Perginya Seorang Pejuang

31 08 2011

 

 

Tokoh Bahasa Dato’ Ahmad kembali kerahmahtullah

Suntingan oleh Aug 31, 2011

Dato’ Dr.Hassan Ahmad

Perkasa 31Ogos 2011 : Bekas ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Dato’ Dr Hassan Ahmad meninggal dunia di rumahnya di Petaling Jaya petang ini.

Presiden Perkasa YB Datuk Ibrahim Ali mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarmah Dato Dr Hassan Ahmad,yang telah kembali kerahmatullah pada jam 2 ptg tadi ,iaitu tarikh Hari Negara menyambut Kemerdekaan.

Ibrahim Ali menyifatkan allahyarham Hassan Ahmad lampu suluh di malam yang kelam, menerangi alam kebahasaan dan sastera bangsa, Beliau terus gigih memperjuangkan dan mendaulatkan Bahasa Kebangsaan.

Umat Melayu kehilangan seorang pejuang yang banyak berbakti kepada masyarakat dalam bidang bahasa dan sastera bangsa. Semuga rohnya di cucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan para solihin.

Anak Allahyarham Dato’ Hassan Ahmad, Aida berkata, Allahyarham dipercayai diserang sakit jatung dan menghembuskan nafas terakhir sekitar 2 petang tadi.

“Ayah saya tidak sakit apa-apa,” katanya sebentar tadi.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan esok, kata Aida.

Di fahamkan Allahyarham ceria semasa menyambut tetamu di jamuan hari raya di kediaman beliau semalam.

Tokoh Bahasa ini kini menyandang Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan, sebuah pertubuhan bukan kerajaan.

Beliau merupakan seorang penyelidik bahasa dan sastera yang banyak menulis tentang bahasa dan sastera terutama dalam tahun-tahun 1960-an.

Alfatihah…


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: