Rakyat Malaysia dan Bahasa Kebangsaan

2 06 2010

“BAHASA JIWA BANGSA”


Kedua-dua imej di atas diperolehi dari laman  OH! TIDAK

Apa yang boleh dipuji daripada imej pertama di atas adalah penggunaan bahasa Kebangsaan nampaknya diutamakan. Bahasa Kebangsaan, diikuti dengan bahasa Inggeris.

Dalam imej kedua pula, bahasa cina diutamakan dari bahasa Kebangsaan. Walaupun bahasa Kebangsaannya tunggang langgang, ianya masih diberi tempat di dalam iklan tersebut.

Kedua-dua imej ini memberikan pelbagai persoalan:-

  • Adakah agensi kerajaan yang bertanggungjawab ke atas pengiklanan umum mengambil mudah tanpa peduli ataupun menutup mata terhadap pencemaran bahasa Kebangsaan yang bukannya sedikit jumlahnya berlaku di seluruh negara?
  • Adakah kedaulatan bahasa Kebangsaan merupakan suatu perkara yang remeh?
  • Apakah sistem pendidikan negara tidak mampu menangani masalah ‘kefasihan’ bahasa Kebangsaan? Apakah ini gejala-gejala yang terhasil dari pendidikan sekolah vernakular? Tiadakah usaha berterusan dilakukan untuk mengatasi masalah ‘kefasihan’ ini?
  • Mengapakah sehingga kini, isu warga negara Malaysia yang masih tidak dapat menguasai bahasa Kebangsaan, nampaknya seperti dibiarkan begitu sahaja tanpa usaha bersungguh-sungguh untuk mengatasinya? Bukankan menjadi syarat yang dimaktubkan di dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa setiap warga negara wajib fasih bahasa Kebangsaan?
  • Orang memperlekehkan bahasa Kebangsaan sehingga menjadi suatu bahan jenaka. Tidakkah kita, warga negara, merasa sesuatu yang tidak kena ataupun merasa malu apabila bahasa Kebangsaan kita dijadikan bahan ketawa?

Kami serahkan kepada para pengunjung untuk merenung sejenak tentang kedudukan bahasa Kebangsaan kita pada hari ini. Kongsikan segala persoalan-persoalan yang ada untuk kita sama-sama mengambil iktibar. Harapan kita supaya kerajaan yang ada pada hari ini mengambil berat ke atas kedaulatan bahasa Kebangsaan negara ini.

Akhir sekali, ingin kami memetik suatu petikan dari ...L I S T E D !!! yang agak marah bunyinya:-

SPRM Ni Dah Berbangsa Apa? Bangsat? Thanks To Bapak Vernakular!

“…Kenapa pegawai-pegawai SPRM dikehendaki menulis dan bercakap di dalam Bahasa Mandarin? Adakah laporan di dalam Bahasa Mandarin? Apakah pegawai-pegawai atasan SPRM tidak boleh berbahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris?…”


Actions

Information

15 responses

2 06 2010
satD

Salam SSS Admin

Tu la dia, dulu masa bagi citizenship taknak design peraturan betui betui..

kalau tak silap saya ada basic requirement for “elementary” knowledge of Malay, and this is to be enforced via the Language Board who will “test” the prospective person applying to become a citizen…..

Kalau start2 dah kasi level “elementary” sampai mampus pun “elementary”, ni belum cita Language Board punye operation lagi….hancus

3 06 2010
SSS Admin

satD,

Masa menyetujukan kerakyatan, ghairah dengan hendak dapat kemerdekaan. Masa mengeluarkkan sijil kerakyatan, bergelora dengan rasa memerintah negara sendiri. Sekarang 53 tahun selepas Merdeka, kesibukan mengejar undi. Sepanduk “Bahasa Jiwa Bangsa”, “Satu Bahasa Satu Jiwa” sudah koyak rabak. Tinggal hanya sepanduk “RM3 juta untuk sekolah Cina diHulu Selangor”, “RM18 juta untuk sekolah Cina diSibu”. Malangnya undi yang dikejar pun tidak didapati. Kedaulatan Bahasa Malaysia dicabuli.

Kalau bersekolah diSJK beberapa tahun diperingkat memupuk pendirian (formative years), bila masuk kesekolah kebangsaan merasa janggal berbahasa Malaysia. Bahasa Malaysia dipelajarai diSJK hanya sebagai satu mata pelajaran dan bukan sebagai bahasa pengantar. Mesti tidak fasih berbahasa Malaysia disekolah kebangsaan. Timbalan Menteri Pelajaran menyatakan diakhbar ditahun 2008 bahawa 25% murid-murid SJKC berhenti sekolah (drop out) sebelom sampai peringkat SPM. Apatah lagi mereka yang terus berlajar diSJKC hingga SPM. Maka inilah jenisnya yang mengakibatkan bahasa tunggang langgang itu.

Selagi pemimpin tidak bertukar pendirian, selagi itu masalah sistem sekolah vernakular akan berterusan. Kita perlu mengingatkan mereka dan rakyat jelata pentingnya ada hanya satu sistem persekolahan dinegara ini untuk keharmonian dan persepaduan negara – sistem satu sekolah untuk semua (SSS).

3 06 2010
Imran

Apa pihak yang bertanggung jawab sengaja tutup mata, atau ada udang disebalik batu, atau keliru tengok pemimpin pun tak indahkan Bahasa Kebangsaan dan bukan sahaja biarkan tetapi sokong sekolah vernakular dengan pemberian wang tunai?

Siapa yang bertanggung jawab? Majlis Tempatan? Macam macam cerita Majlis Tempatan sekarang, Pegawai-Pegawai beli flat yang dimaksudkan untuk mereka yang berpendapatan rendah, mereka beli untuk sewa, macam macam lagi. Banyak yang mengarut dinegara ini sekarang.

3 06 2010
SSS Admin

Imran,

Keruntuhan akhlak berlaku diMalaysia kebanyakannya dimasa pemerintahan yang digelar Tun Dr Mahathir sebagai “flip flopping, auto piloting and sleepy”. Rasuah mula dengan banyak dizaman pemerintahan TDM lagi, merebak sehingga parti ulung pemerintah menjadi busuk hingga ke teras. Berterusan hingga sekarang.

Maka dengan keruntuhan akhlak itu pihak berkuasa tidak menghiraukan sangat kepincangan saperti yang dikemukakan dipos kami ini. Majlis Tempatan bertanggung jawab dikawasan yang termasuk didalam kawasannya. Ada juga kilang dan sebagainya yang beroperasi diluar kawasan Majlis Tempatan. Ada juga kilang-kilang haram yang dibuka dikawasan luar bandar. Maka Pegawai Daerah berkenaan ada kuasa diatasnya. Menerusi Penghulu, Ketua Kampung, Jawatan Kuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKKK) dan sebagainya.

Tetapi didalam keadaan keruntuhan akhlak dan pendirian tidak mempedulikan kuasa sekarang ini, banyak bergantung kapada pihak atasan sekali. Jika pemerintah tidak dilihat sebagai flip-flopping lagi, tegas dan mahu tindakan keras diambil Pegawai-Pegawainya, kedaan akan mula pulih. Sama ada ini akan berlaku atau tidak, susah mahu memastikannya. Marilah kita menyeru dan berdo’a supaya akan berubah. Dalam pada itu, mana yang kita boleh lakukan, kita coba membaikki keadaan sebagai warga negara yang perihatin.

3 06 2010
Sayong

Hahaha, sekolah mana deme tu pegi, Bang?

Itulah gomen patut bebenor jadikan sekolah Cina tu sekolah kebangsaan, pakai BM jadi bahasa pengtarnya. Kalau bahasa pengantar BM, tentu deme lebih tahu makna kata kata yang digunakan tu.

4 06 2010
SSS Admin

Sayong,

Dipemerintahan yang ada sekarang susah mahu diharapakn sekolah vernakular dijadikan sekolah kebangsaan kerana Perdana Menteri membenarkan sekolah Cina diteruskan dan menyokong sistem persekolahan itu dengan memberi bantuan wang dan sebagainya. Bukan sahaja dimasa pilihan raya kecil, tetapi dilain masa juga kerana pendiriannya mahukan sokongan Cina supaya disukai ramai (popular).

Malangnya ramai yang tidak menyukai pendiriannya itu saperti mana juga ramai yang tidak menyukai pendiriannya yang condong kapada kaum Cina saperti liberalisasi ekonomi dan Model Ekonomi Bahrunya. Maka timbullah Perkasa, 76 NGO Melayu dan pergerakan Melayu Bangkit yang bercadang mengadakan perhimpunan diTrengganu.

Diharapkan pemimpin kita sedar banyak yang tidak puas hati dengan pendiriannya telah mengeluarkan suara dan banyak lagi yang diam belom bersuara.

3 06 2010
dinturtle

Salam Tuan admin,

Gambar pertama tu OK apa ! “Penceroboh akan didakwah” , mungkin ini satu approach baru bagi menggantikan gambar orang kena tembak. Peringatan berhemah Satu Malaysia stail :))

Sepatutnya Bahasa Malaysia diberikan perhatian utama oleh Najib melalui 1Msia nya, kerana satu bahasa merupakan pengikat utama rakyat pelbagai kaum dan budaya.

4 06 2010
SSS Admin

dinturtle,

DS Najib mahu menang pilihan raya umum bersama Cina. Telah dibayangkan di1Malaysianya, di berbagai kata-kata dan tindakannya sejak menjadi PM. Nyata diPRU Hulu Selangor dan Sibu walau pun Cina tidak menokongnya dengan habuan wang tunai berjuta juta untuk sekolah Cina sekali pun. Pada hal Cina telah kehilangan begitu banyak kerusi diPRU12 dan MCA dibawah pimpinan bahrunya sekarang mula mengecam dasar Kerajaan saperti pemberian biasiswa.

Selagi ada sekolah vernakular selagi itulah Bahasa Malaysia tidak diberi perhatian utama oleh pemerintah. Sekolah vernakular adalah bertentangan dengan Perkara 152 Perlembagaan negara. Kita menunggukan pendirian PM bertukar atau dia ditukar. Sementara itu kita teruskan usaha-usaha mendapatkan Bahasa Malaysia dimertabatkan mengikut tarafnya diPerlembagaan.

3 06 2010
Wan

Tuan Admin

Jawab kapada so’alan tuan ialah sebab tak ada pemimpin yang ada bola berani selesaikan masalah sekolah vernakular.

4 06 2010
SSS Admin

Wan,

Penyelesian masalah sekolah vernakular memang perlukan pemimpin yang tegas dan berani. Kebranian datangnya dari kekuatan. Memang kekuatan itu diperso’alkan sekarang. Tun Dr Mahathir berkata Melayu telah berpecah tiga. Kekuatan UMNO tidak sebegitu sekarang. Presiden UMNO pula tidak nampak gigih dengan usaha-usaha bersatu padu dengan PAS dan PKR.

Dia semangkin mecoba menarik hati Cina. Masalahnya Cina pun bertempiaran. MCA berselapuk dengan masalah partinya yang nampaknya baharu sahaja selesai. Pengundi Cina yang lari kepembangkang tidak dapat dipikat diPRK Hulu Selangor dan Sibu. Dalam usaha memikat itu, Presiden UMNO terlihat sebagai melebihkan perhatian kapada kepentingan Cina. Maka bertambah buruklah keadaan.

Diharap UMNO akan berusaha mendapatkan Presidennya bertukar haluan. Melebihkan kepentingan Melayu yang majoriti dinegara ini dan coba sedaya upaya mendapatkan Melayu bersatu. Caranya hanya orang politik sahaja yang tahu. Tetapi termasuklah mengenepikan perasaan angkuh diantara pemimpin parti-parti Melayu.

3 06 2010
Kenn

I think the government should pay serious attention to the issue of citizens not fluent in National language. PM, as the leader of the country should not unnecessarily campaign for the learning of Mandarin when many of Malaysia citizens apparently have poor command of Bahasa Kebangsaan.

Last time it was Dato Zambry of Perak, putting all ADUN to Mandarin tuition class (he wrote this in his blog sometime time ago). Now SPRM putting Mandarin as one of the criteria in job application. See, how the example has been set by the PM?

PM should be bold enough to review the policy pertaining to vernacular schools. He used his power as Minister of Education that time, giving the status of Jenis Kebangsaan to vernacular school. Remember that was the Rakyat’s power bestowed upon him. He cannot just simply use the power as he likes.

4 06 2010
Kenn

Put up a blog posting discussing the same language issue HERE.

4 06 2010
SSS Admin

Kenn,

We agree with you fully that the Government should pay serious attention on the matter of citizens’ fluency in the National Language. Nowhere else in the world are citizens allowed to take a lackadaisical attitude towards the National Language of the country, whatever it may be. Newcomers to US cannot dream of getting a “green card” – that which entitles them to permanent stay and citizenship – if they are not fluent in English.

The National Language is stipulated in the Constitution of the country. Especially in a multi-racial country like ours, language is a unifying factor. Even in mainland China, they had a national language to unify the people into a cohesive whole – Mandarin. The Chinese in Malaysia do not speak Mandarin as a mother tongue and they should not insist on Mandarin as the medium of instruction in schools. When children attend schools with the National Language i.e Bahasa Malaysia as the medium of instruction, the tendency is for their fluency in the language to improve.

Let us keep harping and speaking up for the Government to take serious action on the matter of the National Language. It has to stop the encouragement of vernacular schools by giving financial grants and the like. It should start determining whether the people want the single stream schooling already raised and discussed in Parliament. He has said that that system will be implemented when the rakyat wants it. The best way to determine whether the rakyat wants it or not is to hold a referendum. We have proposed it as the best and safest way for him politically to do so.

4 06 2010
kassim

salam, cakap bab kepimpinan dan salah-guna kuasa memang tak ada hujung selagi wang /kuasa/ pangkat dll yg dikejar tak kira halal haram. sila beri lebih perhatian kpd keturunan Tionghua yg jelas pentingkan diri, bermuka2, tikam belakang spt di SIBU dan Hulu Selangor. Depa dah kaburi jiwa pimpinan dlm penjuangan bahasa Kebangsaan. NTV 7 dah jadi siaran dari negara mana? peratus guna bahasa pendatang tinggi. guna C@*& dan E….^&* lebih utama. rujuk rancangan EDITOR TIME terbit mlm Jumaat. nak bbincang boleh guna bahasa kebangsaan spatutnya… tapi rancangan daripada bumiputra pun x utamakan bahasa kebangsaan. mana pergi santun depa bila sebut abdullah badawi je tanpa kata panggillan hormat? gitu ke cara depa b bahasa? knp xsebut tun.., dll ? apabila pimpinan bangsa sendiri membelakangkan kdaulatan, depa naik tocang! kementerian penerangan? komunikasi? syarikat media dikuasai oleh mereka yang xsayangkan, lupa asal -usul gamaknya.. sekian, terima kasih

5 06 2010
SSS Admin

kassim,

Penggunaan Bahasa Malaysia tidak dihormati akibat kurang kawalan dan galakan diatasnya. Keadaan ini bermula sejak pemerintahan yang lalu dan menjadi semangkin ketara sekarang. Akhbar akhbar dalam bahasa vernakular ada begitu banyak, kebenaran bagi pemancaran talivisen dan radio telah bertambah. Mereka dibiarkan sahaja membuat sesuka hati, termasuk mengkritik Dasar Ekonomi Bahru dan menggunakan bahasa vernakular. Dengan itu Bahasa Kebangsaan diketepikan.

Pendirian tikam belakang juga timbul dikalangan gabungan parti-parti politik. Parti yang porak peranda kepimpinannya dan tidak dapat menarik undi Cina diPRK Hulu Selangor dan Sibu mencoba cara cara bahru yang menyo’al pendirian gabungan parti pemerintahnya saperti pemberian biasiswa. Mereka nampaknya berlumba-lumba dengan parti pembangkang melaungkan ketidak sama rataan. Tidak menghiraukan Kedudukan Istimewa Melayu diPerlembagaan yang membolehkan kelebihan peluang diberi kapada kaum Mmelayu untuk mengurangkan jurang ekonomi dan pelajaran tinggi Melayu bila dibandingkan dengan kaum Cina.

Pemimpin perlu menukarkan pendirian dan haluan. Selagi nampak melebihkan perhatian kapada kepentingan bangsa Cina selagi itu mereka akan mengambil segala peluang yang ada dengan meminta lebih, lebih dan lebih. Pemberian yang lebih yang tidak mengambil kira Kedudukan Istimewa Melayu mengecewakan Melayu, timbul prasangka dan dendam yang tidak baik bagi keharmonian dan persepaduan negara.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: