Siri e-Patriots In Support of SSS – No. 2

18 12 2009

Kali ini kami mengeluarkan petikan-petikan dari artikel-artikel yang ditulis oleh seorang lagi patriot penyokong cadangan Satu Sekolah Untuk Semua (SSS) yang diambil dari senarai e-Patriots in Support iaitu blog Satira Rakyat Biasa. Penulis blog tersebut telah menulisnya dalam empat bahagian dalam tempoh satu bulan, bermula 19 Oktober hingga 19 November 2009. Pengunjung boleh rujuk artikel-artikel asal di blog Satira Rakyat Biasa.

****************************************

[TULISAN INI UNTUK MENYATAKAN SOKONGAN KEPADA KEMPEN SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA]( https://satusekolahuntuksemua.wordpress.com )

 1. SISTEM PERSEKOLAHAN SATU ALIRAN KEBANGSAAN

19 Oktober 2009

Masalah perpaduan kaum di Malaysia tidak mungkin selesai selagi Kerajaan yang memerintah masih tidak merdeka dan tegas. Penyatuan dan perpaduan ini adalah perkara yang serius serta menuntut ketegasan malah tiada kompromi di dalam beberapa hal dan harus ditangani dengan praktikal oleh semua kerajaan di dunia. Perkara ini akan hanya lebih memudaratkan jika hanya dipolitikkan.

Kita tidak boleh mengatakan perpaduan ini wujud hanya dengan melihat senario politik semasa di Malaysia. Ini kerana perpaduan kaum dalam parti politik hanyalah untuk menjaga kepentingan kuasa dan jaminan matlamat individu sahaja. Begitulah sebaliknya jika ada perpecahan dan perbalahan dalam parti. Hanyalah masalah perbezaan ideologi ahli politik itu sendiri.

Kita bicara tentang perpaduan kaum yg sebenar! Realiti! Yang merentasi dogma politik jahanam mereka ini! Tentang rakyat! Bukan hanya dengan kata-kata manis, tipu daya, lakonan. Meraih simpati dan undi, manipulasi dan memperbodohkan rakyat untuk matlamat dan nafsu politik mereka. Tidak mengira ahli parti politik apa dan PARTI mana! Sama sahaja hanya hipokrit bila bicara tentang perpaduan kaum ini. Antara mekanisma yang paling praktikal dan efektif untuk penyelesaian masalah perpaduan ini adalah dengan mewujudkan SISTEM PERSEKOLAHAN SATU ALIRAN KEBANGSAAN sahaja. Tegas tanpa kompromi! Untuk negara! Demi Malaysia tercinta! Satu sistem persekolahan dan satu bahasa untuk semua anak-anak Malaysia.

Siapakah dan apakah misi, muslihat dan rahsia mereka yg berkeras malah bermati-matian menolak sistem sekolah satu aliran ini? Apa masalahnya? Apa yang ditakutkan sangat dengan Bahasa Kebangsaan ni? Bahasa Melayu adalah Bahasa Kebangsaan untuk semua rakyat. Bukan untuk Melayu sahaja. Cina, India dan semua warganegara. Jangan nafikan fakta ini! Jangan main politik sempit dan tolol anda di sini.

Inilah satu-satunya sistem persekolahan yang mewujudkan perpaduan kaum bermula dari zaman persekolahan lagi, bersatu aman makmur tanpa batasan kaum, membentuk jati diri dan kecintaan terhadap negara serta mereka inilah bakal-bakal pemimpin Malaysia yang sejati dan berkualiti yang akan bersama sama menjaga kedaulatan negara disamping mengangkat bahasa dan bangsa Malaysia itu sendiri.

Marilah semua rakyat tidak kira siapa atau apa pekerjaan serta taraf anda, fikirkan perkara ini setelus-tulusnya tanpa prejudis. Saya tegaskan disini bahawa ini bukan suara sumbang yang berbau perkauman, provokasi, anti dan hasutan. Suara ini untuk MALAYSIA.

Suara ini untuk KEPENTINGAN dan KEDAULATAN NEGARA.

 

2. SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA (Bahagian 2)

20 Oktober 2009

Kita boleh lihat beberapa elemen tidak sihat dan menjadi ancaman kepada perpaduan malah kedaulatan negara itu sendiri. Ianya disemai secara tidak langsung di dalam diri pelajar-pelajar di sekolah jenis perkauman ini. Antara yang ketaranya mereka warga pendatang samada dari Cina atau India dahulunya masih tiada jati diri sebagai Malaysian, walaupun setelah 52 tahun kita merdeka. Mereka ini masih kuat malah makin tebal semangat kebangsaan negara-negara asal usul mereka. Masih belum bersedia menjadi Malaysian agaknya. Dan generasi-generasi baru mereka pun dikekalkan semangat perkauman itu.

Seharusnya mereka ini serapkan pada generasi baru mereka untuk BERIBUNDAKAN Malaysia. Bukan mewariskan semangat kolot perkauman dan kelirukan mereka sehingga menganggap China atau India sebagai IBUNDA. Mereka adalah Malaysian yang berketurunan Cina atau India bukan lagi rakyat Tanah Besar China atau India seperti datuk nenek moyang mereka. Nampak tak kekeliruan di sini? Kekeliruan inilah antara sebab mereka tolak sistem persekolahan dalam satu bahasa kebangsaan Malaysia (bahasa ibunda SEMUA rakyat Malaysia tidak mengira kaum) kerana masih anggap bahasa ibunda mereka bahasa China dan Tamil. Disinilah ketegasan Kerajaan dituntut untuk hentikan dan sedarkan mereka ini dari kekolotan dan kebodohan kesilapan identiti ini.

Kekeliruan inilah antara penyebab rakyat berbilang kaum di malaysia bagaikan hidup berpuak-puak dalam dunia perkauman masing-masing dan berperang dingin antara mereka. Dipropaganda-propaganda pula dengan iklan-iklan hari perayaan, iklan Hari Merdeka dan iklan-iklan kempen Kerajaan yang menunjukan betapa majmuknya Malaysia ini kononnya, maka tiadalah usaha untuk perbetulkan hakikat sebenarnya. Kita kena realistik untuk akui Malaysia tidak semajmuk yang digambarkan. Kucar-kacir. Perang dingin!

Ini bukan provokasi atau hasutan. Sudah tiba masa untuk berubah. Berani untuk berubah. Bukan hanya dengan berani menolak sama sekali politik berasaskan kaum tetapi inilah masa untuk menolak semua sekolah jenis kebangsaan yang berasaskan satu-satu bangsa sahaja malah apa sahaja pertubuhan serta anasir-anasir yang menjadi punca utama kepada masalah perpaduan kaum di Malaysia selama ini harus ditolak sama sekali sebelum ianya semakin parah dan sukar untuk dibendung untuk lahirkan bangsa Malaysia yang kuat dan gemilang di mata dunia.

Bangkitlah Kerajaan sebagai Kerajaan yang merdeka!

 

3. SISTEM PERSEKOLAHAN SATU ALIRAN KEBANGSAAN (Bahagian 3)

19 November 2009

Kekeliruan identiti bangsa-bangsa pendatang ini (Cina, India dan lain-lain) secara tidak langsung menyebabkan mereka merasakan bangsa mereka telah didiskriminasi oleh Kerajaan dan orang Melayu. Kononnya hak mereka dinafikan di negara ini. Mereka sebenarnya membuat tuduhan yang tidak bertanggungjawab itu untuk menutup kesombongan mereka sendiri. Hakikat sebenar bangsa-bangsa ini sendiri mendiskriminasi dan menafikan hak-hak mereka sebagai warganegara. Kita ambil satu contoh sahaja. Mengapa mereka menafikan hak sebagai warganegara dengan secara terangan tidak menerima Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan? Mengapa mendiskriminasikannya? Selagi mentaliti bangsa-bangsa pendatang ini tidak berubah mereka tidak layak sama sekali mempersoalkan tentang hak!

Saya juga tertarik tentang kenyataan seorang ADUN berketurunan India dari Pulau Pinang yang saya baca di akhbar sebuah parti politik. Beliau mendakwa bangsa bukan Melayu didiskriminasi hak untuk bekerja di sektor Kerajaan. Malah borang mereka diabaikan. ADUN ini mungkin tidak menerima realiti bahawa majoriti bangsa mereka memang tidak layak untuk berkhidmat di Jabatan. Ini kerana bekerja di Jabatan Kerajaan memerlukan penguasaan Bahasa Kebangsaan yang baik. Kita semua pasti pernah mengalami peristiwa betapa celarunya budak keturunan India atau Cina memberitahu kita aturan pengambilan ubat dari farmasi-farmasi, klinik-klinik Kerajaan. Entah apa-apa yang ingin diberitahu dan disampaikan. Kasihan dan amat memalukan. Masih wujud lagi di Malaysia warganegaranya tidak boleh bertutur dengan baik dalam bahasa kebangsaannya sendiri. Tergagap-gagap, berpeluh-peluh. Jabatan-Jabatan lain pun alami masaalah yang sama. Macam mana hendak berkhidmat. Masih tidak sedar apa masalahnya? Masih tidak mahu berubah? Masih tidak sedar diri wahai ADUN?

Apa yang menggelikan hati lagi adalah bila bangsa-bangsa ini ingin menarafkan diri mereka setaraf  BARRACK OBAMA. Kononnya Malaysia perlu mencontohi Amerika Syarikat mengiktiraf presiden tanpa mengira batasan bangsa dan warna kulit. Realitinya, sebelum Malaysia mencontohi Amerika Syarikat, bangsa-bangsa pendatang ini yang seharusnya terlebih dahulu mencontohi BARRACK OBAMA. Cerminkan apakah bangsa anda setaraf dengan OBAMA.

– Keturunan Cina dan India di Malaysia langsung tidak ada jati diri sebagai Malaysian seperti mana Obama yang kuat jati diri Americannya.

– Obama boleh menguasai bahasa kebangsaan negaranya sendiri tidak seperti Cina dan India Malaysia yang masih ditahap yang sangat memalukan dalam menguasai Bahasa Kebangsaan negara mereka sendiri.

– Obama tidak mungkin akan mewujudkan SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN AFRIKA di Amerika seperti bangsa Cina dan India di Malaysia yang masih kolot dan menuntut Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan India terus ditambah.

Banyak lagi sebenarnya perbezaan antara mereka ini. Majoritinya perbezaan yang negatif. Ini bukan suara sumbang yang anti kaum. Inilah REALITI. Mustahil bagi OBAMA untuk dapat jawatan Presiden Amerika seandainya beliau memiliki MENTALITI YANG SAMA SEPERTI CINA DAN INDIA DI MALAYSIA dan begitulah juga untuk Cina dan India dan lain-lain bangsa di Malaysia yang berhajat untuk menjadi PERDANA MENTERI. MUSTAHIL!! KATAKAN TIDAK!!

Selagi mentaliti bangsa-bangsa pendatang ini tidak diubah, selagi mereka tidak berani dan tidak mahu berubah, semua itu mustahil.

BERUBAHLAH UNTUK MALAYSIA!

 

4. SISTEM PERSEKOLAHAN SATU ALIRAN (Bahagian 4)

19 November 2009

Akhir sekali kita lihat pula masalah penguasaan Bahasa Kebangsaan ini di peringkat kepimpinan. Bagaimana kita ingin melihat masalah ini selesai jika pemimpin-pemimpin dari kalangan bangsa pendatang ini sendiri tidak boleh bertutur dalam Bahasa Kebangsaan. Kita ambil contoh di Parlimen. Bakal Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 YB Lim Kit Siang (abaikan!) serta Menteri-Menteri dan Timbalan-Timbalan Menteri dari parti BN, Ahli-Ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat dan BN berketurunan Cina dan India dan lain-lain terkial-kial berbahas di Dewan. Sungguh menyedihkan keadaanya apabila mereka yang berjawatan Menteri dan Timbalan, YB-YB, Senator-Senator atau apa-apa sahaja gelaran mereka pun termasuk yang veteran, muda belia, gemuk dan kurus juga tidak dapat bertutur dan memahami Bahasa Kebangsaan. Kita sememangnya maklum bahawa sesi perbahasan di Dewan Rakyat menggunakan Bahasa Kebangsaan. Apakah mereka-mereka ini dapat diharapkan untuk membawa atau membahaskan suara rakyat di Parlimen jika membaca teks yang disediakan pun tergagap-gagap? Mereka tidak langsung mempunyai rasa hormat terhadap kedaulatan Bahasa Malaysia. Apatah lagi untuk menghormati dan menjaga kedaulatan negara. Pendapat saya mereka ini langsung tidak layak untuk menjadi wakil-wakil rakyat atau menyertai tampuk pemerintahan.

Tahap yang paling menggila dan memang sukar untuk saya terima adalah dengan kenyataan YB Datuk Dr Wee Ka Siong dalam New Sunday Time bertarikh 30 Okt 2008 tentang kertas peperiksaan SPM untuk subjek Lukisan perlu diterjemahkan ke dalam bahasa Cina dan Tamil. Ini kerana puluhan sekolah di Melaka yang pelajarnya yang berketurunan Cina dan India tidak dapat memahami soalan dalam Bahasa Kebangsaan. Apa dungu sangat mereka semua ini? Inilah kualiti pelajar yang dihasilkan dari Sekolah Jenis Kebangsaan samada Cina atau India. Mereka Inilah bakal-bakal pemimpin Malaysia akan datang. Apakah satu masa nanti sesi persidangan di Parlimen yang mulia akan bersidang dalam tiga bahasa? Ini adalah satu penghinaan dan menjatuhkan martabat Bahasa Kebangsaan.

Akhir sekali ingin lagi saya tegaskan ini bukan suara sumbang berbaur perkauman, hasutan dan niat provokasi. Cuma satu harapan untuk melihat Malaysia tercinta mencapai kemakmuran dan perpaduan kaum yang sejati. Merentasi batasan bangsa bersama-sama mengangkat dan mendaulatkan Malaysia. Semoga Kerajaan yang kita hormati dan miliki hari ini dan untuk masa depan merupakan sebuah Kerajaan yang merdeka, berani, tegas, bermaruah, hebat di mata dunia dan tidak mungkin tunduk pada tekanan atau desakan dari mana-mana pihak serta terus teguh berdiri menjaga dan mempertahan kedaulatan AGAMA, NEGARA dan BANGSA MALAYSIA