Pelajar Sekolah Agama Diperalatkan

24 05 2011

Dari laman KL BOYZ CHANNEL

PAS PERALATKAN PELAJAR DEMI POLITIK SEMPIT PARTI

Tohmahan tidak berasas Pas terhadap UMNO selama ini akhirnya memakan diri apabila Himpunan 10 Ribu Jentera Pemuda Pas Kelantan di Padang Perdana malam tadi menjadi bukti bagaimana parti itu memperalatkan pelajar sekolah agama dan maahad tahfiz di seluruh negeri ini dalam program politik mereka.

Lebih mengejutkan, rata-rata pelajar terbabit yang berpakaian jubah lengkap dengan lencana sekolah masing-masing, didatangkan dari seluruh negeri termasuk Gua Musang, menggunakan bas-bas sekolah yang beratur panjang di beberapa lokasi berhampiran.

Apa yang lebih mengejutkan apabila ucapan beberapa pimpinan Pas dalam program tersebut turut meniupkan kebencian dan penentangan di kalangan pelajar terbabit terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Antara yang berucap pada program itu ialah Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Mohd. Zaki Ibrahim; Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa.

Turut berucap, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO yang juga penganjur program, Abdul Fattah Mahmood dan Ketua Pemuda Pas Kelantan, Abdul Latif Abd. Rahman dan bekas pengacara serta penulis lirik, Bob Lokman.

Husam dalam ucapannya antara lain berkata, pelajar terbabit merupakan sebahagian daripada pelajar Yayasan Islam Kelantan (YIK) iaitu produk kerajaan Pas Kelantan dalam usaha parti itu memecahkan tembok Putrajaya.

Abdul Fattah berkata, pelajar terbabit yang berusia belasan tahun merupakan barisan yang akan menjatuhkan pemerintahan negara pada masa hadapan bagi diberikan kepada golongan yang berhak dan mampu membawa keadilan.

Sementara itu, Bob Lokman pula berkata, untuk mencapai kesejahteraan akhirat maka mereka perlu korbankan dunia dan dunia yang dimaksudkan adalah UMNO yang beliau dakwa gilakan keduniaan.

“Pas parti yang tahu destinasi di akhirat. Korbankanlah dunia, korbankan UMNO,” katanya.

Pada perhimpunan itu, pelajar terbabit turut membaca ikrar Pemuda Pas antara lain berbunyi: “Kami Pemuda Pas Negeri Kelantan, yang berhimpun pada hari ini, dengan ini berikrar Allah matlamat hidup kami, al-Quran perlembagaan kami, jihad jalan kami, mati syahid cita-cita kami”.

– SUMBER UTUSAN MALAYSIA


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: