Pemegang Amanah 1-Malaysia Gagal Menjawab Soalan Mengenai SATU SEKOLAH

2 02 2011

Pemegang amanah Yayasan1Malaysia gagal apabila berhadapan soalan berkaitan idea SATU SEKOLAH. Apakah ini bermakna 1-Malaysia bukan bersifat “SATU BANGSA, SATU NEGARA, SATU BAHASA” walaupun slogan ini agak sering terpapar di kaca TV dan corong radio? Apakah yang diperjuang oleh 1-Malaysia? Satu tetapi bukan Satu?

Kami paparkan artikel pengendali laman citra ONDASTREET mengenai isu 1-Malaysia yang nampaknya tidak “SATU” ini.


Kecewa!!!

Itulah yang boleh digambarkan apabila pemegang amanah Yayasan 1Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye gagal menjawab soalan seorang pemanggil (atau lebih kepada mengelak daripada memberikan pendapat) tentang idea satu sekolah untuk semua demi perpaduan rakyat Malaysia.

Apakah respon yang diberikan? Memberikan senario kemalangan yang berlaku di jalan raya, dan rakyat Malaysia prihatin memberikan bantuan tanpa mengira kaum atau etnik. Dengan bertutur agak perlahan seperti mencari perkataan, Tan Sri Lee Lam Thye dilihat lebih kepada untuk tidak menjawab soalan dan pandangan yang diminta daripada pendengar.

Yang diutarakan? Kelab Sukan yang mempunyai keanggotaan pelbagai bangsa. Namun langsung tidak memberikan pandangan akan satu sekolah untuk tujuan memupuk perpaduan rakyat Malaysia sejak kecil.

Antara kelab sukan dan sekolah, yang mana memberikan ruang masa dan peluang untuk interaksi antara kaum dan bangsa? Di sinilah Tan Sri Lee Lam Thye selaku pemegang amanah Yayasan 1 Malaysia gagal mengulas malah cuba mengelak.

Apakah Tan Sri memang berniat untuk mengelak? Apakah Tan Sri tidak tahu menjawabnya? Apakah Tan Sri sebenarnya takut untuk mengulas idea tersebut?

Yang nyata, panggilan itu dibuat jauh daripada sebelum tamat sesi Kerusi Panas untuk Jumaat, 28 Januari 2011. Paling tidak, Tan Sri ada sekurang-kurangnya 10 minit sebelum tamat sesi Kerusi Panas.

Buat Tan Sri Lee Lam Thye,  dan juga pemegang amanah Yayasan 1Malaysia yang lain, jika ya anda mahu memupuk perpaduan, kenapa harus takut untuk menjawab? Jika tidak pasti bagaimana gambaran satu sekolah untuk semua, mungkin anda patut ke laman ini terlebih dahulu (sebagai antara cadangan dan gambaran yang boleh dipertimbangkan demi perpaduan rakyat).

Soalan dijalanan: Tan Sri Lee Lam Thye kepanasan di Kerusi Panas tadi?


Actions

Information

One response

6 02 2011
carlosaziz

tan sri lee lam thye pun macam cina2 lain kat malaysia jg.. tak ada bezanya.. berpura-pura.. mereka ada perancangan sulit untuk menjadikan makaysia greater singapura. langkah pertama, pingirkan pengunaan bahasa melayu.. sehinga orang melayu berasa malu untuk bertutur dan menulis dalam bahasa mereka sendiri…….. ingat orang melayu mesti jangan sesekali mempercayai orang2 kapir dalam apa jua keadaan. mereka adalah musuh kita yang nyata.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: