Peruntukan Kerajaan Kepada Sekolah Vernakular

3 11 2010

The issue of the Chinese school in Desa Pulai has also been addressed. From now in it will also receive government funding

SAKMONGKOL AK47 – The Victor In Galas

Setiap kali ada pilihanraya, maka setiap kali itulah kita dengar sekolah-sekolah vernakular akan mendapat habuan. Habuan ini bukan saja pada setiapkali adanya pilihanraya samada kecil atau besar, tetapi habuan ini juga diberikan kepada sekolah-sekolah vernakular apabila kerajaan didesak oleh golongan-golongan tertentu.

Disebabkan status sekolah-sekolah vernakular adalah amat diragui kedudukannya disisi Perlembagaan Persekutuan, maka telah ada yang melabelkan sekolah-sekolah vernakular ini sebagai “sekolah haram” (klik di SINI dan di SINI)

“Bramfield (1946), in his work on race relations in public schools concluded that ‘where people of various cultures and races freely and genuinely associate, there tensions and difficulties, prejudices and confusions, dissolve; where they do not associate, where they are isolated from one another, there prejudice and conflict grow like a disease

Pure Shiite The Search for A New Deal without defaulting on the Old Deal?

Mungkin kini telah tibanya masa untuk meneliti kedudukan sekolah-sekolah vernakular di sisi Perlembagaan Negara dari sudut perundangan dan pembinaan negara. Artikel yang mana satukah di dalam Perlembagaan yang membenarkan kewujudan sekolah-sekolah seperti ini? Sekira ianya disebut di dalam sesebuah Akta, adakah ianya bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan? Di antara Perlembagaan dan Akta, yang manakah perlu diambil pakai sekiranya ada percanggahan? Adalah perlu sesebuah ‘referendum’ dilaksanakan oleh Kerajaan bagi menjawab persoalan-persoalan ini.

Setakat ini sekiranya diambil hasil kajian Bramfield sebagaimana yang dipetik di atas, adalah jelas dirumuskan “…where they do not associate, where they are isolated from one another, there prejudice and conflict grow like a disease..”.

Bukankah perbuatan yang menyemarakkan elemen-elemen “disassociation, isolation, prejudice and conflict” amat berkait rapat dengan sekolah-sekolah vernakular apabila dipandang dari sudut pembinaan negara? Bukankah perbuatan-perbuatan seperti ini boleh ditakrifkan”HARAM” dari dilakukan kerana ianya boleh membawa kepada ketidak-harmonian? Oleh itu, sekolah-sekolah vernakular ini dengan secara langsung adalah merupakan sekolah-sekolah “HARAM”.

Sehingga referendum itu dapat memberikan jawapan yang pasti kepada persoalan ini, bukan patut Kerjaan, khasnya KEMENTERIAN PELAJARAN memberi layanan yang sama kepada sekolah-sekolah vernakular yang telah menerima peruntukan kerajaan sehingga kini. Sekolah-sekolah vernakular ini perlu TERTAKLUK keseluruhannya kepada Kementerian Pelajaran sebagai sekolah-sekolah kebangsaan. Contohnya, guru-guru di sekolah vernakular perlu juga ditugaskan kepada “tugas-tugas bukan mengajar” yang sering dibebankan kepada guru-guru sekolah kebangsaan dari masa ke semasa oleh pejabat-pejabat Pelajaran. Segalanya kegiatan sekolah-sekolah vernakular yang menerima peruntukan kerajaan ini perlu berada di bawah pemantauan Kementerian Pelajaran sepenuhnya. Kenapa tidak dipantau penggunaaan bahasa asing sebagai bahasa pengantar?

Jangan ianya menjadi satu hala sahaja, iaitu hanya MEMBERI PERUNTUKAN tanpa tuntutan TANGGUNGJAWAB yang setimpal. Layanan yang sama bukan hanya dari segi pemberian peruntukan sahaja.

 


Actions

Information

21 responses

3 11 2010
Imran

Jikalau mereka diberi bantuan, mereka seharusnya mengikut dasar pelajaran sepunuhnya. Termasuk Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar. Terutamanya kalau ada peruntukan disediakan.

Lainlah kalau pemberian wang yang dibuat hanya dari masa kemasa. Itu pun tidak kena pada tempatnya. Sebab mereka tidak ikut kehendak Perlembagaan berkenaan bahasa kebangsaan.

4 11 2010
antudurex

Encik Imran,

Walaupun pemberian itu dari masa kesemasa, kita kena tengok juga tujuan pemberian dan jumlah pemberian.

Kalau tujuannya utk meringankan keadaan yang amat dhaif (contohnya), okla, kerana yang nak belajar adalah anak-anak yang belum bermain politik. Kalau jumlahnya sampai berjuta-juta (kalah peruntukan kepada sekolah kebangsaan) kerana nak pancing undi cina buat apa?!! Ini tujuan tidak murni. Dah lah tidak murni, ikut sama menyuburkan perpecahan dikalangan warga negara.

Kalau dah nak sekolah sendiri, terasing daripada masyarakat ramai, buat apa yang melalak mintak duit dari kerajaan? Pergi lah cari tapak sekolah sendiri DI LUAR BUMI MALAYSIA INI!!!

Pendatang haram!!!

6 11 2010
SSS Admin

antudurex,

Walau pun boleh diberi didalam keadaan amat dhaif, seperti kapada sekolah Tamil yang robak rabek diestet yang jauh diluar bandar, kaum Cina sebenarnya boleh mmendapat bantuan dari kaum mereka sendiri. Mereka pada umumnya kaya raya, menguasai ekonomi negara, jutawan-jutawan banyak yang ada. Adat bantu membantu ada sediakala dikalangan masyarakat mereka. Perstuan-persatuan suku bangsa (clan associations) dan pertubuhan-pertubuhan perniagaan (business guilds) mereka ada dimerata tempat. Banyak jutawan-jutawan mereka yang sanggup memberi sumbangan. Hinggakan UTAR tidak mahu menerima RM30 juta yang dilaporkan dihulurkan seorang jutawan Cina, seperti direncana dipos kami sebelom ini. Ada pula yang mengatakan bahawa seorang jutawan suatu akhbar Cina dinegara ini menghantar wang bagi pembinaan sekolah ditanah besar China.

Maka amat ganjillah dan nampak keterlaluan motif politik pemimpin yang mahu memberi bantaun kapada mereka yang sudah ada berbagai punca bantuan. Perasaan iri hati kapada yang mendapat bantuan tambahan itu dan perasaan pudar berkaitan tingkah laku pemimpin seperti itu tidak mendatangkan harmoni dan perpaduan diantara kaum dinegara ini.

Mereka yang ada banyak punca bantuan dari kaum mereka sendiri tetapi masih meminta atau mengharapakan bantuan dari Kerajaan adalah tidak patut. Benar kaum mereka banyak membayar cukai tetapi bukan yang paling banyak seperti didakwa beberapa orang dari mereka. Angka angka yang berpunca dari Kementerian Kewangan / Jabatan Hasil Dalam Negeri menunjukkan bahawa syarikat-syarikat kaitan Kerajaan (GLCs) yang paling banyak membayar cukai (40%), kaum Cina membayar 30%, Melayu dan lain-lain, termasuk bangsa asing, membayar 30%. Mereka sudah mendapat banyak faedah. Infrasturktur perkembangan ekonomi banyak yang diguna oleh kaum mereka sebab kaum mereka yang lebih banyak didalam kegiatan ekonomi.

Sekolah yang tidak menggunakan Bahasa Malaysia bukanlah urusan resmi dinegara ini dari segi bantuan Kerajaan. Namun demikian mereka perlu dikawal dari segi menentukan supaya mata pelajarannya tidak bertentangan dengan dasar pelajaran negara. Sudah nyata dari mula sekolah vernakular dibina bahawa mereka adalah sekolah persendirian. Maka segala kos perbelanjaan adalah persendirian juga. Ini diakui oleh kebanyakan kaum mereka. Tetapi masih ada yang “ultra kiasu”, sentiasa mahukan lebih, lebih dan lebih. Malangnya ada yang “gullible” atau pelahapkan undi. Maka timbullah masalah yang tidak membantu timbulnya salitur rahim antara kaum. Diharapkan pendirian seperti ini akan bertukar dalam masa berikutan, demi kepentingan perpaduan negara dijangka masa panjang.

6 11 2010
antudurex

Tuan SSS Admin,

Habis tu yang kerajaan gatal-gatal bagi duit kat SEKOLAH HARAM cina ni apahal? Biaq la taukeh taukeh cina tu hulur duit kat SEKOLAH HARAM ni! Yang kerajaan gatal sangat ni kenapa? Sedangkan sekolah kebangsaan masih banyak perlu diperbaiki. Gunalah duit rakyat utk memperbaiki sekolah kebangsaan ini. Kerajaan ni tahu ke Perlembagaan negara ni?

8 11 2010
SSS Admin

antudurex,

Hanya Dato Seri Najib yang berbuat demikian. Lain-lain Menteri tidak. Sebab Najib yang ada kuasa bagi segala galanya. Dia boleh gunakan peruntukan dibawah apa tajuk sekali pun, tidak semestinya dibawah tajuk pelajaran sahaja. Mesti ada tajuk “Pelabagai” didalam perbelanjaan Kerajaan atau tajuk lain didalam Budget yang boleh digunakan untuk pemberian wang dll yang dibuatnya kapada sekolah Cina.

Dia tak payah arahkan. Dia umumkannya dan pegawai-pegawai Kerajaan yang berkenaan akan lakukan. Dia ada kuasa. Dia boleh buat apa yang dia suka. Atau yang difikirkannya perlu. Mengikut tafsirannya. Bantahan dan kritikan boleh diketepikannya. Mana yang perlu ditulis didalam rekod, mungkin dicatitnya “Sudah maalom”. Dia bertanggung jawab baginya. Dia Perdana Menteri.

Dari suatu pemandangan, dia hanya bertanggung jawab kapada UMNO. UMNO yang pilih dia. UMNO diwakili oleh Majlis Tertinggi. Timbalan, Naib-Naib Presiden dan Ahli MT biasa. DiPerhimpunan Agung MCA Najib berkata “pemimpin-pemimpin”nya telah menyo’alnya berkenaan banyak memenuhi kehendak kaum Cina. Tetapi itu nampaknya hanya untuk mendapatakan MCA berkerja keras untuk pilihanraya. Untuk mendapatkan undi Cina. Nampaknya pokok pangkalnya ini dia.

Maka Majlis Tertinggi UMNO tidak lantang menyo’al. Hormat kapada pemimin yang tertinggi. Ada yang menambah. Setiausaha Agung UMNO lantang mengkritik Perkasa. Ketua Pemuda mmenyokong beberapa pendirian Ketua Pemuda MCA. Dato Seri Nazri membidas penulis Utusan Malaysia. Ramai yang mengatakan mereka buat demikian sendiri. Bukan arahan Najib. Bukan selepas berunding atau dengan pengtahuan Najib sebelom membuatnya. Ada yang mengatakan mereka bising kerana hendak menarik perhatian Najib. Mengharapkan menjadi Menteri atau diteruskan jawatannya. Dimasa itu banyak desas desus rombakan Kabinet.

Maka inilah yang dikatakan politik. Kita perlu meneruskan laungan bagi menghormatkan Perkara 152 berkenaan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan. Sekolah Cina menggunakan Mandarin sebagai bahasa pengantar dan bercanggah dengan Perkara 152 itu. Sekolah Cina adalah prebet. Tidak perlu diberi bantuan dari wang Ringgit rakyat. Kalau mahu bantu, keluar duit kocek sendiri. Seperti banyak jutawan-jutawan Cina sudah buat.

5 11 2010
SSS Admin

Imran,

Telah diperkatakan dibeberapa tempat bahawa sekolah vernakular bukanlah urusan resmi negara ini. Sekolah sekolah tersebut dibiarkan berjalan diatas biayaan sendiri dan tidak langsung perlu dibantu dari segi kewangan atau sebagainya. Menggunakan bahasa pengantar selain dari Bahasa Malaysia adalah bercanggah dengan peruntukan 152 Perlembagaan negara.

Mana mana bantuan yang diberi Kerajaan tidak lain dan tidak bukan dari motif politik. Sekolah tidak harus dipolitikkan sehingga bercanggah dengan peruntukan Perlembagaan. Kita memerlukan persefahaman diantara kaum, semangat bersatu dan perpaduan negara. Sekolah vernakular tidak mengadakan suasana berbuat demikian kerana murid-muridnya biasanya tidak berbilang kaum dan tidak memberi peluang bagi murid murid bercampur gaul dan saling memahami diantara kaum-kaum dinegara ini. Sekolah-sekolah demikian sepatutnya diserapkan kedalam sistem sekolah satu aliran atau Satu Sekolah Untuk Semua (SSS) yang kami kempenkan disini.

Baguslah TPM dan Menteri Pelajaran telah membuat keputusan memestikan Sejarah disekolah sekolah. Ini dijangka meliputi semua sekolah sekolah, tidak kira apa jenisnya. Pengtahuan Sejarah negara ini akan mebolehkan generasi muda memahami perlunya rakyat berbilang kaum berinteraksi sejak dibangku sekolah. Ini boleh menyedarkan mereka dan mendorong mereka sendiri mahukan Sekolah Kebangsaan dimasa hadapan.

4 11 2010
kassim

Saudara Pentadbir.
begini jadinya apabila terlalu inginkan sokongan / undi sedangkan mereka jelas ‘trasient’ seperti yg dikatakan ketika menuntut kemerdekaan. sikap itu masih subur hingga kini kerana pimpinan ibarat pak kaduk ‘menang sorak, kampung tergadai’. masyarakat ini pertahankan bahasa, pegangan agama, dan adat resam sampai menjadi ‘asing’. dalam masa sama tulisan JAWI dan bahasa Melayu kian merosot tahap pengunaannya. Walaupun wujud DBP tapi tiada upaya umpama hal istilah pangkat polis, istilah di Putrajaya, dan perkara yang dibangkitkan oleh Raymond Tombung Boin baru-baru ini. Jika dikalangan Melayu masih wujud golongan ‘Liberal’, tiada jatidiri dan hanya jadi enau, Melayu akan terus tertinggal! jangan salahkan mereka yang ambil kesempatan sedang kita leka ibarat Mat Jenin. Wassalam.

6 11 2010
SSS Admin

kassim,

Politik dikatakan kotor: membuka pekong dikhalayak ramai, tikam menikam belakang dan sebagainya. Politik juga bebal: mementingkan undi teramat sangat hinggakan kepentingan perpaduan negara diketepikan, kepentingan kaum sendiri diabaikan. Kampung dibuka kapada semua pihak, kerana mahukan sorak. Termasuk kapada mereka yang tidak mengikuti adat resam yang sedia ada, seperti menggunakan Bahasa Melayu yang kemudiannya menjadi Bahasa Malaysia. Perkara 152 Perlembangan bukan adat resam tetapi adalah undang undang yang ulung, memerlukan Bahasa Malaysia digunakan sebagai Bahasa Kebangsaan, dan dengan itu perlu digunakan sebagai bahasa pengantar disemua sekolah sekolah.

Dewan Bahasa dan Pustaka ditahun 60an giat dengan usaha usaha menyebarkan penggunaan Bahasa Kebangsaan, dengan kempen Bulan Bahasa dan sebagainya. Sekarang ini senyap, mungkin kerana patuh kapada kehendak pemerintah. Dato Seri Najib nyata mahu mengejar undi kaum Cina, dengan itu memberi bantuan wang dsbnya kapada sekolah sekolah Cina, sejak dia sebagai Timbalan Perdana Menteri dipemerintahan Pak Lah dahulu. Dia memberi RM25 juta diPRK Kuala Trengganu, RM3 juta diPRK Hulu Selangor, RM10 juta diPRK Sibu, dan kemudahan seperti direncana kami kali ini diPRK Galas.

DiPRK HUlu Selangor dan Sibu nyata undi Cina yang dikejarnya tidak datang kapadanya walaupun dengan habuan wang itu. DiGalas mungking banyak Cina mengundi Barisan Nasional. Tetapi kemenangan BN bukan kerana habuan kapada kaum Cina sahaja. Pemimpin MCA sekarang lebih sepakat selepas perpecahan yang berlaku selama hampir dua tahun sehingga masa sebelom PRK Hulu Selangor dimana kesan perpecahan itu masih terbukti dengan Presiden baru mereka mengeluh tiada ahli menganggotai khemah kempen mereka. Juga, diGalas, jumlah undi Orang Asli adalah besar dan kebanyakan mereka dikatakan mengundi BN.

Gulungan yang dikatakan Melayu liberal itu sebenarnya tidak liberal. Mereka adalah olok-olok liberal atau “pseudo-liberal”. Definasi istilah liberal dikamus termasuk pemandangan luas. Manakah luas pandangan mereka jika tidak nampak bahawa sekolah sekolah yang menggunakan bahasa Mandarin dan Tamil sebagai bahasa pengantar adalah bercanggah dengan peruntukan Perlembagaan berkenaan Bahasa Malaysia? Manakan luas pandangan mereka jika tidak nampak bahawa Melayu masih ketinggalan jauh dibelakang didalam bidang ekonomi dan pelajaran dan tidak nampak perlunya Dasar Ekonomi Baru, yang terbit dari Kedudukan Istimewa Melayu, diteruskan didalam Model Ekonomi Baru?

Marilah kita berharap dan berdo’a supaya mereka yang “pseudo-liberal” itu menjadi benar benar liberal dan betul betul luas pandangan mereka, seperti yang dibayangkan diatas. Marilah kita terus dan selalu memperingatkan mereka supaya benar-benar luas pemandangan.

4 11 2010
Semerah Padi

Nampaknya sekarang sudah jadi trend, ada saja habuan untuk SEKOLAH HARAM.

Thanks to Najib – sudah jelas SEKOLAH HARAM ini tidak disebut dalam Perlembagaan, Najib pula menyebutnya dalam Akta Pelajaran. Mengambil risiko politik kata Najib, semasa beliau jadi Menteri Pelajaran. Selepas jadi PM, kini duit rakyat pula dicurahkan kepada SEKOLAH HARAM ini sedangkan sekolah kebangsaan masih terlalu banyak ruang lagi yang perlu diperbaiki.

6 11 2010
SSS Admin

Semerah Padi,

Nampaknya, selagi belom sampai kePilihanraya 13, selagi itulah Dato Seri Najib akan meneruskan memberi bantuan kapada sekolah sekolah Cina. Dia memegang kuasa. Dia berkuasa diatas perbelanjaan negara. Sama ada dia menggunakan kuasa tidak kena pada tempatnya boleh dibincangkan. Dia mahukan kuasa BN berterusan. Dia percayakan undi kaum Cina yang menentukan kemenangan. Tiada siapa boleh menghalang atau menghindar dia. Melainkan mereka diMajlis Tertinggi dan Ketua-Ketua Bahagian UMNO.

DiPRK Hulu Selangor mereka berkata dia bahru sahaja mengambil alih kuasa dari Pak Lah. DiPRK Sibu mungkin mereka berkata berilah dia peluang sedikit lagi. Sekarang diPRK Batu Sapi dan Galas BN menang dengan lebihan undi yang memuaskan. Maka puas hatilah nampaknya semua mereka yang berkuasa dan berpengaruh diUMNO. Ini akan mendorong Najib meneruskan tindakan-tindakannya terhadap kaum Cina, termasuk sekolah Cina.

Kita mengharapkan Melayu bersatu supaya Najib tidak condong sangat kapada kepentingan Cina kerana undi mereka. Kerjasama UMNO-PAS tidak dapat direalisasikan dimasa lalu banyak kerana bantahan Tok Guru Nik Aziz. Dengan kalahnya calon PAS diGalas, sudah banyak menyalahkan Nik Aziz yang, sebagai Menteri Besar Kelantan, menguasai dan mengaturkan kempen PAS diGalas. Dikatakan dia tidak mengambil langkah yang sesuai berkenaan kehendak Orang Asli berkaitan tanah dan pembalakan disekitar kawasan Orang Asli. Pemberian lesen pembalakan kapada Cina Singapura. Terang-terang memberi wang tunai masa berkempen dikawasan Orang Asli. Korupsi menerima pekej Haji dari kontrekter Kerajaan negeri. Menempatkan menantunya sebagai Ketua Eksekutif suatu badan Kerajaan negeri. Dan berbagai lagi. Dikatakan ada orang-orang kuat PAS yang menyalahkan Nik Aziz dan mahukan penukaran pimpinan dan anggota pentadbiran PAS diKelantan. Jika Nik Aziz diberhentikan menjadi Menteri Besar Kelantan, pengaruhnya dipercayai menipis, dan timbullah peluang cerah bagi kerjasama UMNO-PAS.

Bila kerjasama UMNO-PAS timbul, maka tidak ada sebab langsung bagi Najib meneruskan tindakan-tindakan meraih undi sehingga memberi berbagai bantuan kapada sekolah Cina. Berharaplah kita dan berdo’alah kita. Dan berterusanlah kita melaungkan meminta Melayu sedar betapa pentingnya Melayu bersatu.

4 11 2010
kucar kacir

Wo la wei, ngapa nak beri, beri, beri. Depa asyik mintak, mintak, mintak. Macam gitu naik tocang le depa. Dah tu pulak, hak Melayu pun nak dicebis siTonya Pua. SiChua Soi Lek pulak nak buangkan 30% ekuiti Melayu. Macam mana ni, Dato Najib wei!

7 11 2010
SSS Admin

kucar kacir,

Dato Seri Najib mahukan BN terus berkuasa. Dia fikir tidak ada jalan lain. Mesti melalui undi Cina. Dia kejar undi Cina sehabis habisan. Dia beri, beri beri. Dia tidak kisahkan bantahan dan kritikan. Mungkin itu strategi dia. Lagi banyak yang marah, lagi banyak Cina suka dia. Lagi banyak undi Cina dia dapat.

Dia beri wang kapada sekolah Cina. Sekolah itu gunakan Mandarin sebagai bahasa pengantar. Bercanggah dengan Perlembagaan. Kaum Cina sudah kaya raya. Pulaknya MCA mahukan sasaran ekuiti Melayu dimansuhkan. Najib pula beri bantuan kapada sekolah Cina. Maka banyaklah Melayu marah. Bila marah, ada yang paling tadah. Paling kapada pembangkang. Najib sanggup ambil risiko ini.

Mereka tentu mintak, mintak, mintak. Walau pun kaum mereka kaya raya. Kuasai ekonomi dan amat maju dibidang pelajaran. Banyak yang jutawan. Malahan banyak yang “billionwan”. Banyak yang menderma kapada kaum mereka. Mereka ada sistem bantu membantu. Melalui persatuan suku bangsa dan pertubuhan perniagaan. Sudah jadi adat mereka. Tetapi yang asyik meminta itu adalah yang kiasu. Maknanya tidak mahu ketinggalan. Atau tidak mahu kalah. Ini juga bermakna sentiasa mahu menang. Mana boleh sentiasa mahu menang. Berpatutanlah.

4 11 2010
Udah

Kalau nakkan undi pun jangan lah sampai begitu. Takkan tak ada jalan lain. Kan mereka sudah mengaku sekolah Cina tu prebet, tak perlu duit Kerajaan. Kan mereka tak selaras dengan kehendak Perlembagaan.

7 11 2010
SSS Admin

Udah,

Kapada Dato Seri Najib, tidak ada jalan lain. Dia tahu banyak orang yang tidak setuju dengan sekolah Cina. Dimasa isu sekolah vernakular hangat dibincang diakhbar, diTV, Radio, dan dialam citra awal tahu ini. Hingga dibawa keParlimen dan dibincang. Hingga dia menulis diblog 1Malaysianya “sistem sekolah satu aliran akan dilaksanakan bila rakyat mahukannya”. Tetapi dia tidak sebutkan cara menentukan sama ada rakyat mahukannya sekarang atau tidak.

Mungkin disitu lagi dia telah membuat keputusan. Beri jawapan yang berupa sangat politik dan sesuai baginya, dia akan melakukan apa yang dilakukannya sehingga sekarang terhadap sekolah Cina. Kita perlu terus menyatakan tidak puas hati dengan pendiriannya itu. Menggunakan Mandarin dan Tamil sebagai bahasa pengantar adalah bercanggah dengan Perlembagaan negara yang menyatakan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan.

Wang Kerajaan adalah wang orang ramai. Wang itu datangnya dari cukai. Bukan sahaja cukai pendapatan tetapi juga cukai jualan, cukai jalan, dan berbagai lagi jenis cukai yang dipungut dari orang ramai. Cukai jualan itu bermakna semua rakyat membayar cukai. Walau pun membeli baju sehelai. Maka rakyat berhak meminta mereka yang berkuasa membelanja wang itu dengan wajar dan berhemah. Hemahkanlah rakyat yang membantah pemberian wang tunai dan lain-lain bantuan kapada kaum yang sudah kaya raya. Juga kapada sekolah Cina yang nyata berupa prebet dan tidak wajar diberi bantuan Kerajaan.

Ini bukannya rasis. Ini adalah kerana Perlembagaan nyata menyebutkan kedudukan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan. Dan kita mesti agungkan Bahasa Malaysia itu dikalangan rakyat. Kita mesti jadikannya sebagai alat menyatu padukan rakyat. Negeri Cina kominis pun menggunakan bahasa kebangsaan bagi menyatu padukan rakyat mereka. Hanya Mandarin digunakan sebagai bahasa kebangsaan atau bahasa resmi mereka. Aneh dan bercanggah sekali penganut dan penyokong sekolah Cina mahukan Mandarin sebagai bahasa pengantar disekolah Cina.

6 11 2010
Jimmy

Why do you people make so much complain? If Dato Najib wants to give fund to Chinese schools, let him la. Govenment schools got plenty of fund already. He already got wins at Batu Sapi and Galas. He wants votes ma.

7 11 2010
SSS Admin

Jimmy,

Chinese schools use Mandarin as the medium of instruction. It is contrary to Article 152 of the Constitution which states Bahasa Malaysia as the National Language and it should be the medium of instruction in all schools. The Constitution says “mother tongue” should be allowed to be taught, but not used as medium of instruction. It can and should be taught as an elective subject.

Giving assistance to Chinese schools denotes recognition of other languages than Bahasa Malaysia as the medium of instruction in schools. It does not show respect to the Constitution. It can even be construed as making a mockery of Article 152.

Additionally, vernacular schools have been allowed to exist as private schools, without any government or official support. All sorts of arguments have been put forward here and elsewhere on this and other grounds when promoting the concept of single-stream schooling. One major argument is the need for national unity and the creation of a cohesive Bangsa Malaysia. Getting children to attend schools in a multi-racial environment would greatly help in bringing about mutual understanding, respect and the development of common values, hopes and aspirations. Chinese schools are mostly attended by Chinese children only.

Chinese schools hardly need any assistance. Whatever assistance needed can easily be provided by fellow Chinese who are generally well off compared to the other races. The Chinese as a community have tremendous wealth and donations can easily be sought through the various clan associations and business guilds. There are so many Chinese millionaires and billionaires who have been contributing to the extent that UTAR rejected a RM30 million donation from a Chinese millionaire philanthropist.

Have a heart. As far as public funds go, let them be made available to those who really need them and have no other sources to get them from. Please note that there are even national schoools that have gone fairly dilapated. We read of news reports earlier this year about one school in Gombak having fans falling off the ceilings and another in Klang having leaking roofs. Maybe it’s due to problems of administration of funds. But remember that the funds of any government are not limitless. And that, however much may be allocated to schools, considering there are so many national schools of varying ages all over the country, there may not be enough in the budget to cater for all, all the time.

Let us all be reasonable. Give funds where funds are due. To those that deserve them. The Chinese can benefit from other allocations. Like those for improving the infrastructure for economic and business expansion in the country. In such areas of Government spending, mostly the Chinese are the beneficiaries, because those in business are mostly Chinese. Let us all think a bit in that direction.

7 11 2010
Pires

Let’s think a lot in that direction, Sir. Sekolah Kebangsaan is the way to go.

8 11 2010
SSS Admin

Pires,

Indeed, the Chinese have benefitted tremendously from the economic infrastructure made available from public funds by the Government. The Chinese have benefitted the most as they are mostly in the business field. Such infrastructure ranges from roads, ports and airports to the establishment of mechanisms for them to tap further capital from the Malaysian public – the Stock Exchange.

Look at the so many IPOs issued in the past several decades. Very many were Chinese companies asking to tap additional capital from the Malaysian public. But even the attempt to provide the economically backward Malays to have a little ride on it through the allocation of shares to Bumiputeras has been grudged upon. They were not free shares but merely allocations that provide the Malays the advantage of buying at the par value of the shares, which usually jumped up on public listing at the Stock Exchange.

Dato Seri Najib has liberalised dozens of areas where the Bumiputera participation requirement has been abolished. Now the MCA want the entire 30% Bumiputera equity target abolished. Some Malays have reacted by demanding that the citizenship right of those concerned be also abolished. But surely we are justified in asking that public funds should not be spent on Chinese schools. They are private institutions and there are so many Chinese millionaires and billionaires already donating and continuing to donate to Chinese educational institutions.

Many of those who are antagonistic towards the Malays and the NEP come from vernacular schools. Some of them are ignorant about the sensitive issues in the Constitution, some have been brainwashed by Lee Kuan Yew’s and Lim Kit Siang’s so-called Malaysia Malaysia scheming and machination. Others in MCA want to ride the wagon that has drawn the Chinese to the DAP’s chauvinistic scheme as seen in the 12th General Elections.

It’s good that the DPM and MOE Tan Sri Muhyiddin has made the decision making History a compulsory subject in schools. That would greatly help make future generations understand the Constitution and the nation’s past. We are awaiting PM Dato Seri Najib to act further to what he had said in his 1Malaysia blog earlier this year that “Single-stream schooling will be implemented when the rakyat wants it”. When it is implemented, there will be only one type of schools in the country. All children will have the opportunity to mix with other races and develop common values, hopes and aspirations. We need these for national unity.

6 11 2010
Farid

Susah nak faham gejala sekolah Cina ni. Tapi bila pikirkan sikit, boleh paham. Tapi tak boleh terima. Macam mana nak terima bila Perlembagaan kata Bahasa Malaysia bahasa kebangsaan kita. Bahasa Mandarin pun bukan bahasa ibunda mereka. Tapi tak ada orang kisah kalau mereka tak gunakannya sebagai bahasa pengantar disekolah. Cuma orang politik ni kadang kadang kita nampak macam melampau. Nak sangat undi tak kisahkan Perlembagaan ke?

8 11 2010
SSS Admin

Farid,

Orang politik ada bermacam jenis diseluruh dunia. Yang menipu helah, yang membunuh pun ada. Joseph Stalin diRussia menggunakan cara “pemerintahan kuku besi”. Lee Kuan Yew diSingapura pun dikatakan begitu disuatu masa dahulu. Mao Zedong diPeople’s Republic of China, gagal dengan rancangan ekonomi “The Great Leap Forward”, mulakan apa yang dipanggil “Cultural Revolution”. Kedua duanya mengakibatkan porak peranda dan lk 30 juta rakyatnya mati ditahun 60an. Richard Nixon diUS merancang dan mengarahkan pencerobohan mendapatkan rahsia parti lawan, didalam episod yang dikenali sebagai “Watergate Scandal” yang akhirnya memaksa dia meletakkan jawatan. Bill Clinton membohong seluruh rakyat Amerika didalam episod seksnya dengan Monica Lewinsky.

Maka diMalaysia, Mokhtar Hashim membunuh saingan politiknya diGemas berpuluh tahun yang lalu. Tengku A Rahman marahkan Lee Kuan Yew, tendang Singapore keluar dari Malaysia ditahun 1965, dengan tidak memikirkan bahawa dia memberi suatu pulau yang stretegik kapada Lee Kuan Yew dan pulau itu sekarang dikatakan sudah jadi 80% Cina. Politik wang, rasuah, kronisme, nepotisme antara orang politik boleh ditulis berjela jela. Sehingga politk yang suatu masa dahulu dianggap sebagai “sumbangan” kapada negara sekarang jadi “pekerjaan, mata pencaraian, tempat mencari kekayaan”. Sehingga MCA pun sudah begelumang dengan politik wang, seperti dikatakan bekas Presidennya, Dato Seri Ong Tee Kiat. Dan DAP masih belom selesai siasatan salah guna peruntukan wang Exconya, dan Ronnie Liu dikatakan pengumpul wang partinya dan penggunaan kepala surat (letterhead)nya digeledah dikkhalayak ramai bahru bahru ini.

Semua itu bertujuan mendapatkan kuasa, memanjangkan kuasa, mendapat undi, menempa sokongan. Nyata Dato Seri Najib memberi bantuan kapada sekolah Cina kerana mahukan undi Cina. Untuk memanjangkan kuasa Barisan Nasional. Benar, tindakan itu tidak boleh diterima. Sebab sekolah Cina bercanggah dengan Perlembagaan dan bertaraf prebet atau bersendirian. Kita perlu terus mengemukakan pendapat pendapat menentang dan mengkritik segala tindakan yang mencanggah Perlembagaan negara. Perlembagaan adalah undang-undang tubuh negara, tulang belakang negara. Jika Perlembagaan tidak dipertahankan, akan lemahlah negara.

17 01 2011
Pendirian Dato Seri Najib « Kempen SSS

[…] Adakah ini satu lagi “kegiatan memancing undi“? […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: