Isu Biasiswa: Biasiswa Bukan Hanya Untuk Mereka Yang Cemerlang Dalam Peperiksaan Sahaja!

4 06 2011

Dari laman AKU PEMIKIR

Salam,
Sejak akhir-akhir ini banyak pihak yang membawa isu ketidak adilan dalam pemberian biasiswa untuk melanjutkan pengajian ke luar negara kepada pelajar-pelajar cemerlang dalam SPM.
Sungguh satu perkara yang harus kita banggakan adalah semakin lama semakin banyak anak-anak muda kita yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam akademik. Seramai 9,239 calon membabitkan sekolah KPM dan keputusan itu meningkat berbanding 7,987 pada 2009 dan sebanyak 403 calon yang mendapat semua A+. Statistik ini jelas menunjukkan bahawa anak muda kita semakin sedar akan pentingnya ilmu.
Pihak oposisi, DAP selar kerajaan kerana ‘janji’ kerajaan untuk memberikan biasiswa kepada ‘top flight students’ dengan tidak mengira bangsa apa pun mereka. Mereka menuduh DS Najib terutamanya tidak menunaikan janji untuk mengutamakan pelajar yang cemerlang yang mendapat semua A+ untuk menerima biasiswa. Dan ada juga pemimpin dari pihak kerajaan menyuarakan sama rasa tidak puas hati mereka dalam isu ini.
Dalam isu biasiswa, secara logika nya siapa yang cemerlang, dia lah yang patutnya mendapat ‘priviledge’ untuk menerima biasiswa. Penat berusaha siang dan malam, menelaah buku dengan harapan jika mereka mendapat keputusan yang baik maka mereka akan mendapat biasiswa kerajaan untuk melanjutkan pelajaran mereka ke luar negara. Namun aku punya pandangan yang berbeza..
Memang benar biasiswa harus diberikan kepada mereka yang baik keputusannya, tapi itu hanyalah salah satu dari kriteria penerimaan biasiswa. Untuk menerima ‘priviledge’ ini, harusnya kriteria-kriteria lain juga perlu dimasukkan.
Penerima biasiswa bukan sahaja cemerlang dalam pelajaran tetapi mereka juga perlu aktif melakukan kegiatan luar dan organisasi. Dan aktif itu bukan hanya aktif atas nama, boleh sahaja mereka itu menjadi presiden sebuah persatuan dan kelab tetapi perlu dikaji lagi adakah mereka berbuat sesuatu yang boleh dibanggakan. Ini yang kita mahukan, pelajar yang seimbang dalam bidang akademik dan juga ko-kurikulum.
Banyak contoh yang aku sendiri perhatikan yang mana pelajar yang kurang sedikit cemerlangnya tetapi seimbang antara akademik dan ko-kurikulum lebih berprestasi dari mereka yang hanya cemerlang dalam bidang akademik. Mereka tahu apa yang mereka perlu fokuskan dalam pelajaran dan pada waktu yang sama mereka ingin mengembangkan bakat-bakat yang lain yang akan menjadi nilai tambah buat mereka.
Yang kita mahukan bukanlah mahasiswa yang hanya 24 jam di dalam kamar dan menelaah buku, tetapi yang kita inginkan adalah mereka yang mampu membahagikan waktu untuk pelajaran dan juga kerja-kerja luar yang lainya.Oleh itu, dalam pemilihan penerima biasiswa, selain dari akademik, ko-kurikulum juga perlu  diambil kira.
Seharusnya pada mereka yang menerima biasiswa, mereka perlu sedar bahawa mereka menjadi harapan untuk negara dalam membawa apa yang baik dari negara tersebut ke dalam negara. Memberikan idea-idea yang baru dan bernas untuk memperkasakan sistem yang sedia ada di negara, itu yang bagi aku menjadi objektif kerajaan. Apa gunanya hantar jauh-jauh ke negara orang akan tetapi apabila mereka pulang langsung sedikitpun mereka tidak menyumbang kepada negara?
Bagi aku, kerajaan hanya menghabiskan duit rakyat membayar yuran pengajian mereka, kerana mereka bukan mahu kembali berbakti kepada rakyat tetapi hanya untuk diri sendiri. Mereka yang mempunyai sikap seperti ini tidak patut untuk diberikan biasiswa kerajaan walaupun secemerlang manapun mereka. Anda bagaimana? Mahu orang seperti ini dibiayai kerajaan?
Penerima biasiswa harus sedar yang mereka telah berhutang budi dengan kerajaan dan menjadi tanggungjawab mereka apabila pulang ke tanah air untuk kembali menabur jasa kepada masyarakat. Jangan seperti kacang yang lupakan jasa kulit. Orang yang tidak tahu erti menghargai dan tidak tahu berterima kasih tidak perlu diberikan biasiswa. Mereka hanya liabiliti rakyat bukannya mendatangkan keuntungan kepada bangsa dan negara. Dan aku yakin kerajaan tidak meminta mereka membayar dengan wang, cukuplah menggunakan kepakaran yang mereka pelajari buat rakyat negara yang tercinta.
Ketahuilah bahawa tidak banyak negara yang seperti negara kita yang menghantar pelajat kita ke luar negara secara massal untuk degree course. Aku ambil contoh Indonesia, berlambak dengan pelajar pintar sehingga aku sendiri peribadi berasa kagum dengan kepintaran mereka, tapi adakah Indonesia membuat kebijakan hantar pelajar ke luar negeri hanya kerana banyak pelajar pintar tidak mendapat tempat dalam negara?
Di sini jelas hasrat kerajaan untuk menghantar pelajar ke luar negara selain daripada menuntut ilmu dalam bidang masing-masing, kerajaan mengharapkan agar kita dapat membawa sesuatu untuk membantu memajukan lagi negara. Lihat teknologi mereka, lihat pembangunan negara mereka, lihat budaya mereka dan lihat sistem mereka dan simpan dan gunakan pengalaman di negara orang untuk memantapkan lagi negara.
Jangan sebelum dapat berteriak bagai nak rak, tapi setelah dapat sedikit sumbangan pun tiada.. Adakah tiada sedikitpun perasaan malu dalam diri?

Yang menerima biasiswa kerajaan dan setelah itu mengkritik secara berlebihan kepada orang yang berbudi kepada kita, lebih memalukan lagi…



Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: