Melayu DiAnak-Tirikan di Universiti Malaysia

17 08 2011

Dari The “thirteen million plus Ringgit” guy rambles….

Academia Melayu dianak tirikan di UM (Bhg 1)

Sejak kebelakangan ini isu tentang hak bumiputera atau orang Melayu sering diperbahaskan oleh pihak bukan bumiputera dan juga segelintir bumiputera mengenai isu biasiswa bagi pelajar yang mempunyai keputusan cemerlang di dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Di peringkat pengajian tinggi pula, iaitu di universiti, kita sibuk dengan sistem penarafan universiti antarabangsa. Kegilaan kita mengejar penarafan universiti menyebabkan banyak perkara yang telah dilaksanakan telah menjejaskan kepentingan dan survival bangsa Melayu itu sendiri. Paling penting ialah mengorbankan kuota nisbah 55:45 untuk kakitanagan akademik di Universiti Malaya. Ini dapat dilihat dengan penekanan yang bersungguh-sungguh terhadap penerbitan dalam Jurnal ISI antarabangsa berimpak tinggi sehingga menjejaskan fakulti-fakulti beraliran sastera, terutamanya Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Akademi Pengajian Islam, Akademi Pengajian Melayu dan Pusat Kebudayaan yang rata-rata penerbitannya di dalam Bahasa Melayu. Sudah tentulah isu-isu mengenai orang Melayu dan Islam tidak akan mendapat tempat untuk diterbitkan di dalam jurnal-jurnal ISI antarabangsa yang berimpak tinggi.

Kerajaan sentiasa menyuarakan suapaya memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkasakan Bahasa Inggeris tetapi apa yang dilakukan oleh pihak Universiti Malaya ialah meminggirkan Bahasa Melayu dan mengagungkan Bahasa Inggeris. Sekarang ini hampir semua kursus di universiti pada peringkat Ijazah Sarjana Muda diajar dalam Bahasa Inggeris. Ini bertujuan untuk menggalakkan pelajar asing untuk datang belajar di Malaysia. Kita dapat lihat pada hari ini bahawa pelajar asing yang datang belajar ke Malaysia bukanlah dari negara-negara yang maju dan sebahagiannya tidak mempunyai latar belakang akademik yang cemerlang. Apa yang turut menyedihkan, Universiti Malaya turut mengambil kakitangan akademik berbangsa asing yang tidak begitu menonjol kepakarannya demi untuk memenuhi criteria penarafan universiti antarabangsa. Ini menyebabkan ramai kakitangan akademik bumiputera berhijrah ke universiti lain.

Survival kakitangan akademik berbangsa Melayu di Universiti Malaya mula terhakis apabila polisi universiti yang begitu memberi tumpuan penuh kepada penerbitan di dalam jurnal antarabangsa ISI berimpak tinggi dan kriteria-kriteria lain untuk tujuan penarafan universiti telah menjejaskan pengambilan pensyarah Melayu terutamanya di Fakulti Sastera dan Sains Sosial (FSSS), Akademi Pengajian Melayu (APM), Akademi Pengajian Islam (API), Pusat Kebudayaan (PK), Pusat Sukan (PS), fakulti Ekonomi dan Pentadbiran (FEP), Fakulti Perakaunan dan Perniagaan (FPP) dan tidak terkecuali Fakulti Sains (FS), Fakulti Sains Komputer dan teknologi Maklumat (FSKTM), Fakulti Pergigian (FD), Fakulti Kejuruteraan (FK), dan Fakulti Alam Bina (FAB).

Isu-isu yang berkaitan dengan survival pensyarah Melayu untuk kenaikan pangkat dan menyambung perkhidmatan serta pelajar-pelajar Melayu:

  1. Mengikut garis panduan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), kakitangan akademik di bawah skim SLAB (Skim Latihan Akademik Bumiputera) yang telah Berjaya mendapat ijazah doctor falsafah (PhD) perlu diletakkan kepada tahap DS51. Malangnya di Universiti Malaya mereka hanya diberikan Gred DS45 kerana halangan penerbitan Jurnal ISI berimpak tinggi. Ini secara terang-terangan menafikan garis panduan Kementerian Pengajian Tinggi. Apa yang menyedihkan, kebanyakan kakitangan akademik ini adalah berbangsa Melayu.
  2. Ramai kakitangan akadmeik berbangsa Melayu telah gagal dalam proses kenaikan pangkat dari Profesor Madya ke Profesor, pensyarah kanan ke Profesor Madya, dan pensyarah ke pensyarah kanan kerana tidak memenuhi syarat ISI.
  3. Pengesahan jawatan pensyarah juga perlu ada penerbitan di dalam jurnal ISI yang memakan masa yang lama untuk diterbitkan.
  4. Pihak Universiti Malaya telah memperkenalkan program “Bright Spark” untuk menambahkan bilangan pensyarah yang terbaik dengan memberikan biasiswa kepada pelajar yang mendaapt CGPA 3.7 ke atas. Program ini diperkenalkan satu tahun yang lalu dan kalau dilihat dari senarai konvokesyen Universiti Malaya 2009 kita dapati lebih ramai pelajar bukan bumiputera mengisi program Bright Spark. Maka nisbah pensyarah bumiputera dan bukan bumiputera akan menjadi tidak seimbang. Kita perlu melihat sejarah dalam tahun 1970an di mana kakitangan akademik terdiri dari bukan bumiputera adalah lebih ramai dari bumiputera. Untuk mengatasi masalah ini program Skim Latihan Akademik Bumiputera (SLAB) telah diwujudkan. Akhirnya dalam tahun 1990an Universiti Malaya telah Berjaya mengimbangi bilangan kakitangan akademik bumiputera dan bukan bumiputera. Kemudian pada tahun 2007, Universiti Malaya telah memberi ruang kepada bukan bumiputera dengan mewujudkan SLAI (Skim Latihan Akademik IPTA), dan sekarang pihak pengurusan universiti menambah pula program Bright Spark – yang terang lagi bersuluh member satu lagi pintu kepada golongan bukan bumiputera. Yang menariknya, mereka tidak meminta tetapi pengurusan universiti yang memberi. Dimanakah kesudahannya? Sial ambil perhatian bahawa biasiswa Bright Spark juga diberi kepada warga asing, yang mana mereka ini tidak akan berkhidmat di Universiti Malaya setelah menamatkan pengajian. Oleh yang demikian penganugerahan biasiswa kepada warga asing ini tidak memanfaatkan Universiti Malaya dan negara untuk jangka masa yang panjang.

Published on August 14, 2011

Academia Melayu di anak-tirikan di UM (Bhg 2)

5. Penerbitan buku dan Jurnal di dalam Bahasa Melayu juga didapati telah berkurangan sejak 2007 hingga 2011 akibat penekanan ke atas penerbitan di dalam jurnal ISI. Adalah penting untuk dinyatakan di sini bahawa penerbitan buku, jurnal, bab dalam buku yang berbahasa Melayu tidak diiktiraf oleh pihak pengurusan university untuk proses pelantikan dan kenaikan pangkat. Adalah malang apabila kita mengabaikan penerbitan di dalam jurnal tempatan yang berbahasa melayu kerana ia tersasar dengan hasrat kerajaan untuk memartabatkan Bahasa Melayu dan mengabaikan penyelidikan yang menangani isu-isu tempatan yang penting.

6. Pengambilan pelajar Melayu juga telah dikurangkan sedangkan pengambilan pelajar bukan Bumiputera telah dipertingkatkan di fakulti beraliran sains. Mengikut sumber universiti bilangan pelajar bumiputera di Akademi Pengajian islam dikruangkan kepada lebih kurang 50 peratus. Jika ini berlaku, maka nisbah antara pelajar bumiputera dan bukan bumiputera di university akan menjadi tidak seimbang.

7. Selama dua tahun memimpin universiti Malaya, Ghauth Jasmon tidak menyambung kontrak atau menamatkan perkhidmatan tujuh orang professor (lima orang Melayu) dari Fakulti Sastera dan Sains Sosial kerana tiada penerbitan di dalam jurnal ISI.

8. Selama itu juga, tiada kenaikan pangkat ke jawatan professor di Fakulti Sastera dan Sains Sosial, kecuali kenaikan ke jawatan professor madya untuk Dr Sharmini Patricia Gabriel (isteri Prof Terence Gomez – kroni besar dan orang kepercayaan Ghauth Jasmon).

9. Pengimbangan bilangan kakitangan akademik bumiputra dan bukan bumiputera di Fakulti Sains telah Nampak ketara dan tidak lagi menjurus kepada nisbah 55:45. Ia tidak mencerminkan konsep 1Malaysia.

10. Pihak pengurusan tertinggi universiti telah membuat tindakan yang kurang bijak dengan memanggil dua pensyarah untuk menghadapi jawatankuasa tatatertib kerana dikatakan tidak memathui peraturan university hanya kerana mereka meluahkan pandangan terhadap pentadbiran pengurusan tertinggi university di dalam internet.

11. Statistik menunjukkan penghijrahan besar-besaran kakitangan akademik ke universiti lain. Ini adalahs atu perkara yang perlu ditangani dengan bijak kerana university yang akan kerugian lantaran tidak dapat menggunakan kepakaran mereka setelah membiayai pengajian mereka. (sila baca akhbar Transisi yang diterbitkan oleh Universiti Utara Malaysia).

12. Professor yang telah lama berkhidmat dengan university tidak disambung kontrak sebagai professor tetapi diberi hanya felo penyelidik kanan kerana tiada penerbitan ISI. Ramai professor yang menolak tawaran dan berhijrah ke univerrsiti lain. Betapa pengurusan tertinggi yang diketuai oleh Ghauth Jasmon tidak emnghargai khidmat dan jasa professor yang telah mengharumkan nama universiti.

13. Penekanan terhadap penerbitan telah menyebabkan belanja urus di Pusat Perubatan Universiti Malaya lebih banyak ditumpukan kepada penyelidikan dan haya sedikit diperuntukkan kepada kerja klinikal untuk pesakit, yang mana ini menjejaskan mutu perkhidmatan kesihatan kepada pesakit-pesakit.

14. Penekanan terhadap penerbitan ISI semata-mata jelas menunjukkan prestasi university berdasarkan ranking tetap menurun iaitu pada tahun 2009 kedudukan ke 180, tetapi pada tahun 2010 kedudukan berada pada tangga 207.

15. Pengurusan university di bawah kepimpinan (2008-2011) banyak mewujudkan jawatan yang boleh dikatakan membazirkan wang rakyat seperti menubuhkan lapan bidang kluster penyelidikan dengan setiap ketua kluster sama taraf dengan dekan, sedangkan bilangan kakitangan tidak ramai hanya dua atau tiga orang bagi emngendalikan permohonan dana penyelidikan dari kumpulan penyelidik yang berkaitan dengan kluster tersebut.

16. Warga Melayu university Malaya meberikan kenyataan bahawa jika “universiti terulung” ini tidak dapat menangani keseimbangan orang Melayu dalam agenda pendidikannya termasuklah bilangan pelajar Melayu dalam bidang kritikal serta bilangan tenaga pengajar Melayu, maka kita menganggap bahawa university terulung ini telah gagal dalam memenuhi aspirasi, bangsa dan rakyat negara ini.

17. Sejak 2008-2011 kemasukan naib Canselor baru di UM didapati bahawa pengambilan pensyarah bukan Melayu telah bertambah berlipat ganda. Kemasukan pelajar sarjana dan pelajar PHD dalam kursus kritikal juga meningkat pada kadar yang tinggi. Ironisnya dalam pentadbiran ini pelajar melayu yang layak diberikan halangan yang banyak seperti menghadiri lebih daripada empat temuduga dan masih tidak di hantar belajar ke luar negara walaupun layak. Kita lihat Menteri Pengajian Tinggi tidak tampil langsung memberi khidmat nasihat kepada pihak university andainya terdapat senarai nama yang dikemukakan untuk apa juga pelantikan walaupun ia banyak diberikan kepada orang luar dan golongan bukan Melayu. Berilah nasihat atau kementerian sendiri yang kurangkan bilangannya sehingga ada orang Melayu yang boleh diberikan tempat. Kita tidak mahu “autonomi university” andainya kedudukan orang Melayu di university ini tergadai. Kita rela menunggu lebih lama lagi untuk mendapat taraf “autonomi universiti” sehingga bilangan orang-orang Melayu di university mantap dan mampu untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan orang-orang bukan Melayu.

Wahai bangsa Melayu di luar sana, kita tidak mahu lihat lonjakan dua atau tiga tangga dalam kedudukan ranking tetapi kedudukan bangsa kita terabai dan tergadai. Pelajarilah dengan apa yang berlaku di Pulau Pinang dan Selangor hari ini. Biarlah kita berputih tulang tetapi jangan sekali-kali berputih mata.

Published on August 15, 2011

 


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: