Kemana Arah Tuju Kita ?

18 05 2011

Paparan artikel dari laman DIN TURTLE – Blogger Parti Melayu :-

Bahasa Kebangsaan, Sekolah Cina dan Perpaduan Bangsa – Kemana Arah Tuju Kita ?

Kali ni saya nak tulis dalam keadaan tenang, nak korang bayangkan macamanalah agaknya keadaan hubungan antara kaum dinegara kita dimasa depan jika trend pengutamaan bahasa yang diamalkan sekarang berterusan. Mungkin boleh dijadikan sambungan kepada artikel KJ dan Perlembagaan Bayangannya .

Kalau kita anggap KJ antara decision maker zaman Paklah dulu, jadi bolehlah kita terima pandangan KJ sebagai mewakili kerajaan Paklah tentang betapa sistem pendidikan kita ( baca sebagai sekolah cina ) tidak menyumbangkan kepada perpaduan antara kaum. KJ sendiri mengaku fakta ini.

Dan antara usaha kerajaan mengatasi kelemahan itu adalah program PLKN yang telah menelan berbillion RM sejak diperkenalkan dan KJ juga akui PLKN juga gagal dalam misi perpaduan. RIMUP juga gagal. Dan KJ membawa usul untuk hidupkan kembali RIMUP kerana beliau lihat kerajaan masih lagi gagal melakukan sesuatu untuk perpaduan generasi depan jika trend yang ada sekarang diteruskan.

Dalam Najib memberi keutamaan kepada sekolah cina pun tidak pernah sekali Najib memberi alasan Perpaduan. Mereka yang berminat ikut isu Satu Sekolah ni pasti akan ikut setiap perkembangan Najib dan sekolah cinanya. Yalah, nak buat point nak hentam Najib hehehehehe … , jadi diorang ni boleh sahkan dakwaan saya ni – Najib tidak pernah sebut soal perpaduan dalam soal sekolah cina.

1Malaysia yang memberi penekanan kepada sumbangan setiap kaum dalam mereka menuju Best of the best dalam lingkungan masing-masing. Setiap kaum cuba yang terbaik mengikut cara dan budaya mereka, bahasa mereka …. bila semua dah best secara otomatik 1Malaysia turut best. Terhasillah apa yang kita panggil Besta. hehehehe…

Secara teorinya, pendidikan sekolah cina akan mengutamakan bahasa Kebangsaan disamping memahirkan murid2 dalam bahasa Ibunda supaya kita dapat rakyat yang mahir dalam pelbagai bahasa. ( Betul ke ? ) Secara praktikalnya benarkah itu yang diamalkan ?

Saya tidak pernah dengar sebarang program sebagai menunjukkan usaha sekolah cina nak memartabatkan bahasa Kebangsaan Malaysia. Saya kena sebut Malaysia sebab takut diorang konfius dengan bahasa Kebangsaan China. Semua subjek diajar dalam bahasa cina dan mungkin subjek BM pun dicampur dengan bahasa cina, yalah macam cikgu2 BI kita yang terpaksa guna bahasa Melayu untuk menerangkan dengan lebih tepat kepada murid2 yang slow BI.

Dengan cara yang ada sekarang, jangan heranlah kalau kita dapati produk sekolah cina tergagap-gagap bila cakap Melayu. Sudah ramai produk itu yang keluar, ramai yang sedang dalam proses dan makin ramai yang menunggu hendak diproses memandangkan makin banyak sekolah cina bakal dibina dan dibesarkan.

Dalam keadaan ini, apakah agak keterlaluan kalau saya kata generasi masadepan rakyat Malaysia akan hanya mahir dalam bahasa kaum masing-masing dan Bahasa Kebangsaan hanya ditutur oleh Melayu saja ? Yalah, kena jadi the Best dalam kelompok masing2. Jadi bahasa perhubungan antara rakyat pelbagai kaum nanti apa ? Pastinya Bahasa Pasar !

Sebagai bangsa yang kononnya praktikal dan hanya mengutamakan apa yang memberi faedah material saja, tak usah haraplah cina akan pandang walau sebelah mata pada bahasa Melayu. Bahasa Mandarin adalah bahasa masadepan, bahasa ekonomi, bahasa RM…… selain BI. Tidak ada kepentingan untuk mereka mahir dalam Bahasa Kebangsaan.

Tidak hairanlah kes amoi sorang tu tahun lepas mahu buat lapuran polis dalam BI bagi pihak mak dia yang juga tak faham Bahasa Kebangsaan. Ketahap mahu berurusan dengan kerajaan pun nak guna bahasa lain ? Tekalah setinggi mana hormat mereka kepada Bahasa Kebangsaan…..

Itulah contoh bagaimana majoriti rakyat berbangsa cina dimasa depan nanti. Tapi jangan persoal patriotisma mereka, melenting nanti. Takde kena mengena patriotisma dengan bahasa Kebangsaan. Buktinya, tengok banyak mana cukai orang cina bayar…… itu alasan favoret mereka. Bayar cukai bagi mereka macam bagi sedekah. Buktinya, tengok banyak mana sumbangan mereka kepada ekonomi negara…. macamlah apa yang mereka sumbangkan itu percuma. Padahal apa yang mereka panggil sumbangan itu adalah usaha mereka nak tambah kaya, apa yang mereka bayar sebagai cukai itu adalah tanggungjawap setiap rakyat disetiap negara didunia.

Apakah lagi tali penghubung antara kaum selain bahasa Kebangsaan ? Kalau itu dah tak ada, bagaimana agaknya nak integrasi ? Nak berkomunikasi pun payah, tak usah ceritalah nak bersatu. Cuma satu je yang tak perlu kemahiran berbahasa Kebangsaan iaitu bertoleransi …. jadi kerajaan boleh terus bertoleransi sampai bila-bila.

Masa depan cina tidak memerlukan mereka mahir dalam bahasa Kebangsaan. Untuk apa mereka perlu mahir cakap Melayu ? Nak masuk IPTA pun dah boleh pakai UEC ( KLIK ) sebab kerajaan dah iktiraf UEC sama dengan STPM. Nak pergi oversea belajar pun negara China dah buka pintu seluas-luasnya kepada lulusan sekolah cina.

Lepas habis belajar nanti, punyalah banyak peluang pekerjaan menanti mereka disektor swasta yang terang2 mengiklankan mereka hanya mahukan pekerja yang mahir berbahasa cina. Dengan cara budaya hidup mereka yang agak ofensif kepada umat Islam, rata-rata cina tinggal dalam kelompok mereka saja. Nak beli barang2 keperluan pun yang jual cina juga, anak2 mereka nak kesekolah pun, nanti pasti lebih banyak sekolah cina dah dibuka.

Nak tonton tv pun dah banyak saluran cina 100%.  Kalau masuk mahkamah pun kerajaan akan sediakan translator kalau tak pandai cakap Melayu. Kalau kena tahan polis pun, boleh marah polis balik kalau polis tegur mereka tak pandai cakap Melayu. Pendekata tidak ada keperluan yang mendesak cina untuk mahir dalam Bahasa Kebangsaan.

Sebagai menghayati semangat 1Malaysia yang mengutamakan Unity in Diversity, pelbagai bahasa diutamakan … tak lama lagi pastinya mereka akan menuntut ujian JPJ pun di pelbagai bahasakan. Kalau tidak mereka akan menyalak JPJ Rasis, tidak 1Malaysia. Semuanya akan dipermudahkan buat mereka yang tidak pandai bahasa Kebangsaan.

Jadi dimanakah nanti Perpaduan antara pelbagai kaum negara kita ? Slogan Bahasa Jiwa Bangsa tu dah boleh ditongsampahkan. Tak relevan dah sekarang, apalagi dimasa depan. Ya, negara mungkin maju menjelang 2020. Ya, rakyat mungkin semua dah berpendapatan tinggi. Tapi kalau semua berpendapatan tinggi, macamana nak ukur ‘tinggi’ kalau dah tak ada ‘ rendah ‘ ? Mungkin muncul kategori baru –  ‘Tinggi Yang Rendah’ dan tak perlu agak kaum mana yang mendominasinya. Bila harga barang pun ikut naik sama, last-last pimai pimai tang tu juga.

Akhir kata, tak perlulah saya lukiskan bayangan masalah yang bakal kita hadapi kalau trend pendidikan sekarang diteruskan, korang boleh bayangkan. Jadi nak buat macamana ? Laaaa…. kan kat awal artikel saya dah tulis yang saya nak korang bayangkan …. saya tak kata nak bagai solution hehehehehehe…


Actions

Information

2 responses

19 05 2011
nobody

[HANYA KOMENTAR CURHAT DARI SEORANG PENGEMBARA]
Alhamdulillah…
Pasukan iblis sukses menyesatkan masyarakat, Gembong FreeMason Yahudi dan anteknya berhasil menjajah lahir bathin negeri ini, krisis Inflasi harga kebutuhan pokok meningkat, Penyakit hubungan kelamin merajalela, Korupsi jamaah pejabat menanjak, Jual beli jabatan pemilu berlanjut, Pengurasan sumber daya alam berjalan, Kebodohan berbasis kemiskinan bertambah, dan masih banyak lagi yang semua itu berujung pada pemurtadan rakyat banyak.
Alhamdulillah…
Sekarang kita dapat melihat dengan jelas kebobrokan sistem sekular jahiliyah yang selama ini telah kita terapkan dan kita tuhankan, karena kita telah membuang jauh-jauh sistem Islam kaffah ciptaan “Sang Maha Pencipta Sistem” dari kehidupan kita.
Alhamdulillah…
Sekarang kita dapat membuktikan kebenaran sabda Nabi Muhammad berikut ini:
Dari Abdullah bin Umar dia berkata,
“Rasulullah SAW menghadapkan wajah ke kami dan bersabda:
“Wahai golongan Muhajirin, lima perkara apabila kalian mendapat cobaan dengannya, dan aku berlindung kepada Allah semoga kalian tidak mengalaminya;
1. Tidaklah kekejian menyebar di suatu kaum, kemudian mereka melakukannya dengan terang-terangan kecuali akan tersebar di tengah mereka penyakit Tha’un dan penyakit-penyakit yang belum pernah terjadi terhadap para pendahulu mereka.
2. Tidaklah mereka mengurangi timbangan dan takaran kecuali mereka akan disiksa dengan kemarau berkepanjangan dan penguasa yang zhalim.
3. Tidaklah mereka enggan membayar zakat harta-harta mereka kecuali langit akan berhenti meneteskan air untuk mereka, kalau bukan karena hewan-hewan ternak niscaya mereka tidak akan diberi hujan.
4. Tidaklah mereka melanggar janji Allah dan Rasul-Nya kecuali Allah akan kuasakan atas mereka musuh dari luar mereka dan menguasainya.
5. Dan tidaklah pemimpin-pemimpin mereka enggan menjalankan hukum-hukum Allah dan tidak menganggap lebih baik apa yang diturunkan Allah, kecuali Allah akan menjadikan saling memerangi di antara mereka.””
(HR Ibnu Majah nomor 4009, lafal baginya, dan riwayat Al-Bazar dan Al-Baihaqi, shahih lighoirihi menurut Syaikh Al-Albani dalam Shahih At-Targhib wat-Tarhib hadits nomor 1761).
Sekarang manakah diantaranya yang belum terjadi? Masih belum cukup?
Alhamdulillah…
Selama generasi kita tidak memurikan tauhid dan tidak menerapkan sistem Islam kaffah (dalam khilafah), maka insyaAllah generasi penerus kita juga dapat langsung membuktikannya juga.
Alhamdulillah…
________________
“Mengapa Allah akan menyiksamu, jika kamu bersyukur dan beriman? Dan Allah adalah Maha Mensyukuri lagi Maha Mengetahui.” (Q.S. 4:147)
“Allah-lah yang menjadikan malam untuk kamu supaya kamu beristirahat padanya dan menjadikan siang terang benderang. Sesungguhnya Allah benar-benar mempunyai karunia yang dilimpahkan atas manusia, akan tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur.” (Q.S. 40:61)

19 05 2011
Ahmad

Yeap…..setuju….good post…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: