Kepercayaan Yang Agak Sukar Untuk Diberikan Lagi

13 04 2011

Ramai di antara rakyat pada hari ini sudah agak maklum.

Itu hanyalah sebuah ucapan yang berapi-api yang bersesuaian dengan keadaan, ketika dan masanyauntuk diucapkan oleh seorang ahli politik.”

Masakan tidak! Ianya jelas apabila dilihat tindak-tanduknya yang bertentangan dengan apa yang diucapkan oleh seseorang ahli politik dalam sesebuah majlis. Adakah pendokongan tegar yang melampau terhadap sistem pendidikan vernakular (cina) itu merupakan suatu tindak-tanduk yang menjamin pemeliharaan bahasa Kebangsaan negara ini? Ataupun ketegaran terlampau itu semakin menghakiskan kedaulatan Bahasa Kebangsaan negara ini, biarpun ianya termaktub dalam Akta Bahasa dan Perlembagaan Negara?

Perkara seumpamanya pernah berlaku di Perhimpunan Agung UMNO sedikit masa dahulu. Sama juga seperti pertemuan dengan NGO-NGO Melayu semasa perlancaran Model Ekonomi Baru dahulu.

Hanyalah ucapan-ucapan “untuk menyedapkan hati”, secara kasarnya “pembohongan demi pembohongan untuk untuk menyedapkan hati dan meredakan keadaan semasa”. Apa yang dilaksanakan selepasnya itu belum tentu selari dengan apa yang diucapkan secara berapi-api itu. Sebuah ucapan yang tidak lebih dari bersifat “mengulit mimpi-mimpi indah”.

 

Najib jamin bahasa Melayu dipelihara

Oleh ZULKIFLI JALIL dan THOMAS CHONG
pengarang@utusan.com.my


Najib Tun Razak bersama para pemenang dan peserta Pertandingan Akhir Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) 2011 Piala Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC), Putrajaya semalam. – UTUSAN/Zaki Amiruddin


 

PUTRAJAYA 11 Mac – Kerajaan akan memastikan dasar-dasar yang digubal sentiasa menyokong ke arah usaha mengembang dan memperkasa bahasa Melayu sama ada bersifat kenegaraan mahu pun keantarabangsaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, bahasa Melayu yang telah sekian lama menjadi bahasa pertuturan rasmi dan juga bahasa kebangsaan Malaysia akan terus terpelihara, diperkemas dan diperkembangkan di dalam dan luar negara.

Dalam aspek ini, beliau turut mengumumkan bahawa kerajaan akan mempertimbangkan untuk memberi peruntukan khas kepada Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) bagi tujuan menggalak dan merangsang aktiviti terjemahan.

Ia terutamanya melibatkan terjemahan karya-karya besar dunia ke dalam bahasa Melayu dan usaha-usaha pengukuhan keupayaan.

“Jumlahnya (peruntukan kepada ITNM) akan ditentukan nanti. Diharapkan dengan suntikan ini, ia akan mampu merancakkan lagi senario terjemahan tempatan.

“Apa yang mustahak, biarlah bahasa Melayu menjadi dinamik bersama perkembangan zaman kerana itulah sifat semula jadi sesuatu bahasa,” katanya.

Beliau berucap ketika merasmikan Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini malam ini.

Hadir sama isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Perdana Menteri berkata, beberapa karya ulung sudah pun diterjemah ke dalam bahasa Melayu antaranya Siddharta dan Revival and Reform in Islam.

“Terkini, saya diberitahu, karya tersohor Jalaluddin al-Rumi bertajuk Masnawi yang asalnya dalam bahasa Parsi sedang dibuat penterjemahannya.

“Dalam pada itu, seperkara yang agak unik, buku tulisan saya bertajuk Menakhoda Zaman sedang giat diterjemahkan pula ke dalam bahasa Parsi,” kata beliau.

 


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: