Cerita “Ops Lalang” dan Sekolah Cina

1 03 2011

Pada 14 Februari 2011 lepas, “blogger santai”, DIN TURTLE – Blogger Parti Melayu telah memuatkan artikel yang dipaparkan berikutnya ini di laman beliau.


Isu Ops Lalang – Pemenang Sebenar Waktu Itu Adalah Cina ! Melayu Jangan Nak Perasanlah…

Semasa menulis 2 artikel lepas iaitu komen ‘ lepas ‘ saya terhadap isu Ops Lalang yang dibangkitkan oleh LKS, fikiran cuba memperingati isu2 hangat yang mengapikan suasana waktu itu. Tumpuan saya asyik kembali kepada tindakan Menteri Pendidikan waktu itu yang mengarahkan pengambilan pengetua bagi sekolah cina adalah mereka yang tidak ada pendidikan cina. Hmmmm …. Pengetua Sekolah Cina Yang Tak Tahu Cakap Cina …. OK APA !!

Bukan ke dalam Perlembagaan ada dinyatakan bahawa bahasa bagi setiap urusan resmi mesti didalam Bahasa Kebangsaan. Jadi tidak ada banyak bezalah kalau seorang Pengetua sekolah cina tidak pandai cakap bahasa yang bukan Bahasa Kebangsaan. Setiap arahan, perbincangan mesyuarat, pengajaran dalam kelas bukankah semuanya dikategorikan sebagai urusan resmi jadi tidak perlu sebenarnya keperluan mahir dalam bahasa cina untuk jadi pengetua disitu. Cuma nak bergossip je mungkin ada masalah, tapi bagus juga bila dah kurang bergossip, pengetua itu akan lebih tumpukan pada kerja.

Memang bijak Menteri Pendidikan kita waktu itu. Siapa ya ….? emmmmm… kalau tak silap Anwar la ! Ya ke dok ? Iya, Anwar yang keluarkan arahan tu ! Oooookaaayyy…. eerrr… err…. tapi saya hairan kenapa yang cina mengamuk habis dengan arahan Menteri Pendidikan tu ? Atas dasar apa bangkangan mereka ? Ada sesiapa tahu ?

Kalau diikut dari segi undang-undang, tidak ada apa yang salahnya malah amat bagus kalau kriteria pendidikan cina tidak dijadikan keutamaan perlantikan pengetua disekolah cina. Lebih bagus kalau dihapuskan je terus sekolah cina ni, tapi kalau Najib dah bangga sangat dengan kewujudannya … siapalah rakyat nak bangkang. Najib LEBIH TAHU apa yang baik untuk rakyat. Kan ?

Tapi tak salah kan dengan cadangan dulu tu ? Macamana Tuan Najib ? Bukan ke Tuan juga yang turut sama mempertahankan cadangan itu dulu ? Dengan adanya Pengetua yang berpendidikan Nasional, dapatlah dipastikan dan diselaras sistem pendidikan sekolah2 cina supaya tidak terpesong dari apa yang digariskan oleh kerajaan. Ini bukan isu perkauman ! Saya tak kata pengetua itu mesti orang Melayu, dia boleh juga orang Melayu, orang india, orang Kadazan, Orang Jawa, apalagi orang cina sendiri.

Tuan Najib tak takut ke sekolah2 cina tu dalam diam2 melaksanakan agenda china dalam mendidik anak2 Malaysia ? Habislah agenda perpaduan seperti yang terkandung dalam 1Malaysia tuan nanti kalau perkara ini tidak dipantau.

Kita semua tahu pengaruh besar yang ada pada persatuan2 NGO cina terutamanya Dong Zong apakenamanya keatas sekolah2 cina. Tuan juga tahu Ngo2 mereka itu dengan TERANG dan JELAS menentang pendirian kerajaan dalam peranan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama dinegara kita. Tuan pasti ingat Perisytiharaan Bersama Pertubuhan2 Cina Malaysia 1985 dibawah no 5.2 ada menegaskan –

” Berasaskan prinsip rakyat pelbagai kaum berhak mengembangkan pelajaran bahasa ibunda mengikut hasrat masing-masing, dan ibubapa berhak menetapkan jenis pelajaran untuk anak2 mereka. Kerajaan haruslah melaksanakan dasar “kurikulum yang sama tapi bahasa pengantar yang berlainan“, yang lebih sesuai dengan keadaan masyarakat majmuk negara kita. “

Perhatikan dua perkara yang saya merahkan itu. Tuan sebagai PM kita tak risau ke apa yang berlaku disekolah2 cina ? Saya tak kata perkaranya sedang berlaku tapi kalau dah pendirian NGO cina ( dalam kata lain – ibubapa cina ) bahawa mereka lebih berhak tentukan jenis pelajaran untuk anak2 mereka, seharusnya kerajaan memantau sekolah2 cina tu.

Mungkin benar apa yang Tuan Najib cakap tentang sekolah cina ni banyak kelebihannya tapi waktu sama kita kena pastikan juga mereka patuh kepada dasar2 yang ditetapkan oleh kerajaan. Dan apakah cara yang lebih baik dari meletakkan pengetua yang dididik melalui sistem pendidikan kebangsaan. Sebagai bos, pengetualah yang akan memastikan dasar2 pendidikan kebangsaan dipatuhi oleh sekolah dibawah jagaan mereka.

Selepas 24 tahun berlalu sejak Ops Lalang, saya pasti orang cina dah belajar tentang perlunya rakyat melupakan soal2 perkauman dan mengutamakan agenda perpaduan kerajaan. Apatah lagi Bos besar Pakatan Rakyat sendiri yang mempelopori idea ini dulu, takkan sekutunya terutama Dap nak bangkang. Dan Tuan Najib sendiri tidak membantah cadangan ini dulu.

Nah, kedua-dua pemimpin BN dan Pakatan bersetuju dengan cadangan ini, tunggu apa lagi …. Ke kedua-dua pemimpin BN dan Pakatan telah sama-sama berubah pendirian ??? Kalau benarlah mereka berdua dah ubah pendirian maknanya …… NGO Cina Dah Menang ! saya ulang balik – NGO CINA DAH MENANG ! Satu kemenangan mutlak yang dipersetujui kerajaan dan pembangkang. Siapa kata kerajaan dan pembangkang tak boleh sepakat ?

UMNO PUN SETUJU KE ?

JADI KESIMPULANNYA BOLEHLAH DIANGGAP DALAM KEMELUT OPS LALANG 1987, PIHAK YANG MENANG ADALAH CINA.

Ambik kau Melayu semua ….. dapat terima tak hakikat ini ?


Actions

Information

4 responses

2 03 2011
mohamed

Saya tak suka sangat BABI, tetapi kali ini saya sokong. Bayangkan guru besar sekolah ni seorang yang benar2 berjiwa Kebangsaan.

It is not too late to implement this brilliant idea. Tuan Najib, please, please. After all you already agree in principle to this idea.

Thank you SSS, ur awesome!!!

3 03 2011
msleepyhead

Tuan Admin SSS,

Ini pemerhatian peribadi saya. Saya tidak faham halatuju blog SSS akhir-akhir ini daripada beberapa masukan yang lepas. Adakah blog ini sudah menjadi blog-benci kaum Cina.

Saya tidak dapat memahami logik saudara/i bagaimana pemaparan tulisan-tulisan berunsur kebencian ini akan dapat menyebarkan kepentingan SSS, Satu Sekolah untuk Semua – objektif utama blog ini.

Paparan seperti ‘Di sana Malaysia, di sini China’ dan yang mengenai kepelbagaian budaya (multiculturalism) – apakah kaitan isu-isu tersebut dengan tujuan SSS untuk menyeru agar rakyat Malaysia bersatu dalam satu sistem persekolahan di peringkat rendah. Sekiranya terus dicerca dan caci, apakah ia akan dapat mengundang mereka untuk menyertai kempen SSS.

Sebagai satu-satunya blog SSS rasmi, diharapkan penggunaan bahasa kebangsaan, Bahasa Malaysia, dalam blog ini adalah tepat dan boleh menjadi teladan kepada blog-blog berjiwa kebangsaan yang lain. Apakah gunanya menepuk dada dan melaung-laung kepada orang lain untuk menghormati bahasa kebangsaan sedangkan tulisan-tulisan yang dipaparkan di sini, contohnya penulisan cerita ‘Ops Lalang’ ini, menunjukkan penulisan yang ‘cincai’. Penggunaan huruf besar dan struktur ayat betul pun tidak diendah.

Saya harap sebagai blog rasmi kempen SSS, Tuan akan memaparkan tulisan berkualiti yang boleh menunjukkan keindahan dan kebolehan Bahasa Malaysia iaitu bahasa kebangsaan kita, digunakan untuk bermusyawarah mengenai isu SSS ini.

4 03 2011
Maju

SSS Admin,

Saya salinkan dibawah ini jawapan kapada komen komen msleepyhead yang juga telah diterbitkan di blog Demi Negara. Sebagaimana kata msleepyhead, ini juga pemerhatian peribadi saya:

msleepyhead,

Ingin saya mempertahankan laman citra Kempen SSS dan Pentadbiran SSS. Saya dapati kritik anda terhadap mereka sedikit menghairankan.

Mereka sudah terangkan beberapa kali, dipermulaan rencana, dikomen komen dan dilain lain tempat, sebabnya ada rencana rencana atau komen komen dibenarkan didalam Bahasa Inggeris. Tujuannya ialah supaya pesanan pesanan (messages) didalam rencana tersebut sampai kepembaca yang ditujukan, termasuk kapada mereka yang kurang fasih didalam Bahasa Malaysia. Maka laman web ini tidak berupa darjah sekolah dimana murid murid diberi penerangan didalam bahasa pengantar sahaja. Tujuan laman web ini ialah memikat dan mendapatkan – tidak memaksa – pembaca faham, sedar dan setuju dengan pesanan yang terkandung didalam rencana rencana tersebut.

Tentulah anda tahu bahawa “memikat dan mendapatkan” mereka faham dll itu ada beberapa cara. Bidang psikoloji itu amat luas, dan diAmerika, walau pun dikatakan amat luas pemandangan atau “liberal”, usaha usha mendapatkan maanusia faham, setuju dsbnya dengan kehendak mereka berakhir dengan “water-boarding” kapada tahanan diGuantanamo Bay, yang serupa tahanan ISA diMalaysia. Kempen SSS jauh sekali tidak berniat seperti itu, tetapi mungkin ada menggunakan cara “sayang anak, sepak sepakkan”, sindir menyindir, malahan sedikit maki hamun yang berpatutan (reasonable scolding, chiding, rebuke), sebab sudah 53 tahun Merdeka dan mengakui rakyat Malaysia tetapi masih ada yang tidak boleh bertutur didalam Bahasa Malaysia.

Maka begitu juga dengan pemilihan rencana rencana yang dimuatkan dilaman citra SSS. Setiap satu rencana yang dipilih itu ada pesanan didalam nya, sama ada menerangkan, memperingatkan, menonjol pemikiran, walau pun menyindir pembaca yang ditujukan supaya sedar pentingnya penggunaan Bahasa Kebangsaan, perlunya sistem sekolah satu aliran, dahaganya keadaan sekarang akan perpaduan diantara rakyat. Rencana “Ops Lalang” yang anda sebutkan itu perlu dilihat dari segi pesanan didalamnya, perkara bahasa adalah sekundar atau “secondary”. Perlu juga disedari bahawa bukan sahaja kaum yang disindir, malahan pemerintah juga dikritik dibeberapa rencana yang dimuatkan.

Anda perlu sedar bahawa, kerana kaum Cina adalah 23% jumlah penduduk berbanding dengan 7% kaum India, dan kerana banyak yang menyuarakan tentang BM dan sebagainya adalah dari kaum Cina, maka banyaklah rencana yang dimuatkan dan komen komen yang dikeluarkan memberi hujah hujah kapada, termasuk sindir menyindir, kaum Cina.

Perkara cara dan tahap bahasa mereka gunakan bila menulis komen, mahu pun rencana yang dimuatkan itu, juga adalah perkara sekunder atau “secondary”. Anda juga perlu sedar bahawa ini adalah blog, dan blog ada kebiasaan atau “protocol”nya tersendiri. Ada masa masanya SSS menulis rencana secara resmi atau “formal”, dengan bahasa resmi, tapi perlu diingat lagi bahawa ini bukan sekolah atau pejabat atau laman citra Kerajaan. Ini hanya tempat bersuara dengan tujuan ulungnya menerangkan dan mendapatkan pembaca yang ditujukan faham dan setuju dengan pesanan yang dikeluarkan.

So’al kesan Kempen SSS itu boleh dibincang atau “debateable”. Kempen SSS boleh berbangga bahawa memestikan sejarah disekolah sekolah, yang disyorkan diMemo kapada Menteri Pelajaran yang diderap mereka itu, telah menjadi realiti. Walau pun inspirasi besar bagi Menteri Pelajaran membuat keputusan baginya adalah UMNO sebab pengumumannya dibuat diMesyuarat Agung Tahunan UMNO yang lalu.

Perlu dinyatakan disini bahawa tidak ada so’al “benci kaum Cina”. Sasaran adalah mereka yang mengaku sebagai rakyat Malaysia dan menggunakan kemudahan bagi rakyat negara ini, walau pun dengan hanya menggunakan paspot Malaysia, tidak boleh bertutur didalam Bahasa Malaysia. Sindir menyindir dsbnya itu ditujukan kapada mereka seperti itu. Jika anda merasakan tulisan-tulisan itu “berunsur kebencian”, masakan anda sendiri fasih didalam Bahasa Malaysia, mungkin anda merasa malu atau “guilty conscious” bagi pihak kaum anda. Maka alangkah baiknya jika anda cuba mendapatkan yang lain itu juga fasih didalam Bahasa Malaysia dan setuju dengan SSS, mungkin menulis dan memujuk secara yang anda lebih arif berkenaan kaum anda sendiri, bukan sahaja disini, tetapi juga diblog blog lain, termasuk blog yang pendapat orang Melayu biasa selalunya tidak disiarkan, seperti Malaysian Insider, Malaysiakini, Malaysia Today.

Penulisan berkenaan kepelbagaian budaya (multiculturalism) adalah ditujukan kapada Dong Zong dan yang sepertinya, yang bukan sahaja mahukan Mandarin sebagai bahasa pengantar, tetapi juga pemikiran karut “multi-nations within a nation” yang pernah disebut pemimpinnya. Ini membayangkan kemahuan meneruskan nilai nilai yang tidak berupa “keMalaysiaan” atau bersatu padu. Pemimpin pemimpin Britain dan Germany telah mengatakan mereka mahukan nilai nilai British dan German dianuti mereka yang tinggal dinegara negara tersebut.

“Multiculturalism is dead”, kata mereka, maksudnya tidak lagi melayan mereka yang mahukan nilai nilai atau budaya yang bukan British atau German, termasuk AlQaeda dan kongsi gelap, penjahat dan gangster diChinatown dinegara mereka. Britian dilapurkan telah mula mengejar pelajar dan pelancong yang tinggal berlebihan (over-staying) dan berkerja tanpa izin direstoran-restoran Cina disana. Kaitan isu multiculturalism dengan tujuan SSS adalah nyata – Dong Zong tidak boleh majukan nilai nilai yang tidak berupa “keMalaysiaan”, yang bertentangan dengan Perlembagaan negara seperti Perkara 152 berkenaan Bahasa Kebangsaan.

Tujuan SSS yang ulung ialah melahirkan suatu Bangsa Malaysia yang kukuh dan bersepadu demi kepentingan keharmonian dan keamanan yang berpanjangan selama lamanya. Maka sistem persekolahan di peringkat rendah adalah satu daripada caranya. Emak bapak dll yang “hardcore” tidak akan dapat “diundang untuk menyertai kempen SSS” walau dengan apa cara sekali pun. Yang ditujukan adalah mereka yang ditengah tengah diantara “hardcore” dan yang menyokong. Sebagaimana telah diterangkan diatas, cara caranya berbeza. Yang mana boleh berkesan boleh dibincangkan. Sama ada cara diplomatik pujuk memujuk, penerangan secara formal seperti dilakukan Kerajaan, sindir menyindir dan sebagainya.

Ingatlah bahawa pendapat sentiasa berbeza diantara maanusia. Namun demikian, silalah keluarkan hujah hujah, yang sepatutnya disokong dengan butir butir lanjut, data berkenaan dan sepertinya. Dimana mana didunia, maanusia cuba menggunakan bahasa yang sesuai untuk berhubung, bagi mendapatkan pihak lain faham, termasuk menggunakan “bahasa cincai”. Silalah sebutkan pakar pakar dan butiran lanjutnya yang mengatakan sebaliknya.

Akhir kata, perlu kita lihat kapada tujuan dan isi kandongan dan mustahaknya “substance over form”. Bak kata pepatah Inggeris, “Don’t miss the bush for the trees”. Diharap jangan anda pulak mengatakan saya perlu keluarkan pepatah Melayu sahaja disini.

Maju.

15 03 2011
anakwatan

Ms sleepy ni tidurkaa ?
Sentuh soal ni kira racist pula ? melayu ada hak racist ke atas tanah sendiri, melayu mesti gunakan hak ini utk teguran. Jangan jadi melayu yg tau jaga hati orang asing tapi hati sendiri tak tenteram.

tahniah di atas keberanian SSS !!!, Ingin saya tegaskan sekolah vernakular adalah sekolah haram yg tidak mendapat restu orang2 melayu !,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: