Mari kita rehat sakejap dari bincang serius tak habis habis. Ini perkara serius juga. Tapi boleh lah bincang dengan tidak asyik muram dan kadang kadang baran sahaja. Gelak ketawalah sikit, tapi jangan mempersendakan penulis atau yang mengeluarkan pendapat, yang termasuk Tun Dr Mahathir sendiri. Mereka mengeluarkan pendapat yang serius.
Subjek itu serius tapi tak selalu dibincangkan. Dimasyarakt Melayu dahulu pantang bercakap fasal seks. Sampai sekarang pun masih ramai lagi Melayu yang tersipu-sipu bila anaknya tanya fasal seks. Bila sampai masa anaknya mula-mula dapat haidz (betul ke eja ni, Tuan?), suruh si emak ajar anaknya apa nak buat. Silap silap ada yang kata, “Emak engkau, beri tahulah Limah itu macam mana nak buat”. Kot ada juga yang kata, “Darling, you lah yang explainkan pada Adriana apa yang you buat masa you mula dapat haidz dulu”. Jangan kata moden, liberal konon, tapi masih kolot lagi fasal ajar anak fasal seks, fasal perlu ajar anak jangan seks rambang, fasal akibat keluar sampai pagi, jadi kutu embun, hingga nanti berkesedudukan (betul lagi eja ni, Tuan? – aku ni silap silap hilang kerja nih) dan mengandung.
Betul tak, pembaca-pembaca sekelian? Sehari dua yang lalu banyak komplen anak anak muda berteraburan hingga Subuh dikedai makan 24 jam diKuala Lumpur, ditempat main futsal, dikelab bola kenen (aku orang lama, orang sekarang panggil snooker ke hape benda ke).
Aku tahu nak marah pengaruh TV dan sebagainya sahaja. Tapi rakan-rakan seperjuangan aku disini kata kalau gitu, aku kena duduk digualah, jangan campur orang. Boleh tonton TV dan sebagainya. Kena cari jalan macam mana nak kurangkan masalah saperti ini. Tapi kawan kawan aku kata Ok lah aku boleh tulis cara ini. Tak cara rambang kan macam ni, Tuan? Terima kasihlah benarkan aku tulis cara ringan sikit nih. Tapi aku tak minum todi atau take beer jadi tak ringan sampai melayang.
Omputih ceritakan kapada anak diaorang fasal “the birds and the bees”. Kalau ada yang dengar macam mana orang lain beri tahu anak mereka fasal seks dan jaga jangan seks rambang dengan berkesan, silalah kongsi disini.
Kita kena coba kurangkan gejala boncit perut sana, boncit perut sini, beribu anak tak bernama. Tak menyenangkan hati kita. Kita patut fokus kapada persepaduan negara.
Tengok muka diaorang belasan tahun yang digambar dan diinterbiew dilewat malam dan dilapurkan diakhbar, berbagai bangsa ada. Ada pulak yang kata banyak bayi buangan ialah kelakuan pekerja asing atu pendatang haram. Betul ke? Diaorang tu memang easy picks bila ada saja yang tak betul berlaku. Kadang kadang kesian juga yang datang nak cari makan dinegara ini.
Salam kapada semua.
********************************************
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Guruperlukreatifdidikpelajarisuseksual/Article
Guru perlu kreatif didik pelajar isu seksual
2010/04/24
SEBAGAI seorang ahli masyarakat, saya juga agak sedih dengan isu buang bayi dan zina sebelum berkahwin. Saya tertarik untuk membincangkan cadangan Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil untuk memperkenalkan pendidikan Sains dan Reproduktif sebagai satu mata pelajaran di sekolah.
Saya sebagai seorang guru merasakan bahawa mata pelajaran biologi, sains menengah rendah dan pendidikan jasmani serta kesihatan sebenarnya mampu memberikan pendidikan seks dan reproduktif kepada remaja kita.
Dalam sukatan mata pelajaran itu, terkandung hal-hal mengenai organ pembiakan, masalah pembiakan, proses kehamilan dan cara mencegah kehamilan. Jika guru yang mengajar dapat mengolah strategi, kaedah dan teknik pengajaran contohnya pengajaran secara konstekstual, pelajar dapat menghubungkait fakta yang dipelajari di sekolah dengan kehidupan sebenar dan diri mereka sendiri. Yang lebih penting ialah pelajar perlu mengetahui kesan tindakan mereka. Alangkah malangnya bagi seorang pelajar yang sudah mengalami haid, belajar mengenai kitaran haid dalam tingkatan tiga tetapi tidak tahu bahawa jika mereka melakukan hubungan seks, mereka boleh mengandung.
Ini adalah akibat daripada proses pengajaran dan pembelajaran untuk mengejar kecemerlangan akademik saja menyebabkan guru lupa untuk menerapkan nilai murni. Kita mungkin sudah lupa Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mempunyai matlamat untuk menghasilkan insan yang seimbang dan harmonis dalam semua aspek jasmani, rohani, intelek, emosi dan sosial.
Saya dapati seolah-olah tidak ada rasa gerun di kalangan mereka. Setakat ini saya belum baca atau banyak dengar pesalah ini dipertanggungjawabkan atas tindakan mereka. Semua salah orang lain.
IBU GURU, Kuala Lumpur.
******************
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0420&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_24.htm
ARKIB : 20/04/2010
Pendidikan seks di sekolah tidak perlu – Dr. Mahathir
20/04/2010 4:31pm
KUALA LUMPUR 20 April – Pendidikan seks tidak perlu dijadikan sebagai subjek khas di sekolah-sekolah kerana ia sudah terdapat dalam pengajaran agama Islam, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, subjek khas mengenai seks tidak perlu tetapi memadai dengan menjelaskannya dengan baik mengenainya supaya anak-anak faham dan tidak mudah terpengaruh dengan nafsu.
Menurut beliau, dalam subjek agama Islam boleh dimasukkan perkara-perkara yang mengajar anak-anak berdisiplin dan mengawal nafsu kerana ia sebahagian daripada ajaran Islam.
“Akibat tidak mengawal nafsu bayi dibuang dalam tong sampah dan kerana itu dalam pembelajaran agama Islam perlu ditekankan tentang pentingnya pengawalan nafsu,” katanya pada sidang akhbar di sini. – Utusan
**********************
Latest Comments