Lagi Mengenai Penggunaan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan di Negara Ini

3 08 2011

Sebuah artikel dari PERAK TODAY yang diperolehi dari pautan ini.

LIDAH DAH KEMATU UNTUK BERBAHASA MELAYU

Polemik Bahasa Kebangsaan terutama di kalangan bukan Melayu di negara ini, seringkali berakhir dengan tuduhan kelemahan sistem pendidikan negara ini. Tuduhan-tuduhan liar yang dilemparkan oleh para pemimpin DAP setiap kali punca masalah lemahnya penguasaan Bahasa Melayu di kalangan pelajar-pelajar serta generasi muda bukan Melayu diakibatkan oleh sekolah-sekolah vernakular, amat menyakitkan hati. Dan apabila perkara tersebut dipanjangkan, maka hampir kesemua pemimpin politik berbangsa Cina sama ada mereka dari MCA, GERAKAN apatah lagi DAP akan mengingatkan tentang undang-undang yang boleh memenjarakan seseorang yang cuba mencadangkan agar sekolah-sekolah vernakular dihapuskan dan digantikan dengan satu sistem pendidikan kebangsaan sahaja.

Prof. Dr.Teo Kok Seong yang mengetuai Fellow Kajian di Institut Dunia dan Ketamadunan Melayu (ATMA) Universiti Kebangsaan Malaysia berkata, Bahasa Melayu seharusnya berada pada kedudukan lebih atas berbanding mana-mana bahasa lain yang digunakan di negara ini pada sepanjang masa.

Katanya lagi, kedudukan Bahasa Melayu perlu sentiasa berada di atas, bukannya sebaris dengan bahasa-bahasa lain, malah tidak boleh sesekali berada di kedudukan bawah bahasa lain. Ini adalah kerana maruah rakyat Malaysia bergantung sepenuhnya kepada Bahasa Melayu yang merupakan simbol kedaulatan negara dan para pemimpinnya.

Profesor itu turut menambah, masyarakat seharusnya seringkali menggunakan Bahasa Melayu secara betul untuk menghormati statusnya sebagai Bahasa Kebangsaan.

Mungkin bagi sesetengah orang, kata-kata profesor itu hanyalah satu retorik. Bahasa bukan lagi penting di negara ini. Bahkan ramai yang tidak tahu apa kedudukan Bahasa Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan. Ramai yang beranggapan, Bahasa Melayu tidak penting.

Dan contoh tiadanya penguasaan Bahasa Melayu terpamer jelas kepada pemimpin-pemimpin politik yang cuba menggambarkan diri mereka sebagai rakyat Malaysia sejati. Walhal lidah masing-masing cukup keras untuk mengungkapkan perkataan dalam Bahasa Melayu dengan betul. Lebih teruk lagi, ada sesetengahnya langsung tidak boleh berbahasa kebangsaan sekalipun mereka merupakan Ahli Parlimen, iaitu badan tertinggi yang menggubal undang-undang negara.

Antara contohnya adalah Ahli Parlimen Bukit Mertajam.

Anehnya puak-puak ini langsung tidak berasa bersalah kerana kegagalan menguasai Bahasa Kebangsaan. Pengerusi DAP Perak, Ngeh Kor Ham pernah mengeluarkan kenyataan bahawa sistem pelajaran sekolah vernakular bukanlah penyebabnya sekalipun dia gagal menerangkan mengapa pelajar-pelajar dari sekolah vernakular gagal menguasai Bahasa Kebangsaan secara lisan, malah secara bertulis dengan baik berbanding pelajar-pelajar dari kaum yang sama di sekolah-sekolah menengah kebangsaan.

Paling malang apabila salah satu syarat untuk bekerja di syarikat-syarikat milik bukan Melayu adalah mahir berbahasa Mandarin. Sekaligus meletakkan taraf Bahasa Melayu sebagai tidak bernilai langsung.

Berbeza benar puak-puak yang menganggap mereka lebih Malaysia daripada orang-orang UMNO. Di Thailand, orang Cina hidup dan sentiasa bertutur dalam Bahasa Thai meskipun sesama mereka. Thaksin Shinawat, bekas Perdana Menteri Thailand yang digulingkan dalam satu rampasan tentera, adalah seorang Cina tetapi walaupun hatinya dan tindakannya adalah Cina, dia terlalu Thai. Malah tidak dapat dibezakan antara dia dengan orang Sukhothai yang lain.

Begitu juga dengan Cina-Cina di Indonesia dan Filipina, bahkan di Vietnam. Semua bangga bertutur dalam bahasa kebangsaan masing-masing. Berbeza benar dengan di Malaysia yang dikatakan tidak bebas dan menekan serta pilih kasih. Pemimpin-pemimpin yang bukan Melayu, punyalah susah hendak berbahasa kebangsaan, bahkan pemimpin-pemimpin Melayu sendiri, selagi ada peluang untuk bercakap berselang dengan Bahasa Inggeris, tidak akan melepaskan peluang itu.

Lebih menarik jikalau seorang pemimpin Melayu berada di tengah-tengah perkumpulan bukan Melayu, maka ucapannya nanti, pastilah dalam Bahasa Inggeris, sekalipun Bahasa Melayu adalah Bahasa Kebangsaan dan sebagai pemimpin yang berucap di hadapan rakyat Malaysia, seharusnya Bahasa Melayu yang diutamakan walau dalam apa juga keadaan. Ada juga yang terlebih-lebih Arab walaupun istilah Arab yang diketahuinya, cuma ana-ente!

Nasib Bahasa Melayu sebenarnya seperti juga nasib tulisan jawi… perlahan-lahan terhapus. Walaupun ada ‘peruntukan’ dan ‘pendidikan’ untuk Bahasa Melayu dan tulisan jawi, namun kecintaan terhadap kedua-duanya akhirnya menyebabkan seluruh Malaysia akan mengumumkan pupusnya Bahasa Melayu dan tulisan jawi, dan jangka masa tersebut sebenarnya sudah terlalu dekat!

Di bawah ini adalah contoh klasik daripada klip video seorang wakil rakyat bukan Melayu yang sangat sukar bertutur dalam Bahasa Kebangsaan dengan betul, tertib dan sempurna.


Actions

Information

One response

11 08 2011
f4689

Macam itu boleh jadi wakil rakyat?!!! Pemimpin mencerminkan pengikut, jadi tak hairan kalau pengikut memang tak tahu bahasa kebangsaan langsung.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: