Perkasa meminta Kementerian Pendidikan tidak terburu buru atas apa jua desakan

5 09 2011

Pendidikan : Tidak Perlu Bagi Pilihan

Suntingan oleh Aug 17, 2011

PERKASA 17082011: Kerajaan tidak perlu bagi pilihan sekolah didalam memilih program matematik dan sains dalam BI atau BM. Akan timbul discriminasi di kalangan pelajar dari segi jangka panjang.

Merujuk pada satu kenyataan akhbar hari ini yang menyebut ” Kerajaan sedang menimbangkan cadangan untuk membenarkan sekolah memilih sama ada menggunakan bahasa Melayu atau Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik.”

Perkasa berpendapat,teruskan dengan dasar yang ada sekarang,Perkasa meminta kementerian pendidikan tidak terburu buru atas apa jua desakan. Menurut satu kenyataan media yang di keluarkan oleh Pejabat Presiden Perkasa YB Dato Ibrahim Ali sebentar tadi.

Kenyatan itu juga menyebut “Yang penting Dasar Pelajaran Kebangsaan mesti di pertahankan,usaha memperkasa bahasa Ingeris memang di alu alukan tapi jangan sampai bahasa Ingeris di letak sama taraf dengan bahasa Melayu dari segi perlaksanaan nya”.

Sebelum ini Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Kementerian Pelajaran tidak mahu kelonggaran itu nanti menjejaskan pelaksanaan dasar Memartabat Bahasa Melayu, Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI).

Kenyataan Dato Ibrahim juga menybut “Begitu juga agama Islam adalah agama resmi Persekutuan,walaupun agama lain bebas di amalkan,tapi ianya tidak sama dengan kedudukan agama Islam”.

“Begitu juga soal bahasa Melayu yang termaktub dalam fasal I52. Perlembagaan”.

“Segala urusan resmi kerajaan mesti dalam bahasa Melayu. Pendidikan kelolalan kerajaan adalah urusan resmi dan tertaluk di bawah fasal I52″.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: