Kalau bukan bahasa Melayu, bahasa Apa lagi nak guna?

24 03 2011

Kalau bukan bahasa Melayu, bahasa apa lagi nak guna?” sebuah soalan yang begitu wajar dilontarkan kepada setiap individu yang mengaku dirinya sebagai rakyat Malaysia. Soalan ini juga terutama sekalinya patut diajukan kepada pemimpin-pemimpin negara Malaysia yang selama ini nampaknya tidak begitu mengambil berat tentang bahasa kebangsaan sehingga ianya melanggari undang-undang tertinggi negara, Artikel 152, dengan (sebagai contohnya) membenarkan percambahan sekolah-sekolah vernakular yang menggunakan bahasa asing sebagai bahasa penghantar.

Dipaparkan semula di sini sebuah artikel karya Mofizputra (Pautannya DI SINI)

peranan bahasa

Asalamualaikum.. Tajuk Perbincangkan kita pada kali ini ialah mengenai Bahasa, Apa itu bahasa, semua orang mengetahui apa itu bahasa, bila ditanyakan kepada remaja kita pada hari ini mengenai konsep bahasa ada yang menjawab, “alah bahasa lah, bahasa untuk berkomunikasi sesama kita” ada juga yang menjawab sambil ketawa kecil, ” emm.. bahasa lah, budak kecik pon tahu, bahasa melayu bahasa komunikasi, .” Ya ada benarnya jawapan-jawapan yang diberikan oleh remaja-remaja tersebut, tetapi bagi pengkaji-pengkaji bahasa mereka bukan sahaja memberi takrif bahasa daripada segi alat sebagai komunikasi, malah bahasa merupakan sistem lambang-lambang yang bersifat arbitrari dan berfungsi sebagai alat komunikasi dan untuk mengindentifikasikan diri mereka (Zulkifley Hamid: 2007).  Apabila kita menyifatkan bahasa sebagai arbitrari maksudnya sifat ini yang membezakan bahasa manusia daripada sistem perhubungan lain yang bersifat ikonik, iaitu reaksi yang bersifat alamiah seperti, menjerit, mengaduh sakit dan mendengus marah.

Peranan bahasa sangat penting bagi masyarkat antara peranan yang dimainkan oleh bahasa ialah, menyampaikan sesuatu maksud atau perasaan hati kepada orang lain (Othman Sulaiman : 1960). Selain itu, bahasa juga mempunyai pengaruh yang besar terhadap masyarkat, hal ini disebabkan bahasa mempunyai kebolehan mendukung, meneruskan dan mengekalkan sesuatu identiti masyarakat tersebut. sehubungan dengan itu, bahasa dianggap sebagai gambaran jiwa bangsa dan budaya seseorang individu tersebut (Teo kok Seong : 1999). hal ini terbukti, apabila kita melihat negara kita Malaysia yang berbilang kaum dan mempunyai kepelbagaian bahasa, dengan secara tidak langsung kita akan terbayang seperti rajah di bawah :
jadual copy
Dengan contoh yang diberikan di atas dapat mengukuhkan lagi pendapat yang menyatakan ” bahasa juga mempunyai pengaruh yang besar terhadap masyarkat, hal ini disebabkan bahasa mempunyai kebolehan mendukung, meneruskan dan mengekalkan sesuatu identiti masyarakat tersebut” (pada perenggan diatas). dengan kata mudahnya bahasalah yang mengekalkan sesuatu identiti kaum sesuatu masyarakat. Oleh itu, Negara Malaysia telah mengambil langkah awal dengan memperkenalkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, bagi mengekalkan identiti masayarakat Malaysia Berbilang kaum. Buktinya dapat dirujuk dalam peruntukan perkara 152 perlembagaan Malaysia :
perkara 152
Tujuan perkara 152 yang diperuntukan dalam perlembagaan Malaysia bukan hanya kepentingan kepada Kaum Melayu sahaja tetapi untuk kepentingan bersama. Cuba kita fikir sejenak, jika perkara 152 tidak diperuntukkan bagai mana keadaan Malaysia sekarang? apabila tiada bahasa rasmi atau bahasa kebangsaan yang menjadi tonggak dalam pemerintahan, pendidikan dan daripada segi aktiviti sosial masyarakat??.. Baiklah cuba bayangkan jika peruntukan 152 tidak wujud Pentadbiran akan kucar-kacir, contohnya jika pelbagai bahasa digunakan dalam pentadbiran tidak kiralah diperingkat pusat mahupun negeri akan menyebabkan arahan dan undang-undang menjadi lemah. Lemah kenapa? kerana berkemungkinan besar sesetengah rakyat tidak memhami apa yang disampaikan dan akan menyebabkan percangahan di antara kaum dan juga apa yang dirancangkan tidak akan berhasil contoh yang lebih mudah difahami adalah seperti berikut; jika kita ambil satu contoh jabatan kerajaan iaitu ;

JPN (Jawatan Kuasa Perancang Negeri)
Ahli jawatankuasa :

carta

Jika pelbagai bahasa yang digunakan dalam urusan pentadbiran maka jadilah seperti diatas. okey kita lihat pula dalam aktiviti sosial masyarakat jika setiap kaum menggunakan bahasa mereka sendiri seperti India dengan bahasanya, Cina dengan bahasanya, itu tidak mengapa jika mereka berada dalam komuniti mereka, tetapi cuba bayangkan jika tiada satu bahasa diterapkan sebagai bahasa kebangsaan untuk menjadi perantaraan kepada komuniti lain, dan mereka haya dapat bercakap dengan komuniti mereka sahaja dan tidak memahami apa yang di tuturkan oleh komuniti lain, daripada sinilah timbul perasaan tidak senang dan Syak Wasangka atau (berburuk sangka) hal ini akan menyebakan perpecahan dan perbalahan diantara kaum.
Kenapa Bahasa Melayu Dipilih? Kenapa tidak bahasa lain?
batu bersurat2 copy
Bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi bukan disebabkan bahasa-bahasa lain di Malaysia  tidak bagus, tetapi kita mestilah melihat pada sejarah, bilangan kefahaman. jika kita lihat daripada segi sejarah penggunaan bahasa Melayu di Semenanjung Malaysia dapat dibuktikan dengan kewujudan prasasti Melayu tertua ditulis dalam bentuk  ortografi bahasa Arab yang dikenali sebagai tulisan jawai dalam bahasa melayu moden. Bahasa Melayu yang tertua ini dijumpai pada tahun 1303 di desa hulu sungai Terengganu, kira-kira 60 KM ke pedalaman dari timur laut pantai Semenanjung Malaysia (James T. Collins : 2005).  Tulisan tersebut dalam bentuk Naskah Bahasa  Melayu Jawi yang diukir di atas sebuah batu. Tulisan ini mencatat hukum-hukum alam di seluruh kekuasaan kerajaan Terengganu. Antara Contoh kata yang diguankan dalam naskah tersebut ialah :
  1. Derma
  2. Axara
  3. Bumi
  4. Keluarga
  5. Denda
  6. Merdeka
  7. Menteri
  8. Seri Paduka
  9. Suami
  10. Raja
  11. Bicara
  12. Atau
  13. Agama
  14. Bendara
  15. Isteri
Kemasukan Imigran Cina Dan India Ke Tanah Melayu . Apa kaitannya Dengan Sejarah Bahasa Melayu Di semenanjung??
Sejak abad ke-15, orang Cina telah datang ke Tanah Melayu. Pembukaan Melaka dan hubungan perdagangan di antara Melaka dengan negara China menggalakkan kedatangan orang Cina. Penghijrahan orang Cina semakin bertambah menjelang awal abad ke-19. Orang Cina telah berhijrah ke Negeri-negeri Selat akibat perkembangan perdagangan di Pulau Pinang dan Singapura serta dasar pemerintahan British di Pulau Pinang dan Singapura yang longgar memudahkan lagi kemasukan imigran Cina. Orang Cina berhijrah ke Johor pada masa pemerintahan Temenggung Ibrahim (1825-1862) untuk membuka ladang gambir dan lada hitam. Penghijrahan masuk orang Cina meningkat lagi pada pertengahan abad ke-19. Mereka berhijrah secara beramai-ramai untuk bekerja sebagai buruh di lombong bijih timah dan ladang lada hitam.
Manakala, Orang India datang ke Tanah Melayu sejak abad yang pertama. Mereka dipercayai datang sebagai pedagang. Pedagang-pedagang India ini menggelarkan Tanah Melayu sebagai Suvarnabumi atau Tanah Emas. Orang India hanya berhijrah secara beramai-ramai pada penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20 akibat perkembangan perusahaan getah yang telah meningkatkan keperluan tenaga buruh yang murah dan ramai. Pada awal abad ke-19, bilangan orang India yang berhijrah akibat pembukaan Pulau Pinang (1786) dan Singapura (1819). Selepas penubuhan Negeri-negeri Selat (1826), pihak British membawa masuk buruh-buruh dan banduan-banduan India untuk membina bangunan awam dan jalan raya di Negeri-negeri Selat. Keperluan buruh India meningkat berikutan perkembangan perusahaan getah. Hampir semua orang yang berhijrah masuk ke Tanah Melayu berasal dari India Selatan terutamanya dari wilayah Madras (Tamil Nadu) dan India Utara dari Punjab.

gse_multipart63840

Sebenarnya tiada kaitan, yang cuba diterangkan namun renungaan dan penghayatan diperlukan, sekali lagi cuba kita fikir sejenak, Bahasa Melayu telah digunakan di Semenanjung Tanah Melayu sebegai lingua franca Berabad-abad lamanya. Manakala, imigran daripada Cina dan India datang ke tanah Melayu sepenuhnya pada abad ke 19.  Mereka pada mula tidak memahami bahasa Melayu. Namun begitu perkara ini tidak begitu penting bagi mereka kerana mereka datang ke tanah Melayu semata-mata ingin mencari rezeki, lama kelaman mereka sebati dengan bahasa Melayu dan sehinggalah lahir generasi baru yang fasih dan mahir berbahasa Melayu. Oleh itu, Memang Wajarlah bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi negera. hal ini adalah kerana, Bahasa Melayu telah lingua franca sejak berabad-abad lamanya  dan yang paling penting semua maysrakat di Malaysia memahmi bahasa Melayu setereusnya menjadikan Bahasa Melayu sebegai bahasa perantaraan untuk berkominikasi diantara semua kaum.
Oleh itu, kita sebgai rakyat Malasyia seharusnya mepertahankan bahasa kebangsaan kita, tidak kiralah daripada kaum apa sekalipun. Jangan sampai bahasa kebangsaan kita diperkotak-katikkan oleh segelintir masyarkat tidak berpuash hati dengan perkara 152, yang  menyatakan perkara 152 harus dimansuhkan kerana tidak releven katanya. habis bahasa apa yang releven untuk dijadikan sebagai bahasa rasmi? Urdu? Cantonese? jawa? murut? atau pun bahasa semai? , artikel saya bukanlah untuk menimbulkan kemarah daripada mana-mana pihak, tetapi ingin menyedarkan bahawa kalau bukan bahasa Melayu, bahasa Apa lagi nak guna?, Ke nak gantikan bahasa kebangsaan kepada bahasa Urud? faham ke kaum Melayu?, faham ke kaum Cina? dan macam manapula kaum-kaum dan etnik-etnik yang lain?.. jadi kata terakhir daripada Saya Sayangilah Bahasa Kebangsaaan kita, Kerena daripada Bahasa Kebangsaan ini lah bermulanya akar perpaduan yang utuh. Asalamualaikum, Selamat Beramal…

Karya : Mofizputra
Tarikh disipakan : 29/122010.
Hari : Rabu
Masa : 3.54 pagi.

p/s : Menyegarkan kembali mental leksion yang sudah lama tidak digunakan untuk menulis aksara-aksara yang skema.. huhuh..


Actions

Information

One response

26 03 2011
mvis

Do you know all these terms are Sanskrit –> Derma, Axara, Bumi, Keluarga, Denda, Merdeka, Menteri, Seri Paduka, Suami, Raja, Bicara, Atau, Agama, Bendara, Isteri… thus the so called Malay language is Sanskrit in origin as in the case of most Indian languages.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: