“Satu Sekolah Untuk Semua” Aluminium Frame

7 08 2010

For those who are interested in getting a nice and elegantly made aluminium frame displaying the “Satu Sekolah Untuk Semua” logo, kindly check the following website.

Please be informed that “Satu Sekolah Untuk Semua” at WordPress is not involved in any whatsoever way in the business of the frame. We have just stumbled the website and like to promote the item in our website.

The vendor is Warisan Cemerlang Baru Sdn. Bhd. Details can be obtained from the following URL.

(http://warisancemerlangbarusdnbhd.blogspot.com/2010/06/satu-sekolah-untuk-semua.html)


Actions

Information

6 responses

7 08 2010
antubahasa

eh! Najib 1-Malaysia dah bertaubat ? Dah bangun dari mimpi cina ? Atau dah buang tabiat ?

Bukan kah dia tu Bapak Vernakular ? Masa orang dok hebat kempen Satu Sekolah Untuk Semua, dari Prof Khoo sampailah bloggers pembangkang, Najib pula nampaknya tak sokong Satu Sekolah, Satu Bahasa, Satu Negara & Satu Bangsa.

Baguslah kalau dah insaf dan bertaubat tu! Moh !! Kasi instruction kat Muhyidin tu, buat SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA segera!

8 08 2010
SSS Admin

antubahasa,

Peristiwa kasihnya (“affair”) dengan sekolah Cina nyata kerana mahukan undi. Bertubi-tubi dia coba mengambil hati pengundi Cina: melawat pejabat akhbar Sin Chew, melawat sekolah Cina, makan malam disekolah Cina sehingga Rang Perbelanjaan (Budget)nya nyaris tidak lulus diParlimen dihujung tahun lalu, mengumumkan sekolah Cina boleh diteruskan, memberi wang tunai berjuta-juta Ringgit kapada sekolah-sekolah Cina diPRK Kuala Trengganu, PRK Hulu Selangor dan PRK Sibu. RM3 juta tunai dijanjikan kapada sekolah Cina Rasa tetapi telah diakui ramai bahawa orang Cina Rasa tidak pun mengundi Barisan Nasional. Begitu juga RM10 juta diSibu.

Banyak Melayu kecewa dengan pendiriannya. Dia juga mengabaikan hak dan kepentingan Melayu pada mulanya Model Ekonomi Bahru diumumkan. Sehingga Perkasa, Gertak, Melayu Bangkit dan lebih 100 NGO Melayu telah mengeluarkan suara dan kemudiannya Dato Seri Najib mengumumkan diParlimen bahawa sasaran 30% kekayaan korporat dibawah Dasar Ekonomi Bahru itu akan diteruskan dibawah MEB.

Adalah diharapkan dia sedar bahawa penganut dan penyokong sekolah Cina tidak boleh dipujuk atau diambil hati dengan wang ringgit dan layanan istimewa. Tibalah masanya dia memulakan, peringkat demi peringkat, usaha-usaha menyerapkan dan mementingkan Bahasa Kebangsaan kedalam sistem pelajaran negara dan mendorongkan pembelajaran bahasa Mandarin sebagai mata pelajaran pilihan disekolah kebangsaan. Mutlamatnya ialah sekolah Cina diserapkan kedalam sistem sekolah kebangsaan dan menggunakan Bahasa malaysia sebagai bahasa pengantar.

Tidak boleh diturut sahaja kehendak mereka. Kerajaan negara People’s Republic of China pun mahukan Bahasa Kebangsaannya diutamakan dan mengenepikan bahasa Cantonis didaerah selatan China dan Hong Kong sehnigga banyak tunjuk perasaan diadakan. DiMalaysia Bahasa Malaysia adalah Bahasa Kebangsaan kita.

7 08 2010
Aku

Nampaknya DS Najib dah pening kepala sekarang. Macam macam masalahnya. Melayu berpecah tiga, Perkasa dan lain-lain mengecam dia, Barisan tak tentu macam mana. MCA yang 1 1/2 tahun tunggang langgang dengan masalah pemimpinan sekarang menuduh UMNO main politik agama pulak dah. MCA nak coba taktik baru bagi memikat pengundi Cina. Tetapi menyentuh sensitiviti UMNO. Teruk padahnya.

Najib perlu sedar coba macam mana pun, yang kepala batu menyokong DAP tak boleh berganjak. Yang kepala tak begitu keras pun, mula nak keras, akibat dakyah politik rasis saperti Tony Pua. Najib diamkan saja. Tak bendong cobaan menghakis dan mengikis hak dan kepentingan Melayu. Mereka naik tocang. Tak pedulikan Akta Hasutan, menghasut singkirkan hak Melayu diskaun rumah sudah berpuluh tahun.

Lagi Melayu naik marah. Lagi pening kepala dia. Nak liberal konon. Tapi dia tak faham pemikiran Melayu. Biar lambat tak tergopoh gopoh nak jadi negara maju asalkan hak dan kepentingan Melayu terjaga. Mana dia tahu hasrat dan harapan Melayu sebenarnya. Dia tak pernah kekampong mcam bapaknya Tun Razak. Dia tak berkawan dengan budak Melayu dikampong macam bapaknya Tun Razak. Dia belajar diEngland. Dia cuma harapkan orang Melayu biasanya tak lawan pemegang kuasa. Tapi dah ada Perkasa dsbnya. Silap silap rebeh UMNO diPRU13 nanti.

Najib patut usahakan perpaduan Melayu seboleh bolehnya. Dapatkan PAS berkerja sama. Memanglah orang Cina gobar dan coba simbah air panas kapada usaha usaha macam tu. Tapi nampaknya tak ada pilihan lain kalau nak terus memerintah kerana semangkin banyak kiasu sudah menjadi ultra kiasu sekarang.

8 08 2010
SSS Admin

Aku,

So’alnya ialah sama ada Dato Seri Najib silap langkah atau silap strategi politiknya. Banyak orang sedar bahawa pentadbiran Tun Abdullah Badawi yang dipanggil “flip flopping, auto piloting and sleepy”, yang Najib sendiri menjadi Tmbalan Perdana Menterinya, telah membiarkan berbagai puak politik, pertubuhan sukarela, malahan individu individu perseorangan berleluasa berkata hampir apa sahaja dan melakukan hampir apa suka sahaja sehingga Perlembagaan negara tidak dihormati dan Akta Hasutan tidak dipedulikan. Sekolah vernakular berterusan menyebabkan Perkara 152 bekenaan Bahasa Kebangsaan diketepikan, Kedudukan Istimewa Melayu diungkit, jenayah berbagai jenis meningkat, rasuah melambong tinggi, sehingga pengundi meninggalkan Barisan Nasional dan mereka kehilangn majoriti 2/3 diParlimen dan lima negri lepas ketangan pembangkang diPRU12 tahun 2008.

Maka Najib coba memujuk dan menarik balik undi larian. Nampaknya dia memusatkan perhatiannya kapada kaum Cina walhal kaum Melayu pun banyak juga diantara undi larian itu. Bila dia sibuk dengan liberalisasi ekonomi yang nampak buktinya kapada kaum Cina, janjikan Ekuinas tetapi tak nampak buktinya kapada kaum Melayu, pasakkan Omar Ong kedalam Lembaga Pengarah Petronas walau pun Omar pernah menjadi “Petronas study loan delinquent”, lakukan berbagai untuk sekolah Cina, termasuk pemberian wang tunai diPRK Kuala Trengganu, Hulu Selangor dan Sibu, maka timbullah rasa tidak senang hati orang Melayu. Apabila Model Ekonomi Bahrunya tidak menyebut unsur-unsur Dasar Ekonomi Bahru, sebaliknya mahukan Melayu, yang tidak mempunyai budaya atau pengalaman berniaga yang banyak, bertanding dipadang yang tidak sama rata, rasa kecewa Melayu itu meningkat. Sehingga timbul Perkasa, Gertak, Melayu Bangkit dan lebih 100 NGO Melayu mengeluarkan suara.

Dalam pada itu puak-puak lain sudah naik kepala, merasa bebas dan berkata apa sahaja. Najib tidak juga mengambil tindakan membendung kata-kata yang mengungkit hak dan kepentingan Melayu diakhbar dan lain-lain media massa. Maka berani lah siTony Pua mencadangkan hak Melayu disingkirkan. Diskaun perumahan Bumiputera itu sudah dipraktikkan berpuluh tahun dan sudah menjadi hak Melayu dibawah DEB yang timbul dari Kedudukan Istimewa Melayu. Mencadang menyingkirkannya adalah menghasut dibawah Akta Hasutan. Sekarang banyak bertikam lidah antara puak Tony Pua dan puak-puak Melayu. Beberapa pihak, termasuk UMNO, telah membuat laporan Polis keatas Tony Pua.

Ada yang berpendapat bahawa Tony Pua dan puaknya mengeksploitasi keadaan Melayu berpecah lemah sekarang. Maka amat perlulah Najib mengusahakan sedaya upaya bagi menimbulkan perpaduan Melayu. Bukan untuk bertelagah tetapi untuk mendapat suasana hormat menghormati satu puak dengan yang lain supaya keharmonian yang ada sekarang berterusan.

7 08 2010
hizan

Joceline Tan says in the Star

“Datuk Seri Najib Tun Razak’s image and personal appeal has grown over the last one year and the opinion is that he is taking the country in the right direction but his own party and the ruling coalition are still catching up with his pace.”

But ada Melayu dikampong jalan berlenggang jauh didepan, bini kendong anak kecil, pegang tangan 2-3 anak lain, jinjit bakul ubi kayu jauh kat belakang, bila sampai, tengok laki dah hilang.

Maybe now banyak jalan raya, kereta dan motor, Najib tak kisah hal macam tu. Tapi takut juga he reaches destination but others are left behind tak mahu ikut dia.

Surelah Joceline says so. She is pally with Najib’s wife Rosmah.

8 08 2010
SSS Admin

hizan,

“right” may be an ambiguous word. Not ensuring the values of the New Economic Policy be incorporated in the New Economic Model may be right for those wanting to weaken and erode the Special Position of the Malays and the Bumiputeras of Sabah and Sarawak. It may be turning right, and a sharp turn, too, for the Malays who want NEP in the NEM. It may even be a drastic left turn for some. It cannot be right to Perkasa, Gertak and the Melayu Bangkit Malays.

His imge and personal appeal may have grown among the traditional MCA supporters. But Najib was going for the Chinese who ran away from Barisan nasional at PRU12 in 2008. Despite offering cash and announcing Chinese schools can continue, the DAP Chinese members and supporters did not give their votes to him at PRK Hulu Selangor and PRK Sibu. His image and personal appeal could not have grown there. There is a point in saying that if he walks in front without periodically looking to the back and readjusting his steps, he might find a much smaller number of followers behind him when he reaches destination. If he actually reaches destination, that is.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: