M.A.L.A.Y.sia

9 09 2011

 

Artikel dari HELEN ANG

Ibu Pin menjaja teko raksasa DAP

Ogos 18, 2011

Ramachandran Muniandy, Hannah Yeoh dan bayi mereka yang baru lahir

Pasangan ini menafikan dengan sekeras-kerasnya bahawa si suami adalah seorang keturunan India. Si isteri lagi berkeras tidak mahu mengakui dia keturunan Cina.

Both Ramachandran and Yeoh had filled ‘Anak Malaysia’ to indicate their own race…  — Malaysiakini, 22 June 2011

Apabila mengisi borang sijil kelahiran anak mereka, pasangan suami isteri ini — sebagai Ayah dan Ibu kepada bayi tersebut — enggan memangkah kotak ‘India’ dan ‘Cina’ untuk menandakan keturunan masing-masing.

Ramachandran Muniandy telah menulis ‘Anak Malaysia’, iaitu menafi dia berbangsa India. Hannah Yeoh juga telah menulis ‘Anak Malaysia’, iaitu menafi dia berbangsa Cina.

Wadah Syuhada Hannah

Hannah ialah Adun DAP di kawasan Subang Jaya dan salah seorang nabi agama sesat Malaysian First.

Hannah juga seorang yang lemah dalam bahasa Melayu. Dia telah diminta Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) supaya mengisi ruang kosong bagi mencatatkan keturunan.

Kata dasar perkataan ‘keturunan’ ialah ‘turun’, iaitu perihal turun-temurun — sesuatu “yang diturunkan daripada” sesuatu yang terlebih awal.

Adakah Hannah Yeoh diturunkan daripada keluarga Arab kalau masih tidak mahu mengaku dia anak cucu kepada orang Cina?

Atau apakah Hannah berasal daripada benih dan baka Turki? Atau mungkin sasur-galurnya orang Kurd?

Sebenarnya Malaysian First (falsafah agama ‘Politik Baru’ DAP itu) ngak mengenal warisan nenek moyang. Nampak begitu malu mereka bilamana dikaitkan dengan salasilah Cina.

Hannah Yeoh mendakwa dirinya keturunan Anak Malaysia.

Bukankah seorang Anak Malaysia akan bertutur dalam Bahasa Malaysia? Menghantar anak ke Sekolah Malaysia (bukan sekolah Cina, ya).

Mengikut logik Hannah Yeoh, tiada wujudnya bangsa Cina di tanahair kita. Sebaik-baiknya biar semua orang bergelar Anak Malaysia — itulah ajaran agama Malaysian First yang giat disebarkan DAP. Maka tidak perlu dibina sekolah Cina kerana tidak lagi ada bangsa Cina yang duduk di sini.

Jika semua Anak Malaysia (bangsa Cina/bangsa India merupakan konsep kolot di dalam wacana pembangkang pasca-2008), buat apa kita hendak kekalkan sistem pendidikan aliran vernakular?

Panggil dia Hasnah, buang itu ‘Yeoh’

Di negara jiran, Anak Indonesia yang keturunan Cina memakai nama Indonesia.

Adakah anda kenal siapa Wang Lian Xiang? Beliau ialah jaguh Olympik sukan badminton. Namanya harum di dunia sebagai Susi Susanti.

Buah hatinya (kini suami) juga jaguh di sukan Olympik yang sama pada tahun 1992. Namanya Goey Ren Fang, memenangi pingat emas perseorangan lelaki badminton. Kita lebih mengenali beliau sebagai Alan Budi Kesuma.

Rudy Hartono adalah antara lagenda badminton yang terulung. Nama Cinanya Liang Hai Liang. Lain-lain jaguh badminton Anak Indonesia: Chandra Wijaya = Chen Jia Liang, Tony Gunawan = Wu Jun Ming, Mia Audina = Zhang Hai Li, Hendrawan = Ye Cheng Wan, dll

Anak Thailand Yingluck Shinawatra juga keturunan Cina tetapi apakah beliau langsung mempunyai nama Cina?

Sekiranya kita hendak mencontohi Anak Bangsa yang terdapat di negara-negara jiran, baik kita panggil saja Anak Malaysia kita Si Hasnah dan bukan Hannah.

Ratu Twitter

Hannah dan partinya telah memarahi JPN sebagai rasis ekoran jabatan itu tidak meluluskan Hannah mewujudkan istilah baru ‘Anak Malaysia’.

Lalu Hannah dan partinya bercadang hendak saman JPN.

Kepada para peminat (bahasa Inggeris sebut groupie) Hannah Yeoh, dia maksum. Hannah yang diminati hampir 30,000 orang di Twitter bagai malaikat kepada mereka.

Sebarang tweet yang dibuat Hannah akan ditweet semula berkali-kali.

Di bawah ialah tweetnya yang ditujukan kepada Perdana Menteri.

Nampaknya Hannah Yeoh masih berdegil mahu bayinya didaftarkan sebagai Anak Malaysia dalam sijil kelahiran.

Jika demikian, kenapa dia mendaftar anaknya sebagai Kristian pula?

Lebih baik dia kata berpegangan Agama Malaysia, barulah boleh padan dengan istilah keturunan Anak Malaysia.

Mesti semuanya Malaysian First: Anak Malaysia, Agama Malaysia weh barulah kira konsisten.

Teko raksana yang dahulunya bertapak di Sky Kingdom perkampungan Ayah Pin


Actions

Information

2 responses

13 09 2011
Ali Baba

Baguslah begitu. Kerajaan mesti berfikiran kehadapan – “thinking outside the box” katakan. Tetapi, mulakan keperluan penganalisaan dan pendaftaran DNA dalam Surat Lahir dan MyKad. Tak ada sistem lagi; cari atau bina sistem baru. Cyberjaya – “The Intelligent City”- kan kah ada. Pengenalan mengguna DNA adalah cara ter-natural untuk mengenali keturunan seseorang manusia. Senang aje beb.

22 10 2011
Jawatan Kosong Kerajaan

cadagan yg bagus

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: