Isu Biasiswa – Pemberian Mengikut Komposisi Kaum

9 06 2011

BERITA PRIBUMI PERKASA

Bumiputera perlu diberi 67 peratus biasiswa JPA


PUTRAJAYA, 27 Mei — Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menuntut agar 67 peratus biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) diberi kepada Bumiputera untuk menggambarkan komposisi penduduk negara ini.

“Melihat pada kerajaan Barisan Nasional (BN), parti yang memerintah, yang mendapat kuasa disebabkan sokongan majoriti Melayu, Bumiputera Sabah dan Sarawak, dan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, kumpulan ini mesti diberi keutamaan dalam semua peruntukan, termasuk biasiswa JPA,” kata Datuk Ibrahim Ali Presiden Perkasa.

“Kuota sekarang (bagi Bumiputera) adalah 55 peratus,” Beliau berkata demikian ketika di temui selepas mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Ketua Pengarah JPA Datuk Seri Abu Bakar Abdullah di JPA petang tadi.

Sehubungan itu Perkasa tidak mahu kompenan Barisan Nasional yang mewakili kaum lain tidak mengeksploitasi isu biasiswa JPA untuk kepentingan politik.

“Apabila mereka berjuang bagi kaum mereka, mereka mahu dapatkan kelebihan politik,” katanya lagi.

Kedua-dua komponen Barisan Nasional yang mewakili kaum Cina dan India itu mendakwa JPA telah mengetepikan garis panduan Kabinet dengan memberi biasiswa kepada mereka yang tidak memperoleh prestasi cemerlang.

Sambil mendakwa biasiswa merupakan hak istimewa orang Melayu dan ia termaktub di bawah Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan. Perkasa turut juga mempertahankan JPA daripada dakwaan dan tuduhan wujudnya salah guna kuasa dalam proses pengagihan biasiswa.

Beliau berkata , ketua JPA Abu Bakar telah menjelaskan bahawa pelajar-pelajar terbabit yang tidak memperoleh biasiswa bagi kursus pilihan mereka sebab mereka tidak memohon kursus-kursus di universiti-universiti yang relevan.

“JPA telah membuktikan tiada salah guna kuasa ketika pertemuan yang di adakan bersama Perkasa,” kata Datuk Ibrahim Ali.

Aktiviti bergambar klik disini


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: