Masalah Perkauman Yang Berpunca Bahasa Yang Tidak Satu dan Tidak Seragam

26 08 2011

Artikel di bawah ini diterbit oleh blogger DINTURTLE (pautannya DI SINI) pada 14 Ogos 2011.

Masalah Perkauman Akan TERUS Menghantui Malaysia Kerana Mereka Tidak Faham

Artikel  ni sepatutnya saya tulis minggu lepas masa ia tengah hot, nak buat macamana masa tu duk layan isu Murtad yang lebih hot. Ingat lagi komen Muhyiddin tentang kegagalan pelajar kita menguasai Omputeh ?

Menteri Pelajaran kita terkejut bila dapat tahu tahap penguasaan pelajar kita amat rendah dalam Bahasa Inggeris dan segera mengarahkan Ketua Pengarah Pelajaran buat kajian.

Muhyiddin: Saya sendiri tak mampu jawab sebab pelajar gagal kuasai BI

English penting kerana ia bahasa utama dalam komunikasi antarabangsa dan ekonomi.

” Bagaimana sistem pendidikan negara selama 13 tahun, dengan lima tahun di sekolah menengah, masih tidak mampu membuatkan murid-murid kita menguasai Bahasa Inggeris dengan baik ? “ .

Dan jawapan unik dari TPM kita –  Saya sendiri tak mampu jawap !

Saya bukan nak ulas artikel itu tapi saya nak spin ia ! Untuk memenuhi citarasa perjuangan sempit saya hehehehehe …. Alangkah bagusnya kalau kenyataan Muhyiddin diatas itu berbunyi seperti ini –

” Bagaimana sistem pendidikan negara selepas 54 tahun Merdeka, pendidikan 6 tahun disekolah rendah CINA, masih tidak mampu membuatkan murid-murid mereka menguasai Bahasa Kebangsaan dengan baik ? “

Bukan saya yang cakap ok, tapi Kajian yang dilakukan oleh NUTP di 159 buah sekolah. Bukankah berita ini lebih menggemparkan ? Lebih memerlukan perhatian pihak berwajib bukan saja Kementerian Pendidikan bagi memastikan setiap rakyat fasih dalam Bahasa Kebangsaan sendiri tapi juga Kementerian Dalam Negeri kerana ia amat berkait rapat dengan soal Keselamatan Dalam Negeri !

Kalau dah bercakap dalam Bahasa Kebangsaan pun hancur, bagaimana nak berinteraksi dengan kaum lain ? Tanpa interaksi yang berkesan bagaimana hendak memahami budaya kaum lain ? Tanpa memahami budaya lain bagaimana hendak bertoleransi ? Kalau dah tak reti nak bertoleransi, bagaimana hendak Acceptance !

Tanpa semua itu, tidak hairanlah kita sekarang bingit telinga dengan segala salakan Kesamarataan yang langsung tidak mengambil kira faktor Keadilan ….. SEBAB MEREKA TIDAK FAHAM !

Mereka tidak faham kenapa orang Melayu melalak menuntut Hak Istimewa dikekalkan, bagi mereka itu tidak adil, satu bentuk diskriminasi dalam Kesamarataan.

Mereka tidak faham kenapa orang Melayu / Islam melalak dalam soal Murtad DUMC, bagi mereka itu tidak adil, satu bentuk halangan kepada Kesamarataan Hak Asasi Manusia / Kebebasan Beragama.

Semua masalah yang sering berlaku dinegara kita yang menyaksikan pertembungan antara kaum adalah kerana mereka TIDAK FAHAM. Dalam keghairahan kerajaan mahu rakyatnya mengejar kebendaan, faktor penting seperti Perpaduan telah dilepas pandang.

Bukan Perpaduan berbentuk Stiker yang dilekatkan melalui Kempen atau Program berbentuk ad-hoc seperti Kempen Kibarkan Jalur Gemilang, Kempen Budi Bahasa, Larian 1Malaysia, PLKN dan lain-lain. Memanglah akan ramai yang turut serta ( sukarela atau terpaksa ) dan partisipasi yang ramai itu akan dirakam dan dihebahkan disemua media – Rakyat Bersatu ! Perpaduan 1Malaysia ! atau 84% rakyat sudah faham dan terima 1Malaysia !

Kalau benarlah semua dakwaan kerajaan itu, bagaimana mungkin kita masih lagi berdepan dengan segala kemelut berasaskan perkauman atau agama yang tidak kunjung padam hampir setiap hari dan semakin kerap sejak beberapa tahun ini ? Selesai satu masalah, timbul masalah lain pula. Dan semuanya berpunca dari TIDAK FAHAM.

Apakah langkah kerajaan dalam menangani asas utama segala permasalahan ini ? Saya tidak nampak. Kita yang membentuk masadepan depan negara melalui generasi muda yang ada sekarang. Apakah kita sediakan platform yang tepat supaya segala masalah yang kita hadapi sekarang tidak berulang dimasa hadapan kelak ? Saya tidak nampak.

Apa yang saya nampak – Masalah Perkauman akan terus menghantui rakyat negara kita untuk jangka masa yang lama kerana kerajaan tidak bertindak menanganinya.


Actions

Information

6 responses

27 08 2011
usin

malaysia perlukan seorang pm yg nyata berani. lebih berani dpd dr m lebih baik. apapun yg dilakukan wajib ada risiko. kalau tak sanggup tanggung risiko namanya pengecut. soal bahasa, sampai sekarang majoriti bukan melayu cakap caca marba. yg ada sekarang lebih pentingkan peti undi dan pengampu. sepatutnya utamakan negara bangsa. takut mati jangan duduk di atas. lg tinggi lg besar risiko uttuk jatuh dan mati…

29 08 2011
Isa

Benar, begitu banyak masalah perkauman sekarang diakibatkan politik yang sangat mementingkan undi dan kuasa. Memang politik itu perkara undi dan kuasa tetapi tujuan hendakkan undi dan kuasa itu nampaknya sudah melampau.

Melayu berpecah belah akibat mahukan undi dan kuasa. Hingga sanggup mengenepikan kepentingan bangsa, perpaduan bangsa, menggugurkan Negara Islam, mengenepikan Ketuanan Melayu yang tersemat diPerkara 153 Perlembagaan berkenaan Kedudukan Istimewa Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak.

Maka pihak pembangkang seperti DAP mengeksploitasi perpecahan Melayu itu. Dipasaknya besi tajam diantara parti parti Melayu. Sehingga UMNO, parti Kerajaan, pula condong kapada kepentingan bangsa Cina untuk meraih undi Cina. Akibatnya, bertambahlah masalah perkauman itu. Perlu ada pemimpin yang berani dan tegas bagi membaikki keadaan.

29 08 2011
Afdal

Selamat Hari Raya semua. Banyak yang dah relaks, beristirehat, sekarang.

Baguslah anda semua sentiasa kemukakan pentingnya Bahasa Melayu, Bahasa Kebangsaan negara ini. Tak boleh main main, tak boleh abaikan. Itu ditulis diPerkara 152 Perlembagaan. Kita cakap selalu, ada yang marah, bosan kata dia. Bosan Apa? Tak ada so’al bosan. Kalau tak hormatkan Bahasa Kebangsaan, itu yang membosankan. Tak hormatkan Perlembagaan.

Setuju, masalah perkauman banyak berpunca dari bahasa yang tidak satu dan tidak seragam. Kena cari jalan amacam nak dapatkan semua rakyat Malaysia gunakan stau bahasa saja, melainkan bila cakap antara kaum sendiri, tidak didepan kaum lain.

29 08 2011
Ujang

DAP yang tak faham. Bukan tak faham, depa sengaja nak pecah belahkan masyarakat. Macam kominis. Pi rosakkan sana sini, nanti depa cubalah nak ambik hati rakyat. Depa janjilah macam macam. Tapi cakap tak serupa bikin. Tengoklah diPenang tu.

28 09 2011
lovesarawak

dalam pemerhatian saya, masalah pendidikan di Malaysia ni lebih disebabkan pemimpin kita yang tidak bijak menangani masalah kesatuan[agreements] diantara kaum & semua ini berpunca dari politik murahan dibawa oleh parti-parti politik yang sememangnya bermula dari politik Barisan Nasional sebab mereka parti pakatan yang telah lama memerintah. mereka sepatutnya tahu dan pandai membuat penambahbaikan keatas unity penduduk setelah berkuasa selama 50+ tahun. ini tidak, malah mereka sendiri yang memainkan isu2 perkauman, keagamaan dan tidak kurang juga menjual diri mereka kepada golongan tertentu dan kepentingan2 peribadi & kroni. kalau kita tanya:
1.) Kenapa prestasi pelajar dalam menguasai Bahasa Inggeri & BM sangat lemah?
2.) Kenapa Para Ilmuwan(Universities) kita di malaysia sangat kurang?
3.) Kenapa kaum lain di Msia asyik2 kurang puas hati dengan kedudukan istimewa Melayu & Islam?(ini penyebab ketidaksatuan/no agreement achieved)
4.) Perlukah PM yang kuat?

Soalan satu: Kenapa penguasaan pelajar terhaap BI & BM sangat lemah? sebabnya adalah:
* BM terlalu dititikberatkan kepentingannya tetapi tidak ada kesinambungannya di Universities di Malaysia malah masih lagi kita bercakap dalam Bahasa Inggeris di universities. Jika mau tarik pelajar luar negara belajar di Malaysia, kita terpaksa guna bahasa Inggeris. kan kah da bercanggah dengan kepentingan tadi mau memartabatkan bahasa Melayu. * Prejudis- of course kaum lain di Msia akan mengatakan bahawa orang Melayu & kerajaan mementingkan kaum mereka lebih dari kaum lain serta kepentingan mereka. Jadi prejudis dan akibatnya, semasa pilihanraya, sikap & pemikiran itu akan merugikan pihak BN dan boleh mengakibatkan mereka kalah besar & kehilangan kerajaan & kuasa. jadi mau tidak mau, mereka terpaksa berkompromi dalam segala hal sehingga mau tunduk dengan tuntutan kaum lain yang lebih berkuasa dalam hal wang ringgit. kalau tidak, habislah kareer politik mereka.
* Kaum Melayu & Pemimpin melayu asyik2 kata orang Melayu & BM & mempunyai kedudukan istimewa di msia. Bagi kami di swak & Sabah, mereka cuma menghabiskan duit yang rakyat sama2 hasilkan untuk kemajuan Msia bukannya hanya untuk orang Melayu, & Bahasa Melayu? adakah cuma orang melayu sahaja yang bayar cukai? adakah cuma bahasa melayu saja yang penting? cuba pergi keluar negara, Bahasa Melayu tidak pun digunakan oleh perwakilan Msia ke UN(mereka gunakan BI) kenapa tidak digunakan BM kalau mau memartabatkan BM di persada dunia? jawapannya: sebab BM bukannya bahasa antarabangsa bagi Perdagangan & Politik dunia. Cuba fikirkan betul2, Amerika syarikat sendiri telah ubahsuai mereka punya Federal constitution sebanyak belasan kali[14++) tetapi malaysia telah mengubah Federal Constitution lebih dari 40++ kali.ada sumber yang mengatakan begitu…apa sebab diubah begitu? adakah perubahan itu tidak berat sebelah @ sebaliknya? siapa yang ada di dalam committee yang membuat amendments itu?
saya harap kita sama2 sebagai rakyat Msia jganlah terlalu mau meninggikan kaum kita, agama kita, pemimpin kita, tetapi selalu mau membuat keputusan menurut persetujuan & permuafakatan dengan kaum2 lain di Msia.

*** Komen ini telah disunting oleh Admin

13 10 2011
Dot

Banyak so’alan yang dikeluarkan lovesarawak. Malangnya tak dapat masa yang sesuai bagi mengresponnya.

Buat sementara waktu saya hanya mahu menyatakan tidak setuju dengan beberapa hujahnya. Moga moga ada masa dimasa hadapan bagi berdailog dengannya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: