Pengurangan Kemasukan pelajar ke UiTM

19 08 2011
 Dari laman LAMIAFAMILIA

Kemasukan UiTM tidak wajar dikecilkan

Oleh MOHD. FADZLY MOHD. IZAB
pendidikan@utusan.com.my

BANYAK pihak tampil menyuarakan cadangan dan menyatakan usul agar jumlah kemasukan pelajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dikecilkan kerana bilangan graduan yang ramai di institut itu pada masa kini merupakan antara penyumbang kepada jumlah pengangguran yang tinggi dalam kalangan graduan lepasan universiti.Atas desakan itu, Naib Canselornya, Profesor Datuk Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar tampil memberi jawapan dan menjelaskan kenapa tindakan mengurangkan bilangan pelajar di UiTM adalah sesuatu yang tidak wajar untuk dilakukan.Menurut beliau, perkara ini tidak seharusnya timbul kerana UiTM merupakan universiti yang menyediakan peluang pendidikan terbaik kepada golongan muda dalam usaha untuk melahirkan masyarakat berilmu.

“Lambakan jumlah penganggur di kalangan graduan lepasan universiti bukanlah semata-mata berpunca daripada jumlah kemasukan yang besar di universiti ini.

“Banyak faktor lain yang menjadi punca permasalahan tersebut dan peluang pekerjaan yang terdapat di negara ini setiap tahun tidak boleh disamakan dengan jumlah graduan yang berjaya menamatkan pengajian mereka,” jelasnya kepada Utusan Malaysia di UiTM Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Sahol Hamid berkata, peluang pekerjaan yang disediakan dalam sektor kerajaan mampu diukur bilangannya namun peluang pekerjaan dalam masyarakat atau sektor swasta adalah terbuka dan lebih luas.

“Oleh itu, para graduan perlu bijak mencari peluang dan menggandakan usaha untuk meneroka kekosongan bagi menempatkan diri mereka dalam bidang pekerjaan,” katanya.

Sehingga kini dianggarkan seramai 35,000 hingga 40,000 graduan telah berjaya dihasilkan oleh UiTM setiap tahun daripada jumlah kemasukan sebanyak kira-kira 140,000 pelajar.

Jumlah kemasukan pelajar di UiTM ini akan ditingkatkan lagi pada masa akan datang selaras dengan wawasan kerajaan untuk mencapai jumlah kemasukan pelajar sehingga 200,000 pada satu-satu masa.

Beliau memberitahu, peranan utama universiti adalah untuk memberi ilmu sebagai pengetahuan umum kepada para pelajar dan bukanlah universiti yang dibina untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada pelajarnya.

“Walaupun syarat untuk mencari kerja adalah keperluan, tetapi hasrat universiti adalah untuk memenuhi tuntutan peningkatan ilmu di kalangan para penuntutnya.

“Peluang itu tidak datang bergolek, ia harus dicari sendiri oleh para graduan dengan berbekalkan segala kemahiran dan ilmu pengetahuan yang telah diperolehi semasa menuntut di universiti.

“Malah, peluang pekerjaan ini juga tidak hanya tertumpu di dalam negara, para graduan perlulah berani mencari peluang untuk menimba pengalaman bekerja di luar negara,” saran beliau.

Pendidikan yang disediakan oleh universiti, ujar Sahol Hamid, sememangnya diakui penting kepada masyarakat sebagai pemangkin untuk meninggikan taraf hidup mereka.

“Lebih banyak peluang pendidikan perlu diberikan oleh universiti kepada golongan muda ini supaya mereka akan menjadi warganegara dan ahli masyarakat yang terpelajar.

“Pelbagai perkara dapat dimanfaatkan dengan adanya ilmu pengetahuan yang mencukupi dalam diri seseorang itu contohnya seperti bekerja sendiri atau menjadi usahawan,” katanya.

Tambah beliau, universiti-universiti lain juga perlu menyediakan lebih banyak peluang kepada para pelajar untuk melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi.

“Hal ini kerana, negara akan maju dengan adanya masyarakat berilmu lebih-lebih lagi dalam dunia teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) masa kini di mana ilmu adalah satu keperluan yang sangat penting bagi setiap orang.

“Pendedahan ilmu ICT dapat diperolehi semasa pembelajaran di universiti dan adalah sukar atau terbatas untuk menguasai kepentingan ilmu ini jika mereka tidak melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi,” katanya.

Menurut beliau, dalam isu kebolehpasaran graduan pula, kira-kira 80 peratus graduan UiTM berjaya mendapat kerja dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian mereka.

“Antara faktor yang menyumbang kepada kebolehpasaran graduan UiTM ialah seperti penawaran kursus-kursus yang lebih menepati keperluan industri, profesional dan menarik.

“UiTM juga sentiasa mengkaji dan memperbaharui dari segi tawaran kursus-kursus kepada para pelajar supaya ia terus kekal relevan dengan keperluan semasa,” jelas beliau.

Selain itu tambahnya, pihak universiti turut menyediakan latihan dari segi kebolehan individu selain penggunaan bahasa Inggeris, penerapan kemahiran insaniah (soft skill) yang tinggi, serta keseimbangan pembelajaran dari segi teori dan praktikal.

KOMEN : MENGAPA PERLU DENGKI DENGAN KEJAYAAN GRADUAN UiTM…? KENAPA PERLU DISEKAT ANAK BANGSA UNTUK MENDAPAT PENDIDIKAN LEBIH TINGGI SEBAGAI MASYARAKAT BERILMU? RASANYA NC UiTM LEBIH ARIF DENGAN AGENDA MEMAJUKAN ANAK BANGSA DARI SUARA-SUARA SUMBANG YANG BERKUMANDANG YANG CUBA MENIDAKAN KEBIJAKSANAAN ANAK BANGSA MELAYU… TERUSKAN USAHA DATUK, STAF UiTM AKAN TETAP BERSAMA-SAMA DATUK DALAM MELAKAR SEJARAH PENDIDIKAN ANANK BANGSA YANG MAJU KEHADAPAN…

Actions

Information

2 responses

19 08 2011
rad za

I am a UiTM undergraduate myself. I disagree with lessening the number of students UiTM should take in. The rising number of unemployed graduates are not due to UiTM but highly dependent on the graduates themselves. UiTM provides only opportunities for students to obtain their degrees and diplomas which are important tools to help students to obtain jobs.

21 08 2011
hijazzains

My friend was from UiTM and got a job as an engineer from Technip, a major OnG services company.

Indeed the chauvinists are envious of the success of UiTM.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: