama?

19 11 2009
the bee

Kata kata dari malaysian boy, “adakah rakyat telah tidak tertahan dengan sistem pendidikan yang tidak membawa kemajuan negara ataupun dasar-dasar pendidikan yang bertukar-tukar setiap kali menteri pendidikan bertukar?”

Saya pun sama, dah tak tahan dah….lagi lagi sekolah cina (dan tamil) yang dibesarkan besarkan…..kan buangkan masa nama tu…..kalau betul rakyat M’sia yang jati, tentulah Bahasa Kebangsaan yang diutamakan.? ini tidak ….selepas itu mahu negeri sendiri pulak….macam ni tak aci lah beb!! Where got road??

Kalau macam tu serahkan saja kerakyatan M’sia dan pergi berhijrah kat negeri lain atau balik kampong halaman datok nenek moyang dan belajar lah tentang Confucius sedalam dalamnya tak siapa yang larang kat negeri Cina dan India, kan baik???

6 12 2009
Hee

Syabas… teruskan perjuangan menegakan sekolah satu aliran, ia adalah ubat yang dapat menyembuhkan perpaduan kepada negara Malaysia tercinta. Golongan rasis dan perkauman yang ingin mengasingkan diri dari rakyat Malaysia dengan mengadakan sekolah berasingan adalah sebenarnya racun dan perosak kepada kemajuan negara.

A view from a parent that support one school:

“If you don’t want your children to play or befriend with my children, you expect me to have a good view of you?, as though my children so dirty and low class as compare to your children? as though your children so smart that they cant’ befriend with my children?”

And I think its true.

7 12 2009
SSS Admin

Hee,

Terima kasih kerana singgah, meninggalkan komen dan menggalakkan kempen sekolah satu aliran atau Satu Sekolah Untuk Semua (SSS) ini.

Golongan rasis dan perkauman itu akhirnya akan merugikan diri mereka sendiri. Banyak diantara mereka tidak fasih, malah ada diantara mereka yang tidak boleh berbahasa Malaysia langsung. Tidak bercampur dengan khalayak ramai, terkongkong dengan nilai-nilai kuno, tidak sejajar dengan nilai-nilai rakyat dan Bangsa Malaysia yang kita mahu pupukkan dinegara ini. Keturunan mereka akan terus berpendirian demikian, saperti yang dilihat di”China Towns” dimerata dunia. Tidak bercampur dengan rakyat jelata dan merasa janggal bila didalam kumpulan ramai.

Kanak-kanak mereka yang menjadi mangsa. Ibu bapa mereka tidak mahu berfikir panjang dan berpandangan luas. Sedarlah bahawa ini Malaysia dan mereka rakyat Malaysia. Mereka harus patuh kapada Perlembagaan negara dan Bahasa Malaysia adalah Bahasa Kebangsaan yang nyata tercatit didalam Perlembagaan. Bahasa Malaysia mesti dugunakan sebagai bahasa pengantar semua sekolah diMalaysia dan mereka perlu hormatkan dan ikuti kehendak Perlembagaan itu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: