Siri e-Patriots In Support of SSS – No. 2

18 12 2009

Kali ini kami mengeluarkan petikan-petikan dari artikel-artikel yang ditulis oleh seorang lagi patriot penyokong cadangan Satu Sekolah Untuk Semua (SSS) yang diambil dari senarai e-Patriots in Support iaitu blog Satira Rakyat Biasa. Penulis blog tersebut telah menulisnya dalam empat bahagian dalam tempoh satu bulan, bermula 19 Oktober hingga 19 November 2009. Pengunjung boleh rujuk artikel-artikel asal di blog Satira Rakyat Biasa.

****************************************

[TULISAN INI UNTUK MENYATAKAN SOKONGAN KEPADA KEMPEN SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA]( https://satusekolahuntuksemua.wordpress.com )

 1. SISTEM PERSEKOLAHAN SATU ALIRAN KEBANGSAAN

19 Oktober 2009

Masalah perpaduan kaum di Malaysia tidak mungkin selesai selagi Kerajaan yang memerintah masih tidak merdeka dan tegas. Penyatuan dan perpaduan ini adalah perkara yang serius serta menuntut ketegasan malah tiada kompromi di dalam beberapa hal dan harus ditangani dengan praktikal oleh semua kerajaan di dunia. Perkara ini akan hanya lebih memudaratkan jika hanya dipolitikkan.

Kita tidak boleh mengatakan perpaduan ini wujud hanya dengan melihat senario politik semasa di Malaysia. Ini kerana perpaduan kaum dalam parti politik hanyalah untuk menjaga kepentingan kuasa dan jaminan matlamat individu sahaja. Begitulah sebaliknya jika ada perpecahan dan perbalahan dalam parti. Hanyalah masalah perbezaan ideologi ahli politik itu sendiri.

Kita bicara tentang perpaduan kaum yg sebenar! Realiti! Yang merentasi dogma politik jahanam mereka ini! Tentang rakyat! Bukan hanya dengan kata-kata manis, tipu daya, lakonan. Meraih simpati dan undi, manipulasi dan memperbodohkan rakyat untuk matlamat dan nafsu politik mereka. Tidak mengira ahli parti politik apa dan PARTI mana! Sama sahaja hanya hipokrit bila bicara tentang perpaduan kaum ini. Antara mekanisma yang paling praktikal dan efektif untuk penyelesaian masalah perpaduan ini adalah dengan mewujudkan SISTEM PERSEKOLAHAN SATU ALIRAN KEBANGSAAN sahaja. Tegas tanpa kompromi! Untuk negara! Demi Malaysia tercinta! Satu sistem persekolahan dan satu bahasa untuk semua anak-anak Malaysia.

Siapakah dan apakah misi, muslihat dan rahsia mereka yg berkeras malah bermati-matian menolak sistem sekolah satu aliran ini? Apa masalahnya? Apa yang ditakutkan sangat dengan Bahasa Kebangsaan ni? Bahasa Melayu adalah Bahasa Kebangsaan untuk semua rakyat. Bukan untuk Melayu sahaja. Cina, India dan semua warganegara. Jangan nafikan fakta ini! Jangan main politik sempit dan tolol anda di sini.

Inilah satu-satunya sistem persekolahan yang mewujudkan perpaduan kaum bermula dari zaman persekolahan lagi, bersatu aman makmur tanpa batasan kaum, membentuk jati diri dan kecintaan terhadap negara serta mereka inilah bakal-bakal pemimpin Malaysia yang sejati dan berkualiti yang akan bersama sama menjaga kedaulatan negara disamping mengangkat bahasa dan bangsa Malaysia itu sendiri.

Marilah semua rakyat tidak kira siapa atau apa pekerjaan serta taraf anda, fikirkan perkara ini setelus-tulusnya tanpa prejudis. Saya tegaskan disini bahawa ini bukan suara sumbang yang berbau perkauman, provokasi, anti dan hasutan. Suara ini untuk MALAYSIA.

Suara ini untuk KEPENTINGAN dan KEDAULATAN NEGARA.

 

2. SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA (Bahagian 2)

20 Oktober 2009

Kita boleh lihat beberapa elemen tidak sihat dan menjadi ancaman kepada perpaduan malah kedaulatan negara itu sendiri. Ianya disemai secara tidak langsung di dalam diri pelajar-pelajar di sekolah jenis perkauman ini. Antara yang ketaranya mereka warga pendatang samada dari Cina atau India dahulunya masih tiada jati diri sebagai Malaysian, walaupun setelah 52 tahun kita merdeka. Mereka ini masih kuat malah makin tebal semangat kebangsaan negara-negara asal usul mereka. Masih belum bersedia menjadi Malaysian agaknya. Dan generasi-generasi baru mereka pun dikekalkan semangat perkauman itu.

Seharusnya mereka ini serapkan pada generasi baru mereka untuk BERIBUNDAKAN Malaysia. Bukan mewariskan semangat kolot perkauman dan kelirukan mereka sehingga menganggap China atau India sebagai IBUNDA. Mereka adalah Malaysian yang berketurunan Cina atau India bukan lagi rakyat Tanah Besar China atau India seperti datuk nenek moyang mereka. Nampak tak kekeliruan di sini? Kekeliruan inilah antara sebab mereka tolak sistem persekolahan dalam satu bahasa kebangsaan Malaysia (bahasa ibunda SEMUA rakyat Malaysia tidak mengira kaum) kerana masih anggap bahasa ibunda mereka bahasa China dan Tamil. Disinilah ketegasan Kerajaan dituntut untuk hentikan dan sedarkan mereka ini dari kekolotan dan kebodohan kesilapan identiti ini.

Kekeliruan inilah antara penyebab rakyat berbilang kaum di malaysia bagaikan hidup berpuak-puak dalam dunia perkauman masing-masing dan berperang dingin antara mereka. Dipropaganda-propaganda pula dengan iklan-iklan hari perayaan, iklan Hari Merdeka dan iklan-iklan kempen Kerajaan yang menunjukan betapa majmuknya Malaysia ini kononnya, maka tiadalah usaha untuk perbetulkan hakikat sebenarnya. Kita kena realistik untuk akui Malaysia tidak semajmuk yang digambarkan. Kucar-kacir. Perang dingin!

Ini bukan provokasi atau hasutan. Sudah tiba masa untuk berubah. Berani untuk berubah. Bukan hanya dengan berani menolak sama sekali politik berasaskan kaum tetapi inilah masa untuk menolak semua sekolah jenis kebangsaan yang berasaskan satu-satu bangsa sahaja malah apa sahaja pertubuhan serta anasir-anasir yang menjadi punca utama kepada masalah perpaduan kaum di Malaysia selama ini harus ditolak sama sekali sebelum ianya semakin parah dan sukar untuk dibendung untuk lahirkan bangsa Malaysia yang kuat dan gemilang di mata dunia.

Bangkitlah Kerajaan sebagai Kerajaan yang merdeka!

 

3. SISTEM PERSEKOLAHAN SATU ALIRAN KEBANGSAAN (Bahagian 3)

19 November 2009

Kekeliruan identiti bangsa-bangsa pendatang ini (Cina, India dan lain-lain) secara tidak langsung menyebabkan mereka merasakan bangsa mereka telah didiskriminasi oleh Kerajaan dan orang Melayu. Kononnya hak mereka dinafikan di negara ini. Mereka sebenarnya membuat tuduhan yang tidak bertanggungjawab itu untuk menutup kesombongan mereka sendiri. Hakikat sebenar bangsa-bangsa ini sendiri mendiskriminasi dan menafikan hak-hak mereka sebagai warganegara. Kita ambil satu contoh sahaja. Mengapa mereka menafikan hak sebagai warganegara dengan secara terangan tidak menerima Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan? Mengapa mendiskriminasikannya? Selagi mentaliti bangsa-bangsa pendatang ini tidak berubah mereka tidak layak sama sekali mempersoalkan tentang hak!

Saya juga tertarik tentang kenyataan seorang ADUN berketurunan India dari Pulau Pinang yang saya baca di akhbar sebuah parti politik. Beliau mendakwa bangsa bukan Melayu didiskriminasi hak untuk bekerja di sektor Kerajaan. Malah borang mereka diabaikan. ADUN ini mungkin tidak menerima realiti bahawa majoriti bangsa mereka memang tidak layak untuk berkhidmat di Jabatan. Ini kerana bekerja di Jabatan Kerajaan memerlukan penguasaan Bahasa Kebangsaan yang baik. Kita semua pasti pernah mengalami peristiwa betapa celarunya budak keturunan India atau Cina memberitahu kita aturan pengambilan ubat dari farmasi-farmasi, klinik-klinik Kerajaan. Entah apa-apa yang ingin diberitahu dan disampaikan. Kasihan dan amat memalukan. Masih wujud lagi di Malaysia warganegaranya tidak boleh bertutur dengan baik dalam bahasa kebangsaannya sendiri. Tergagap-gagap, berpeluh-peluh. Jabatan-Jabatan lain pun alami masaalah yang sama. Macam mana hendak berkhidmat. Masih tidak sedar apa masalahnya? Masih tidak mahu berubah? Masih tidak sedar diri wahai ADUN?

Apa yang menggelikan hati lagi adalah bila bangsa-bangsa ini ingin menarafkan diri mereka setaraf  BARRACK OBAMA. Kononnya Malaysia perlu mencontohi Amerika Syarikat mengiktiraf presiden tanpa mengira batasan bangsa dan warna kulit. Realitinya, sebelum Malaysia mencontohi Amerika Syarikat, bangsa-bangsa pendatang ini yang seharusnya terlebih dahulu mencontohi BARRACK OBAMA. Cerminkan apakah bangsa anda setaraf dengan OBAMA.

– Keturunan Cina dan India di Malaysia langsung tidak ada jati diri sebagai Malaysian seperti mana Obama yang kuat jati diri Americannya.

– Obama boleh menguasai bahasa kebangsaan negaranya sendiri tidak seperti Cina dan India Malaysia yang masih ditahap yang sangat memalukan dalam menguasai Bahasa Kebangsaan negara mereka sendiri.

– Obama tidak mungkin akan mewujudkan SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN AFRIKA di Amerika seperti bangsa Cina dan India di Malaysia yang masih kolot dan menuntut Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan India terus ditambah.

Banyak lagi sebenarnya perbezaan antara mereka ini. Majoritinya perbezaan yang negatif. Ini bukan suara sumbang yang anti kaum. Inilah REALITI. Mustahil bagi OBAMA untuk dapat jawatan Presiden Amerika seandainya beliau memiliki MENTALITI YANG SAMA SEPERTI CINA DAN INDIA DI MALAYSIA dan begitulah juga untuk Cina dan India dan lain-lain bangsa di Malaysia yang berhajat untuk menjadi PERDANA MENTERI. MUSTAHIL!! KATAKAN TIDAK!!

Selagi mentaliti bangsa-bangsa pendatang ini tidak diubah, selagi mereka tidak berani dan tidak mahu berubah, semua itu mustahil.

BERUBAHLAH UNTUK MALAYSIA!

 

4. SISTEM PERSEKOLAHAN SATU ALIRAN (Bahagian 4)

19 November 2009

Akhir sekali kita lihat pula masalah penguasaan Bahasa Kebangsaan ini di peringkat kepimpinan. Bagaimana kita ingin melihat masalah ini selesai jika pemimpin-pemimpin dari kalangan bangsa pendatang ini sendiri tidak boleh bertutur dalam Bahasa Kebangsaan. Kita ambil contoh di Parlimen. Bakal Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 YB Lim Kit Siang (abaikan!) serta Menteri-Menteri dan Timbalan-Timbalan Menteri dari parti BN, Ahli-Ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat dan BN berketurunan Cina dan India dan lain-lain terkial-kial berbahas di Dewan. Sungguh menyedihkan keadaanya apabila mereka yang berjawatan Menteri dan Timbalan, YB-YB, Senator-Senator atau apa-apa sahaja gelaran mereka pun termasuk yang veteran, muda belia, gemuk dan kurus juga tidak dapat bertutur dan memahami Bahasa Kebangsaan. Kita sememangnya maklum bahawa sesi perbahasan di Dewan Rakyat menggunakan Bahasa Kebangsaan. Apakah mereka-mereka ini dapat diharapkan untuk membawa atau membahaskan suara rakyat di Parlimen jika membaca teks yang disediakan pun tergagap-gagap? Mereka tidak langsung mempunyai rasa hormat terhadap kedaulatan Bahasa Malaysia. Apatah lagi untuk menghormati dan menjaga kedaulatan negara. Pendapat saya mereka ini langsung tidak layak untuk menjadi wakil-wakil rakyat atau menyertai tampuk pemerintahan.

Tahap yang paling menggila dan memang sukar untuk saya terima adalah dengan kenyataan YB Datuk Dr Wee Ka Siong dalam New Sunday Time bertarikh 30 Okt 2008 tentang kertas peperiksaan SPM untuk subjek Lukisan perlu diterjemahkan ke dalam bahasa Cina dan Tamil. Ini kerana puluhan sekolah di Melaka yang pelajarnya yang berketurunan Cina dan India tidak dapat memahami soalan dalam Bahasa Kebangsaan. Apa dungu sangat mereka semua ini? Inilah kualiti pelajar yang dihasilkan dari Sekolah Jenis Kebangsaan samada Cina atau India. Mereka Inilah bakal-bakal pemimpin Malaysia akan datang. Apakah satu masa nanti sesi persidangan di Parlimen yang mulia akan bersidang dalam tiga bahasa? Ini adalah satu penghinaan dan menjatuhkan martabat Bahasa Kebangsaan.

Akhir sekali ingin lagi saya tegaskan ini bukan suara sumbang berbaur perkauman, hasutan dan niat provokasi. Cuma satu harapan untuk melihat Malaysia tercinta mencapai kemakmuran dan perpaduan kaum yang sejati. Merentasi batasan bangsa bersama-sama mengangkat dan mendaulatkan Malaysia. Semoga Kerajaan yang kita hormati dan miliki hari ini dan untuk masa depan merupakan sebuah Kerajaan yang merdeka, berani, tegas, bermaruah, hebat di mata dunia dan tidak mungkin tunduk pada tekanan atau desakan dari mana-mana pihak serta terus teguh berdiri menjaga dan mempertahan kedaulatan AGAMA, NEGARA dan BANGSA MALAYSIA


Actions

Information

13 responses

18 12 2009
Semerah Padi

Salam sejahtera Tuan Admin SSS,

Saya bersetuju dengan pendapat Satira Rakyat Biasa apabila beliau menyentuh tentang identiti.

Saya masih merasakan segolongan daripada kita yang ada di Malaysia ini masih menganggap, malahan masih berpegang teguh kepada identiti nenek moyang. Harus di ingat bahawa identiti asal adalah identiti Pendatang dari negara China dan India.

Orang Melayu, yakni, penduduk asal Semenanjung Tanah Melayu, telah menghapuskan identiti Pendatang ini dengan menerima mereka-mereka ini sebagai rakyat/warga negara walaupun mereka tidak dilahirkan di bumi ini. Sebagaimana yang tersedia maklum, taraf kerakyatan secara lazimnya adalah melalui jus soli, yakni, taraf kerakyatan berpandukan kepada kelahiran di tempat tersebut. Mereka ini dilahirkan di negara China dan India, tetapi dengan sikap penerimaan Orang Melayu, mereka ini telah diiktirafkan sebagai rakyat negara ini. Dan mereka amat berterima kasih kepada Orang Melayu lalu berikrar untuk taat setia serta menghormati hak-hak Orang Melayu sebagai penduduk asal serta kuasa Raja-Raja Melayu. Itu dahulu.

Yang peliknya, generasi mereka selepas itu, yakni, sebahagian daripada mereka yang ada sekarang ini, nampaknya ingin berbalik semula kepada taraf pendatang apabila mereka kembali berkiblatkan kepada negara nenek moyang mereka, yakni China dan India. Mereka mengutamakan bahasa China dan India daripada Bahasa Kebangsaan. Ada yang lebih biadap lagi, mempersoalkan perkara-perkara yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Negara.

WWWWWAAAAAAIIITTTT a minute…..!!!!

Orang Melayu dulu telah menghapuskan identiti pendatang mereka-mereka ini. Tetapi mereka sekarang ingin kembali kepada identiti pendatang Amat pelik wal ibni Ajaib!!! Lagi al-binti Ajaib apabila mereka-mereka ini melenting apabila dipanggil kaum pendatang oleh En. Ahmad Ismail dan Awang Selamat.

Bukankah kita memanggil a spade itu, as a spade?

Inilh persoalan yang amat pelik:-

Mereka masih mahu mengekalkan identiti pendatang China/India mereka walaupun nenek moyang mereka telahpun di iktirafkan sebagai Orang Malaysia di bumi ini?

“Dimana bumi dipijak, di situ langit dijunjung”

Semerah Padi

21 12 2009
SSS Admin

Terima kasih diatas komen Sdr.

Apabila bukan Melayu menerima kerakyatan Malaya salepas Merdeka mereka seharusnya mula menonjolkan identiti warga negara Malaya. Apabila perlunya dibezakan untuk tujuan tertentu (selain dari mengeji), mereka tidak harus membantah kerana itu adalah kenyataan fakta. Kebanyakan mereka datang beramai-ramai mulai tahun 1860an apabila Long Jaafar dan Menteri Larut, Ngah Ibrahim, memanggil beberapa kaum Cina diPulau Pinang berkerja dilombong-lombong mereka dan memajukan tanah mereka diLarut. Kaum Cina yang datang sabelom itu kebanyakannya diMelaka dan berupa kumpulan yang dikenali sebagai Baba, yang tidak lagi berpegang kapada identiti Cina sapenuhnya, saperti keturunan Tun Tan Siew Sin. DiPulau Pinang Cina tinggal disana berniaga mulai perjanjian British dengan Sultan Kedah dan pemerintahan Penang dibawah Sir Francis Light.

Mereka yang tidak menerima kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Resmi di negara ini sekarang memang tidak menunjukkan identiti Malaysia. Malahan, kesetiaan mereka menjadi tanda so’al. Sebab kesetiaan itu mestilah berdasarkan kapada hormat kapada dan hidup dengan Perlembagaan negara. Hal bahawa sekolah vernakular sudah ada sejak belom Merdeka tidak bermakna sistem itu betul. Sistem yang betul ialah sekolah satu aliran sahaja denagn Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar, bukan bahasa Mandarin atau Tamil. Ini sejajar dengan Artikel 152 Perlembagaan negara.

20 12 2009
burungunta

Inilah satu-satunya sistem persekolahan yang mewujudkan perpaduan kaum bermula dari zaman persekolahan lagi, bersatu aman makmur tanpa batasan kaum, membentuk jati diri dan kecintaan terhadap negara serta mereka inilah bakal-bakal pemimpin Malaysia yang sejati dan berkualiti yang akan bersama sama menjaga kedaulatan negara disamping mengangkat bahasa dan bangsa Malaysia itu sendiri.

======

Apa guna cakap tentang perpaduan jika rakyat Malaysia yang bukan keturunan Melayu terus dianggap sebagai pendatang dan masih didiskriminasikan atas kaum dan agama.

Selagi semua rakyat Malaysia tidak dilayan dengan saksama, SSS cuma adalah satu lagi sendiwara .

21 12 2009
SSS Admin

burungunta,

Terima kasih kerana mengunjung dan meninggalkan komen.

Sukacita kami memberi keyakinan bahawa mereka yang bukan keturunan Melayu tidak dianggap sebagai pendatang jika mereka benar-benar memegang dan menunjukkan identiti Malaysia mereka dan membuktikan kesetiaan mereka kapada negara Malaysia ini. Ramai bukan Melayu yang menunjukkan identi Malaysia itu dan percayalah bahawa kami merasa bangga dengan mereka sebagai rakan warga negara Malaysia.

Masalah timbul apabila ada yang tidak hormatkan Perlembagaan negara, terutamanya Artikel 152 berkenaan Bahasa Malaysia dan Artikel 153 berkenaan Kedudukan Istimewa Melayu. Tidak ada sebab tidak menerima Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar disemua sekolah kerana nyata termaktub diPerlembagaan bahawa Bahasa Malaysia itu adalah Bahasa Kebangsaan dan telah menjadi Bahasa Resmi dinegara ini.

Jika anda dan yang lain-lain merasakan tidak dilayan “dengan saksama”, ini nampaknya timbul dari pendirian yang tidak menerima Artikel 153 Perlembagaan negara. Artikel itu memberi Hak Keistimewaan kapada orang Melayu sebagai balasan, atau “in exchange for”, Hak Kerakyatan kapada bukan Melayu salepas Merdeka. Bukan Melayu bukan rakyat, dan sabenarnya adalah “stateless” sejak mula masuk beramai-ramai kenegeri Perak dalam tahun 1860an sehingga Merdeka. Mereka “stateless” di seluruh tempoh pemerintahan Penjajah British.

Dengan adanya Hak Keistimewaan Melayu diArtikel 153 itu maka timbullah “affirmative action” dibawah Dasar Ekonomi Baru. Anda tidak boleh irihati dengan Hak Istimewa ini sebab anda sudah dapat Hak Kerakyatan sebagai balasannya, sebagai “quid pro quo” bagi nya. Anda juga perlu sedar bahawa diPeople’s Republic of China ada dua dinasti yang melakukan dasar “affirmative action” itu bagi orang-orang Cina. Yang terakhir sekali ialah dibawah dinasti Manchu, suatu kuasa asing yang telah menawan dan memerintah negeri China beratus tahun sehingga awal abad 20. Bahawa itu berlaku dinegeri Cina lama dahulu tidak relevan. Yang relevan ialah orang Cina dinegeri China pun menerima jasa baik Kerajaan kerana kemundurannya – mereka diberi quota bagi jawatan-jawatan Kerajaan yang kebanyakannya dipegang oleh pemerintah Manchu.

Anda nampaknya tidak menerima Artikel 153. Perlulah anda sedar bahawa jika anda menyo’al Hak Keistimewaan Melayu itu, Melayu juga boleh menyo’al Hak Kerakyatan anda dan turun temurun anda, dan ini tidak berfaedah kapada sesiapa. Jika anda tidak menerima Perlembagaan negara sapenuhnya, timbullah so’al ta’at setia anda sebagai warga negara dan ada yang memanggil mereka yang tidak setia kapada negara sebagai pendatang.

Kami dengan ikhlasnya menyarankan anda terimalah Perlembagaan negara sapenuhnya dan marilah kita hidup sebagai rakan warga negara Malaysia, bersatu padu, aman dan damai.

21 12 2009
Antu

Burungunta,

Apa guna cakap tentang perpaduan jika rakyat Malaysia yang bukan keturunan Melayu terus dianggap sebagai pendatang dan masih didiskriminasikan atas kaum dan agama.

Semenanjung Tanah Melayu kini telah jadi Malaysia. Bahasa Melayu Jawi kini telah diambil tempatnya oleh Bahasa Malaysia. Orang keturunan Melayu telah meredakan ini.

Yang “bukan keturunan Melayu” (yakni cina, india dsb) masih lagi cina ke? masih lagi india ke? kalau masih lagi BUKAN Malaysia, janganlah salahkan orang lain kalau diri sendiri yang menampal label besar CINA, INDIA dsd di dahi masing-masing.

Selagi semua rakyat Malaysia tidak dilayan dengan saksama, SSS cuma adalah satu lagi sendiwara .

Benar! Itulah salah satunya hasrat SSS, saya kira, supaya semua yang ada ini jadi RAKYAT MALAYSIA, bukan bermatian-matian nak mempertahankan SRJK(China) & SRJK (Tamil).

24 12 2009
Wan

Saya fikir istilah “Kekeliruan identiti” yang di gunakan penulis rencana diatas itu adalah tepat. Rakyat Malaysia seharusnya tidak terkeliru. Mereka mesti anggap diri mereka sebagai warga ngara Malaysia sehaja, tidak ada kaitan dengan negara asal, dan mesti setia kapada negara ini, Malaysia.

Mereka tidak harus merasakan didiskriminasi oleh Kerajaan atau orang Melayu. Mereka tidak akan terasa demikian jika mereka menerima sejarah negara ini dan Perlembagaan negara ini sepenuhnya. Mereka tidak wajar iri hati melihat Melayu banyak dapat jawatan Kerajaan, ada Hak Istimewa Melayu termasuk DEB. Itu semua adalah balasan kapada Hak Kerakyatan yang pemimpin Melayu telah persetujukan untuk mereka dimasa Merdeka.

Mereka tidak ada kerakyatan apa-apa pun (stateless) sejak mula datang beramai-ramai di-pertengahan abad 19. Mendapat Hak Kerakyatan itu adalah suatu perkara sebesar Hak Keistimewaan Melayu yang pemimpin mereka sudah bersetuju dimasa Merdeka sebagai balasannya. Jadi, janganlah iri hati dan terimalah dan patuhi apa yang telah dipersetujui nenek moyang kita.

Tiada siapa menafikan hak-hak mereka sebagai warga negara. Selagi mereka terima Hak Istimewa Melayu, tiada siapa akan mengugkit Hak Kerakyatan mereka. Hak semua rakyat adalah berpandukan kapada Perlembagaan. Semua rakyat mesti hormat dan patuhi Perlembagaan. Termasuk Artikel 152 berkenaan Bahasa Malaysia. Dari segi itu, semua sekolah mesti menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar. Tiada siapa akan menyindir hak mereka sebagai rakyat Malaysia jika mereka terima sepenuhnya dan patuh kapada Perlembagaan negara, termasuk Artikel 152 berkenaan Bahasa Malaysia dan Artikel 153 berkenaan Hak Istimewa Melayu.

25 12 2009
indrana

PM Najib visited a Chinese Middle School and announced that such schools can go on. Does that mean SSS is gone?

If I remember correctly, after the single stream system was talked about in Parliment, he said Malaysians can write to 1Malaysia giving views and suggestions. Has he made decision on it?

26 12 2009
SSS Admin

indrana,

Thank you for visiting and leaving a comment again.

We do not know what the Prime Minister exactly has in mind at this point in time. He has not said specifically that as far as the subject of single-stream schooling is concerned, he has made a decision that it will or will not be implemented.

It looks like what he said when visiting the Chinese school was grand standing. Politicians are known for doing that. He may be trying to win over votes lost during the last general elections. It may not be possible to get votes from the hardcore proponents of vernacular schools as these people even appear to have no respect for Article 152 of the Constitution concerning Bahasa Malaysia as the National Language and the fact that BM has become the Official Language of the country. However, the power and the decision rests with him. Meanwhile, we are concerned that in the process of trying to placate them too much, he might incur the displeasure of many others who support SSS. We believe there is a silent majority out there. And they have votes, too.

He has, however, said that the system will be implemented if the rakyat wants it. We do not know what measure he will use to determine whether the rakyat wants it or not. Among the suggestions we made is the use of the referendum. Again, we think there has not been a clear-cut statement reflecting his stand on that. We are continuing to urge him to use the referendum method as it is the safest and the most defensible means of determining the will of the people. It is democratic and and government decisions made on the basis of a referendum are solid and cannot be criticised justifiably.

30 12 2009
jahamy

Salam,

terdelete kot. dah paste balik.

31 12 2009
sutera

ngapa la bodo sangat melayu,penakut sampai org memperbodohkan kitapun tak sedar2,mintak macam2, tapi nak mendaulatkan bahasa kebangsaanpun berat,apa ke gila diorang ni,gila campur kurang ajar.

5 09 2010
UrangSabah

Kita semua kaum pendatang. Orang suluk dari selatan filipina, bajau juga dari filipina, orang jawa dari indonesia, orang bugis juga dari indonesia, orang tamil dari india,orang cina dari china, orang arab dari arab lah, iban dari indonesia, Itu mengikut sejarah.

Orang melayu tidak pernah bodoh, sama juga dengan kaum-kaum lain. Yang bodoh itu adalah diri sendiri kerana tidak mahu berubah. sesuatu kaum itu tidak akab berubah jika orang itu sendiri tidak mahu berubah. Kalau ada kekurangan, tak perlu salahkan kaum tertentu tapi cuba perbaiki diri sendiri.

dimana kita berpijak, itulah bumi kita. semua orang percaya, dunia hanya sementara. sementara masih bernyawa, nikmatilah kehidupan yang lebih bahagia dan bukannya penuh dengan sangketa.

Perpaduan bukan menjurus ke alam persekolahan tetapi juga di alam pekerjaan. Orang cina ambil pekerja cina, orang melayu ambil pekerja melayu. Bagaimana perpaduan dapat dipupuk???

Kuatlah kita supaya kita tidak dipijak oleh negara lain..

5 09 2010
SSS Admin

UrangSabah,

Komen Sdr dijawab dengan cepat untuk mengelakkan ketinggalan menjawab saperti komen yang sebelom komen Sdr ini – sebab post ini tidak sebegitu aktif seperti post diLaman Utama (Home Page) kami. Juga kerana perlunya memberi keterangan sejarah bahawa orang Suluk, Bajau, Jawa, Bugis dan kesemua Bumiputera yang disebut diPerlembagaan Malaysia sebagai orang asli atau “natives” Sabah dan Sarawak, adalah dari Keluarga Besar Melayu (the Large Family of Malays), yang juga dipanggil Rumpun Melayu. Ini dinyatakan didalam buku yang baharu sahaja diterbitkan, bertajuk “Tamadun Alam Melayu” (The Malay Civilization) oleh Persatuan Sejarah Malaysia ditahun 2009. Persatuan itu telah ditubuhkan dizaman pemerintahan British diMalaya lagi, ahli-ahli nya termasuk bijak pandai seperti professor-professor sejarah, professor-professor pengajian Melayu, professor kaji ma’anusia, professor kaji purba dan sebagainya.

Buku yang ditulis oleh Mohd Arof Ishak itu menyatakan berpuluh puluh penyelidekan dan kajian yang telah dibuat oleh ahli-ahli sains didalam bidang kaji bahasa (linguists), kaji maanusia (anthropologists), kaji purba (anthropologists) dan sebagainya, dari negeri Barat, sejak pelayaran Captain Cook diabad 19, di sambung diseparuh pertama abad 20, diperhebatkan diseparuh kedua abad 20, yang termasuk pakar-pakar tempatan diMalaysia. Kajian-kajian itu termasuk menganalisa bahasa yang dibunakan oleh Rumpun Melayu itu, yang ada kesamaanya. Juga cara saintifik yang terbaharu, iaitu DNA, telah juga digunakan. Rumusan yang dibuat dari penyelidekan dan kajian-kajian tersebut menunjukkan bahawa orang Suluk, Jawa, Bugis, Banjar, Bajau, Kadazan, Melanau, Iban, Murut, dan kesemua suku kaum Bumiputera yang disebut diPerlembagaan Malaysia sebagai orang asli atau “natives” Sabah dan Sarawak adalah dari Keluarga Besar Melayu atau Rumpun Melayu, yang berasal diGugusan Pulau Pulau Melayu ini sejak lebih 5,000 tahun yang lalu.

Melayu didalam Keluarga Besar ini telah mempunyai kebolehan membina kapal besar-besar, bermula dengan perahu yang menggunakan pelampong (outriggers). Mereka mempunyai kecekapan perlayaran dan juru-mudi (sailing and navigational skills). Mereka telah menempa dan menjelajah lautan, keluar masuk nusantara ini didalam tempoh beribu tahun – dilautan Sulu, diperairan Makassar, Sabah, Kalimantan, Brunei, Sarawak, kepulauan Rhiau, Semenanjung Tanah Melayu, Sumatera, keutara hingga keMadagascar, Afrika Selatan, keselatan hingga ke Australia, New Zeland, Polynesia, ketimur hingga ke Indo-China, Taiwan dan Hawaii. Ini merangkumi 350 juta ma’anusia, walau pun ada berbeza agama. Istilah Proto-Malays, Deutero Malays, Malayo Polynesians dan Austronesians adalah menrujuk kapada bangsa yang sama, iaitu Keluarga Besar atau Rumpun Melayu tersebut.

Kesultanan Brunei pernah menguasai Sabah dan Sarawak, Kesultanan Sulu pernah menguasai Sabah sehingga British masuk dan membuat perjanjian dengan nenek moyang kesultanan Sulu, yang keturunannya ditahun 1960an ialah Sultan Ombra Amilbangsa. Keturunannya menerima “Cessation Money” dari British yang berbentuk bayaran tahunan. Sejak penubuhan Malaysia, ini dibayar Kerajaan Malaysia sehingga sekarang.

Kerana Melayu ada dan keluar masuk Gugusan Pulau Pulau Melayu (the Malay Archipelago) ini sejak beribu tahun, mereka tidaklah dipanggil pendatang. Gugusan Pulau Pulau Melayu itu termasuk Semenanjung Tanah Melayu.

[Bersambung]

6 09 2010
SSS Admin

[Sambungan]

UrangSabah,

Berkenaan so’alan Sdr bagaimana perpaduan dapat dipupuk, jawapannya ialah dengan cara menghormatkan dan mengikut apa yang tertera diPerlembagaan negara dengan sepenuhnya. Perlembagaan tersebut telah dibincang, didebat oleh Wakil-Wakil Rakyat kesemua bangsa diMalaysia ini dan diluluskan oleh Parlimen. Mulanya dimasa Malaya Merdeka, kemudiannya dimasa penubuhan Malaysia. Hak dan kepentingan Melayu dan Bumiputera (natives) Sabah dan Sarawak, serta hak dan kepentingan bukan Melayu telah dicatit didalam Perlembagaan itu. Jika semua rakyat mengikuti Perlembagaan sepenuhnya didalam kehidupan seharian kita, maka akan timbullah semangat tolak ansur, muhibbah dan perpaduan diantara kita.

Marilah kita menyeru supaya semua rakyat berpandukan kapada Perlembagaan dan membuat apa sahaja berdasarkan Perlembagaan, supaya kita kuat dan tidak dipijak oleh negara lain. Perlembagaan adalah undang-undang tubuh setiap negara yang demokratik, undang-undang yang paling tinggi didalam negara ini, kesemua undang-undang lain timbul darinya dan tidak boleh menyangkalnya, tidak boleh menjadi “ultra vires”. Tiada Perlembagaan tiadalah negara, hanya gerombolan-gerombolan maanusia yang hidup simpang siur, berdasarkan siapa kuat dia dapat, hak dan kepentingan rakyatnya tidak terjaga, tunggang langgang dan banyak yang merana dan menderita.

Sila beritahu jika Sdr minat penerangan lanjut berkenaan penghuraian sejarah yang dinyatakan dibuku tersebut diatas. Sdr juga dipersilakan mengambil bahagian berterusan, sebagaimana selalu yang Sdr mahu, didalam perbincangan dimana mana post didalam laman citra ini, terutamanya dipost-post diHalaman Utama (Home Page) blog ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: