Peluang Pendidikan – Padang Yang Tidak Rata

20 07 2011

Beberapa perenggan yang di petik dari artikel Dr. Ridhuan Tee (artikel penuh dipautkan di SINI)

“Saya amat pelik kenapa kita tidak selantang ini apabila berhadapan dengan musuh kita yang begitu jelas menentang kita dan mengenepikan agenda nasional. Baru-baru ini saya berforum dalam Majlis Pengetua Sekolah Malaysia yang dihadiri oleh hampir 1000 orang pengetua. Yang saya hairan, Majlis Pengetua Sekolah begitu besar persatuannya, tetapi kenapa suara mereka tenggelam dengan NGO yang lebih kecil seperti Dong Zong, Jiao Zong dan Dong Jiao Zong. Ketiga-tiga persatuan ini mempunyai kaitan langsung dengan pendidikan Cina, tetapi suara mereka boleh menggegarkan negara. Manakala, Majlis Pengetua Sekolah Malaysia dan begitu juga Majlis Guru Besar Malaysia (Sekolah Rendah), nampak hebat, tetapi tiada taring. Bukan mereka tidak mahu atau tidak boleh bersuara, tetapi suara mereka disenyapkan. Mereka terpaksa ikut kata boss.

“..apabila Kerajaan memberi biasiswa atau bantuan kepada orang Melayu (Bumiputera), maka tindakan ini dimanipulasikan dengan kata-kata memberi tongkat. Namun demikian, apabila bukan Melayu mendapat hak yang sama, maka ia dikatakan meritokrasi dan mereka berhak? Tidakkah kita sedar berapa ramai pelajar bukan Melayu yang dihantar di universiti di luar negeri melalui yayasan-yayasan berasaskan kaum yang diwujudkan dan sejumlah wang parti-parti politik perkauman yang tidak kurang banyaknya. Ini tidak termasuk individu-individu bukan Melayu yang terkaya membantu anak bangsa mereka. “

Untuk petikan selanjutnya dari Dr. Ridhuan Tee di bawah ini, sila rujuk juga sebuat artikel tahunlepas dari VOICES AROUND yang bertajuk, “NEM’s Lethal Dose – The More Derserving Is Getting Less ! ” (Klik DI SINI)

“Begitulah juga dengan pengambilan oleh IPTA. Apabila keutamaan diberikan kepada Bumiputera, bukan Melayu merungut. Tetapi apabila Kerajaan membenarkan penubuhan IPTS yang majoriti pelajarnya bukan Melayu, berasaskan kaum maka tiada siapa pun nampak bahawa keuntungannya tidak kepada Melayu, tetapi kepada bukan Melayu.”

“Hari ini, terdapat 20 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang di punyai oleh kerajaan, tidak termasuk 24 politeknik. Bilangan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTAS) pula melebihi 500 buah. Atas desakan, kerajaan telah membuka pengambilan bukan Bumiputera yang semakin ramai ke IPTA dan kemasukan ke IPTS yang terus dimonopoli oleh bukan Bumiputera, bilangan yang lebih ramai mendapat pendidikan pengajian tinggi adalah bukan Melayu. Kerajaan turut membantu IPTS yang dipunyai oleh bukan Melayu (parti politik), tidak cukup dengan itu bantuan melimpah ruah turut diberikan oleh syarikat swasta bukan Melayu kerana ada pelepasan cukai. “


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: