Apa dah jadi dengan sekolah kebangsaan kita?

17 03 2011

Sebuah persoalan yang begitu relevan dilontarkan oleh HIDUP TUAH! (sila klik DI SINI) dan wajar diberikan perhatian yang serius oleh Kerajaan, melalui Kementerian Pendidikan dan juga warga negara yang benar-bernar berjiwa kebangsaan, yang benar-benar patriotik terhadap negaranya.

1. Sekolah Kebangsaan (SK) sepatutnya menjadi sekolah yang unggul di bawah sistem pendidikan negara. Ia bertapakkan Perkara 152, Perlembagaan Negara, bertiang-serikan Seksyen 2, Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967, beratapkan Teras 3, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), 2006 – 2010 dan berlantaikan peruntukan berbilion ringgit setiap tahun. Justeru, SK sewajarnya mampu menarik minat jutaan ibubapa untuk menghantar anak mereka berduyun-duyun bersekolah di situ.

2. Tetapi apa sebenarnya yang terjadi?

3. Diakui bahawa di bawah PIPPP tersebut, pelbagai prakarsa telah dilaksanakan untuk memperkasa SK (Teras 3). Antaranya ialah peluasan program pra-sekolah, pemantapan kurikulum, penambah-baikan aktiviti ko-kurikulum dan sukan, peningkatan prestasi akademik serta penyediaan prasarana dan kemudahan yang berkualiti dan mencukupi.

4. Setelah semua dayausaha tersebut dilaksanakan, apakah outcomenya dari segi enrolmen di SK berbanding dengan SJK (C)? Outcome inilah yang menjadi kayu pengukur utama kejayaan / kegagalan Teras 3, PIPP.

 

Guru sedang mengajar di SK Tedong

5. Pada tahun 2000, di SK, bilangan murid (a) Bumiputera adalah seramai 2,020,272 (b) Cina seramai 50,786 (c) India seramai 93,056 dan (d) kaum lain seramai 60,409.

6. Di SJK (C) pula, pada tahun yang sama, bilangan murid (a) Bumiputera adalah seramai 43,147, (b) Cina seramai 566,868, (c) India seramai 8,824 dan (d) kaum lain seramai 5,264.

7. Sepuluh tahun kemudian, pada tahun 2010, di SK, bilangan murid (a) Bumiputera adalah seramai 2,196,051 (b) Cina seramai 27,381 (c) India seramai 72,698 dan (d) kaum lain seramai 45,082. Statistik ini jelas menunjukkan bilangan murid bukan Bumi semakin berkurangan di SK – murid Cina menjunam 46%; India menurun 22% dan kaum lain merosot 25%.

8. Di SJK (C) pula, pada tahun yang sama, bilangan murid bukan Cina bertambah ramai berbanding tahun 2000: (a) Bumiputera adalah seramai 56,727 (b) Cina seramai 539,908 (c) India seramai 10,193 dan (d) kaum lain seramai 6,239. Peningkatan peratus masing-masing adalah sebanyak (a) 31% bagi Bumi (b) 16% bagi India dan (c) 19% bagi kaum lain.

9. Adakah statistik ini membuktikan bahawa SJK (C) yang menjadi semakin perkasa; bukannya SK? Apa dah jadi pada SK?

10. Apakah langkah-langkah ala-Blue Ocean yang patut dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran untuk membetulkan segera keadaan ini? Seterusnya apakah pula yang patut dan mampu kita buat untuk membantu Kementerian tersebut dalam urusan yang sama?

Sila klik imej


Actions

Information

One response

30 03 2011
jamilah

Kajian yang terperinci, meluas dan adil perlu dibuat. Kerajaan telah banyak berusaha, tetapi perlu diingat pelaksana adalah orang yang menentukan kejayaan rancangan2 tersebut. Teori sangat kemas dan cantik tapi praktikal side kurang menjadi. Jika menjadi, kenapa jadi begitu? Pentadbir sekolah memainkan peranan terpenting, turun padang dan tegur sampai berkesan dan berjaya. Jawatan diberi kepada yang layak, bukan ikut time based semata-mata. Pentadbir, guru dan semua kakitangan (terutamanya di pejabat sekolah) kena ikhlas, sabar dan tidak mudah putus asa. kalau sikit2 nak melenting, keadaan SK akan semakin teruk. Kalau semua ok, takkan jadi mcm ni, kepercayaan semakin hilang, bukan hilang sendiri tetapi ada sebab dan penyebab. Semua kena terima dan berubah. Jika masih nak bodoh sombong, kita tengok je lah orang lain berjaya…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: