Isu Biasiswa – Pelajar Bumiputera Akan Semakin Ketinggalan

2 06 2011

Dari Laman VOICES AROUND.

Bagi Timbalan Menteri Pelajaran Wee Ka Siong dan Presiden MCA Chua Soi Lek, isu pemberian biasiswa dan kemasukan ke institusi-institusi pengajian tinggi adalah mudah saja. Merit, kata mereka.
Tetapi adakah kita percaya pemikiran seorang Timbalan Menteri dan Presiden sebuah parti politik adalah se “simple” itu?. Seperti artikel JUST MY THOUGHTS, “JPA scholarships..it is not as simple as ABC get straight As and you qualify“, kita juga tidak yakin bahawa pemikiran seorang Timbalan Menteri dan seorang Presiden Parti bukanlah begitu “simple” dan bertaraf “ABC”.
Jadi apakah niat sebenar Wee Ka Siong dan Chua Soi Lek apabila mereka membuat bising terhadap JPA dalam isu biasiswa ini sedangkan mereka kedua-kedua orang BN dan salah seorangnya adalah menteri kabinet?
Blog ini pernah mengulas mengenai akses kepada pendidikan tinggi oleh kaum Bumiputera yang pernah disuarakan oleh Tun Dr. Mahathir. Sila rujuk artikel ini, “NEM’s Lethal Dose – The More Derserving Is Getting Less !“.
Bukan kita semua tidak tahu bahawa pelajar-pelajar kaum cina dari segi pencapaian “Straight As” adalah lebih ramai dari kaum-kaum lain. Kenapa? Lihatlah keadaan sosio-ekonomi, lihatlah kepada sejarah. Kaum cina telah beruntung sejak nenek moyang mereka mula dibawa masuk ke tanahair ini oleh penjajah British. Kaum cina “impot” diberi kelebihan dari kaum Bumiputera dari aspek ekonomi dan pelajaran sejak dari awal lagi.
Bukan susah untuk memahami kenapa pihak penjajah melakukan perkara ini pada waktu itu. Sekiranya kaum Bumiputera “kuat” ekonominya dan berpendidikan, alamatnya tidak lamalah penjajahan British yang bercita-cita menubuhkan Malayan Union itu, menjadikan Federation Malaya kekal sebuah koloni British. Orang cina “impot” walaupun diberi ruang untuk mengukuhkan kedudukan ekonomi dan pendidikan berbanding dengan kaum Bumiputera, mereka sedar yang mereka boleh dihantar balik ke negeri Cina pada bila-bila masa sekiranya mereka “melawan taukeh”. Penjajah Britishpun tidak menganggap mereka sebagai anak watan yang berpontensi untuk bangkit menentang penjajahan.
Kesan penjajahan British dapat dilihat pada hari ini. Keturunan cina telah lama diberi “head start” jauh meninggalkan kaum Bumiputera. Merit kah ini? Dalam keadaan ini adilkah untuk mengisytiharkan pelajar-pelajar cina menang lumba lari 400m sedangkan mereka memulakan larian digarisan 300m sedangkan kaum bumiputera memulakan larian digarisan 0m? Itu dari segi sejarah. Tidak se “simple” ABC kan ?
Dari segi majoriti penduduk pun kaum Bumiputera melebihi 60% sedangkan kaum keturunan cina kurang dari 30% (?). Pemikiran se “simple” ABC pun akan menetapkan 6 orang Bumiputera dan 3 keturunan Cina sekiranya ada 10 buah biasiswa. Bukannya kesemua 10 biasiswa diberikan kepada pelajar keturunan Cina semata-mata kerana kesepuluh pelajar tersebut dapat 10As sementara pelajar-pelajar kaum lain paling tinggi pun 9As. Ini sebagai contohnya-lah.
Kaum Bumiputera secara amnya duduk dikawasan-kawasan luar bandar manakala kaum cina pula adalah disebaliknya. Dengan “head start” yang dianugerahkan oleh pihak penjajah dahulu, dengan kedudukan ekonomi yang kukuh dan dengan segala kemudahan pendidikan yang berada di kawasan bandar, sudah tentulah kaum keturunan cina akan lebih ke depan berbanding dengan kaum bumiputera yang serba kekurangan. Bukan tidak ada pelajar-pelajar kaum Bumiputera yang cerdik di kampung-kampung, tetapi ramai juga yang tidak dapat meneruskan pelajaran, terbantut, oleh kerana kemiskinan. Ingin mentela’ah dengan lebih dalam, kemudahan pula tidak seperti yang ada di bandar-bandar. Macam-macam lagi perlu dilihat dan dibandingkan, tidak semudah “ABC”, sekiranya benar-benar ikhlas kepada konsep “levelled playing field”.
Kalau se simple “ABC” Ah Siong dan Ah Lek, hanya orang-orang yang ada duit sahaja akan mendapat rawatan di hospital-hospital. Yang tidak ada duit akan mati sakit begitu saja kerana tidak mampu membayar harga rawatan, contohnya. Sebab itulah ada hospital-hospital kerajaan yang memberikan rawatan hampir percuma kepada sebahagian masyarakat. Tidak adillah kalau mereka yang mampu berubat di Hospital Pantai pun mahu “membolot” kemudahan rawatan di hospital-hospital kerajaan ini, semata-mata kerana mereka ada duit, ada merit membayar.
Lebihkurang begitulah juga konsep penubuhan institusi-institusi pendidikan seperti MARA yang bertitik-tolak dari penubuhan RIDA (Rural Industrial Development Authority) pada tahun 1951 dan kemudiannya diperluaskan kepada MARA oleh Akta Parliamen 1hb Mac 1966. Semuanya ini adalah untuk membantu petani-petani Melayu dan penduduk luar bandar yang sosio-ekonomi mereka telah jauh ketinggalan, terutamanya di sektor perniagaan dan industri jika dibandingkan dengan kaum-kaum yang asalnya imigran.
Walaupun terdapat kemudahan-kemudahan serta keistimewaan-keistimewaan yang dimaktubkan di dalam Perlembagaan yang diberikan kepada kaum Bumiputera, kerajaan tidak sekali-kali mengabaikan kebajikan dan keperluan pendidikan kaum cina. Contohnya, dalam isu pendidikan ini, walaupun sebelum ini kaum Bumiputera diutamakan (mengikut Perlembagaan serta sejarah negara) kerana mereka lebih berhak untuk mempunyai lebih tempat di universiti-universiti awam (IPTA), kerajaan telah membenarkan penubuhan univerisiti-universiti dan kolej-kolej swasta (IPTS). Bukan setakat itu sahaja, kerajaan juga menggiatkan “twinning programmes” di antara IPTS ini dengan institusi-institusi pendidikan tinggi luar negara. Ini menjimatkan perbelanjaan pengajian dengan tidak perlu menghantar pelajar-pelajar keluar negara untuk HIDUP dan BELAJAR diluar negara.
Lihat sajalah bilangan IPTS yang terus menerus melebihi bilangan IPTA sejak dibenarkan penubuhannya. Bayangkan kurang 10% daripada pelajar-pelajar Bumiputera yang dapat masuk ke IPTS ini. Itupun mampu masuk dengan biasiswa yang disediakan oleh pihak MARA. Sekiranya tidak ada biasiswa, mungkin tidak ada seorangpun pelajar Bumiputera di IPTS ini.
Walaupun bilangan pelajar Bumiputera yang ada di IPTA melebihi 60% (peratusan yang selari dengan peratusan majoriti kependudukan), oleh kerana sedikitnya bilangan IPTA berbanding dengan IPTS, maka bilangan pelajar-pelajar cina yang mendapat akses kepada pendidikan tinggi adalah jauh lebih besar dari bilangan pelajar-pelajar Bumiputera. Sila rujuk artikel “NEM’s Lethal Dose – The More Derserving Is Getting Less !“.
Apabila Wee Ka Siong dan Chua Soi Lek (dan orang-orang cina yang sewaktu dengan mereka) menyerang JPA serta menimbulkan isu merit dalam pemberian biasiswa dan tempat-tempat di IPTA, maka kita akan tertanya-tanya:-
  • Adakah pemikiran mereka berdua ini begitu “simple”, se simple “ABC” menuntut “kesamarataan berdasarkan merit” kononnya?
  • Mereka ini tidak tahu sejarah Malaya dan penjajahan British ke? Orang mana mereka ini?
  • Sebagai ahli kabinet, portfolio pendidikan lagi, tidak maklumkah kenapa kerajaan membenarkan penubuhan IPTS sehingga melebihi bilangan IPTA? Tidak hargai usaha kerajaan kah yang menggiatkan “twinning programmes” tu? Cuba kira banyak mana belanja dapat dijimatkan apabila “twinning programmes” membolehkan  pendidikan institusi negara luar diperolehi di dalam negara sendiri? Cuba tanya, berapa ramaikan pelajar-pelajar Bumiputera yang ada dalam IPTS ini.
  • Wee Ka siong dan Chua Soi Lek, pemimpin MCA parti komponen BN dan berada dalam kabinet kerajaan lagi “menyerang” JPA? Sama juga seperti “menyerang” polisi-polisi kerajaan? Tidak tahukah  Artikel 153 Perlembagaan ? Akta Parlimen MARA? Siapa mereka ini? Pembangkang? Ahli sulit DAP? Memang nampak senada dengan DAP Malaysian Malaysia.
  • Ataupun, “We are Chinese…”, yang rasis!
Entahlah, bagi saya merit yang pertama sekali adalah merit sebagai Warga Malaysia. Siapa orang Malaysia itu <KLIK>? Jangan melalak kepada merit yang lain kalau jiwa dan raga tidak berpaksikan Malaysia.
Sebagai seorang yang benar-benar warga negara Malaysia, ORANG MALAYSIA pada jiwa dan raga, sudah junjung langit di mana bumi kaki berpijak ke? Sudah bertutur Bahasa Kebangsaan “day-in and day-out, anywhere and everywhere within the border of Malaysia with fellow Malaysians” ke? Mahukah kepada slogan “SATU BANGSA, SATU NEGARA, SATU BAHASA” ataupun SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA pun hendak direpotkan kepada polis kerana mempertahankan sekolah vernakular cina? ORANG MALAYSIA ke ORANG CINA awak ini?
Wee Ka Siong, Chua Soi Lek dan orang-orang Cina yang sewaktu dengan mereka, usahlah berharap kepada undi-undi orang Malaysia dalam PRU akan datang ini. Pergilah bertanding berbekalkan undi-undi orang-orang cina di kawasan-kawasan cina di mana ramai cina-cina DAP bertanding. Kalau UMNO menang lebih banyak kerusi di Pulau Pinang, janganlah pula terhegeh-hegeh menuntut jawatan Ketua Menteri. Merit bukan?
Adakah Wee Ka Siong dan Chua Soi Lek berpemikiran sesimple “ABC”, ataupun sememangnya rasis yang sebenarnya?
Kita berharap orang-orang Malaysia yang ada di dalam MCA supaya berjuang untuk Malaysia dengan membela kaum keturunan cina. Jangan biarkan MCA menjadi sebuah parti cina, seperti DAP yang membelakangi asas-asas penubuhan negara ini. Tidak wajar bagi MCA untuk berada di dalam BN sekiranya mereka ingin menjadi cina rasis seperti DAP.
P/s:

Yang inipun SATU HAL jugak. Bangga sangat dengan benda-benda pelik yang orang lain tak buat atas dunia ni. Dulu begitu bangga dengan BENDA HARAM ni. Hari ni, dalam isu di atas, pun bangga dengan “Pencapaian bersejarah“, kononnya. Ye lah bersejarah dalam mengikis hak-hak Bumiputera.

UPDATE


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: