Mengenai DBP – Perjuangan Mendaulatkan Bahasa Dalam Menghadapi Kehancuran?

29 12 2010

Dari laman citra AZLI SHUKRI TODAY

AZLI SHUKRI TODAY

Kehancuran DBP : Mengapa Muhyiddin Tidak Tahu?

Pada hari penyampaian Hadiah Sastera Perdana (HSP) Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 30 November 2010, Tan Sri Mahyuddin Yassin, Menteri Pelajaran Malaysia merangkap Timbalan Perdana Menteri Malaysia, menyarankan supaya sastera diperkasakan. Cantik sungguh saranan Mahyuddin tersebut kerana beliau menyedari bahawa genre sastera ialah salah satu hasil kesenian rakyat dan kesenian adalah cabang kebudayaan. Bercakap persoalan kebudayaan, secara outomatik kita merujuk kepada warna-warna kehidupan (desing of living) masyarakat. Dari aspek kemajuan duniawi apapun, sastera tetap berperanan dalam penyuarakan tentang struktur sosial masyarakat yang didalamnya terlibat unsur politik, ekonomi, bahasa, pendidikan, syasiah diri, psikologi, kesejarahan dan sebagainya.

Menyedari akan hakikat tersebut, maka Mahyuddin menyuarakan supaya sastera Melayu diperkukuh, diperteguh dan didaulatkan bukan dimusnahkan. Tetapi, Mahyuddin mungkin tidak menyedari atau ditipu oleh Termuzi Abd. Aziz, Ketua Pengarah DBP dan balacinya yang menyediakan teks ucapan untuk beliau sampaikan pada HSP dengan retorik yang muluk-muluk. Sedangkan kenyataan yang berlaku terjadi keterbalikan, sastera bukan dikembang dan diperluaskan, malah dimusnahkan. Kini di DBP, kedudukan, fungsi dan peranan sastera Melayu sesudah Pengstrukturan Semula Struktur Organisasi (PSSO) DBP 2010 ibarat kaca terhempas ke batu. Jabatan Sastera sudah dihancurlumat dan ditalqinkan.

PSSO DBP 2010 yang dilaksanakan oleh Termuzi Abd. Aziz, yang tua renta bersama balacinya yang mendapat “desakan” Johan Jaaffar, mantan Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, bukan sahaja bercanggah dengan Akta 930 DBP yang meletakkan fungsi teras DBP iaitu bahasa, sastera dan penerbitan, malah bercanggah dengan matlamat kedua DBP (semakan tahun 1978 pindaan dan peluasan tahun 1995) berkaitan dengan perkembangan sastera kebangsaan. Sambung bacaan anda di sini…
Tulisan AZLI SHUKRI TODAY di atas dimuatkan selepas hari Penyampaian Hadiah Sastera Perdana (HSP) pada 30 November, 2010. Berita mengenai usaha-usaha pendaulatan Bahasa Kebangsaan oleh DBP yang disiarkan oleh myMetro adalah seperti di bawah.

Perjuangan DBP mendaulatkan Bahasa Kebangsaan…

Harian MetroAhad, 26 Disember 2010

Wajib guna bahasa Melayu

KUALA LUMPUR: Mulai tahun depan, tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana agensi kerajaan, perbankan dan syarikat yang enggan menggunakan bahasa Melayu (BM) dalam semua urusan berkaitan, tertakluk di bawah tetapan Jawatankuasa Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan (JPBK).

Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Termuzi Abdul Aziz, berkata langkah itu diambil bagi memastikan semua pihak bersatu dan bekerjasama dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu yang juga bahasa rasmi, sekali gus penggunaannya meluas di seluruh negara.

“JPBK atau jawatankuasa induk ini dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mempunyai enam jawatankuasa kecil di bawahnya bertujuan melaksana, memantau dan memastikan bahasa Melayu digunakan sewajarnya.

“Sebagai contoh, Jawatankuasa Penggunaan Bahasa Kebangsaan di Sektor Kewangan (JPBK-SK) akan memastikan bank di negara ini menggunakan BM dalam semua aktivitinya termasuk dalam borang perjanjian selain bahasa Inggeris. Mereka boleh buat dwibahasa, yang penting BM ada.

“Kalau mereka tidak mahu mematuhi arahan ini yang juga arahan Bank Negara (selaku badan yang mengawal), ia akan di bawa ke jawatankuasa induk untuk perbincangan selanjutnya, sebelum tindakan wajar diambil,” katanya yang ditemui selepas Majlis Penghargaan Bulan Bahasa Kebangsaan 2010, di sini semalam.

Ditanya bentuk tindakan dikenakan, Termuzi berkata, ketika ini belum ada peruntukan dalam JPBK bagi membolehkan institusi perbankan didenda jika enggan patuh arahan berkenaan, justeru pihaknya memikirkan tindakan lain yang lebih wajar untuk menggantikannya sekali gus bertindak sebagai peringatan.

 

“Bagaimanapun, di pihak berkuasa tempatan (PBT) kita mempunyai peruntukan tertentu untuk mendenda jika gagal meletakkan nama jalan, perumahan dan iklan dalam bahasa Melayu.

“Malah, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sudah melaksanakan ini sejak awal tahun dengan pengiklan wajib mendapat kelulusan DBP untuk iklan yang memaparkan 2/3 keterangan dalam BM. Sekiranya tidak, lesen iklan takkan diberi,” katanya.

JPBK dianggotai enam kementerian antaranya Kementerian Pelajaran, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Kewangan selain Jabatan Perkhidmatan Awam yang semuanya bertindak menyelia enam jawatankuasa kecil mengikut bidang masing-masing.

Jawatankuasa kecil itu termasuk Jawatankuasa Penggunaan Bahasa Kebangsaan Perkhidmatan Awam, Jawatankuasa Penggunaan Bahasa Kebangsaan Bidang Penyiaran dan Jawatankuasa Penggunaan Bahasa Kebangsaan di Tempat Awam, Jawatankuasa Penggunaan Bahasa Kebangsaan Sektor Pendidikan dan Jawatankuasa Penggunaan Bahasa Kebangsaan Pegangan dan Penggunaan selain JPBK-SK.

Terdahulu, Termuzi menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Pidato Piala Bank Negara Malaysia membabitkan institusi kewangan.

 

Kita berharap agar kerajaan juga bersungguh-sungguh dalam usaha mendaulat Bahasa Kebangsaan di negara ini dengan menyediakan peruntukan undang-undang yang sewajarnya bagi membantu DBP dalam menguatkuasakan penggunaan Bahasa Melayu, selaras dengan kedudukannya sebagai Bahasa Kebangsaan dan juga sebagai sebuah bahasa yang dimertabatkan oleh Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan serta Akta Bahasa.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: