Masalah sosial, Pelanggaran disiplin oleh Pelajar Sekolah

12 08 2011

Dari DUNIACACAMARBA

Ingat Kes Pelajar Dakwa Didera di Penjara Kluang? Kisah Susulannya AMAT Mengejutkan
Rabu, 3 Ogos 2011
Semalam kecoh apabila 32  pelajar didakwa didera ketika mengikuti program motivasi di Penjara Kluang. Berikuttan dakwaan itu, Jabatan Penjara telah menafikan dakwaan  pelajar lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Uda di Johor Baru bahawa mereka didera secara fizikal semasa menyertai kursus motivasi di Penjara Kluang, minggu lepas.

Ketua Pengarah Penjara, Datuk Zulkifli Omar berkata hasil siasatan awal mendapati, dakwaan para pelajar terbabit bahawa mereka ditumbuk, dipukul dan mendapat layanan di luar daripada batasan adalah tidak benar.

“Pihak kami akan memaklumkan hasil siasatan terperinci dari semasa ke semasa dan berharap dapat selesaikan kes pada 5 Ogos ini,” katanya pada sidang media bersama Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Abdul Ghafar Mahmud di Kementerian Dalam Negeri.

Dalam laporan akhbar hari ini, sekumpulan pelajar sekolah berkenaan mendakwa mengharungi pengalaman mengerikan apabila didera petugas program selepas menyertai kem motivasi ala banduan selama tiga hari dua malam di Penjara Kluang, mulai petang Jumaat lepas.

Mereka mendakwa bukan sahaja rambut digunting pendek ala banduan, malah turut ditempeleng, ditumbuk dan diperlakukan seperti penghuni penjara apabila ada di antara pelajar turut digari hingga mereka trauma.

Mengulas lanjut, Zulkifli berkata program motivasi yang dikenal sebagai Program Pencegahan Jenayah ‘Price of Freedom’, telahpun dilaksanakan sebanyak enam kali sebelum ini. Katanya program itu telah dilaksanakan di SMK Bandar Penawar, Kota Tinggi; pelajar-pelajar Jabatan Kebajikan Masyarakat Zon Selatan; Sekolah-sekolah daerah Bandar Tenggara; SMK Tun Syed Nasir, Johor Baru; SMK Seri Rahmad dan SMK Majidee.

“Program ini telah mendapat persetujuan daripada Pejabat Pelajaran Daerah, pihak sekolah dan PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru) di daerah yang berkaitan. Tiada sebarang masalah yang telah dibangkitkan dan pihak Jabatan Penjara dimaklumkan program tersebut telah memberi kesan yang baik kepada kemajuan pelajaran pelajar yang terlibat,” katanya seperti dipetik oleh Bernama/TMI.

Beliau turut menjelaskan bahawa hampir keseluruhan kursus motivasi itu dijalankan di kem Kopen Training Consultant di Kluang dan sebahagian program di penjara olok-olok Penjara Kluang bagi pelajar-pelajar merasai suasana di dalam penjara.

Persoalannya, mengapa pelajar ini diberi motivasi di penjara?
Sila baca berita di bawah ini:
Pelajar memang bermasalah
[HM] JOHOR BAHRU: Ada di kalangan 33 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Uda di sini, yang mendakwa didera ketika mengikuti kem motivasi pada 29 hingga 31 Julai lalu di Pusat Latihan Penjara Kluang, dikatakan pernah ditangkap khalwat bersama pasangan masing-masing di dalam bilik air sekolah ketika sesi pembelajaran.
Sumber Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu berkata, sebahagian besar juga dikatakan sering terbabit dalam pergaduhan.
“Pada masa sama, ada juga ditahan kerana merokok, ponteng kelas dan sekolah namun tidak dikenakan tindakan tegas oleh pengurusan sekolah.
“Ini menyebabkan ada pelajar bermasalah disiplin merasakan diri mereka kebal dan tidak dikenakan tindakan oleh sekolah jika melakukan kesalahan,” katanya di sini, semalam.
Pada masa sama, katanya, dia tidak menyalahkan guru kerana ada dalam beberapa kes, ibu bapa menyerang pengurusan sekolah mendakwa anak mereka baik sedangkan hakikat sebaliknya.
Apabila ini berlaku, guru bertugas yang diserang dipercayai serik untuk berusaha membaiki kelemahan pelajar terbabit dan membiarkan mereka melakukan sesuka hati kerana ibu bapa sendiri tidak marah apabila diberitahu anak menghisap rokok atau sering ponteng.
“Sukar menjelaskan perkara ini, tetapi kejahilan ibu bapa menyebabkan anak mereka tidak mematuhi peraturan sekolah, tidak menghormati orang tua dan pada masa sama, guru dilihat membiarkan pelajar melakukan apa saja sesuka hati,” katanya.
Sementara itu, bekas pelajar sekolah dikenali sebagai Man, 19, berkata, ramai beranggapan sekolah itu elit kerana lokasinya selain kejayaan Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Bandar Baru Uda mencipta nama setiap tahun.
“Bagaimanapun, keadaan sekolah itu adalah sebaliknya kerana menempatkan pelajar bermasalah, malah memburukkan keadaan, pengurusan sekolah sukar mengambil tindakan tegas terhadap mereka,” katanya.
Pada masa sama, Man berkata, kursus motivasi berkenaan dipilih khas bagi golongan pelajar yang degil dan sentiasa melakukan kesalahan di sekolah.
Selain itu, kursus motivasi itu didakwa dijalankan mengikut silibus yang telah ditetapkan:
Motivasi ikut silibus
[HM] PUTRAJAYA: “Siasatan awal mendapati tidak berlaku perkara di luar batas dalam kursus itu seperti pelajar dipukul, didera, ditumbuk dan sebagainya. Kami mengikut silibus dalam modul program motivasi itu.
“Bagaimanapun, kami akan meneruskan siasatan terperinci untuk menyelesaikan kes ini, termasuk mendapatkan maklumat daripada ibu bapa dan pelajar berkenaan,” kata Ketua Pengarah Penjara, Datuk Wira Zulkilfli Omar.
Beliau mengulas sekumpulan 33 Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Uda mendakwa didera petugas program motivasi ala banduan selama tiga hari dua malam di Penjara Kluang.
Mereka mendakwa bukan saja rambut digunting pendek ala banduan, malah ditempeleng, ditumbuk dan diperlakukan seperti penghuni penjara, apabila ada pelajar turut digari hingga trauma.
Katanya, jika siasatan mendapati berlaku layanan seperti didakwa, Jabatan Penjara tidak teragak-agak mengambil tindakan tatatertib ke atas anggota terbabit….

Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: