Hal Guru

24 04 2010

Berbalik kita kapada hal yang terus menerus berkaitan dengan pelajaran. Perkara guru yang memainkan peranan besar disekolah-sekolah. Dibawah ini ialah suatu rungutan berkenaan penghargaan sumbangan guru dan satu lagi berkenaan kenaikan pangkat.

Mereka yang mahukan sistem sekolah vernakular ada mengatakan sekolah kebangsaan mutunya tidak sebanding dengan sekolah vernakular. Ada yang memuji dedikasi guru-guru disekolah Cina. Apa ini benar? Sejauh mana dedikasi mereka, apa motivasi mereka, apa kemudahan yang diberi kapada mereka – mari kita kongsi maalumat dan pendapat disini.

Rencana ini mengemukakan perkara kemudahan-kemudahan yang diberikan kapada guru-guru dan pensyarah diInstitut Penndidikan Guru – didalam situasi yang tertentu. Namun demikian, kita boleh bincangkan hal guru secara umum juga disini. Silakan.

Dalam pada itu kita harus ingat bahawa jumlah guru-guru disekolah kebangsaan jauh lebih banyak dari sekolah vernakular. Masalahnya juga jauh lebih banyak. Oleh itu, bandingan diantara kedua kumpulan itu harus mengambil kira fakta ini. Namun demikian pihak-pihak berkenaan diKementerian Pelajaran perlu memberi perhatian sepenuhnya keatas rungutan-rungutan yang mempunyai alasan yang kukuh dan sebab yang berpatutan.

Catitan: Rencana ini ditambah/ dikekamskini pada pukul 10.30 pagi.

*************
1.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0421&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_01.htm

ARKIB : 21/04/2010
Sumbangan guru tidak dihargai?

SABAN tahun beratus-ratus orang guru dipanggil bertugas membantu Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dalam pelbagai tugasan– menggubal soalan, memeriksa kertas jawapan, membuat format soalan dan sebagainya.

Sebagai kakitangan pendidikan yang diasuh dengan cogan kata ‘Berkhidmat Untuk Negara, tiada sebarang penolakan oleh guru untuk menghadiri pelbagai program LPM walaupun pada masa yang sama guru perlu melaksanakan tugas hakiki mereka di sekolah.

LPM juga sentiasa menghargai sumbangan para guru dengan menyediakan kemudahan mengikut kelayakan seperti elaun perbatuan, tiket penerbangan, kemudahan penginapan mengikut kelayakan dan sebagainya.

Malangnya, mulai tahun 2010, dengan pelbagai alasan kononnya untuk berjimat, LPM telah menidakkan sumbangan para guru dan seterusnya memperkecilkan maruah guru dengan menyediakan kemudahan yang tidak mengikut standard pekeliling yang ditetapkan. Antaranya:-

n Kemudahan tiket penerbangan telah ditarik balik.

Kelayakan yang diberi ialah tambang teksi satu tempat duduk. Bayangkan jika guru berkenaan datang dari Kota Bharu, Kelantan, berapa lama masa diambil untuk menunggu tempat duduk teksi berkenaan penuh? Rasanya dua hari dua malam pun belum tentu teksi berkenaan ada empat penumpang. Suka tak suka guru berkenaan terpaksa memandu kenderaan sendiri dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur.

Sepatutnya guru berkenaan layak menuntut tambang gantian kapal terbang. LPM hanya membenarkan guru menuntut tambang satu tempat duduk teksi. Berapa guru berkenaan dibayar? RM160 pergi-balik untuk perjalanan lebih 1,500 km sedangkan kos sebenar membawa kenderaan sendiri dan tol mencecah RM300 pergi dan balik. Hal ini belum termasuk penat lelah guru mengharungi perjalanan jauh.

n Kemudahan bilik penginapan yang tidak mengikut pekeliling perkhidmatan.

Kerajaan menyediakan kemudahan penginapan satu bilik bagi guru DG48, DG52, DG54 dan ke atas. Guru DG48 ke atas yang berkhidmat dengan LPM biasanya ialah pengetua, pengetua kanan atau guru cemerlang yang berusia lebih 50 tahun ke atas. Ada yang satu atau dua tahun lagi hampir pencen.

Malangnya, LPM telah menarik balik kemudahan ini. Semua peserta mesti berkongsi bilik tanpa mengira gred jawatan mereka. Isunya, standard hotel yang disediakan oleh LPM juga semakin rendah. Ada hotel yang hanya menyediakan satu katil dan sehelai selimut dan bilik yang amat kecil. Apakah ‘orang-orang tua’ ini selesa untuk berkongsi bilik bagi jangka masa lima hari bertugas di LPM? Kita ingin bertanya kepada Pengarah Peperiksaan, adakah beliau turut mengamalkan berkongsi bilik ketika bertugas di luar stesen/negeri?

n Dasar baru LPM yang mengadakan mesyuarat di LPM Putrajaya atau LPM Jalan Duta amat membingungkan dan menyusahkan guru.

Bayangkan guru dikehendaki hadir mesyuarat pukul 9 pagi Isnin. Maka guru dari Kota Bharu/Alor Star yang baru turun dari bas dengan beg besar pun bergegas ke LPM tanpa mandi sehingga pukul 5 petang untuk melaksanakan tugas.

Selepas pukul 5 petang hari berkenaan mereka dihantar dengan bas (kos bas RM1,000 sehari dan ada lebih lima bas disediakan) ke hotel untuk daftar masuk. Setiap hari, bas akan ambil dan hantar ke LPM. Lucunya, hotel yang disediakan di Shah Alam, mesyuarat di Jalan Duta. Mengapa mesyuarat tidak terus dibuat di hotel berkenaan?

Bayangkan pembuangan masa dan keletihan yang dialami oleh guru. Pada hari terakhir mesyuarat pula guru dibiarkan terkontang-kanting menguruskan pengangkutan ke stesen bas selepas pukul 5 petang untuk pulang ke destinasi. Ini kerana guru tidak dibenarkan menginap pada malam berkenaan walaupun layak berbuat demikian kerana tamat tugas pukul 5 petang.

n Pemilihan hotel yang tidak menepati standard keselamatan mesyuarat kategori sulit.

Mulai tahun ini LPM tidak lagi peduli dengan ciri keselamatan panel mesyuarat. Misalnya, atas alasan kos LPM memilih hotel bujet yang tidak ada CCTV, kawalan keselamatan, kemudahan letak kereta dan hotel di kawasan hitam sebagai pilihan.

Umpamanya, pada Mac lalu, LPM mengadakan mesyuarat di sebuah hotel di Lorong Haji Taib. Hal ini amat memalukan guru kerana ‘diganggu’ oleh penghuni lorong-lorong berkenaan sewaktu ingin berekreasi di kawasan sekitar hotel.

Sebenarnya banyak lagi perubahan dilakukan oleh LPM sekarang. Pengarah juga tidak pernah melawat/memantau perjalanan mesyuarat untuk melihat sendiri kepayahan guru yang ingin menyumbang bakti kepada negara dan LPM khususnya. Hal ini berbeza dengan pengarah-pengarah lalu yang rajin menjenguk muka memberi motivasi kepada guru.

Kita mohon Kementerian Pelajaran, NUTP, CUEPACS dan sebagainya melihat isu ini. Kita bimbang jika keadaan ini dibiarkan lama kelamaan tiada guru yang ingin memberi sumbangan kepada LPM.

Akhirnya pegawai-pegawai LPM sendirilah yang menyiapkan tugasan membina item, memeriksa kertas dan sebagainya. Akhirnya kesan lebih besar adakah standard kualiti kertas soalan yang dihasilkan memenuhi piawaian antara bangsa yang diuar-uarkan?

ADIWARA

************
2.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0421&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_03.htm

ARKIB : 21/04/2010
Kecewa kenaikan pangkat di Institut Pendidikan Guru

SAYA telah berkhidmat di Institut Pendidikan Guru (IPG) selama tujuh tahun. Pada tahun 2006, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak (ketika itu Timbalan Perdana Menteri) mengumumkan seluruh institut perguruan dinaikkan taraf kepada Institut Pendidikan Guru (IPG).

Sehubungan itu, semua pensyarah dinaikkan taraf. Pensyarah gred DG41 bakal dinaikkan ke gred DG44 dan seterusnya hingga ke gred DG54 atau JUSA.

Sebahagian kenaikan gred itu telah dilaksanakan pada tahun 2009. Kenaikan itu dilaksanakan mengikut Fasa 1, Fasa 2 dan Fasa 3. Saya tergolong dalam Fasa 3. Golongan Fasa 1 dan 2 terdiri daripada pensyarah DG48 ke atas. Kenaikan pemangkuan jawatan dalam Fasa 1 dan 2 telah pun disahkan kenaikan pangkat mereka.

Malangnya, kenaikan saya dari DG44 ke DG48 belum lagi bermula. Telah tiga kali dokumen peribadi diminta oleh KUKP IPG dan dihantar ke Bahagian Pendidikan Guru (BPG). Namun sehingga hari ini tiada perkembangan positif.

Apabila ditanya pihak berkenaan di BPG, mereka mengatakan segala maklumat itu telah dihantar ke Bahagian Sumber, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Apabila saya bertanya di Bahagian Sumber KPM, mereka memberitahu tidak menerima apa-apa maklumat Fasa 3 dari BPG.

Saya berasa sangat kecil hati dan terhina diperlakukan seperti ini. Telah tujuh tahun berkhidmat di IPG dan 10 tahun dalam gred DG41, tetapi belum menerima hak pemangkuan sebagaimana dijanjikan.

Lebih berkecil hati apabila melihat rakan-rakan yang baharu tiga tahun berkhidmat di IPG telah dinaikkan ke gred DG48, sedangkan permulaan gred DG41 sama dengan saya.

Saya rasa ini satu penganiayaan oleh BPG terhadap kakitangannya. Hal ini tidak sepatutnya berlaku. Saya berharap pihak berkenaan dalam Kementerian Pelajaran dapat memberi perhatian terhadap aduan ini.

PENSYARAH TERANIAYA

Kuala Lumpur

Kluang, Johor.


Actions

Information

9 responses

24 04 2010
Wira

Berpatutanlah dengan guru-guru sekolah kebangsaan. Mereka dituduh macam-macam, termasuk berpolitik, mencari wang luar, mengIslamkan murid-murid bukan Islam.

Kalau guru-guru disekolah Cina bagus sangat, kenapa sampai 25% drop out?

25 04 2010
SSS Admin

Wira,

Mutu guru disekolah kebangsaan memang tidak boleh dibanding dengan guru disekolah Cina. Jumlahnya jauh lebih banyak, jentera Kementerian Pelajaran jauh lebih besar dari Dong Zong dan Lembaga-Lembaga sekolah Cina. Bila lebih banyak dan lebih besar, lebihlah masalahnya dan sistem kadangkala boleh tersangkut disana sini. Saperti juga bila mentadbir suatu city state saperti Singapore atau wilayah kecil saperti Gibraltar.

Dalam pada itu Kementerian dan Jabatan Pelajaran tidak boleh abaikan masalah yang dialami guru-guru. Mana-mana masalah yang dikemukakan mengikut saluran yang resmi dan betul mesti diselidikki dan jawapan-jawapan yang sewajarnya diberi. Mesti ada dasar, perinsip dan panduan bagi peraturan-peraturan yang dibuat bertahun-tahun lamanya supaya boleh menentukan apa yang dituntut wajar dan berpatutan atau tidak.

Kebijaksanaan atau “discretion” perlu digunakan oleh pegawai yang bertanggung jawab berkenaan dengannya. Mungkin masalahnya ialah pekerja bantuan atau “supporting staff” saperti kerani dan sebagainya tidak mengemukakan surat tuntutan atau permohonan guru-guru tersebut kapada Pegawai yang mempunyai kebijaksanaan atau discretion tersebut. Jika tidak, ambil tindakan diatas support staff itu. Jika sudah dikemukakan, tindakan harus diambil keatas Pegawai berkenaan oleh Pegawai atasannya, terutama sekali bila sudah berkali kali dipohon tindakan oleh guru berkenaan.

24 04 2010
Kit

Chinese school teachers very dedicated. Gives lots of homework and make children work. They also work extra, correct children’s work. See more go to Chinese schools now.

25 04 2010
SSS Admin

Kit,

It is difficult to determine the dedication of Chinese school teachers relative to that of the national school teachers. First, what criteria do we use to assess dedication. Secondly, the vast number of national school teachers means that there must be very dedicated ones in numbers equal if not more than the Chinese school teachers. We read about the many straight As SPM results produced by national schools.

Then again, the Chinese schools curriculum varies from that of the national schools. Bahasa Malaysia syllabus and the passing grade for Chinese schools is lower than that of the national schools. Plus the fact that Chinese schools use the Rote system of learning. And they have to learn three languages (Bahasa Malaysia, Mandarin and English). These alone would make the teachers appear to work harder and put more time in Chinese schools. Whether more parents send their children to Chinese schools now or not has to be judged from reliable statistics from the Education Ministry, which have not been produced of late.

24 04 2010
Ibrahim Hussin

Kesihanlah mereka ini. Tentu sudah ikut saluran rasmi tapi tak dapat jawapan yang memuaskan. Pihak berkenaan kena ambil berat. Selidik dimana sangkutnya dan tendang mana yang menyangkutkan tu.

26 04 2010
SSS Admin

Ibrahim,

Komplen-komplen yang dibuat guru-guru memang perlu disiasat. Kementerian Pelajaran mesti ada Jabatan atau Bahagaian Perhubungan Awam yang pegawai-pegawainya ditugaskan menyaisat komplen orang ramai dan juga guru-guru. Jika komplen sudah dilakukan dengan cara yang betul, tidak ada sebabnya tidak diterima pihak berkenaan. Tetapi jika komplen dihantar dengan surat biasa, tidak, umpamanya dengan tangan atau melalui email, maka ada sedikit kemungkinan “kehilangan dipos”.

Namun demikian, jarang sekali didengari kenyataan dibuat oleh atau diatas nama Bahagian Perhubungan Awam, atau berita yang menyebut puncanya sebagai Pegawai Perhubungan Awam. Tidak diketahui pula berapa besar atau erapa ramai Pegawai dan pembantu yang menganggotai bahagian serupa itu. Apakah tugasnya hanya menjawab pertanyaan ditalipon atau mengaturkan sidang akhbar Menteri dan lain-lain pegawai tertinggi Kementerian Pelajaran. Walau bagaimana pun, Kementerian perlu mengakaji perkara ini semua supaya komplen-komplen tidak membayangkan kecuaian atau kepincangan Kementrian. Dalam pada itu, adalah diakui bahawa Kementerian Pelajaran adalah sebuah Kementerian yang amat besar dari segi Pegawai Pentadbir, Pegawai Pelajaran, Pensyarah Institiut Latihan, Guru berijazah dan Guru Latihan Biasa, serta pekerja-pekerja bantuan (ancialliary staff). Banyak pekerja, lebihlah kerumitannya.

24 04 2010
dinturtle

Salam Tuan Admin

Ada sesiapa boleh ceritakan pulak bagaimana sekolah2 cina di selia ? Dan bagaimana cara training guru2 mereka ? kursus seminar ?

26 04 2010
SSS Admin

dinturtle,

Jarang terbaca berita berkenaan perjalanan dan penyeliaan sekolah-sekolah Cina. Yang diketahui ialah mereka banyak menggunakan “Rote system of learning” (menghapal dan megulang apa yang dibaca) dan cara ini tidak melatih daya memikir tapi membina daya memperingatkan sesuatu. Selalu juga diperkatakan bahawa guru-guru disekolah Cina memberi kerja rumah yang lebih dan dengan itu mereka berkerja lebih memeriksa kerja-kerja tersebut.

Tidak diketahui juga sekim gaji dan kenaikan pangkat guru-guru disekolah Cina itu. Mereka yang diSRJK ada beratusan jumlah sekolahnya dan diperingkat menengah ada 61 jumlahnya. Dipercayai kebanyakan mereka berasal dari sekolah Cina sejak turun temurunnya. Maka ada timbul “budaya” sekolah Cina diantara guru-guru tersebut dan mengajar dengan motivasi mempopularkan Bahasa Mandarin yang dianggap sebahagian dari budaya mereka.

SSS tidak menghalang pengajaran dan pembelajaran Bahasa Mandarin. SSS hanya mahukan sekolah-sekolah tersebut menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar, kurikulum yang sama dengan sekolah kebangsaan dan Mandarin dipelajari sebagai mata pelajaran pilihan.

26 04 2010
antudurex

Kalau dah Najib nak angkat sekolah cina dengan bantuan itu dan ini, mengapa tidak di ambil juga guru-guru di sekolah cina itu utk membuat tugasan seperti membantu Lembaga Peperiksaan ini? Libatkan lah juga guru-guru sekolah cina tu sebagaimana guru-guru sekolah kebangsaan dilibatkan. Tak kan nak beri duit kat sekolah cina, peruntukan sekolah kebangsaan semakin di tarik? Lepas, guru-guru sekolah kebangsaan saja yang dibebankan dgn tugas-tugas yang lain dari tugas mengajar?

Apa? Najib nak membunuh sekolah kebangsaan ke? Dahlah ramai yg komplen mutu pembelajaran tak seberapa di sekola kebvangsaan ini. Depa lari ke sekolah cina menggunakan alasan mutu ini/ Najib pula semakin menekan guru-guru sekolah kebangsaan dgn secvara halusnya merendahkan lagi kualit pembelajaran, walhal, sekolah cina tak nak pulak dia usik tang ini?

Apa ni? Musuh dalam selimut ke? Nak bunuh sekolah kebangsaan secara halus ke?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: