Pemimpin Negara Yang Terus Mencabul Akta Bahasa Kebangsaan

27 06 2011

DS Najib selayaknya menukar keturunannya kepada Cina dan tidak wajar memegang jawatan Presiden UMNO. Pemimpin seperti ini langsung tidak bersemangat kebangsaan apabila terus menerus kemaruk dengan bahasa asing, khususnya Mandarin, tanpa mempunyai sedikitpun rasa malu apabila beliau terus menerus mencabul Akta Bahasa Kebangsaan. Beliau menggalakkan penggunaan bahasa asing dan pada waktu yang sama tidak langsung nampak berusaha memertabatkan bahasa kebangsaan negara, di mana beliau sendiri diangkat oleh rakyat Malaysia sebagai ketua negara. Setakat ini, beliau hanya memberi ucapan-ucapan retorik yang bersembur-sembur sahaja, tapi perlakuannya, langsung tidak menepati apa yang diucapkan.

Kita masih ingat betapa ucapan di majlis pidato antarabangsa dalam Bahasa Melayu dahulu di mana beliau membuatkan orangramai yang mendengar ucapan penutup beliau di majlis tersebut merasakan bahawa Bahasa Melayu akan terbela sebagai Bahasa Kebangsaan negara ini selaras dengan Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan. Tetapi hakikatnya? Lihatlah perlakuan DS Najib yang cakap tidak serupa bikin. Pemimpin jenis apakah ini?

 

Dari DINTURTLE.

Pemimpin 1Malaysia Kena Pandai Cakap Cina ?

Berkenaan satu lagi isu yang saya nak bangkitkan mengenai penampilan Najib di Radio One, radio berbahasa cina adalah laporan Utusan itu sendiri –

Datuk Seri Najib Tun Razak membuktikan beliau sebenar-benarnya pemimpin 1Malaysia apabila tampil ke udara bersama program Morning Kaki’s anjuran Radio One FM, iaitu radio berbahasa Mandarin.

 Apakah itu maksud pemimpin yang berjiwa 1Malaysia ? Kena pandai berbahasa cina ? Dan jika standard yang sama diletakkan pada rakyat, apakah kepandaian dalam bahasa selain dari bahasa ibunda sendiri menjadi kriteria rakyat yang berjiwa 1Malaysia ?

Saya tidak nafikan kebolehan itu adalah satu kelebihan tapi bila dikaitkan dengan 1Malaysia, saya jadi tambah keliru maksud 1Malaysia Najib. 

Bahasa Tamil macamana pulak ? Atau asalkan pandai dalam bahasa selain dari Bahasa Kebangsaan, samada cina atau tamil …. bahasa Iban ? Kadazan ? Jawa ? Oya, melihatkan semakin ramai pekerja asing yang mendapat kerakyatan atau beranak pinak dengan rakyat tempatan, mungkinkah segala bahasa ibunda mereka juga akan dikategorikan sebagai bahasa 1Malaysia ? Bahasa Indonesia, Bangla, Myanmar, Vietnam, Thai ….. ? 

Apakah majoriti rakyat terutamanya orang Melayu yang terpaksa mengorbankan bahasa ibundanya kerana dijadikan Bahasa Kebangsaan dan yang tidak pandai berbahasa selain Bahasa Kebangsaan belum mencapai tahap rakyat 1Malaysia ?

Pasti ada yang nak komen menjelaskan bukan itu maksud 1Malaysia bla bla bla …. tapi biar saya ulangi, saya cuma mengulas tajuk artikel utusan ini – Najib buktikan dirinya pemimpin 1malaysia bila beliau keudara diradio berbahasa Mandarin.

Memandangkan Utusan milik Umno  …………….. hai entahlah…

Jari 1-Malaysia Najib

Khas untuk Najib yang telah memBUKTIkan dirinya – Satuuuuuu ………. Malaysiaaaa ! Satuuuuuu …… Malaysiaaaaa ! Satuuuuuuu …… Malaysiaaaaaaa !


Actions

Information

5 responses

27 06 2011
hiriyati

Sangat setuju dengan pandangan saudara. Apanya yang 1 Malaysia kalau bahasa perantara pelbagai, budaya pelbagai….titik pertemuannya kat mana?
Yang jari tu pun saya sokong!!

28 06 2011
SSS Admin

Terima kasih atas sokongan anda. Bersama kita ke arah “SATU BANGSA, SATU NEGARA, SATU BAHASA”.

27 06 2011
srizals

There’s a big difference between criticizing and pure insult. I’m ashamed I’ve ever linked this blog with my own. What a shame, something so good as this blog to have this kind of hate.

28 06 2011
SSS Admin

Saudara srizals,

Terima kasih di atas komen/kritikan yang membina dari Saudara. Kami akui pandangan Saudara dan akan memenafaatkan kritikan Saudara untuk dijadikan sebagai panduan kami di masa-masa hadapan.

Harapan kami agar Saudara dapat meneruskan sokongan terhadap perjuangan membina bangsa dan negara, walau apapun kesilapan yang telah berlaku.

Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Saudara kerana telah memberikan suatu kritikan yang membina sebagai suatu tunjuk ajar kepada pihak kami yang mungkin telah terlepas pandang. Kami hargai sokongan Saudara selama ini dan berharap agar ianya berterusan.

Kami mohon maaf atas kekhilafan ini.

29 06 2011
srizals

Salam,

Teruskan usaha yang murni. Jangan biarkan kebencian mencemarkan kesucian tujuan dan matlamat. Lebih ramai akan cuba memahami perjuangan dan bersimpati dengan usaha kita.Insya Allah.

Salam perjuangan. Semoga berjaya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: