Bahasa Melayu dan sekolah vernakular – RIDHUAN TEE

12 11 2010

Kami terbitkan semula artikel Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah yang telah diterbitkan di akhbar Mingguan Malaysia pada 7 November, 2010. Artikel ini juga boleh didapati melalui pautan ini:-

http://ridhuantee.blogspot.com/2010/11/bahasa-melayu-dan-sekolah-vernakular.html

Mingguan Malaysia 7 Nov 2010

Desakan ahli Parlimen Bukit Mertajam, mahukan guru Melayu yang mengajar bahasa Melayu di Sekolah Cina (SJKC) mesti menguasai bahasa Cina bagi memudahkan pengajaran dan pembelajaran jelas menunjukkan siapa mereka sebenarnya. Lebih ekstrim lalu, beliau mengambil contoh bagaimana sukarnya guru bahasa Cina mengajar mandarin di sekolah kebangsaan jika tidak memahami bahasa Melayu. Dua isu yang jauh berbeza.

Pertanyaan saya, di manakah negara manakah kita berada sebenarnya? Anak-anak bukan Melayu sepatutnya sejak kecil sudah menguasai bahasa Melayu selaku bahasa kebangsaan. Kenapa perlu perkenalkan guru bahasa Melayu sedemikian rupa di sekolah vernakular? Bahasa Melayu di peringkat sekolah adalah untuk tujuan pemantapan, bukannya untuk belajar mengeja dan belajar bertutur. Tidakkah kita sedar bahawa bahasa Melayu adalah bahasa nombor satu negara yang mesti dikuasai dan dituturkan sejak anak-anak ini masih rebung?

Selaku ahli parlimen yang bertanggungjawab, sepatutnya beliau memberikan input untuk memperkasakan sekolah kebangsaan, bukan sekolah perkauman. Pemantapan masa depan amat penting generasi akan datang. Sekolah perkauman tidak akan menyumbang kepada perpaduan nasional sebaliknya akan menjarakkan lagi hubungan yang sedia ada, jika tidak diperbaiki dan di atasi kelemahan yang sedia ada. Saya teramat sedih melibat kerajaan masih lagi berpolitik dalam isu ini.

Apa yang dicadangkan oleh kerajaan untuk memperkasakan anak bangsa dan rakyat negara ini semuanya ditentang. Semuanya tidak betul. Bayangkan jika mereka memerintah, sudah tentu guru-guru bahasa Melayu, yang kebanyakannya guru Melayu, akan dipaksa untuk memperkasakan sekolah vernakular. Maklum sahajalah guru bukan Melayu tidak mahu mengambil option bahasa Melayu sebab tidak ada nilai komersial. Apakah mungkin sekolah kebangsaan juga akan ‘divernakularkan’?

Persoalannya, susah sangatkah belajar bahasa Melayu? Cuba kita buat perbandingan bagaimana mereka yang datang ke negara kita untuk mencari rezeki seperti pekerja Bangladesh, India dan sebagainya, bagaimanakah mereka dapat menguasai bahasa Melayu dalam masa begitu cepat tidak sampai setahun. Hari ini kita bukan bercakap jangka masa setahun, tetapi sudah lebih 53 tahun negara mencapai kemerdekaan, masih ada, malah ramai lagi rakyat Malaysia yang langsung tidak boleh berbahasa Melayu? Kalau ada yang boleh, cara percakapannya amat meloyakan.

Begitu juga jika kita pergi belajar di negara seperti German, Perancis, Rusia dan negara luar yang lain, kenapa dalam masa setahun kita dapat menguasai bahasa tersebut tanpapun bahasa tersebut diterjemahkan dalam bahasa lain untuk difahami mereka yang mendatang? Logiknya amat mudah, tidak perlu dibahaskan di parlimen, kerana kita ada kepentingan. Kita paksakan diri untuk belajar. Berbeza dengan di sini, kita tidak ada kepentingan, bahasa tidak ada nilai komersial, boleh berbahasa Melayu atau tidak, tidak meninggalkan sebarang kesan atau menjamin apa-apa. Jadi kita mengambil jalan mudah, tidak perlu belajar. Bahasa Melayu tidak ada kaitan dengan semangat patriotism, apatah lagi untuk dikomersialkan.

Mungkin cadangan saya ini nampak ultra kiasu, satu istilah yang saya tidak mahu lagi gunakan untuk golongan ini, tetapi sudah sampainya penguasaan bahasa kebangsaan dikuatkuasakan melalui undang-undang secara paksaan, seperti mana di negara-negara jiran kita amalkan. Jika telah diberi peluang, tidak ada perubahan juga, faham-faham sahajalah apa yang perlu dilakukan.

Parti ini selalu mencanangkan bahawa mereka memperjuangkan kepentingan semua kaum, begitu juga dengan keahliannya. Siapa yang rasis sebenarnya? Semangat patriotism kita berada pada tahap yang begitu rendah. Malang sekali ada juga orang Melayu yang menyertai parti. Lebih malang, mereka langsung tidak bersuara, apabila jatidirinya dirobek-robek. Di manakah maruah kita sebenarnya? Saya menyeru kepada orang Melayu keluarlah daripada parti rasis ini. Ia tidak mendatang kebaikan untuk masa depan, apatah untuk Islam dan bahasa kebangsaan. Bayangkan apabila mereka memerintah nanti, apa akan terjadi kepada guru-guru bahasa Melayu yang akan dipaksa untuk mempelajari bahasa yang bukan optionnya. Saya tidak nafikan menguasai bahasa asing adalah satu kredit, tetapi janganlah terlampau ekstrim, sehingga bahasa negara diketepikan. Orang Melayu yang tidak sedar diri tidak juga kurang bilangannya.

Parti ini terlalu marah kepada mereka yang berkata I am Malay first, sebab pada mereka, sepatutnya I am Malaysian first. Malangnya, tindak tanduk mereka langsung tidak mencerminkan I am Malaysian first. Kita seolah-olah menjunjung langit lain. Jika kita benar-benar Malaysian, mari kita bersama-sama memperkasakan masa depan negara ini, terutama dalam isu bahasa, dan sejarah sistem pendidikan kebangsaan. Kepentingan negara mesti diutamakan, apatah lagi ia yang telah menyinari perlembagaan.

Kenapa kita tidak mahu mengakui kelemahan sekolah vernakular dan sistem yang sedia ada. Kita tidak serius dan langsung tidak mahu bertolak ansur. Sebarang idea kerajaan untuk campurtangan dan memartabatkan bahasa Melayu di sekolah vernakular di anggap sebagai menggugat bahasa ibunda. Misalnya, isu tambahan masa bahasa Melayu, penyeragaman silibus bahasa Melayu dan sebagainya. Saya yakin suara ini bukan suara satu parti ini sahaja. Inilah politik senyap atau bersatu dalam senyap yang tidak ada dalam parti politik orang Melayu yang mendakwa mereka semuanya memperjuangkan Islam.

Sesungguhnya perjuangan memartabatkan bahasa Melayu di bumi sendiri adalah teramat pahit. Apatah lagi sejarah bumi bertuah ini tidak difahami dan mahu diputarbelitkan. Langkah kerajaan untuk memperkasakan dan mewajibkan mata pelajaran adalah amat tepat dan perlu disegerakan tanpa bertangguh lagi. Apatah lagi melayan kerenah-kerenah golongan yang tidak sedar diuntung ini. Mereka tidak mahu sejarah negara ini diceritakan dalam konteks sebenarnya. Pada mereka, sejarah harus menekankan kerjasama dan sumbangan semua, terutama sumbangan ekonomi.

Umum mengetahui bahawa kerjasama erat antara kaum hanya dapat dijalin ketika menjelang kemerdekaan negara. Sebelum itu, kehidupan kita terpisah-pisah berasaskan bangsa, daerah dan kegiatan ekonomi masing-masing. Kesannya masih dirasai hingga ke hari ini. Nama-nama seperti Tan Cheng Lock, Tan Siew Sin dan Sambanthan, hanya kedengaran dan popular ketika tahun-tahun 1950an. Bermakna, sejarah sumbangan kaum ini adalah sebahagian kecil daripada sejarah Tanah Melayu dan kemudian Malaysia, dalam sejarah yang begitu panjang.

Memang tidak dapat dinafikan sumbangan bukan Melayu kepada perkembangan ekonomi negara sebelum merdeka. Tanpa mereka, bandar-bandar utama negara kita hari ini mungkin masih belum membangun sepenuhnya. Tetapi kita perlu sedar juga, mereka turut mengaut keuntungan dan dapat mengubah diri di bumi bertuah ini. Ada timbal baliknya. Bayang jika tidak berlaku penghijrahan, apakah nasib mereka sama seperti apa yang mereka rasai hari ini? Bacalah sejarah faktor-faktor penghijrahan dan keadaan yang berlaku di negara-negara asal-usul mereka ketika itu.

Apa yang berlaku ke atas mereka juga berlaku ke atas keluarga nenek moyang saya. Mereka turut berhijrah bersama, disebabkan tekanan dan kemelaratan yang berlaku. Saya amat bertuah dengan penghijrahan tersebut. Tanpa penghijrahan tersebut, apakah saya masih ada peluang untuk menghirup udara di bumi bertuah ini. Apa yang saya rasai hari ini adalah disebabkan oleh ruang dan peluang serta toleransi pribumi yang menerima kami dan seterusnya membenarkan kami menjadi kaya tanpa ada rasa cemburu. Ini yang menjadikan saya semakin bersyukur, bukannya kufur nikmat.

Saya bersuara bukan kerana saya menentang bangsa saya, sekadar mengajak mereka supaya belajar bersyukur dan berterima kasih, tetapi bukan menjadi pak turut atau ‘yes man’ atau pembodek sehingga tidak dapat membezakan antara baik dan buruk. Tegurlah dan tentanglah kerajaan dan kepimpinan yang ada, jika mereka ada kelemahan dan melakukan kesalahan, serta menyeleweng daripada demokrasi. Cuma satu yang saya pohon, jangan runtuhkan apa yang selama ini kita bina bersama. Meruntuhkan memang mudah, tetapi membina kembali mengambil masa yang begitu lama.

Cubalah fahami sejarah akar negara ini, tanpa mengungkit secara keterlaluan sejarah sumbangan kita. Pada saya, sejarah yang menjadi akar dan tidak kurang pentingnya, adalah sejarah kebangkitan nasionalisme Melayu menentang penjajah. Setelah orang Melayu di jajah ratusan tahun, orang Melayu bangkit berasaskan bangsa sendiri dengan agama Islam yang menjadi pegangan. Mereka sanggup berkorban jiwa dan raga. Berapa ramai yang telah gugur syahid mempertahankan bumi tercinta. Tokoh-tokoh seperti Tok Janggut dan Datuk Maharaja Lela adalah nama-nama besar yang tidak mungkin dalam terpadam dalam sejarah, bagaimana pribumi sanggup menggadaikan nyawa demi ibu pertiwi. Adakah sejarah ini pernah dialami oleh bangsa lain sebelum dan selepas itu? Apa yang saya tahu bangsa lain, mendapat perlindungan daripada penjajah barat demi kepentingan ekonomi mereka. Bangsa yang merana adalah bangsa Melayu. Mereka bangun kerana mereka tidak rela bumi bertuah ini dirobek-robek penjajah, tanpa bermusuh dengan yang berhijrah.

Adakah silibus ini langsung tidak boleh disentuh atau dimasukkan sebagai teras sejarah negara ini? Sedangkan negara lain, silibus seperti ini yang menjadi asas dan teras. Negara Singapura sedang cuba dan telahpun memadamkan asas sebegini. Kenapa parti-parti politik ini tidak memberitahu kerajaan Singapura, jangan padamkan sejarah ini.

Sudah sampai masanya, saya fikir parti-parti politik tidak perlu campur tangan dalam soal akademik. Biar orang akademik yang melakukan mengikut bidang kepakaran masing-masing. Kepada orang politik, pergi jaga kawasan dan kerusi masing-masing, serta laksanakan tanggungjawab mereka terhadap rakyat.

Saya masih teringat ketika Tuanku Azlan Shah menerima ijazah kehormat kedoktoran undang-undang daripada Universiti Malaya, semasa menjadi Ketua Hakim Negara kira-kira 30 tahun lalu, baginda ada bertitah bahawa Malaysia ialah sebuah negara berbilang kaum, berbilang bangsa, berbilang agama, berbilang adat dan resam. Tetapi walau bagaimanapun, kita perlu beringat, dan jika tidak ingat, maka seharusnyalah diperingatkan, bahawa dalam negara yang semuanya berbilang itu, mesti ada ada satu asas di mana kita mesti menumpukan perhatian kita. Dalam konteks ini Malaysia telah wujud hasil dari cantuman tiga wilayah Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Persekutuan Tanah Melayu pula diasaskan atas tapak kesultanan Melayu Melaka sebelum Melaka dijajah oleh Portugis dalam tahun 1511. Perkataan “Negeri-Negeri Melayu Bersekutu” dan “Negeri-Negeri Melayu Tak Bersekutu” dan “Persekutuan Tanah Melayu” masih wujud dalam undang-undang kita. Dengan lain-lain perkataan, negara Malaysia adalah berteraskan sejarah Melayu, evolusi politik Melayu, nasionalisma Melayu yang hidup subur dalam kepulauan Melayu yang mempunyai sejarah kebudayaan Melayu. Berdasarkan kepada hakikat itulah, maka Perlembagaan Malaysia digubal (Firdaus Abdullah, 24 & 25 Jun 2009)

Dr. Mohd Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Pensyarah Kanan, Kumpulan Penyelidik Politik dan Peradaban Islam, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, merangkap Setiausaha Agong, Dewan Perdagangan Islam Malaysia. Penulisan ini adalah pendapat peribadi penulis


Actions

Information

8 responses

12 11 2010
zabri mokhtar

Salam,
Pemimpim2 Negara terutama UMNO sendiri yg menhkianati bangsa, agama dan negara.
Sebagai contoh:-
-Bila setiapkali pilihanraya kecil berpuluh2 juta dibahagikan kesekolah jenis kebangsaan cina.
-MCA minta 1 billion untuk sjkc.
-Najib menghapuskan kuasa menteri yg boleh mengubah sjkc menjadi sekolah kebangsaan.
-Matematik dan sains disekolah kebangsaan dihapuskan dlm BM diajar dlm BI tetapi srjkc masih diajar didalam bahasa cina disamping BI.
– Sekolah agara rakyat diarah tutup dan disekat bantuan..
Pemimpim2 melayu teloq2 mereka telah dipegang dan dipulas.Mulut disuap.

14 11 2010
SSS Admin

zabri mokhtar,

Orang-orang politik sentiasa memikirkan dan mahukan kuasa, memanjangkan kuasa, melebihkan kuasa. Sekarang sudah kali kedua UMNO dan parti-parti seperjuangan nya hilang kuasa majoriti 2/3 diParlimen. Ini sangat mustahak bagi pemerintah. Ia membolehkan, umpamanya, pemindaan Perlembagaan, walau pun beberapa peruntukan Perlembagaan tidak boleh dipinda dengan majoriti 2/3 sahaja. Walau pun mungkin tidak ada keperluan meminda Perlembagaan, majoriti 2/3 memberi imej yang amat kuat bagai pemerintah.

Sekarang bukan sahaja tidak ada majoriti 2/3, Melayu sebenarnya sudah berpecah dan UMNO lemah. Demikian juga MCA dan MIC yang nyata diPRU12 kehilangan banyak kerusi Parlimen dan Dewan Negeri dan hampir tidak menolong BN diPRK Hulu Selangor dan Sibu. MCA bergelumang dengan masalah akibat perpecahan pimpinan selama hampir dua tahun. Masuk pasukan pimpinan baru yang cuba menarik balik sokongan Cina yang telah lari kapada pembangkang dengan menggunakan cara-cara politik pembangkang – termasuk mendakwa dan meminta itu ini dihadapan khalayak ramai, melalui media massa, tidak melalui rundinnagn dibelakang tabir melalui BN. Baru sahaja semalam Ketua Pemuda MCA yang juga Timbalan Menteri Pelajaran diberitakan menyo’al, malah mengkritik, jumlah kemasukan pelajar pelajar kesekolah berasrama. Fikirkanlah perkara tata tertib dan sopan santunnya. Menyo’al keputusan yang dibuat oleh Kementerianya sendiri. Hingga bossnya, Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin, perlu menyatakan rationale keputusan tersebut.

Tan Sri Muhyiddin selaku Timbalan Presiden BN telah memberi tahu ahli-ahli BN berkenaan peraturan, tata tertib dan sopan santun itu. Tetapi masih dibuat pemimpin MCA juga. Mereka hingga bertindak menghasut bila mendesak sasaran ekuiti Bumiputera dihapuskan tidak lama yang lalu. Mereka sepatutnya diheret ke Mahkamah diatas tuduhan hasutan. Tetapi hanya dipanggil keBalai Polis sahaja setakat ini. Kita masih menunggukan tindakan selanjutnya.

Pelahapkan undi telah menyebabkan Dato Seri Najib condong kapada kepentingan kaum Cina. Termasuk memberi wang kapada sekolah sekolah Cina. Kuasa mengubah SJKC kapada SK masih ada pada Kerajaan dan boleh dilakukan. Najib telah mengatakan dilaman 1Malaysianya bahawa “sistem sekolah satu aliran akan diimplimentasikan bila rakyat mahukannya”. Tetapi dia tidak menyatakan cara menentukan sama ada rakyat mahukannya sekarang atau tidak. Marilah kita teruskan desakan supaya dia mengambil tindakan bagi menentukannya itu. Dan tindakan-tindakan bagi membendong desakan yang tidak munasabah atau berpatutan, sama ada dari puak pembangkang atau pun dari parti seperjuangan yang bertindak seolah olah parti pembangkang.

12 11 2010
sepadu

Seorang Professor pakar undang-undang Perlembagaan, bila mengulas latar belakang Perlembagaan negara, pernah mengatakan malangnya Wakil Wakil Rakyat diParlimen negara ini tidak tinggi tahap pengertiannya berkenaan peruntukan-peruntukan Perlembagaan yang telah diluluskan dimasa Merdeka dan dimasa penubuhan Malaysia.

Maka timbullah apa yang dikatakan Dr Ridhuan Tee itu bahawa ahli Parlimen Bukit Mertajam mendesak mahukan guru Melayu yang mengajar bahasa Melayu di Sekolah Cina (SJKC) menguasai bahasa Cina. Apakah bahasa Mandarin atau Bahasa Malaysia yang perlu diajar oleh guru itu? Atau dipelajari oleh murid murid tersebut?

Inilah sedihnya bila wakil rakyat pun nampaknya “kiasu” atau sangat mementingkan kepentingan puaknya sendiri dengan tidak nampak tujuan utama Perkara 152 Perlembagaan. Bahasa Malaysia mesti diagungkan kerana ia adalah Bahasa Kebangsaan negara ini. Mereka yang diParlimen perlu memikirkan dan berhati-hati bila mengeluarkan cadangan atau hujah-hujah supaya tidak berupa mengenepikan keagungan Bahasa Malaysia itu.

DiPeople’s republic of China, mereka yang tinggal diselatan selalu bercanggah dengan pendirian arus biasa negara itu. Kerajaan pusat PRC mahukan mereka gunakan Bahasa Resmi negara itu, ia itu Mandarin. Tetapi mereka diCanton dan diHong Kong, yang biasanya menggunakan dialek sukubangsa mereka, berdemonstrasi berkenaan dengannya beberapa bulan yang lalu.

Kaum Cina dinegara ini adalah turun temurun penduduk selatan PRC. Banyak diantara mereka pula mahukan Mandarin dijadikan bahasa pengantar disekolah Cina. Aneh perkara ini. Tidak wajar pendirian ini. Mereka mengaku menjadi rakyat negara ini. Mesti patuh kapada Perlembagaan negara ini.

12 11 2010
San Peng.

Kalau dinegara asal mereka, mereka biasa mencanggahi peraturan bangsa dan negara mereka sendiri, apatah lagi di negara dagang tempat mereka merempat. Dipandang dengan sebelah mata pun tidak.

Adalah menjadi kepuasan yang tidak kunjung reda bagi mereka melihat peribumi terkulat-kulat dan terkeseng-keseng akibat dibuli dengan perkataan dan perbuatan mereka.

Kaum peribumi pula tidak terdidik menjadi sadist, mereka hanya bertahan walau apa pun provocation yang dihamburkan oleh golongan pembuli ini.

Adalah sungguh biadap, kasar dan tengik bersikap seperti ahli Parlimen Bukit Mertajam itu. Insensitivitinya begitu menjijikkan seperti seseorang yang terang-terang berkahak dan membuang hingus dimeja makan rakan-rakan yang menjemputnya ke hidangan.

13 11 2010
Khairul

Kata kata “Malaysian first”, “I love Malaysia”, mengguna nama blogging “Malaysian” atau “Malaysian Heart” tak ada makna kalau hati tidak betul betul Malaysian.

14 11 2010
Sher

Dr Ridhuan Tee kata, “Persoalannya, susah sangatkah belajar bahasa Melayu? Cuba kita buat perbandingan bagaimana mereka yang datang ke negara kita untuk mencari rezeki seperti pekerja Bangladesh, India dan sebagainya, bagaimanakah mereka dapat menguasai bahasa Melayu dalam masa begitu cepat tidak sampai setahun. Hari ini kita bukan bercakap jangka masa setahun, tetapi sudah lebih 53 tahun negara mencapai kemerdekaan, masih ada, malah ramai lagi rakyat Malaysia yang langsung tidak boleh berbahasa Melayu? Kalau ada yang boleh, cara percakapannya amat meloyakan.”

I was attracted to what was written by “ray” in reply to one comment in Jebat Must Die blog –

“Today, previous slaves and coolies enjoy the same rights as everyone in America” – Well not before the resented chinese were killed in the riots and thousand others repatriated. Quote from the Chinese Exclusion Act 1882, “Whereas, in the opinion of the Government of the United States the coming of Chinese laborers to this country endangers the good order of certain localities within the territory”. Yeah, TODAY they have lost their PIGTAILS, they also speak America’s national language, some more with the American twang, adopt an AMERICAN name to their surnames, go to public schools like everyone else, never enjoyed vernacular schools and fearful of demanding one (unlike in Malaysia). They also go to church, eat burgers, wear jeans, celebrate halloween and Thanksgiving. In short they ADAPT and fit into the HOST culture instead of clinging on to everything RPC.

15 11 2010
Semerah Padi

“In short they ADAPT and fit into the HOST culture….”

Inilah adat atau lumrah hidup di dunia ini. Masuk kandang kambing, mengembek.

Saya tidak faham kenapa sebilangan orang-orang yang ada di sini tidak mahu “ADAPT”. Kalau tidak mahu, kenapa berada di sini? Sudahlah begitu, mereka ini menimbulkan rasa tidak senang dan tidak harmoni apabila dengan begitu kurang ajarnya melaung-laungkan suara menentang Perlembagaan Negara ini.

Persoalannya, kenapa PENGUATKUASA Undang-Undang negara membiarkan keadaan ini berlarutan?

“DI mana Bumi DI Pijak, DI Situ Langit Di Junjung”

15 11 2010
kassim

salam, pribumi / bumiputra/ melayu dan seadanya mesti terima salah sendiri yg bersikap ambil mudah / lepa ttg nasib sendiri yg sedikit sebyk berkait dgn salah tafsir qada & qadar.. secupak xkan jd sgantang.. ini di kalangan jelata. pemimpin lebih mcm pak kaduk.. menang sorak! yg akhirnya sekalian bangsa jd lebai malang.. dikejar xdapat.. mati berangan bak tikus dikepuk padi.. saluran perjuangan ada tidak dmanafaatkan spt DBP yg kian lesu dek tandus sokongan bangsa serta urustadbir yg tipis semangat kbangsaannya.. yg mendatang, apabila diberi ruang / xdikawal maka anjing tersepit dilepaskan lah jadinya.. bila tuan rumah lepa orang luar pijak kepala.. dah jelas nyata sikap kiasu tapi tiada tindakan yg menginsafkan.. sampai bila?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: