Perpaduan, Sekolah Vernakular dan Najib Tun Razak

11 01 2011

Kami memetik beberapa perenggan dari tulisan DIN TURTLE – Blogger Parti Melayu yang menyentuh isu perpaduan dan sistem persekolahan yang ada di negara ini pada hari ini.

Monday, December 27, 2010

Malaysia Adalah Negara Paling Ramai Pemimpin Yang Pandai Berucap Isu Perpaduan Kaum

(sila klik pada tajuk untuk membaca rencana sepenuhnya yang dimuatkan di laman DIN TURTLE – Blogger Parti Melayu)

 

Beberapa petikan rencana untuk dikongsikan bersama:-

 

Utusan 26/12 Hapuskan polarisasi kaum demi perpaduan – Lam Thye

Ahli Pemegang Amanah Yayasan 1Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, golongan muda negara seharusnya mengenali antara satu sama lain dan menjalinkan persahabatan dengan mereka yang berlainan kumpulan etnik.

Sementara itu, tambah Lam Thye, sekolah adalah tempat yang paling sesuai untuk mempromosikan integrasi kaum.

“Pelajar hari ini adalah pemimpin pada masa akan datang. Di bahu mereka terletaknya tanggungjawab dalam membina negara Malaysia yang bersatu padu dengan satu matlamat yang dikongsi bersama.

Usaha untuk menyemai nilai-nilai murni dan objektif mulia berkaitan dengan perpaduan harus dimulakan di peringkat sekolah rendah lagi supaya kita dapat menghasilkan generasi Malaysia akan datang yang sedar tentang tanggungjawab mereka terhadap bina negara,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menyeru pihak sekolah, kolej dan institusi pendidikan swasta mengambil usaha bagi mencegah polarisasi kaum di peringkat institusi masing-masing.

 

 

Ulasan DIN TURTLE terhadap ucapan Tan Sri Lee Lam Thye di atas:-

 

Masalahnya, Najib berbangga dengan wujudnya polarisasi kaum diperingkat sekolah rendah ! Ia sama dengan kenyataan Najib yang beliau berbangga dengan kewujudan sekolah vernakular, dimana kanak2 diasingkan dengan begitu ketara sekali mengikut kaum selama 6 tahun. Pengasingan inilah yang diperjuang mati2an oleh pemimpin2 cina tanpa mengenal parti politik atau ngo, SEMUA sepakat.

Jadi kalau kita terima apa yang LLT katakan, bolehlah kita terima juga kenyataan bahawa TIDAK ada kesungguhan dipihak pemimpin2 cina untuk perpaduan kaum. Dan jika diterima juga alasan2 mereka tentang perlunya diteruskan sekolah2 cina itu, antara lain ia juga bermaksud bahawa kualiti pendidikan adalah lebih penting dari perpaduan ! Dan Najib pula meletakkan rubber stamp PM keatas perjuangan mereka.

Sebab itu ramai dari kita dah malas nak baca segala ucapan2 perpaduan oleh pemimpin2. Semuanya cakap kosong. Mereka sendiri tidak ikut apa yang mereka khutbahkan pada rakyat. Sebagai pemimpin yang berkuasa untuk menghapuskan polarisasi kaum diperingkat awal dengan mewujudkan SATU SEKOLAH, mereka sendiri bertanggungjawab mewujudkan masalah perkauman yang ada kerana memilih untuk terus membahagiakan hati mereka yang pro vernakular.

Kalau difikirkan kenapa banyak sangat ucapan perpaduan dari pemimpin2 kita, ia hanya menjurus kepada satu konklusi – kerana kita sebenarnya tidak bersatu.

Kenapa tidak bersatu ? Kerana tidak ada pemahaman antara kaum.

Kenapa tidak ada pemahaman ? Kerana tidak dididik dan didedahkan dari kecil.

Kenapa tidak dididik dan didedahkan ? Kerana wujudnya sekolah vernakular !



Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: