Bila Lagi Hendak Menguatkuasakan Penggunaan Bahasa Kebangsaan?

27 02 2011

Dari Cikgu Taufiq – BAHASA ITU INDAH, pautnya DI SINI. Artikel ini sudah diterbitkan sejak penghujung tahu lepas. Hari ini, apa tindakan yang sedang diambil oleh kerajaan dalam usaha untuk memperkasakan Bahasa Kebangsaan?

ISU BAHASA : PLM sokong denda jika perlekehkan bahasa Melayu

Jumaat, 2010 Disember 31

PERSATUAN Linguistik Malaysia (PLM) menyokong penguatkuasaan denda jika tidak menggunakan atau memperlekeh bahasa kebangsaan dengan mengabaikan bahasa Melayu bagi semua sektor awam dan swasta mulai tahun depan seperti dinyatakan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Ahmad Termuzi, baru-baru ini.
PLM berharap usaha memartabatkan bahasa kebangsaan benar-benar dilakukan dengan memastikan apa saja bahan cetakan sama ada papan iklan, gegantung, pengumuman, brosur, manual penggunaan barangan seperti mesin bukan saja ada versi bahasa Melayunya tetapi diletakkan pada bahagian atas sekali atau halaman pertama sebagai tanda keutamaan bahasa rasmi negara ini.

Semua barangan untuk eksport juga tidak patut dikecualikan di samping bahasa Inggeris atau bahasa negara sasaran yang sememangnya patut digunakan. Bagi barangan import, syarat yang sama perlu dikenakan dan hal ini tidak menjadi masalah bagi negara pengeksport dalam dunia berteknologi canggih sekarang.Terjemahan hanya sekadar di hujung jari. Contohnya, komputer yang dieksport ke Thailand atau negara Timur Tengah lengkap tersedia dengan perisian berbahasa Thai atau Arab yang disediakan pengeluarnya di samping bahasa Inggeris.

Justeru, bukanlah suatu yang sukar bagi pengeluar untuk diminta berbuat perkara sama bagi barangan import ke negara ini. Justeru, industri terjemahan bahasa asing ke bahasa Melayu dan dari bahasa Melayu ke bahasa asing dapat digiatkan secara lebih agresif.

Secara langsung dan tidak langsung, bahasa Melayu dapat menjadi komoditi bagi tujuan eksport dan import serta dapat menerobos ke pelbagai negara di seluruh dunia.

KAMAL SHUKRI ABDULLAH SANI,

Timbalan Presiden,
Persatuan Linguistik Malaysia.

Sumber : http : //www.bharian.com.my/

Actions

Information

One response

27 02 2011
Dal

BAHASA ITU INDAH … Tak seindah nasi pengisi periuk … Tak senilai undi pengisi peti.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: