Negara Kera Sumbang

20 01 2011

Apabila DS Najib begitu berbangga bahawa Malaysia adalah satu-satu negara di rantau Asia (dikhuatiri juga merupakan satu-satunya negara di dunia) yang masih mempertahankan sekolah-sekolah vernakular, maka seolah-olah negara ini begitu bangga menjadi sebuah negara KERA SUMBANG. Lain-lain negara di dunia ini, demi perpaduan, ringkasnya “SATU BANGSA, SATU NEGARA, SATU BAHASA”, telahpun menggantikan sekolah-sekolah vernakular dengan sekolah kebangsaan masing-masing. Sebagai contoh yang diajukan sendiri oleh DS Najib adalah negara Singapura.

Ini adalah sebuah pendirian yang amat pelik dari Perdana Menteri Malaysia apabila beliau begitu bersemangat sekali mempertahankan sekolah-sekolah vernakular sedangkan pada masa yang sama beliau mengutarakan konsep 1-Malaysia. Bila sampai kepada sistem pendidikan pula, DS Najib telah mengelirukan konsep 1-Malaysianya sendiri apabila mempertahankan 3-Sekolah untuk rakyat Malaysia (SK), kaum Cina (SJKC) dan kaum India (SJKT), bukannya SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA (SK).

Beliau nampaknya memberi kenyataan di atas pendapat peribadi beliau sendiri apabila cuba membayangkan bahawa seluruh rakyat negara ini menerima dan  mempertahankan serta bangga pula dengan sistem pendidikan vernakular. Adalah tidak wajar bagi DS Najib untuk mengganggap sebilangan besar rakyat Malaysia turut berbangga sebagaimana beliau berbangga dengan sekolah vernakular tersebut.

Kali ini mari kita kongsi bersama-sama tulisan DINTURTLE – Blogger Parti Melayu mengenai isu ini.

Sekolah Cina – Saya Cadangkan Najib Jadikan SELURUH Sekolah Di Malaysia Ini Sebagai Sekolah Cina Kerana Kerajaan Perlu Adil

Najib sekali lagi mengulangi perasaan bangganya terhadap kewujudan sekolah cina kerana baginya banyak kelebihan yang dapat dinikmati jika anak2 kita belajar disana dan tegas Najib selaku Perdana Menteri Malaysia – KERAJAAN TIDAK AKAN HAPUS SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN . Kempen SatuSekolah Untuk Semua ada menulis tentang ini. Sila klik kesana untuk berita lanjut.

Najib dengan bangganya menyatakan Malaysia sebagai satu-satunya negara didunia yang masih mengekalkan sekolah vernakular , siap beri contoh Singapura yang dulu ada tapi sekarang dah tak ada sekolah vernakular.

Pelik ……. Kita kena bangga ke kalau kita lain dari orang lain ? Sepatutnya kita kena kaji kenapa negara lain yang lebih maju dari kita membuat keputusan menghapuskan sekolah jenis vernakular ni ( mulai sekarang akan dirujuk sebagai sekolah cina sebab susah lidah nak sebut vernakular ) ? Bukan saja Singapura, malah negara2 lain di dunia ( WORLD tuh.. ) pun dah tak ada sekolah cina bantuan kerajaan. Yang ada, dah ditutup. Yang tak ada, tak teringin pun nak buat. Tapi Najib lain…. yang ada, terus dibantu. Yang tak cukup, ditambah lagi.

Negara lain yang lebih maju di DUNIA itu semua tidak menghadapi masalah perkauman seperti kita, kalau adapun ia lebih terkawal. Tidak timbul soal apakah ada segmen rakyat mereka patriotik atau tak. Samada itu adalah antara sebab mereka tak mahukan sekolah cina, tak pastilah pula.

Yang pasti melalui pengalaman saya melihat cara anak2 mereka bersekolah ( Amerika, Singapura, Jepun, Eropah tapi ikut tv je hahahahahahaha… ) saya nampak mereka dari kecil didedahkan kepada faktor2 penyatuan yang bakal mereka bawa seterusnya bila mereka dewasa iaitu :

– satu bahasa utama yang semua harus fasih ( bahasa lain boleh dipelajari sebagai elektif )
– pergaulan sesama mereka tanpa mengira faktor kaum
– pendidikan yang sama

Najib kata TIDAK !! Kita lain…. Kenapa nak ikut diorang ? Kita kena bangga sebab kita lain …

Najib tak cakap kita kena bangga sebab cara kita lebih baik tapi kita kena bangga sebab cara kita lain ( pelik ) dari orang lain . Dan atas kebanggaan kita itu, kita kena teruskan ke-pelik-kan kita itu. Bukan kepelikkan yang semulajadi ciptaan Tuhan tapi kepelikkan ciptaan kita sendiri.

Satu lagi, satu tahun setengah yang lepas masa isu SatuSekolah ini heboh sekejap ( disebabkan kemunculan mamat blogger entah sapa ntah yang mulakan blog SSS itu ), kita dapat saksikan solidariti atau kesepakatan yang ditunjukkan oleh kaum cina TANPA mengira parti politik baik mca, dap, gerakan dibawah gerakan Dong Zong apakenamanya yang bangkit mempertahankan sekolah cina. Padahal pemimpin Melayu kita berapa kerat sangat yang berbunyi, itu pun yang paling lantang orang cina sendiri prof Khoo tapi mereka cepat bangkit dan cepat2 mereka hapuskan sebarang ancaman kepada kewujudan sekolah cina sebelum isu itu jadi lebih besar.

Hasilnya mereka berjaya senyapkan isu itu bila Najib kata kerajaan akan serahkan kepada rakyat untuk buat pilihan. Konon rakyat didahulukan gitu ….. Tapi lepas itu senyap. Tak ada pulak diadakan sebarang referendum, pungutan suara, pungutan sms atau diwujudkan laman web khas untuk menilai pendapat rakyat. Tup tup …. Erniiii…. angkat kain jemuran, hujan dah tuuuruuuuunnnnn…. eh sori, tersasul pulak, tiba2 waktu konvensyen BN baru ni Najib kata Kita kena berbangga dengan sekolah cina, dan yang terbaru dua hari lepas Najib kata sekolah cina dijamin.

Bila masanya Najib buat pungutan suara yang menunjukkan kewujudan sekolah cina itu adalah pilihan majoriti rakyat ?

Apakah ini contoh bagaimana Najib mahu laksanakan konsep Rakyat DiDahulukan ? ( adoi, baaaiiik punya hentam hehehe )

Kemudian Najib cakap banyak kelebihan yang murid2 dapat jika masuk sekolah cina, antaranya mereka mampu menguasai beberapa bahasa. Takperlulah kita debatkan apakah benar kelebihan2 itu, apakata kita terima seadanya memang banyak kelebihan sekolah cina ni. Jadi persoalan logik saya seterusnya adalah –

Jika benar sekolah cina lebih banyak kelebihan dari sekolah biasa, KENAPA TIDAK KERAJAAN MANSUHKAN SEKOLAH BIASA DAN JADIKAN SEMUA SEKOLAH DIMALAYSIA SEKOLAH CINA ? Kenapa menidakkan kelebihan itu daripada majoriti murid2 lain ? Tak adillah kerajaan begitu.

Konsep Satu Sekolah bermaksud SEMUA murid belajar dibawah satu sistem pendidikan, semua sama dan murid2 juga belajar bergaul sesama mereka. kerana dari situ akan timbul persefahaman, trust dan toleransi keatas sebarang perbezaan kaum dan ugama. Jadi kalau ternyata sekolah cina itu lebih baik, saya sarankan sekolah cina dijadikan asas pendidikan negara.

Dengan cara ini, konsep satu sekolah masih diteruskan disamping itu SEMUA murid2 dapat menikmati kelebihan yang sama. Mana aci kerajaan membeza-bezakan apa yang murid2 dapat melalui sistem pendidikan yang ada.

Macam biasalah juga, Najib tak perlu tanya pendapat rakyat. Buat je …. bukankah itu maksud Rakyat Didahulukan.


Actions

Information

One response

21 01 2011
eddy

Very good lateral thinking, satu idea yang sangat bernas TETAPI saya rasalah DS Najib tak berani ambil challenge ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: