Pendirian Dato Seri Najib

17 01 2011

Seorang pengunjung laman ini,  Sdr. JK, telah memuatkan sebuah komen mengenai berita dari BERNAMA ini di ruangan komen artikel sebelum ini. Kami paparkan sekali lagi berita tersebut.

DARI UTUSAN ONLINE

Kerajaan tidak akan hapus sekolah jenis kebangsaan

16/01/2011 3:32pm

KUCHING 16 Jan. – Kerajaan tidak akan menghapuskan sistem sekolah jenis kebangsaan (SJK) di negara ini untuk menjamin pembangunan modal insan yang kreatif dan inovatif serta mampu menguasai lebih banyak bahasa selain Bahasa Kebangsaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia merupakan satu-satunya negara di rantau Asia Tenggara yang masih mempertahankan sistem SJK dengan pendekatan yang cukup adil membabitkan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).

“Di Malaysia sekolah jenis kebangsaan masih lagi diiktiraf dan terus dibantu oleh pihak kerajaan dan jika kita lihat negara jiran tetangga kita yang lain tidak lagi ada sekolah jenis kebangsaan walaupun ia pernah wujud suatu ketika dahulu di sebuah negara di selatan kita,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian bangunan baru SJK Chung Hua Sungai Tapang Hilir yang bernilai RM9.3 juta di sini hari ini.

Beliau turut berkata, dalam memastikan polisi yang adil terhadap SJK, kerajaan telah memperuntukkan RM145 juta dalam pakej rangsangan ekonomi negara untuk pembangunan sekolah-sekolah SJKC di seluruh negara baru-baru ini.

Najib berkata, pendidikan dalam sistem SJK juga kini semakin diterima bukan sahaja di kalangan masyarakat kaum Cina ataupun kaum India sahaja malah juga kaum bumiputera apabila terbukti ia dapat memberi lebih banyak kelebihan khasnya dari segi penguasaan bahasa. – Bernama

Di antara persoalan-persolan yang mungkin timbul terhadap pendirian DS Najib dalam perkara ini adalah:-

  • Sudahkan KESELURUHAN rakyat negara ini benar-benar fasih menggunakan bahasa Kebangsaan sebelum mereka disarankan menguasai bahasa-bahasa lain?
  • Kenapa Mandarin (SJKC) dan Tamil (SJKT) sahaja? Kenapa tidak bahasa-bahasa lain juga?
  • “Malaysia merupakan SATU-SATUNYA negara di rantau Asia Tenggara…” – mungkin juga di dunia? Banggakah rakyat Malaysia dalam hal ini apabila negara ini melakukan sesuatu perkara yang tiada negara lain lakukan? Dalam kes ini mungkin negara ini lebih menepati imej “kera sumbang” dari imej “lain dari yang lain”
  • Adakah bantuan Kerajaan (melalui perolehan cukai) kepada sekolah-sekolah SJK ini mematuhi Perlembagaan Negara? Apa lagi bila SJK ini menggunakan BUKAN BAHASA KEBANGSAAN sebagai bahasa penghantaran. Adakah ini sehaluan dengan Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa?
  • Sudahkah suatu bancian dijalankan yang menunjukkan bahawa SJK ini diterima ramai apabila DS Najib membuat kenyataan tersebut?
  • Adakah ini satu lagi “kegiatan memancing undi“? apakah DS Najib sebagai ketua parti politik Melayu & Bumiputera sudah tidak yakin lagi dengan undi orang Melayu & Bumiputera?

Sebuah artikel dari PURE SHIITE:-

A Reply to Tun Perkasa Post : Peruntukan Perlembagaan dan Isu Bahasa Pengantar Di Sekolah Jenis


Actions

Information

2 responses

18 01 2011
dinturtle

salam tuan admin,

Jika sekolah cina merupa satu kelebihan sepertikata Najib, kenapa tidak tukar je keseluruhan pendidikan kita kepada sekolah cina ? Kenapa dianaktirikan mereka yang bersekolah biasa ? kita jadikan Satu Sekolah dengan menjadikan sekolah cina sebagai asas.

hmmmm boleh buat artikel tu, tuan – nak pinjam artikel ni atau link untuk artikel saya nanti.

18 01 2011
Pendokong Tegar dan Juara Sekolah Vernakular « Kempen SSS

[…] kenyataan DS Najib dahulu, “Najib: BN sahabat sejati pendidikan sekolah Cina” dan pendirian DS Najib sendiri yang seringkali diulang-ulang, maka memang cocoklah gelaran “Bapak Vernakular” […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: