UiTM – PDRM & Akademi Polis

1 08 2011

UiTM, PDRM bekerjasama tubuh Akademi Kepolisan

 (Dari laman LAMIAFAMILIA – MY FAMILY)
ISMAIL Omar (kiri) bertukar dokumen dengan Dr. Sahol Hamid Abu Bakar pada majlis menandatangani memorandum persefahaman antara UiTM dengan PDRM, di Shah Alam, semalam. – UTUSAN/Saharuddin Abdullah
SHAH ALAM 14 Julai – Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menubuhkan Akademi Kepolisan bagi memberi peluang kepada anggota polis meningkatkan kemahiran dan kelayakan akademik mereka.

Penubuhan akademi tersebut adalah salah satu persetujuan dicapai dalam memorandum persefahaman (MoU) antara UiTM dengan PDRM hari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar yang mengalu-alukan penubuhan akademi tersebut berkata, Maktab PDRM akan terlibat secara langsung dalam pengendalian kursus pertama yang bakal dilaksanakan iaitu Kursus Bahasa Inggeris Komunikatif.

Menurutnya, kursus melibatkan seramai 25 anggota barisan hadapan dan polis pelancong di Lembah Klang itu akan diadakan dari 18 hingga 22 Julai ini.

“Kursus itu boleh dijadikan asas persediaan untuk penubuhan akademik ini yang akan dipelbagaikan selepas ini,” katanya semasa berucap pada Majlis Menandatangani MoU di antara UiTM dan PDRM di Bangunan Canselori UiTM di sini hari ini.

Hadir sama Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Dr. Sahol Hamid Abu Bakar dan pegawai-pegawai kanan polis.

Mengenai MoU itu, Ismail berkata, ia membentuk satu persefahaman jangka panjang dalam bidang pendidikan, latihan, penyelidikan dan kerjasama dalam mempermudahkan kemasukan anak warga PDRM ke UiTM.

KOMEN : SELANGKAH MAJU KEHADAPAN DALAM ACUAN KITA SENDIRI DEMI ANAK BANGSA…

Actions

Information

3 responses

5 09 2011
asmyra

camane saye na appply ye?

15 12 2011
mya

saya nk apply?? mcam mane yer??

3 01 2012
ajai62

Assalam

Mya dan Asmyra… kalau anda berdua anggota polis… anda kena memohon melalui PDRM… itu yang saya faham… buat masa ini UiTM hanya menyediakan pensyarah dan pelajarnya dari bahagia Hal Ehwal kakitangan PDRM… Lebih baik bertanya terus pada yang dipertanggungjawabkan… TK

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: