Kerajaan Yang Melanggari Undang-Undang Persekutuan

11 02 2011

Kami paparkan sebahagian dari artikel PANEH MIANG yang menyentuh tentang isu kedudukan bahasa kebangsaan negara ini dan juga isu kewujudan sekolah-sekolah vernakular. Sila baca artikel penuh DI SINI.

3. Cina di Indonesia dan Thailand diharamkan menggunakan nama Cina, serta tidak diberi peluang langsung untuk membina sekolah Cina, apatah lagi untuk belajar menggunakan bahasa ibunda mereka.

4. Berbeza dengan Malaysia, apa saja yang diminta mahupun didesak oleh kaum Cina, maka pasti kerajaan (Najib) akan tunaikan. Apa yang sekolah kebangsaan dapat daripada kerajaan, maka semua sekolah Cina pun akan dapat benda yang sama.

5. Namun yang gagal difahami oleh kebanyakan Menteri Kabinet berbangsa Melayu (Najib) di negara ini ialah penekanan istilah atau aspek teknikal perkataan dan ayat dalam Perlembagaan Persekutuan adalah amat penting sebelum Menteri (Najib) merangka dasar atau memberi wang dengan sewenang-wenangnya kepada sekolah vernakular. Perkataan-perkataan dalam Perkara 152 (a) dan 152 (b) seperti “menggunakan”, “mengajar”, “belajar”, “penggunaan” serta “pengajian” adalah perkataan-perkataan untuk membezakan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dengan bahasa-bahasa lain yang terdapat di Malaysia (sila rujuk Perlembagaan Persekutuan).

6. Berdasarkan Perkara 152 dalam Perlembagaan Persekutuan, sekolah vernakular (SJKC & SJKT) sepatutnya dikategorikan sebagai sekolah swasta sebagaimana Sekolah Jepun atau sekolah antarabangsa yang lain terdapat di Malaysia. Kerajaan tidak bertanggungjawab untuk memberi kemudahan serta bantuan kewangan daripada dana negara atau negeri kepada SJKC dan SJKT, apatah lagi melambakkan berjuta ringgit kepada sekolah vernakular ini di setiap PRK. Kerajaan hanya dibolehkan memberi bantuan kewangan hanya dengan tujuan untuk memelihara “penggunaan dan pengajian” bahasa kaum lain tetapi bukannya untuk “belajar dan mengajar” bahasa-bahasa kaum lain iaitu mandarin dan tamil.

7. Mengutamakan bahasa mandarin dan tamil adalah bertentangan dengan hak kesemarataan dan hak pendidikan di Malaysia.

8. Kerajaan kini melalui Kementerian Pelajaran sebenarnya telah melanggari undang-undang Persekutuan apabila memberikan bantuan dan kemudahan kepada SJKC dan SJKT kerana secara tidak langsung kementerian telah cuba menyamaratakan sekolah kebangsaan dengan dua aliran sekolah tersebut.

9. Ini jelas merupakan satu bentuk diskriminasi kepada sekolah Kebangsaan yang memperolehi dana hanya daripada kerajaan sedangkan SJKC dan SJKT memperolehi dua saluran dana iaitu daripada kerajaan serta bantuan orang perseorangan serta entiti perniagaan kaum masing-masing.


Sila layari artikel sepenuhnya DI SINI.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: