‘Gerakan Razak’ dilancar – Sultan Kedah

26 11 2009

[Artikel bertajuk Semarakkan ‘Gerakan Razak’ diterbitkan kali pertama dalam Utusan Malaysia pada 19 November 2009]

 

Semarakkan ‘Gerakan Razak’

Oleh: BAKHARI ARIFF*

KETIKA berucap pada majlis konvokesyen ke-22 Universiti Utara Malaysia (UUM) awal bulan lalu, Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah mencadangkan agar dilancarkan “Gerakan Razak”. Ia untuk menggerakkan perubahan sosial, seperti apa yang pernah berlaku ketika Tun Abdul Razak Hussein menjadi Menteri Pelajaran dan seterusnya Perdana Menteri.

Tun Razak pernah melancarkan “gerakan lampu suluh” atau “gerakan obor” iaitu bancian dan gerakan besar-besaran untuk memastikan semua kanak-kanak bersekolah.

Beliau melihat betapa perlunya pendidikan untuk menghasilkan generasi yang bersatu padu melalui Penyata Razak 1956. Beliau juga menggerakkan “kelas dewasa” bagi membasmi buta huruf.

Walaupun hasrat itu tidak sepenuhnya berjaya kerana mendapat tentangan ekstremis kaum, namun kewujudan sekolah kebangsaan telah menghasilkan majoriti rakyat berpendidikan kebangsaan.

Gerakan itu masih berkumandang sekarang dan begitu meriah dalam blog dengan gerakan dinamakan “Satu Sekolah Untuk Semua – Satu Bahasa, Satu Bangsa, Satu Negara”. Namun hasrat itu tidak menampakkan kejayaan kerana turut ditentang hebat.

Tun Razak juga melancarkan gerakan tuisyen besar-besar melalui Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) agar anakanak bangsa tidak lagi tercicir akibat kelemahan sistem sekolah pada awal kemerdekaan.

Apabila melihat bangsa Melayu tercicir jauh dan boleh menyebabkan pergaduhan kaum akibat pengagihan ekonomi tidak seimbang, Tun Razak menggerakkan penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 1970.

Canselor pertama UKM ialah Tun Razak walaupun biasanya canselor di IPTA terdiri daripada Sultan atau Yang di-Pertuan Agong.

Sultan Abdul Halim ternyata memahami bahawa bangsa hanya akan menjadi kuat menerusi penguasaan ilmu.

Baginda mahukan semua pihak termasuk pemimpin UMNO dan Pas berganding bahu atau menganjurkan pelbagai kursus, tuisyen, motivasi dan kelas bimbingan untuk anak-anak bangsa.

“Pada pendapat beta, visi Allahyarham Tun Abdul Razak sangat ke depan. Beliau mahu semua rakyat mendapat pendidikan yang lebih tinggi.

“Sehubungan itu, beta ingin menamakan gerakan baru untuk memastikan seluruh rakyat mendapat pendidikan tinggi ini sebagai ‘Gerakan Razak’ mengambil sempena arkitek pembangunan bangsa Malaysia,” titah baginda.

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika pelancaran buku Amanat Presiden UMNO di Kuala Lumpur barubaru ini, mengimbas pengalaman dan sumbangan setiap perdana menteri. Namun beliau lebih cenderung menghuraikan sumbangan Tun Razak berbanding yang lain.

Ini kerana dalam tempoh singkat sebagai perdana menteri, Tun Razak melakukan banyak perkara luar biasa.

Ramai pengamat politik berpendapat, Tun Razak dan Dr. Mahathir tidak jauh berbeza daripada segi ciri-ciri personaliti.

Kedua-duanya boleh memberi tumpuan kepada sesuatu secara terperinci, sentiasa mempunyai idea, tahu dan berani melaksanakan sesuatu, walaupun idea bersifat radikal relatif kepada zaman berkenaan.

“Pentadbiran Tun Razak boleh dianggap titik permulaan pembangunan ekonomi, khususnya di kalangan bumiputera. Beliau mampu berbuat demikian kerana membuka ruang untuk cendekiawan pada zamannya mengemukakan idea dan sesetengahnya diminta melakukan kajian terperinci dan hasil kajian dijadikan asas untuk bertindak,” kata seorang pemerhati politik, Prof. Rahman Aziz.

Malah, Tunku Abdul Rahman ketika menceritakan mengenai Tun Razak antara lain berkata, beliau sebagai Perdana Menteri beruntung kerana mempunyai “Tun Razak” tetapi Tun Razak sedikit malang kerana tidak mempunyai “Tun Razak” ketika menjadi perdana menteri.

Bakri Musa (http://www.bakrimusa.blogspot.com) mengkritik hampir semua Perdana Menteri, tetapi menganggap Tun Razak sebagai “idola dan hero” kerana sumbangan yang bermakna kepada diri, keluarga dan seluruh bangsa Malaysia.

Beliau berkata, Tun Razak lebih awal melihat betapa pentingnya tumpuan kepada pembinaan rakyat berkualiti yang diperlihatkan melalui komitmennya kepada pembangunan luar bandar dan pendidikan.

Barangkali Tun Razak pernah terlatih dalam dunia tentera yang menyebabkan beliau cenderung memilih cara ala tentera dalam melaksanakan sesuatu program. Dan beliau menyempurnakan matlamat melalui pelbagai strategi sama ada secara halus (seperti melalui perang psikologi) dan terbuka (dengan memperlihatkan kepada khalayak melalui media).

Kejayaan sebagai Pengarah Majlis Gerakan Negara (Mageran) ketika Malaysia dihadapkan dengan krisis perkauman ekoran pilihan raya 1969 membuktikan cara operasi “gerakan” boleh menjayakan sesuatu program.

Tun Razak bukan hanya mempunyai idea (sama ada dari diri sendiri atau nasihat) dan ada pelbagai program, bahkan tahu cara bagaimana melaksanakannya.

Bagaimanapun, ketika Tun Razak tidak mempunyai cukup masa untuk melaksanakan pelbagai program bagi memartabatkan bangsa Malaysia dengan mengamati pelaksanaan secara terperinci, sesetengah pemimpin pelajar waktu itu, khususnya yang pandai berpidato, memilih untuk mengadakan siri demonstrasi jalanan.

‘Peperangan’ tercetus di antara mereka yang hanya pandai bercakap dan kadangkala boleh memetik satu dua ayat tokoh falsafah walaupun tidak memahaminya serta hanya tahu menganjur demonstrasi dengan “mereka yang beridea dan tahu melaksanakan idea berkenaan”.

Berbeza dengan pemimpin yang hanya tahu mencetuskan retorik, Tun Razak – sama ciri dengan Dr. Mahathir – merupakan individu yang sanggup dan mampu melaksanakan sesuatu bagi membantu orang Melayu. Pada masa yang sama, turut membantu menyeimbangkan kedudukan kaum di negara ini.

Ketika kedudukan ekonomi orang Melayu hanya sekitar dua peratus pada tahun 1970, Tun Razak melancarkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) melalui pelbagai program praktikal yang menguntungkan Melayu sebagai penduduk asal negara ini. Pada masa yang sama beliau berusaha memperbesarkan kek ekonomi yang menguntungkan semua pihak.

Tanpa bercakap berdegar-degar, Dr. Mahathir yang terlatih dengan cara kepimpinan politik oleh Tun Razak ketika awal menjadi perdana menteri, telah menubuhkan HICOM untuk membuat kereta sendiri, Proton.

Walaupun ekonomis seperti Prof Dr. Jomo Sundram mengkritik hebat, pertimbangan Dr. Mahathir bukan hanya daripada segi ekonomi pada pandangan ahli akademik, tetapi melihat secara lebih jauh dan luas iaitu untuk membiasakan bangsa Malaysia dengan teknologi enjin. Perkara ini telah didedahkan oleh Dr. Mahathir kepada Naib Canselor UUM, Tan Sri Nordin Kardi.

Jika sebelum itu hampir tidak ada penjual dan mekanik Melayu, tetapi kesan adanya Proton, bengkel kereta dan penjual kereta kini lebih kelihatan menyeluruh di kalangan kaum, mencerminkan populasi rakyat.

Retorik selalu lebih menarik dan lebih mudah dilafazkan berbanding usaha melaksanakan sesuatu program pembangunan. Ini kerana retorik tidak semestinya bersandarkan realiti. Misalnya, mudah sahaja dikatakan kemiskinan dan kejatuhan harga getah di Baling, Kedah menyebabkan beberapa petani mati kebuluran.

Tan Sri Zainudin Maidin dalam Mingguan Malaysia menulis mengenai bagaimana mereka yang gemar beretorik pada zaman Tun Razak hanya bercakap dalam usaha memanipulasi masyarakat. Khususnya di kalangan mahasiswa dan sehingga kini masih ramai yang menjadikan mereka itu sebagai hero.

Inilah sebabnya, Sultan Abdul Halim yang menjadi Agong ketika awal pentadbiran Tun Razak, mahukan “Gerakan Razak” disemarakkan.

Jika pun tidak dilakukan sama seperti Tun Razak, slogan 1Malaysia ketika ini mesti diterjemahkan melalui pelbagai program. Pelaksanaannya perlu diawasi secara serius. Jika tidak, slogan ini hanya akan tinggal sebagai slogan dan tidak lebih daripada sekuntum bunga plastik.

Rasanya lebih manis jika “Gerakan Razak” ini disemarakkan dengan usaha anak sulung Tun Razak sendiri!

*Penulis ialah staf di Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad (IPDM), Universiti Utara Malaysia (UUM).


Actions

Information

20 responses

26 11 2009
sepadu

Saya tertarik kapada cadangan Tuanku Sultan Kedah agar dilancarkan suatu “Gerakan Razak” untuk menggerakkan perubahan sosial, seperti apa yang pernah berlaku ketika Tun Abdul Razak menjadi Menteri Pelajaran dan seterusnya Perdana Menteri.

Saya melihatnya dari segi kemungkinan gerakan tersebut mendorong dan memberi semangat kapada Perdana Menteri kita sekarang, Dato Seri Najib, yang kebetulannya anak Tun Razak, menggerakkan suatu perubahan sosial yang bermakna besar dan bersejarah. Peluang baginya berbuat demikian ada pada melaksanakan Sekolah Satu Aliran atau sistem Satu Sekolah Untuk Semua (SSS) yang telah banyak kali di bincangkan.

Perkara itu telah dibancang diParlimen, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin, telah menggalakkan perbincangannya di lain-lain tempat dan Dato Seri Najib sendiri telah memperlawa rakyat memberi pandangan dan cadangan diblognya 1Malaysia. Pandangan dan cadangan telah dikeluarkan diblog Kempen SSS ini dan diblog pengasasnya, Demi Negara, dan ahli-ahli Kumpulan blog-blog ini telah juga mengeluarkan pendapat dan cadangan diblog 1Malaysia.

Dato Seri Najib telah mengatakan bahawa Sekolah Satu Aliran akan dilaksanakan apablia didapati bahawa ianya adalah kemahuan rakyat. So’al yang telah dikemukakan ialah apa yang akan menjadi bukti bahawa Sekolah Satu Aliran atau SSS adalah kemahuan rakyat. Cadangan juga telah dikeluarkan bahawa cara yang paling baik bagi menentukan kemahuan rakyat ialah melalui referendum. Dengan itu, segala pandangan dan cadangan yang munasabah telah dikeluarkan.

Saya sangat ingin melihat Dato Seri Najib membuat keputusan mengadakan referendum bagi menentukan kemahuan rakyat itu. Beberapa pandangan sudah dikeluarkan bahawa cara itu selamat bagi politiknya dan bagi negara; butir-butir lanjut cara melaksanakanya pun sudah dikemukakan dibeberapa blog. Blog ini telah menyatakan bahawa
sekarang ada lebih 150 blog yang menyokong dan mempamirkan logo Kempen SSS saperti diSenarai e-Patriotnya.

Pendapat telah juga dikeluarkan bahawa Dato Seri Najib boleh menempah tempat dan kedudukan didalam sejarah yang seharum nama ayahnya Tun Razak yang disayangi jika dia melaksanakan Sekolah Satu Aliran atau SSS itu. Ini adalah kerana tindakan itu akan membawa suatu perubahan sosial yang besar saperti dilakukan ayahnya Tun Razak dalam perkara-perkara yang telah disebutkan direncana yang disiarkan diatas.

27 11 2009
SSS Admin

sepadu,

Apa ukuran yang Perdana Menteri Dato Seri Najib akan gunakan bagi menentukan kemahuan rakyat dalam perkara Sekolah Satu Aliran atau SSS adalah amat penting. Dia sudah mempelawa rakyat memberi pandangan dan cadangan keblognya 1Malaysia. Respon disitu tidak wajar digunakan sebagai bukti kemahuan rakyat. Sebab itu tidak menggambarkan kemahuan keseluruhan rakyat.

Tindakan diatas masalah yang sudah lebih 50 tahun ini memang amat diperlukan. Cara yang paling baik dan selamat ialah melalui referendum. Jentera dan tenaga Suruhan Jaya Pilihan Raya boleh digunakan. Sabelom itu, rakyat boleh diberi penerangan sapenuhnya berkenaan referendum. Jentera dan tenaga Kementerian Penerangan dan Media Massa boleh digunakan.

Marilah kita meminta Dato Seri Najib menggunakan kuasanya bagi menyelesaikan masalah tiga sistem persekolahan itu untuk menimbulkan semangat hidup bersama, harapan dan cita-cita yang sama dikalangan kanak-kanak sekolah dan untuk mencapai persepaduan dinegara kita.

29 11 2009
Dal

Salam Alaykum

DYMM Sultan Abdul Halim sudah bersuara. Suara raja. Menyuarakan suara rakyat. Daulat tuanku. Dirgahayu tuanku. Atas kesudian turun memcemar duli.

Ampun tuanku.

Hamba rakyat Malaysia sekelian juga ingin mendengar suara Duli-duli Raja-Raja hamba sekelian dari lain-lain Negeri di Malaysia.

Buat azimat pengukuh perjuangan.
Buat penyuluh aturan jalanan.

Sebatang telunjuk
Buat anak-anak hamba rakyat perpegang.
Buat penunjuk hamba rakyat membilang.
Buat patik-patik menjunjung perintah.

Ampun tuanku.

30 11 2009
SYK

For long time people say unity in divesity. Why now canot? Why cannot have Mandarin culture and Chinese culture? Why you dont like Dong Zong.

You want only Malay culture. Malaysia is many races. Dont foget that.

1 12 2009
OnDaStreet

SYK,
I wonder how will you answer IF somebody come to you and say nearly the same thing, sounded like this:

“For long time people say unity in divesity. Why now canot? Why cannot have Iban, Kadazan, Dusun, Orang Asli culture? Why you dont like other than Dong Zong?

You want only Chinese culture. Malaysia is many races. Dont foget that.”

And my friend, SSS that I know DO NOT say anything about cannot practice and learn other languages. Besides, I have not heard other races/ethnics other than Chinese loses their identity for not using their own language.

Have you?

3 12 2009
SSS Admin

SYK,

There is no such thing as unity in diversity. It is only a slogan. Nice to hear but no real meaning when you think hard about it. How can people of many races with all sorts of different beliefs unite. Not only different but also opposing beliefs. No common hopes and aspirations. No common identity. Only saying they are Malaysians but not respecting and living by the Malaysian Constitution. The Constitution is the highest set of laws in the country.

We can have our varying aspects of culture. But we are asking that everybody accepts and respects Article 152 of the Constitution. It says that Bahasa Malaysia is the national language of the country. Respect that and live by that. It means that all schools should have BM as the medium of instruction, the same curriculum and syllabus. When that happens there will be a good chance that children will mix well with one another. Study and play together. Understand one another. Share the same hopes and aspirations for themselves and for the country. Until they are old. That way, there will be unity. Not in diversity but in one school. Sekolah Satu Aliran or Satu Sekolah Untuk Semua.

Someone commented in Demi Negara blog that even in Mainland China some aspects of Chinese culture have changed due to the “Cultural Revolution” under Mao Tse Dong and the policies of the changed system of government there. The school system there has changed. Early in the 20th Century, the Chinese even stopped using pigtails (long, weaved hair style) that even men used. The Manchu Emperor (a foreign dynasty ruling China for several hundred years) simply did not like wearing a pigtail and he had it cut off. All Chinese had to follow. All these are recorded in the history of China.

You see, that part of Chinese culture was stopped simply because one man did not like it. Not because of any need for unity or some other important purpose. Here in Malaysia we are asking for all Malaysians to follow and live by the Constitution, respect BM and have BM as the medium of instruction for all schools. It is for a high and noble purpose. It is for the sake of national unity and the creation of a cohesive Bangsa Malaysia. Yet, you can still learn Mandarin as an elective subject.

We oppose Dong Zong because of the above. Their idea of many nations in one state is not acceptable. It will not bring about unity and a cohesive Bangsa Malaysia. All Malaysian citizens must show loyalty to this country. Saying I love Malaysia, I have a Malaysian Heart and such things do not prove one is truly Malaysian. Paying tax is insufficient proof of loyalty because even non-citizens also pay one kind of tax or another. The only valid proof of loyalty is respect for, abiding by and living with the Constitution of the country.

30 11 2009
De

Admin SSS, Gerakan Razak yang dilancar wajib dipikul semua pihak. Semangat Penyata Razak juga sangat perlu direalisasi.

30 11 2009
Kembara Politik

Tahniah kepada Pengendali Kempen Satu Sekolah Untuk Semua kerana usaha murni anda telah mendapat perhatian media cetak. Saya tidak bersetuju dengan pendapat penulis artikel yang mendakwa Kempen SSS kurang berjaya. Bagi saya, ianya baharu sahaja bermula. Teruskan usaha! Titah Gerakan Razak oleh Tuanku Sultan Kedah dijunjung! Daulat Tuanku!

3 12 2009
SSS Admin

Kembara Politik,

Sama ada apa yang tercapai sekarang hasil dari Kempen SSS atau tidak bergantung kapada tanggapan masing masing dan tidak begitu penting bagi kami. Yang penting ialah perkara Sekolah Satu Aliran sudah diperkatakan diParlimen, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran telah menggalakkan perbincangannya diteruskan dilain lain tempat, Perdana Menteri sendiri telah mengajak rakyat mengeluarkan pendapat dan cadangan didalam blognya 1Malaysia. Tambahan pula, Kementerian Pelajaran baharu baharu ini telah mengumumkan keputusan menyamakan bentuk pelajaran Bahasa Malaysia diSekolah Jenis Kebangsaan Cina dengan Sekolah Kebangsaan.

Kami setuju dengan pendapat Sdr bahawa Kempen SSS ini bahru sahaja bermula. Ia mesti diteruskan sehingga semua sekolah-sekolah vernakular diserapkan kedalam sistem sekolah kebangsaan. Sudah lebih 50 tahu gejala ini dibiarkan menjadi duri dalam daging. Janggal nampak dimata, tidak senang rasa dihati bila melihat dan memikirkan bahawa Artikel 152 Perlembagaan nyata mengatakan bahawa Bahasa Malaysia adalah Bahasa Kebangsaan kita tetapi bahasa Mandarin dan Tamil digunakan sebagai bahasa pengantar. Lebih merunsingkan lagi bila mendengar dan membaca kata-kata dan tulisan-tulisan yang menunjukkan polarisasi kaum semangkin meningkat. Lebih lagi bila Dong Zong mengeluarkan pemikiran yang aneh dan mesti disingkirkan – “multi-nation state”. Kita mahukan perpaduan dan penimbulan suatu bangsa yang kukuh dan bersatu padu. Konsep yang disebut mereka itu tidak pernah wujud dimana mana pelusuk dunia dan konsep itu akan merenggangkan, tidak menyatu padukan rakyat.

Marilah kita harapkan Perdana Menteri kita Dato Seri Najib akan melancarkan Gerakan Razak yang mengambil sempena nama ayahnya Tun Abdul Razak. Tun Razak di sayangi dan nama nya sentiasa harum wangi didalam sejarah kerana banyak pembaharuan (reform) dilakukannya dalam tempoh yang singkat dia menjadi Perdana Menteri. Semangatnya gigih kapada pembangunan masyarakat kearah suasuana yang saksama dan bersatu. Dato Seri Najib boleh mendapat tempat yang sama saperti ayahnya dalam sejarah. Satu peluang besar baginya ialah dengan melaksanakan Sekolah Satu Aliran atau Satu Sekolah Untuk Semua (SSS).

30 11 2009
Kembara Politik

Admin SSS, Saya mohon kebenaran untuk respon persoalan SYK. SYK, Sila baca FAQ dahulu sebelum tulis komen. Rasanya tidak ada pun pihak SSS mencadangkan dihapuskan budaya sebarang kaum. Soalan buat anda: Adakah dengan menggunapakai bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar UTAMA menyebabkan terhapusnya budaya kaum Cina? Bahasa Mandarin sebenarnya telah dicadang agar dijadikan mata pelajaran penting dalam kurikulum. Kegusaran anda adalah tidak berasas. Sila betulkan persepsi negatif tersebut. Terima kasih.

4 12 2009
Zen

“… beta ingin menamakan gerakan baru untuk memastikan seluruh rakyat mendapat pendidikan tinggi ini sebagai ‘Gerakan Razak’ mengambil sempena arkitek pembangunan bangsa Malaysia.”

Sultan Kedah also wants “Bangsa Malaysia”. We should have this Bangsa Malaysia. Then less calling one another by our ethnic origin, except when really necessary like on legal matters.

Those proposing the SSS spoke for the creation of a Bangsa Malaysia. These Malays are prepared to go by the name of Bangsa Malaysia for the sake of unity. No reason why Dong Zong and others don’t want, insist on SJK(C)s and talk about “multi-nation state”. Strange sounding concept, anyway.

10 12 2009
SSS Admin

Zen,

Indeed, we should have this Bangsa Malaysia. We need to be together as one Bangsa and be proud to identify ourselves, especially when overseas, as Bangsa Malaysia, no longer mentioning our ethinic origin on the first instance of being asked about our nationality.

Dong Zong talks about preservation of culture but nobody says anything about denying or depriving them of their culture. We just ask the medium of instruction in SJKs and SJKTs to be Bahasa Malaysia for the obvious reason that it is the language stipulated in the Constitution as the National Language. We also ask that the curriculum and the syllabus be the same as the SKs and standardising would, even on the surface, help bring about some semblance of unity. Of course, when the SJKs become standardised, we believe the enrolment will become more mixed and children will develop a sense of togetherness, common hopes and aspirations for themselves and the country. That, we believe, will lead to unity and harmony in the country in the future.

Mandarin and Tamil can be studied as elective subjects under the proposed system and no deprivation of culture is involved.

On the so-called “multi-nation state”, we have not heard of any country practising that system or concept.

9 12 2009
sukra

Saya fikir patut kita adakan sekolah satu aliran ini. Kita mesti pentingkan persepaduan negara. Kita perlukan kanak-kanak belajar dalam keadaan bersama, dapat semangat bersatu sejak kecil lagi.

Kalau susah sangat hendak tentukan rakyat suka atu tidak, gunakan cara referendum yang dicadangkan itu. Saya sokong kerana itu cara yang demokratik dan rakyat tidak boleh kritik salepas itu.

10 12 2009
SSS Admin

sukra,

Terima kasih kerana meninggalkan komen.

Kami memang mengharapkan Sekolah Satu Aliran atau Satu Sekolah Untuk Semua (SSS) akan menjadi realiti. Kami merasa lega bahawa, masakan dahulu tidak selalu diperkatakan, perkara ini sudah ditimbulkan dan dibincang diParlimen tidak lama dahulu, Timbalan Perdana Menteri telah menggalakkan perbincangannya di lain-lain tempat dan Perdana Menteri telah mengajak rakyat mengeluarkan pendapat dan cadangan diblognya 1Malaysia.

Kami sudah berbuat demikian dan telah mengundang YAB Dato Seri Najib, secara resmi melalui blognya 1Malaysia, mengunjung blog Kempen SSS ini bila-bila masa dia lapang, untuk mendapat tahu butir-butir lanjut pendapat dan cadangan yang dikeluarkan kumpulan SSS ini dan lebihkurang 170 blog lain yang dinyatakan diSenarai e-Patriot dibahagain belakang blog ini.

Marilah kita terus memintaa Kerajaan membuat keputusan sama ada melakukan kajian mendalam keatas sistem pelajaran yang ada sekarang ini, saperti yang kami telah cadangkan, atau mengadakan referendum saperti yang kami telah juga cadangkan.

Referendum juga adalah cara yang selamat. Kerajaan boleh mengambil tindakan cara berperingkat, bermula dengan menyediakan pemikiran rakyat dengan penerangan-penerangan berkenaan referendum dilakukan Kementerian Penerangan Dan Media Massa, pihak keselamatan saperti Polis dan lain-lain menyediakan langkah membenteras pembantahan yang tidak mengikut undang-undang, akhirnya Suruhanjaya Pilihan Raya mengelolakan referendum tersebut.

10 12 2009
msleepyhead

Salam Tuan Admin,

Mungkinkah lebih mudah mencapai matlamat SSS dengan mengambil langkah ke arah pengiktirafan Perlembagaan seperti yang dilihat dalam keputusan mahkhamah baru-baru ini. Biarkan para hakim yang celik undang-undang mentafsirkan kandungan Perlembagaan berkenaan isu bahasa.

Demikian, tidak perlu lagi referendum yang akan melibatkan jentera SPR yang memerlukan ramai tenaga kerja di seluruh peringkat negara. Sekiranya tiada peguam di kalangan kita yang ingin mengambil kes ini secara sukarela ataupun pro bono, tentunya kita boleh mendapatkan dana dengan mengutip sumbangan daripada pembaca di sini, DN, JMD dan lain-lain lagi blog bersependapat.

Kedengaran lewat ini akan diadakan debat antara Prof Khoo Kay Kim dengan mereka yang mewakili sistem persekolahan vernakular Cina, mungkin ini akan menaikkan lagi kesedaran mengenai SSS di kalangan rakyat biasa.

10 12 2009
SSS Admin

msleepyhead,

Terima kasih kerana mengeluarkan pendapat untuk berbincang disini sekali lagi. Cadangan dan pandangan Sdr itu kami hargai.

Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan adalah termaktub diPerlembagaan kita. Bahasa Malaysia juga adalah Bahasa Resmi negara ini. Kerana sekolah-seklah adalah urusan resmi, nyatalah juga Bahasa Malaysia perlu digunakan sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah. Penganjur-penganjur sekolah vernakular hendaklah terima hakikat ini.

Cadangan menggunakan saluran Mahkamah bagi menyelesaikan perkara ini mungkin nampak keras diperingkat ini. Biarlah kita teruskan usaha pujuk memujuk dan debat mendebat sehingga mendapat reaksi Kerajaan yang lebih jelas.

Sehubungan dengan ini, Naib Chanselor Universiti Utara, Tan Sri Dr Nordin Kardi, telah mencetuskan idea supaya Perlembagaan negara dipinda untuk memasukkan Sekolah Satu Aliran bagi semua kaum di negara ini – http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1210&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_05.htm. Ini memang diidamkan, hanya so’al kesanggupan Kerajaan melakukannya.

Untuk menyelesaikan dengan muktamad perkara rakyat mahu atau tidak Sekolah Satu Aliran atau SSS itu, cara yang paling baik adalah referendum. Kerana perkara ini sudah 52 tahun dibiarkan, sehinggakan ada pihak memikirkan sistem vernakular itu hak mereka – walau pun sabenarnya tidak, kerana Perlembagaan menjamin pengunaan hanya “bahasa ibunda” – pentingnya penyelesaian muktamad dalam perkara ini melebihi pentingnya perbelanjaan wang dan tenaga jentera SPR.

Kami juga mengalu-alukan debat Prof Khoo Kay Kim dengan wakil-wakil sekolah vernakular itu. Kami difahamkan bahawa Dr Ridhuan Tee, seorang Pensyarah Kanan, Universiti Tentera Nasional Malaysia, juga di undang menjadi ahli debat berdamping dengan Prof Khoo dimasa itu. Kami yaakin dengan kebolehan mereka berdua menepis dan membenteras hujah-hujah mempertahankan sistem vernakular itu. Tidak ada alasan-alasan yang munasabah yang boleh mereka keluarkan.

13 12 2009
indrana

Many people don’t understand

a. why vernacular schools were allowed since before Merdeka until now and now you all want to change them
b. why Malaysians can’t choose schools when freedom is guranteed in the Constitution
c. why cannot use Mandarin and Tamil when those are a part of the culture of the Chinese and Indian communities
d. some say loyalty is respect for the Constitution – how do you prove that

What do have to say about those?

14 12 2009
Maju

Indrana,

There are lengthy answers to the questions you brought up. They have been provided in detail in articles and comments in Demi Negara blog as well as in this blog.

For the time being, let me just give you short answers to those questions. Others may give other answers and comments.

a. What were allowed since before Merdeka were not necessarily correct. Indeed, they were not correct. Since Merdeka we have a Constitution saying Bahasa Malaysia is the National Language of the country. It is the official language and must be used as the medium of instruction in all schools.

b. The Constitution does not gurantee a right to studying in schools with Mandarin and Tamil as the medium of instruction. The Constitution merely says that the right to study and use mother tongue languages must not be denied. The Sekolah Satu Aliran or the Satu Sekolah Untuk Semua (SSS) concept does not deny that. Mandarin and Tamil can be studied as elective subjects in schools with BM as the medium of instruction.

I’ll let some others weigh in on these while i attend to other matters.

14 12 2009
Dot

Indrana,

I’m a strong supporter of SSS. Naturally I would like to help you and others understand fully what the Sekolah Satu Aliran or the SSS proposal is all about.

I think I have similar views as Maju above and agree with what he says earlier on. We have been expressing similar opinions elsewhere. Here, I would add that why we want the 52 year old problem tackled now is that racial polarisation has been on the increase in recent years and we feel a need to forge a united and cohesive Bangsa Malaysia. KijangMas of Demi Negara blog has written several articles about this. If you care to read him, just google Demi Negara and you’ll be guided to that blog. His articles entitled “Racial Polarisation and The Forging of a United Bangsa Malaysia” and “At Last Some One With The Testicular Fortitude” impressed me the most.

On the subject of Mandarin and Tamil being Chinese and Indian culture, I think we must remember that we are Malaysian citizens and we must respect and live by the Constitution of our country. The Constitution is the highest set of laws in the country. It is of paramount importance as, without the Constitution, there is no country, just a hotpotch of people living with the laws of the jungle, only the strongest and the fittest surivives, the rest doomed to non- or permanently miserable existence.

The Constitution protects the rights of the minority groups, saying that, while Bahasa Malaysia is the National Language, no one can deny the right of others to learn and use their mother tongue languages. That has been happening and will continue to happen. Only that all schools must have BM as the medium of instruction because its position is clearly spelt out in Article 152.

As far as Mandarin and Tamil as aspects of culture are concerned, nobody wants to deny its practice except as a medium of instruction and during normal school hours other than as elective subjects. Mandarin is not a mother tongue language, it being the official language of the People’s Republic of China but nobody minds it being studied in schools as long as it is not the medium of instruction and as an elective subject.

On the matter of loyalty, patriotism and the Constitution, to me there is no other way to determine one’s loyalty to the country except by his respect for and living by the Constitution. What other way is there? Surely not by way of how many times a person says he/she loves this country? Paying tax alone is not sufficient to determine loyalty. As has been repeatedly pointed out, even the foreign labourers pay a “levy” tax and they are not even citizens.

Patriotism is another matter. I agree with the view expressed by others that it’s the next level of loyalty. It’s a willingness to sacrifice comfort, convenience, pride, money, even one’s life for the sake of the country as and when the situation demands it.

I wish ALL Malaysian citizens are loyal to this country. It’s the minimum requirement of a citizen. In any country, those who are not loyal are really out of place in that country. I also wish there are more Malaysians who are patriotic and willing to die for this country. When we have all loyal and more patriotic citizens, this will be a peaceful and happier place to live in.

18 12 2009

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: