Berbalik kita kapada hal yang terus menerus berkaitan dengan pelajaran. Perkara guru yang memainkan peranan besar disekolah-sekolah. Dibawah ini ialah suatu rungutan berkenaan penghargaan sumbangan guru dan satu lagi berkenaan kenaikan pangkat.
Mereka yang mahukan sistem sekolah vernakular ada mengatakan sekolah kebangsaan mutunya tidak sebanding dengan sekolah vernakular. Ada yang memuji dedikasi guru-guru disekolah Cina. Apa ini benar? Sejauh mana dedikasi mereka, apa motivasi mereka, apa kemudahan yang diberi kapada mereka – mari kita kongsi maalumat dan pendapat disini.
Rencana ini mengemukakan perkara kemudahan-kemudahan yang diberikan kapada guru-guru dan pensyarah diInstitut Penndidikan Guru – didalam situasi yang tertentu. Namun demikian, kita boleh bincangkan hal guru secara umum juga disini. Silakan.
Dalam pada itu kita harus ingat bahawa jumlah guru-guru disekolah kebangsaan jauh lebih banyak dari sekolah vernakular. Masalahnya juga jauh lebih banyak. Oleh itu, bandingan diantara kedua kumpulan itu harus mengambil kira fakta ini. Namun demikian pihak-pihak berkenaan diKementerian Pelajaran perlu memberi perhatian sepenuhnya keatas rungutan-rungutan yang mempunyai alasan yang kukuh dan sebab yang berpatutan.
Catitan: Rencana ini ditambah/ dikekamskini pada pukul 10.30 pagi.
*************
1.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0421&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_01.htm
ARKIB : 21/04/2010
Sumbangan guru tidak dihargai?
SABAN tahun beratus-ratus orang guru dipanggil bertugas membantu Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dalam pelbagai tugasan– menggubal soalan, memeriksa kertas jawapan, membuat format soalan dan sebagainya.
Sebagai kakitangan pendidikan yang diasuh dengan cogan kata ‘Berkhidmat Untuk Negara, tiada sebarang penolakan oleh guru untuk menghadiri pelbagai program LPM walaupun pada masa yang sama guru perlu melaksanakan tugas hakiki mereka di sekolah.
LPM juga sentiasa menghargai sumbangan para guru dengan menyediakan kemudahan mengikut kelayakan seperti elaun perbatuan, tiket penerbangan, kemudahan penginapan mengikut kelayakan dan sebagainya.
Malangnya, mulai tahun 2010, dengan pelbagai alasan kononnya untuk berjimat, LPM telah menidakkan sumbangan para guru dan seterusnya memperkecilkan maruah guru dengan menyediakan kemudahan yang tidak mengikut standard pekeliling yang ditetapkan. Antaranya:-
n Kemudahan tiket penerbangan telah ditarik balik.
Kelayakan yang diberi ialah tambang teksi satu tempat duduk. Bayangkan jika guru berkenaan datang dari Kota Bharu, Kelantan, berapa lama masa diambil untuk menunggu tempat duduk teksi berkenaan penuh? Rasanya dua hari dua malam pun belum tentu teksi berkenaan ada empat penumpang. Suka tak suka guru berkenaan terpaksa memandu kenderaan sendiri dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur.
Sepatutnya guru berkenaan layak menuntut tambang gantian kapal terbang. LPM hanya membenarkan guru menuntut tambang satu tempat duduk teksi. Berapa guru berkenaan dibayar? RM160 pergi-balik untuk perjalanan lebih 1,500 km sedangkan kos sebenar membawa kenderaan sendiri dan tol mencecah RM300 pergi dan balik. Hal ini belum termasuk penat lelah guru mengharungi perjalanan jauh.
n Kemudahan bilik penginapan yang tidak mengikut pekeliling perkhidmatan.
Kerajaan menyediakan kemudahan penginapan satu bilik bagi guru DG48, DG52, DG54 dan ke atas. Guru DG48 ke atas yang berkhidmat dengan LPM biasanya ialah pengetua, pengetua kanan atau guru cemerlang yang berusia lebih 50 tahun ke atas. Ada yang satu atau dua tahun lagi hampir pencen.
Malangnya, LPM telah menarik balik kemudahan ini. Semua peserta mesti berkongsi bilik tanpa mengira gred jawatan mereka. Isunya, standard hotel yang disediakan oleh LPM juga semakin rendah. Ada hotel yang hanya menyediakan satu katil dan sehelai selimut dan bilik yang amat kecil. Apakah ‘orang-orang tua’ ini selesa untuk berkongsi bilik bagi jangka masa lima hari bertugas di LPM? Kita ingin bertanya kepada Pengarah Peperiksaan, adakah beliau turut mengamalkan berkongsi bilik ketika bertugas di luar stesen/negeri?
n Dasar baru LPM yang mengadakan mesyuarat di LPM Putrajaya atau LPM Jalan Duta amat membingungkan dan menyusahkan guru.
Bayangkan guru dikehendaki hadir mesyuarat pukul 9 pagi Isnin. Maka guru dari Kota Bharu/Alor Star yang baru turun dari bas dengan beg besar pun bergegas ke LPM tanpa mandi sehingga pukul 5 petang untuk melaksanakan tugas.
Selepas pukul 5 petang hari berkenaan mereka dihantar dengan bas (kos bas RM1,000 sehari dan ada lebih lima bas disediakan) ke hotel untuk daftar masuk. Setiap hari, bas akan ambil dan hantar ke LPM. Lucunya, hotel yang disediakan di Shah Alam, mesyuarat di Jalan Duta. Mengapa mesyuarat tidak terus dibuat di hotel berkenaan?
Bayangkan pembuangan masa dan keletihan yang dialami oleh guru. Pada hari terakhir mesyuarat pula guru dibiarkan terkontang-kanting menguruskan pengangkutan ke stesen bas selepas pukul 5 petang untuk pulang ke destinasi. Ini kerana guru tidak dibenarkan menginap pada malam berkenaan walaupun layak berbuat demikian kerana tamat tugas pukul 5 petang.
n Pemilihan hotel yang tidak menepati standard keselamatan mesyuarat kategori sulit.
Mulai tahun ini LPM tidak lagi peduli dengan ciri keselamatan panel mesyuarat. Misalnya, atas alasan kos LPM memilih hotel bujet yang tidak ada CCTV, kawalan keselamatan, kemudahan letak kereta dan hotel di kawasan hitam sebagai pilihan.
Umpamanya, pada Mac lalu, LPM mengadakan mesyuarat di sebuah hotel di Lorong Haji Taib. Hal ini amat memalukan guru kerana ‘diganggu’ oleh penghuni lorong-lorong berkenaan sewaktu ingin berekreasi di kawasan sekitar hotel.
Sebenarnya banyak lagi perubahan dilakukan oleh LPM sekarang. Pengarah juga tidak pernah melawat/memantau perjalanan mesyuarat untuk melihat sendiri kepayahan guru yang ingin menyumbang bakti kepada negara dan LPM khususnya. Hal ini berbeza dengan pengarah-pengarah lalu yang rajin menjenguk muka memberi motivasi kepada guru.
Kita mohon Kementerian Pelajaran, NUTP, CUEPACS dan sebagainya melihat isu ini. Kita bimbang jika keadaan ini dibiarkan lama kelamaan tiada guru yang ingin memberi sumbangan kepada LPM.
Akhirnya pegawai-pegawai LPM sendirilah yang menyiapkan tugasan membina item, memeriksa kertas dan sebagainya. Akhirnya kesan lebih besar adakah standard kualiti kertas soalan yang dihasilkan memenuhi piawaian antara bangsa yang diuar-uarkan?
ADIWARA
************
2.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0421&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_03.htm
ARKIB : 21/04/2010
Kecewa kenaikan pangkat di Institut Pendidikan Guru
SAYA telah berkhidmat di Institut Pendidikan Guru (IPG) selama tujuh tahun. Pada tahun 2006, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak (ketika itu Timbalan Perdana Menteri) mengumumkan seluruh institut perguruan dinaikkan taraf kepada Institut Pendidikan Guru (IPG).
Sehubungan itu, semua pensyarah dinaikkan taraf. Pensyarah gred DG41 bakal dinaikkan ke gred DG44 dan seterusnya hingga ke gred DG54 atau JUSA.
Sebahagian kenaikan gred itu telah dilaksanakan pada tahun 2009. Kenaikan itu dilaksanakan mengikut Fasa 1, Fasa 2 dan Fasa 3. Saya tergolong dalam Fasa 3. Golongan Fasa 1 dan 2 terdiri daripada pensyarah DG48 ke atas. Kenaikan pemangkuan jawatan dalam Fasa 1 dan 2 telah pun disahkan kenaikan pangkat mereka.
Malangnya, kenaikan saya dari DG44 ke DG48 belum lagi bermula. Telah tiga kali dokumen peribadi diminta oleh KUKP IPG dan dihantar ke Bahagian Pendidikan Guru (BPG). Namun sehingga hari ini tiada perkembangan positif.
Apabila ditanya pihak berkenaan di BPG, mereka mengatakan segala maklumat itu telah dihantar ke Bahagian Sumber, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Apabila saya bertanya di Bahagian Sumber KPM, mereka memberitahu tidak menerima apa-apa maklumat Fasa 3 dari BPG.
Saya berasa sangat kecil hati dan terhina diperlakukan seperti ini. Telah tujuh tahun berkhidmat di IPG dan 10 tahun dalam gred DG41, tetapi belum menerima hak pemangkuan sebagaimana dijanjikan.
Lebih berkecil hati apabila melihat rakan-rakan yang baharu tiga tahun berkhidmat di IPG telah dinaikkan ke gred DG48, sedangkan permulaan gred DG41 sama dengan saya.
Saya rasa ini satu penganiayaan oleh BPG terhadap kakitangannya. Hal ini tidak sepatutnya berlaku. Saya berharap pihak berkenaan dalam Kementerian Pelajaran dapat memberi perhatian terhadap aduan ini.
PENSYARAH TERANIAYA
Kuala Lumpur
Kluang, Johor.
Latest Comments