Konsep 1-MALAYSIA tidak menjurus kepada Perpaduan

12 09 2011

Artikel dari laman DINTURTLE

Sekolah Vernakular – Demi Perpaduan, 1Malaysia Harus DiKaji Semula

Pendirian saya terhadap sekolah vernakular iaitu sekolah cina dan sekolah tamil  adalah – ia anti perpaduan kerana menghalang integrasi pelbagai kaum dan dan anti Perlembagaan kerana tidak menghormati Bahasa Kebangsaan.

Pendirian saya diatas TIDAK ADA kaitan langsung dengan isu perkauman malah ia merupakan aspirasi seorang rakyat Malaysia yang menentang pengenalan kaum diperingkat sekolah. Sementara mereka yang pro sekolah vernakular adalah rakyat yang menyokong pemisahan kaum dan pengenalan mengikut kaum, walaupun bukan secara langsung.

Amat ironi bila difikirkan, puak yang melalak memperjuangkan Kesamarataan adalah juga puak yang TIDAK MAHU ruangan pengenalan kaum dalam borang, adalah juga puak yang mahu dikenali sebagai bangsa Malaysia dan waktu sama mereka juga yang memperjuangkan pengasingan pelajar melalui sekolah berasaskan perkauman. Mereka sanggup mati mempertahankan pendidikan berasaskan kaum masing-masing !

Perdana Menteri Najib pula selaku Bapa Vernakular Negara umpama guardian / pembela kepada sekolah vernakular terutama sekolah cina bila sering tampil mempertahankan kewujudannya, menyatakan kebanggaannya kerana Malaysia merupakan satu-satunya negara didunia yang ada sistem pendidikan yang pelik ini dan terbaru menempelak mereka yang menentang sekolah cina sebagai rakyat yang tidak mengenang budi. ( ingratefuls ) KLIK

Kita disarankan supaya berterimakasih kepada pemimpin lama yang telah mewujudkan pelbagai sistem pendidikan yang ada sekarang, jika tidak  tidak akan ada Kepelbagaian seperti sekarang. Masalahnya bagaimana jika kita TIDAK SUKA kepada jenis kepelbagaian seperti yang wujud sekarang ?

Jika setiap perkara yang telah dipersetujui pemimpin lama harus diteruskan demi mengekalkan kesinambungan apa yang kita ada sekarang dan sebarang tentangan terhadap perjanjian lama itu dianggap sebagai ingrate / tidak mengenang budi …. saya ingin bertanya kepada Najib, Kenapa perlu diubah segala dasar-dasar afirmatif yang terkandung dalam DEB, bukankah itu juga dipersetujui pemimpin2 lama ? ADAKAH NAJIB JUGA SEORANG INGRATE / TIDAK MENGENANG BUDI ?

Jika diberi alasan yang kita perlu berubah mengikut masa dan keperluan, makanya saya juga berpendirian yang sama diatas isu pendidikan. Melihat kesan kepada perpaduan antara kaum dikalangan rakyat ketika ini dan trend halatujunya jika kita teruskan sistem yang ada, makanya kita perlukan perubahan kepada cara kita mendidik generasi masadepan kita. Sekolah Vernakular akan menghancurkan Perpaduan Rakyat !

Dan jika satu konsep yang ingin diterapkan oleh pemimpin itu dilihat menyokong kepada Pengasingan rakyat yang tidak menyumbangkan apa-apa kepada Perpaduan kaum, makanya saya akan tentang ! Penentangan bukan sebagai seorang Melayu atau apapun bangsa tapi sebagai seorang rakyat Malaysia yang cintakan Perpaduan dan Kemakmuran.

Jadi bila seorang Menteri berkata yang menyokong kepentingan sekolah cina melambangkan semangat 1Malaysia, saya terpaksa menerima hakikat yang konsep 1Malaysia itu harus ditentang jika saya ingin melihat Perpaduan sebenar dikalangan rakyat. Atau paling tidak, ia harus dikaji semula.

Yen Yen: Govt backs growth of Chinese-medium schools – The Star

RAUB: The Federal Government supports the growth of Chinese-medium schools as it reflects the spirit of 1Malaysia, said MCA vice-president Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.

Dr Ng, who is also the Tourism Minister, said the Barisan Nasional-led government had spent RM345mil to develop such schools since the March 2008 general election.
She said the amount included the construction of seven Chinese-medium primary schools and the relocation of 12 schools.


“We are very clear about the importance of Chinese-medium primary schools as they do not compromise the spirit of 1Malaysia.


“Instead, the schools enhance our diversity and create healthy competition with other schools,” said Dr Ng.
The Raub MP said this after handing out 40,000 reference books to representatives of 10 Chinese-medium based primary schools at SJK(C) Chung Ching here yesterday.


Actions

Information

2 responses

13 09 2011
Ali Baba

Sdr Blogger
Dinturtle

Benarkan ana memberi pandangan.

Kefahaman ana tentang 1Malaysia adalah satu konsep penyatuan kaum-kaum asal (Melayu, China, India, Iban, Kedazan, dan lain-lain) kearah Bangsa Negara Malaysia. Penyatuan ini bukan dengan melunturkan kaum-kaum tersebut, tetapi dengan mengutuhkan setiap kaum. 

Perkara ini boleh dibayangkan seperti pekebun menghimpun sayur-sayuran yang pelbagai jenis. Setiap jenis sayur diikat dahulu, kemudian ikatan sayur-sayuran yang pelbagai jenis ini dihimpun dan diikat sekali lagi dengan tali yang lebih besar.

Konsep ini mungkin nampaknya pelik sedikit, tetapi ia adalah satu pendekatan yang telah dipraktikkan oleh Perikatan dan Barisan Nasional selama lebih 50 tahun dalam memurnikan kemerdekaan negara.

Adakah pendekatan ini ‘racist’? Sungguhpun ia berasaskan ‘race’ atau kaum, ia tidak racist. Penyatuan kaum-kaum yang asal ini berasaskan perlambagaan, tradisi dan rasa hormat menghormati. Tiada pandangan rendah ditujukan kepada mana-mana kaum. Tiada kaum yang dizalimi. Jika ada mana-mana kaum yang ‘ketinggalan’, langkah affirmatif dilaksanakan dalam jangka masa yang membolehkan keseimbangan tercapai. 

Jika kita bayangkan sebuah ‘Maypole’ di mana tiangnya melambangkan Perlambagaan Malaysia dan tali-tali terjuntai dari puncaknya adalah kaum-kaum. Keharmonian kaum-kaum yang bersatu ini dapat dilihat apabila penari-penari yang berpegang kepada tali (kaum) masing-masing bergerak serentak dengan diayun oleh irama dan lagu (tradisi dan toleransi).

Seterusnya: Bangsa Malaysia yang bersatu terbina. Malah, Bangsa Malaysia yang tulin akan juga menjelma – bukan dari proses assimilasi tetapi propagasi. Di antara kaum akan terjalin perhubungan darah dan pertalian keluarga yang jitu – tanpa dipaksa.

Perlambagaan tetap terjaga. Tradisi pelbagai memperkayakan lagi warna-warni Malaysia. Toleransi pula mempertingkatkan hemah dan budi pekerti Bangsa Malaysia.  

Apa pun, ini adalah hanya satu pendekatan. Apakah ‘pro-‘ dan ‘con-‘ nya? Dan apakah mungkin  kesenambungannya merentasi masa dan tataminda rakyat yang berkembang maju? Ana yakin kaum Melayu tidak akan menyerah begitu saja jika hak kesultanan Melayu diganggu-gugat kedudukannya dalam Perlembagaan yang telah termaktub sekian lama. 

…ana hanya Ali Baba. 

13 10 2011
Dot

Satu komen pendek sahaja untuk Ali Baba –

Tali tali yang digunakan untuk mengikat sayur itu boleh ditukar. Suatu masa dahulu petani gunakan akar. Kemudian tali guni. Kemudiannya tali plastik.
So’alnya ada lah sejauh mana pemimpin mahu cari tali yang paling baik supaya sayur itu terikat kemas, tidak berteraburan sebelom sampai kepasar.

Berkenaan assimilasi atau integrasi, so’alnya adakah perlu dilakukan secara paksa seperti Thailand, Philippines dan Indonesia dahulu? Bukankah pihak pihak berkenaan sepatutnya mengambil langkah pro-aktif kearah menimbulkan suatu Bangsa Malaysia yang benar benar hormatkan dan patuhi Perlembagaan negara.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: